1 Mei 2011

~Bab 10~

“PAPA nak Melissa kerja di syarikat kita sekarang.” kata Datuk Haikal tenang memandang ke hadapan skrin televisyen. Sudah dua hari dia pulang dari Amsterdam kerana menguruskan perniagaan yang dibuka di sana yang mengambil masa hampir sebulan lamanya. Tempoh masa yang agak lama sehingga pelbagai cerita yang dia terima sepanjang ketiadaannya.
            Hairie yang berdiri memandang Datuk Haikal geram. “Tapi pa.. dia kan ada syarikat family dia sendiri. Kenapa dia nak kerja di syarikat kita pulak, pa?” tanya Hairie seakan tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat ayahnya itu. Malah tanpa berbincang dengannya yang memegang jawatan sebagai pengurus besar di syarikat itu. Kejutan kemunculan Melissa pada petang tadi masih menjadi persoalan di mindanya.
            Datuk Haikal membetulkan cermin mata yang dipakainya seketika. “Salah ke dia nak cari pengalaman di syarikat kita terlebih dahulu, sebelum dia ambil alih syarikat Datuk Manaf tu?  Kita sepatutnya berbangga dengan niat ikhlas dia tu, Hairie.” balas Datuk Haikal memberi alasan yang munasabah untuk diterima pakai.
“Tapi pa, Melissa..”
Hairie cuba ingin membalas tetapi dicelah Datuk Haikal lagak tidak mahu memanjangkan isu ini. “This is my order Hairie. Mama ada cerita pada papa tentang staf Hairie yang nama Riana Akma tu. Mulai hari ini, papa tak nak dengar lagi cerita perempuan tu dengan kamu. Tapi papa nak kamu pulihkan balik hubungan kamu dengan Melissa supaya kembali seperti dulu. Faham?!” tegas Datuk Haikal. Suaranya ditekan membuatkan ketegangan mula tercetus di dalam rumah itu.
 “Tapi Melissa curang dengan Hairie, pa. Depan mata Hairie sendiri.” Terus-terang Hairie berkata. Ingin benar ayahnya itu faham akan keadaan sebenar kenapa dia bersikap begitu.
Datuk Haikal terdiam sejenak. Pandang Hairie penuh. “Hairie, itu kesilapan dia. Setiap orang pernah buat silap. Lupakan itu semua. Papa tahu Melissa dah berubah sekarang. Lagi pun kamu tahu, kan? Papa dia kawan baik papa, papa tak nak kerana sikap kamu ni, kerjasama perniagaan antara syarikat dia dengan syarikat kita selama hampir sepuluh tahun ni musnah macam tu aje.” tambah kata Datuk Haikal lagi lagak serius dengan kata-katanya. Buat Hairie jadi terdiam seketika. “And by the way, papa tak suka kamu berkawan dengan orang yang tak sama taraf dengan kita tu. Papa tak nak satu hari nanti ada duri dalam daging di dalam kehidupan kita sekeluarga. Jadi papa nak Hairie lupakan perempuan tu, demi nama dan maruah keluarga kita ni. Faham?” putus Datuk Haikal serius memandang anak mudanya itu.
            Hairie pandang Datuk Haikal makin geram bila mendengar kata-kata sinis itu. Dia berlari anak mengira tangga ke bilik tidurnya. Malas membalas kata lagi. Perbuatannya itu hanya diperhatikan Datin Azura yang duduk diam membisu sejak dari tadi lagi di atas sofa. Tahu benar dia akan sikap tegas suaminya itu. Pantang diingkar arahannya sehinggakan dia sendiri tidak berani membantah tentang setiap keputusan yang keluar dari mulut lelaki yang dikahwini hampir 25 tahun itu.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“THIS is my order Hairie. Mama ada cerita pada papa tentang staf Hairie yang nama Riana Akma tu. Mulai hari ini, papa tak nak dengar lagi cerita perempuan tu dengan kamu. Tapi papa nak kamu pulihkan balik hubungan kamu dengan Melissa supaya kembali seperti dulu. Faham?!”
“Tapi Melissa curang dengan Hairie, pa. Depan mata Hairie sendiri.”
 “Hairie, itu kesilapan dia. Setiap orang pernah buat silap. Lupakan itu semua. Papa tahu Melissa dah berubah sekarang. Lagi pun kamu tahu, kan? Papa dia kawan baik papa, papa tak nak kerana sikap kamu ni, kerjasama perniagaan antara syarikat dia dengan syarikat kita selama hampir sepuluh tahun ni musnah macam tu aje. And by the way, papa tak suka kamu berkawan dengan orang yang tak sama taraf dengan kita tu. Papa tak nak satu hari nanti ada duri dalam daging di dalam kehidupan kita sekeluarga. Jadi papa nak Hairie lupakan perempuan tu, demi nama dan maruah keluarga kita ni. Faham?”
