31 Disember 2011

~Sinopsis~

         

              Cinta sangat indah untuk diungkap melalui manis bicara kata-kata. Cinta yang suci ada kalanya memerlukan satu penantian yang teguh. Nikmat cinta yang dikecapi pula mampu menyembuhkan hati insan yang sedang berduka lara. Namun, kadang kala hati mudah terluka jika tersilap menilai ketulusan cinta yang cuba diluahkan.   
     
   Riana Akma, wanita yang menjadi taruhan cinta dan perjanjian antara dan Hairie Azmin dan Khairul Faiz. Kemunculan Khairul Faizul dalam hidupnya pula mula membongkar sebuah rahsia dan dendam yang tersembunyi hampir dua tahun yang lalu. Pada masa yang sama mengajar wanita ini erti sebuah persahabatan, kesetiaan dan harga diri.

             “Awak, Allah Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. InsyaAllah.. kalau cinta memang ditakdirkan untuk kita berdua, kita perlu redha terimanya dengan hati terbuka,  hmm?”- Riana Akma
“Saya cintakan awak, Riana. Saya harap sangat hubungan yang kita bina ini akan kekal selama- lamanya.”- Hairie Azmin
“Saya cintakan awak. Saya benar-benar cintakan awak, Riana Akma.”- Khairul Faiz
“We will see, Riana.. sama ada langit itu tinggi atau rendah.”- Khairul Faizul
            
     Apakah kesudahan kisah penantian cinta Riana Akma? Mampukah insan yang berhati mulia ini mengecapi cinta yang abadi dan menghadapi setiap cabaran yang bakal muncul pada hari-hari kebahagiaannya bersama pasangan yang dipilih?

Siapa yang menanti cinta siapa?
dan
Siapa pula yang terluka cintanya?

SEMUANYA BAKAL TERJAWAB DI DALAM NOVEL..

Penantian 
Cinta



( Lagu tema yang ima pilih untuk novel ini )

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~