Hairie kembali tersedar dari ingatannya terhadap perbualan dengan Datuk Haikal sebentar tadi. Gambar dia dan Riana dilihatnya melalui kaca skrin telefon pintar. Tersenyum dia sebentar melihat mimikan muka yang dibuat mereka berdua semasa bersiar-siar di sekitar Batu Pahat baru-baru ini.
            “Hairie..” panggil Datin Azura memandang anak bongsunya itu. Pintu yang tidak berkunci ditolak ibunya perlahan.
            Senyum balas Hairie bila wanita yang paling disayanginya memunculkan diri di situ. “Ma..”
Datin Zura mula melangkah mendekati birai katil Hairie. Tersenyum manja dia memandang anaknya itu seketika. “Hairie, jangan ambil hati dengan apa yang papa cakapkan tadi tu, ya? Papa tu memang selalu macam tu. Dia tak kenal Riana lagi. Mama pasti lepas dia kenal Riana nanti, dia akan suka macam mama dengan Kak Rin.” kata Datin seakan cuba memujuk hati Hairie yang lagak diselimuti dengan duka itu. Tangannya menyentuh lembut bahu Hairie. “Hairie, mama doakan Hairie dengan Riana sentiasa bahagia, ya?” sambung Datin Julia sudah lama merestui perhubungan yang terjalin di antara anaknya dengan wanita itu.
            “Thanks ma.” balas Hairie tersenyum senang hati kembali. Sekurang-kurangnya terubat juga duka yang telah hadir di hatinya itu.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“KENALKAN, ini Cik Melissa. Dia akan mula berkerja di sini pada hari ini sebagai penolong kanan kedua saya. Jadi saya harap anda semua dapat beri kerjasama yang baik kepada dia.” Hairie memperkenalkan Melissa kepada semua kakitangan Syarikat Gema Holding yang diminta berkumpul hampir sepuluh minit itu. Senyuman dibibirnya yang terukir hanya sekadar tipu belaka. Ikutkan hati, dia tidak mahu mengambil tahu lagi soal syarikat itu apabila wujudnya wanita bernama Melissa itu. Tetapi apakan daya, arahan ayahnya perlu dipatuhi kerana sifat hormat yang ada di dalam diri. Tambahan pula, pesanan ibunya sentiasa dipegang untuk terus memenuhi permintaan ayahnya itu selagi boleh.
            Melissa pula terasa amat senang hati. Semua pekerja di dalam syarikat itu pada pandangan matanya menyambut baik kehadirannya di situ. Ramai yang bertegur sapa dengannya dan sesekali tangan dihulur untuk berjabat mesra. Ucapan juga turut sama diberi.
“Selamat datang ke syarikat ini, Cik Melissa.” ucap Nadia dengan sopan.
            “Ya. Terima kasih.” senyum balas Melissa.
            “Selamat bertugas Cik Melissa.” Kak Syida berkata lagak senyum kelat. Teringat kembali saat dia hampir bertikam lidah dengan wanita di hadapannya itu dahulu.
            “Ya..” angguk Melissa bersahaja.Turut sama mengingati peristiwa itu.
            “Selamat bertugas Cik Melissa.” ucap Riana tersenyum mesra. Tangan dihulurkan. Tiba masa gilirannya berkenalan dengan Melissa pula. Ikhlas menerima kehadiran wanita itu walaupun dia telah tahu hubungan silam yang pernah terjalin di antara wanita itu dengan Hairie sebelum ini.
            “Terima kasih.” balas Melissa selamba dengan acuh tak acuh membalas salam daripada Riana dan berlalu pula ke arah pekerja-pekerja lain yang sedang menunggu giliran. Namun perbuatan itu hanya sempat diperhatikan Hairie yang sememangkan terpaksa menerima kenyataan bahawa wanita yang dibencinya seakan cuba hadir untuk menghancurkan kebahagiaan hidupnya kembali.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“PENOLONG kanan kedua? Kau rasa perlu ke?” bisik Nadia. Telah hampir 12 minit berlalu selepas semua staf yang berkumpul bersurai.
           Riana yang sedang menaip di papan kekunci komputer terhenti seketika. Kalih pandang Nadia penuh. “Nadia, mungkin banyak projek yang Encik Hairie perlu settlekan so sebab tu dia hired  Cik Melissa, untuk bantu dia apa yang patut dengan Encik Megat nanti.” kata Riana seakan cuba untuk membersihkan nama Hairie yang dia tahu kini banyak mulut-mulut di dalam syarikat itu cuba menyoal tindakan lelaki itu. Seakan tidak relevan!
            “Ermm.. ya la.. itu aku tahu Cik Riana oii.. Tapi kenapa Encik Hairie tak letak aje minah tu dekat bahagian staf biasa macam kita ni, haa? Kenapa dia nak letak jugak minah tu dekat dengan bilik dia tu? Apa la yang specialnya minah tu. huh? Or maybe.. dia dengan Encik Hairie tu ada skandal apa?” Nadia panjang lebar berbicara sambil cuba membuat andaiannya sendiri. Lagak tertanya-tanya sendiri.
            “Isy.. tak kan la, Nadia. Aku dapat tahu yang Cik Melissa tu anak kawan baik Datuk Haikal, maybe sebab tu la kut.” sampuk Ummi yang berada di sebelah meja Nadia. Seakan tidak percaya dengan andaian Nadia tadi.
            Nadia kalih pandang pada Ummi pula. Mendengar penuh teliti kata-kata kawan sejawatannya itu. “Oh.. ala.. anak kawan baik, Ummi. Aku tak hairanlah kalau satu hari nanti mereka berdua tu ada skandal.” balas Nadia berkata yakin dengan andaiannya itu.
            Riana terdiam membisu. Tidak dapat menafikan lagi. Jauh di sudut hatinya cuba untuk mengeyakan kata kedua-dua rakan kerjanya itu. Oh tidak!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“SAYANG, jom hari ini kita keluar lunch sama-sama sempena hari pertama I mula bekerja di syarikat you ni, hmm?” pinta Melissa manja sambil mendekati meja Hairie yang sedang sibuk menyiapkan beberapa dokumen penting di mejanya.
            “Melissa, antara kita dah tak ada apa-apa lagi. Just sebagai rakan sekerja aje. So tak payah la you nak panggil I sayang-sayang lagi, okey?” Hairie serius membalas. Takut juga jika didengari Riana tentang panggilan wanita tersebut terhadap dirinya. Pasti resah gelisah hatinya nanti.
            “Ya la Encik Hairie Azmin Datuk Haikal. Jom la kita keluar lunch.” balas Melissa manja.
            “Sorry. I busy sekarang. You keluar la dengan orang lain.. dengan Priya ke..” balas Hairie tanpa memandang ke arahnya. Tangannya sedang asyik menulis sesuatu.
            “Dengan Priya? Isy.. tak nak la I. Apa kelas keluar dengan setiausaha sendiri.” kata Melissa dengan lagak sombong sambil mencebirkan mulutnya. Rambutnya yang panjang dibelai-belai seketika lagak manja.
            Hairie pandang Melissa sinis. “Oh ya? So sama la dengan I. I pun rasa I tak ada kelas la keluar dengan you yang sekadar penolong kanan kedua I ni aje.” balas Hairie selamba buat Melissa terasa hati. Melissa melangkah keluar dari bilik itu. Geram dengan kata-kata lelaki itu tadi. Mujur tidak didengari oleh sesiapa. Jika tidak, malu yang amat!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
KERETA dipandu masuk ke dalam halaman rumah. Riana keluar dari perut keretanya itu sambil membimbit briefcase coklatnya. “Assalamualaikum..” ucap Riana sambil meraba-raba di dalam beg tangannya. Mencari anak kunci pintu utama rumah.
            Pintu dibuka dari dalam. Buat Riana terpinga-pinga seketika. “Waalaikumusalam.. Riana baru balik?” balas Mak Su Ana tersenyum gembira.
            “Eh! Mak Su Ana? Bila mak su sampai?” tanya Riana terkejut. Segera dia mencium tangan wanita berusia dalam lingkungan 40 tahun itu. Agak lama juga adik ipar kepada arwah ayahnya itu tidak berkunjung ke rumah. Hampir lima bulan genapnya juga.
            Mak Su Ana turut tersenyum ceria. Berpelukan seketika dengan anak saudaranya itu. “Baru aje petang tadi, Riana.”
            “La.. kenapa mak su tak call Riana dulu nak datang ni?” tanya Riana begitu teruja. Melangkah seiring jalan ke ruang tamu bersama dengan Mak Su Ana.
            “Tak nak susahkan Riana. Riana kan kerja hari ini.” balas Mak Su Ana tersenyum senang hati.
            “Ala.. kalau Riana tahu mak su nak datang hari ini, tadi lagi Riana minta balik awal.” kata Riana sambil melabuhkan pinggulnya bersama Mak Su Ana di sofa. “Err.. pak su mana mak su? Tak datang sekali ke?” tanya Riana ingin tahu. Mengintai sebentar ke arah sekeliling ruang rumahnya. Mencari wajah Pak Su Sufian yang dirindunya.
            “Pak su keluar dengan Riz, beli barang-barang dapur sikit. Ingatkan nak masak la tadi, tapi tengok peti sejuk kamu tu kosong aje.. Itu yang suruh pak su kamu keluar beli tu.” jelas Mak Su Ana. Terselit nada sindir.
            “Oh.. Riana baru ingat nak ajak Riz keluar beli barang-barang dapur tu hari ini. Err.. dah lama ke Riz keluar dengan pak su?” tanya Riana sekadar ingin tahu.
            “Ada la dalam sejam lebih tak silap. Dah. Riana pergi la masuk bilik. Pergi mandi dulu, ya?”
            “Ya la. Riana pun nak Solat Asar kejap ni. Nanti kita masak sama-sama, ya mak su? Lama dah tak masak dengan mak su. Rindu la..” kata Riana bernada riang. Sempat mengenyitkan matanya.
            Mak Su Ana mengangguk tersenyum. Memerhati Riana berlalu masuk ke dalam bilik tidurnya. Ternyata sudah semakin matang anak kakak iparnya itu. Dia berlalu ke kabinet perabot yang ada di ruang tamu. Mengambil majalah untuk dibaca. Selepas hampir lima belas minit dia duduk bersantai di ruangan itu, kedengaran bunyi enjin kereta berhenti di hadapan rumah.
Khairul keluar dari perut keretanya sambil membimbit sebungkus beg plastik. “Assalamualaikum..” ucap Khairul tersenyum suka setelah kereta Riana di halaman rumah ditangkap matanya. Ternyata dapat juga dia bertemu dengan wanita itu hari ini.
            Keluar Mak Su Ana menghampiri pintu pagar rumah teres itu. Buat Khairul lagak terpinga-pinga seketika memandang wanita sebaya ibunya itu. “Waalaikumusalam. Ya. Cari siapa encik?” tanya Mak Su Ana dengan tanda tanya di kepala. Tidak dapat meneka gerangan pemuda di hadapannya itu.
            “Err.. saya Khairul Faiz, mak cik. Riana ada?” tanya Khairul bernada sopan. Kepala diangkut sedikit.
            “Oh.. kamu ni kawan Riana ke? Err.. mak cik ni mak su Riana. Ermm.. Riana ada dalam bilik. Dia baru aje balik tadi. Masuk la dulu.” angguk Mak Su Ana mula faham. Segera membuka pintu pagar rumahnya.
            “Terima kasih mak cik.” Khairul mengangguk faham. Kaki melangkah masuk ke dalam halaman rumah.
            “Panggil mak su aje, Khairul.” balas Mak Su Ana tersenyum biasa. Dia melangkah bersama Khairul ke kerusi duduk. “Khairul, kamu duduk sini dulu la, ya? Mak su masuk dalam panggilkan dia kejap.” pinta Mak Su Ana menunding ke arah kerusi bangku yang berada di halaman rumah itu.
            “Ya. Err.. Riz ada tak, mak su?” tanya Khairul sebelum wanita tua itu meneruskan langkah ke dalam semula.
            Mak Su Ana pandang Khairul seketika. “Riz tak ada. Dia keluar dengan pak su dia,  beli barang-barang dapur sikit. Sekejap lagi balik la tu.”
            Khairul mengangguk mengerti. Memandang Mak Su Ana menghilangkan diri ke dalam rumah. Dia mula duduk di bangku yang tersedia itu. Membuang pandangan ke arah halaman rumah.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
MEJA solek dipandang. Rambut Riana yang sedikit kusut disikat rapi. Selesai menunaikan Solat Asar sebentar tadi selepas dia menyegarkan diri.
            ‘Tuk! Tuk!’ Ketukan pintu bilik kedengaran seketika. Riana segera menghampiri pintu bilik itu. Dibuka dan kelihatan Mak Su Ana sedang berdiri di muka pintu tersenyum manis. “Mak su, pak su dengan Riz dah balik ke?” tanya Riana ingin tahu. Tangan masih dihayun ke bawah menyikat rambut panjangnya.
            “Belum lagi. Itu kat depan rumah tu ada kawan kamu. Khairul Faiz nama dia.” kata Mak Su Ana. Sempat menunding ke arah luar rumah.
            “Khairul?” Riana kerut dahi. Sedikit kaget bila nama itu disebut Mak Su Ana.
“Ya. Kamu borak la dengan dia dulu, ya? Mak su nak ke dapur, nak buatkan air untuk dia.”
            Riana mengangguk mengerti. “Baiklah mak su.” balas Riana tutup pintu biliknya kembali. Segera merapati meja soleknya semula. Mengenakan tudung sarung di atas kepala dan berlalu ke luar halaman rumah. Lagak tergopoh-gapah juga jadinya. Kelihatan Khairul yang sedang bermain dengan telefon pintarnya sendirian di situ. Lagak bosan sendiri.  “Khairul..” sapa Riana tersenyum manis. Menjengah kepala ke halaman rumah.
            “Hai awak..” balas Khairul mula berdiri tegak. Memandang wanita idaman memunculkan diri. Agak lama juga dia tidak bertemu dengan Riana. Rindu sentiasa ada.
            Riana merapati Khairul. “Err.. kenapa awak datang tiba-tiba ni? Tak mesej saya dulu.” tanya Riana ingin tahu kerana dia tidak pula menerima kiriman mesej mengenai kedatangan lelaki itu hari ini.
            Khairul tersenyum sebentar. Dikalih ke bangku semula dan pantas menarik sebungkus beg plastik yang terkandung sebuah kotak. Kotak kasut. “Ini. Kasut sukan yang Riz minta hari tu. Saya ingat nak singgah kejap aje bagi kasut ni pada Riz. Hari tu dia ada tanya pasal kasut ni. Err.. tak sangka pulak saya yang mak su awak pun ada kat sini.” jelas Khairul panjang lebar. Bibir sentiasa terukir senyuman.
            “Ya. Saya pun baru tahu tadi. Dia orang pun baru sampai hari ini.”
            Sebuah kereta Proton Wira memarking di hadapan pintu pagar rumah Riana mengejutkan mereka berdua seketika.
            “Ermm.. itu nampaknya pak su saya dengan Riz dah balik tu..” sambung kata Riana tersenyum kalih pandang ke arah kereta itu. Khairul turut sama memandang.
Pintu muka depan kereta kedua-duanya dibuka. Keluar Pak Su Sufian. Rizman yang turut sama keluar lagak teruja seketika memandang Khairul di sebelah Riana itu. Sempat melambai tangan. “Assalamualaikum..” ucap Pak Su Sufian setelah melihat Riana dan Khairul yang tersenyum mendekatinya.
            “Waalaikumusalam Pak Su Pian.” Riana segera menghulurkan tangan dan bersalaman dengan lelaki berjanggut itu.
             “Waa.. dah makin tembab sikit anak buah pak su ni.” Pak Su Sufian cuba mengusik. Tersenyum ceria memandang Riana.
            Riana tersenyum malu. “Tak adalah pak su. Biasa-biasa aje la..” balas Riana bernada manja. Mulut sempat dimuncung.
Khairul yang memerhati tertawa di dalam hati melihat aksi Riana itu. Sungguh mencuit hati! “Assalamualaikum pak su.” ucap Khairul sopan.
Anak mata Pak Su Sufian memandang ke arah Khairul pula. Tidak sedar akan kehadiran Khairul itu. Mereka berdua bersalaman seketika. “Waalaikumusalam.. Eh! siapa pulak ni, Riana?” tanya Pak Su Sufian lagak ingin tahu. Pandang sekejap ke arah Riana.
            “Oh ni.. Pak su, ini kawan Riana. Khairul Faiz.” Riana segera memperkenalkan Khairul kepada bapa saudaranya itu. Hampir terlupa dia untuk memperkenalkan Khairul sebentar tadi.
            “Oh.. kawan Riana, Khairul Faiz ya?  Sedap nama tu..” Pak Su Sufian tersenyum mesra. Khairul hanya mengangguk gembira.
            Rizman yang sedang mengangkat beberapa beg plastik barang daripada dalam bonet kereta segera merapati Khairul. “Abang Khairul, bila sampai?” tanya Rizman nada teruja. Sempat menghulurkan beg plastik barang yang diangkatnya sebentar tadi ke tangan Riana. Riana hanya menggelengkan kepala dengan gelagat tidak sabar adiknya itu. Sangat jelas okey!
            “Baru aje. Haa.. Riz, Ini dia.. abang hadiahkan untuk Riz, kasut sukan yang Riz minat sangat tu. Limited edition tau ni.” kata Khairul menghulurkan beg plastik yang masih berada di tangannya kepada Rizman.
            “Wah! betul ke ni? Gempak la. Terima kasih Abang Khairul.” Rizman bernada begitu gembira sambil membelek-belek kotak kasut yang diambilnya itu. Seakan tidak percaya kasut diidamkannya sedang berada di tangan.
            “Sama-sama..” balas Khairul lagak senang hati.
“Kenapa akak tak tahu pun ni?” tanya Riana pandang Rizman tajam. Kening diangkat tinggi. Setinggi boleh.
Rizman hanya tersenyum panjang. Lagak senyum Mickey Mouse!
            “Khairul, alang-alang kamu dah datang ni. Makan malam sini terus la, ya?” ajak Pak Su Sufian. Sempat mengusap lembut rambut Rizman yang berdiri di sebelahnya itu.
            “Ya la awak. Makan sekali dengan kami, ya?” sokong Riana tersenyum memandang Khairul kembali.
            “Err.. saya tak menganggu ke ni?” tanya Khairul sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal. Nada sedikit segan memandang Riana dan Pak Su Sufian.
            “Eh! apa pulak menganggu? Makan ramai-ramai kan lagi best..” jawab Pak Su Sufian segera menyangkal kata-kata Khairul itu.
            “Hmm.. baiklah kalau macam tu.” angguk Khairul lagak setuju. Rasa diri sangat bertuah.
            “Ok kalau macam tu.. pak su dengan Khairul duduk la dulu, ya? Riana nak ambilkan air kat dapur kejap.” Riana tersenyum manis memandang mereka berdua dan berlalu masuk ke dalam rumah semula. Membawa barang-barang yang dibeli bersama Rizman ke ruang dapur. Rizman lagak berlari anak masuk ke bilik tidur setelah selesai membantunya. Tidak sabar melihat rupa bentuk kasut yang diminatinya itu dengan lebih dekat.
“Mak su, ini barang-barang dapur.” kata Riana sambil meletakkan beg yang berisi barang dapur di atas meja makan. Kelihatan Mak Su Ana sedang memyediakan minuman di situ.
            “Oh.. pak su mana, Riana?” tanya Mak Su Ana lagak tangan ligat mengacau airnya. Memecah gula.
            “Pak su ada kat depan tu. Tengah borak dengan Khairul. Mak su dah siap buat air ke tu?” balas Riana sambil mengeluarkan bahan-bahan yang berada di beg plastik ke atas meja.
            “Ya. Ini baru aje siap.” kata Mak Su Ana sambil meletakkan cawan ke atas dulang.
            “Okey. Biar Riana hidangkan pisang goreng ni kejap, ya? Boleh hidang sekali dengan air tu nanti.” kata Riana tersenyum faham. Mengambil piring pula. Ingin menghidangkan cucur pisang goreng yang dibeli. Mak Su Ana turut sama membantu.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“DAH lama ke Khairul kenal Riana?” tanya Pak Su Sufian. Pandang ke arah Khairul yang duduk di bangku di sebelahnya itu.
            “Ermm.. adalah dalam nak masuk dua bulan, pak su.” jawab Khairul jujur. Sudah agak soalan itu bakal keluar dari mulut Pak Su Sufian yang lagak bersoal siasat latar belakang dia sejak dari tadi lagi.
            “Riana tahu?” tanya Pak Su Sufian lagi.
            “Ya?” soal Khairul kembali. Tidak faham dengan soalan itu. Soalan dengan ayat yang tergantung.
            Pak Su Sufian tersenyum manis seketika. “Riana tahu ke yang kamu tu sukakan dia?” tanya Pak Su Sufian terselit makna. Khairul jadi kaget. Dia mati kata. Air liur ditelan pantas. Entah bagaimana bapa saudara wanita idamannya itu boleh mengetahui perasaan rahsianya terhadap Riana. Sungguh ajaib! “Pak su ini lelaki, Khairul. Pak su pun pernah muda dulu. Dari riak muka kamu tu pun, pak su tahu yang kamu tu sukakan anak buah pak su tu, kan?” kata Pak Su Sufian cuba bermain kata pula.
            Khairul hanya tersenyum malu mendengar kata-kata lelaki tua di sebelahnya itu. Tidak dapat membalas. Hilang kata terus!
            “Anak buah pak su tu cekal orangnya. Dia tak suka susahkan orang lain. Jadi alang-alang pak su jumpa kamu ni. Pak su nak minta tolong dengan kamu, itu pun kalau kamu sudilah.”
“Err.. tolong apa pak su?” tanya Khairul memberanikan diri bersuara.
“Pak su nak kamu tolonglah tengok-tengokkanlah dua beradik tu ya. Pak su dengan mak su pun jarang datang sini. Maklum sajalah masing-masing sibuk. Nak-nak lagi kami ni orang berniaga. Cuti itu jarang-jarang la.” luah Pak Su Sufian mula berpesan. Sesekali terselit nada risau pada kata-katanya.
            Khairul dengan pantas mengangguk setuju. “InsyaAllah pak su. Saya faham.” angguk Khairul tersenyum dengan pesanan itu.
Riana memunculkan diri dari ruang dapur. Sekaligus mematikan perbualan rancak di antara bapa saudaranya bersama Khairul itu. Tangan Riana menatang dulang berisi dua cawan teh dan sepiring kuih berisi pisang goreng. “Pak Su, Khairul jemput minum.” pelawa Riana sambil menghidangkan makanan di atas meja. Senang hati melihat Khairul dapat berbual-bual mesra bersama dengan Pak Su Sufian sebentar tadi.
Pak Su Sufian mengangguk faham. Dikalihnya pandang ke arah Khairul sebentar. Buat Khairul tertunduk malu dengan reaksi orang tua itu. “Riana, Mak Su Ana kamu mana?” tanya Pak Su Sufian ingin tahu setelah menghirup seketika airnya. Memerhati anak saudaranya itu pula.
“Mak su ada kat dapur. Tengah potong sayur.” balas Riana bernada sopan.
Pak Su Sufian mengangguk mengerti. “Baiklah. Pak su nak ke dapur kejap. Riana duduk la borak-borak dengan Khairul dulu, ya? Khairul, kamu duduk la dulu. Buat macam rumah sendiri, ya?” pesan Pak Su Sufian pada Riana dan Khairul sambil bangun berdiri.
            “Baik pak su.” angguk Khairul tersenyum faham. Sedikit menarik nafas lega kerana tidak terus disoal siasat lagi. Risau jika perasaan cintanya ketahuan oleh Riana.
            Riana memandang Pak Su Sufian masuk ke dalam rumah. Lantas dikalih pandang pula ke arah Khairul yang sejak dari tadi hanya tersenyum malu sahaja. “Awak borak apa dengan pak su saya tu tadi? Awak ada mengata pasal saya, ya?” soal Riana tunding jari ke arah Khairul. Mata dijegil seketika. Lagak ada sesuatu yang tidak kena.
            “Tak adalah. Kami borak-borak kosong aje.” jawab Khairul tersenyum manis.
            Riana mengangguk kepala. “Okey okey. Tak nak cerita tak apa. Ermm.. awak, terima kasih tau sebab hadiahkan Riz kasut sukan tu. Dah lama sangat dia minta saya beli. Saya aje tak sempat nak pergi belikan untuk dia.” kata Riana tersentuh hati seketika dengan niat baik sahabatnya itu sebentar tadi.
            “Tak apa. Lagi pun saya dah anggap yang Riz tu macam adik saya sendiri.” balas Khairul bernada ikhlas.
Riana tersenyum senang hati lagi dengan keikhlasan Khairul. “Ermm.. minum la air tu. Sejuk pulak nanti.” pinta Riana menunding ke arah cawan yang dituang air ke dalamnya sebentar tadi. Tangan pantas menarik sekeping pisang goreng. Digigit perlahan.
            Khairul mula menarik cawan yang terhidang di hadapannya. “Awak buat ke ni?” tanya Khairul nada ingin mula mengusik si wanita idaman hati.
            “Tak. Mak su yang buatkan. Kenapa? awak ingat saya tak pandai buat air ke? Hmm?” tanya Riana kembali.  Nada sedikit geram. Mata pula dilerek habis.
            Senyum tawa Khairul dengan telatah Riana itu lagi. Mereka meneruskan perbualan lagi. Khairul makan petang bersama dengan Riana sekeluarga. Pelbagai cerita dikongsi bersama. Sesekali usik mengusik kedengaran di antara mereka lagi bila Rizman menyampuk kata.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“RIANA, mak su suka tengok Khairul tu. Baik orangnya, kan?” luah Mak Su Ana ke arah Riana yang sedang duduk bersama-sama di sofa sebelah Rizman. Pak Su Sufian berada di sofa bujang dengan surat khabar di tangan. Mereka sekeluarga sedang menonton televisyen bersama. Drama Melayu bersketsa komedi.
            “Hah! betul mak su. Abang Khairul tu baik sangat-sangat..” puji Rizman dengan senyum memanjang. Kepala diangguk beberapa kali.
            “Riz..” tegur Riana pandang tajam Rizman. Buat anak muda itu pandang ke peti televisyen semula. Pak Su Sufian yang memerhati tersenyum geleng.
            “Err.. nama apa yang kamu tengah berkawan sekarang tu, Riana?” tanya Mak Su Ana ingin tahu. Teringat tentang lelaki yang diceritakan telah menjadi pilihan hati anak saudaranya itu sebentar tadi.
“Hairie Azmin. Dia anak pemilik syarikat tempat kerja Riana, mak su.” jawab Riana tersenyum malu. Rizman yang berada di sebelahnya pula lagak masam mencuka mendengar jawapan kakaknya itu.
            “Oh! Nanti bolehlah bawa dia jumpa kami pulak, ya? Teringin jugak mak su nak tengok macam mana orangnya tu.” pesan Mak Su Ana dengan nada teringin benar.
            “InsyaAllah mak su.  Nanti kalau ada masa, Riana kenalkan dia pada mak su dengan pak su pulak, ya?” jawab Riana tersenyum senang hati. Memang niatnya ada untuk memperkenalkan Hairie kepada keluarga saudaranya itu.
            Pak Su Sufian yang sejak dari tadi membaca surat khabar hanya memerhati mereka bertiga berbual. Dia berfikir sejenak. Teringat dia akan pemuda yang bernama Khairul Faiz yang dijumpainya sebentar tadi itu.  Kepala digeleng perlahan. Terselit rasa kasihan.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
 “RIANA, kami balik dulu, ya?” kata Mak Su Ana sudah bersedia untuk masuk ke dalam kereta setelah meleraikan pelukannya sebentar dengan Riana. Manakala Rizman hanya tersenyum memandang. Cukup dua hari dia dan suaminya menjadi tetamu di rumah kedua-dua anak saudaranya itu.
“Ya mak su..” angguk Riana mengerti tersenyum faham. Jauh di sudut hati sedikit rasa sedih kerana hanya dua hari sahaja dia dapat meluangkan masa bersama dengan ibu dan bapa saudaranya itu. Masa yang dirasakan cukup singkat.
Pak Su Sufian yang baru sahaja menutup bonet belakang keretanya memandang ke arah Riana pula. “Riana, nanti kalau kamu ada jumpa Khairul. Kamu kirim salam pak su kat dia, ya? Nanti kalau ada masa, bawak la dia melawat rumah kami pulak. Dia ada cakap teringin nak tengok dusun buah rambutan kita tu.” pesan Pak Su Sufian panjang lebar pula.
“Err.. insyaAllah pak su.. Hati-hati ya bawa kereta tu? Nanti kirim salam Riana dekat Salina, Syahmin dengan Syahrul, ya?” angguk Riana kaget sebentar mendengar pesanan orang tua itu.
Pak Su Sufian mengangguk tersenyum faham. “Riz, jaga kakak kamu baik-baik, ya? Dengar cakap dia. Jangan nakal sangat. Belajar rajin-rajin ya?” tambah Pak Su Sufian beralih pesan kepada Rizman yang lagak tersengih-sengih di sebelah Riana itu. Rizman mengangguk faham serta-merta sambil ibu jari tangan kanan dan kirinya diangkat tegak ke arah Pak Su Sufian. Lagak bertabik!
Riana dan Rizman melambai mesra ke arah Proton Wira sehingga kereta itu hilang dari penglihatan mata mereka berdua. Riana menutup pintu pagar rumahnya dengan cermat. Sementara Rizman yang telah masuk ke dalam halaman rumah masih tercegat di situ. Memerhati kakaknya dengan lagak tersengih sahaja sejak dari tadi. “Riz ni kenapa senyum-senyum ni?” tanya Riana ingin tahu. Lagak sedikit aneh dengan gelagat adiknya itu. Pasti ada sahaja kerenahnya untuk dijadikan ngomelan di bibir.
Rizman tersenyum suka lagi. Kedua-dua tangan pula dimasukkan ke dalam seluar pendek yang dipakainya. “Akak tak perasan ke?” luah Rizman lagak menyindir. Dia mula dah!
“Perasan? Perasan apa?” tanya Riana kerut dahi. Tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan kata-kata lelaki muda itu. Sempat memandang ke kiri dan ke kanan rumahnya. Tiada apa yang aneh.
“Nampak macam Pak Su Pian berkenan aje dengan Abang Khairul.” usik Rizman dengan nada bersahaja. Keningnya sempat diangkat dua tiga kali.
Riana selesai mengunci pintu pagar. Kalih pandang penuh ke arah adiknya itu. “Berkenan? Untuk siapa? Salina ke?” Riana menyoal lagi. Memang lambat tangkap!
“Ee.. buat-buat tanya pulak dia. Ini la perempuan kan? Suka buat tak tahu, padahal depan mata dia aje pun.” Rizman mengeluh kecil. Lagak tidak puas hati bila kata-katanya sebentar tadi seakan sukar dimergerti.
“La.. buat tak tahu apa pulak ni? Betul la akak tak tahu ni.” balas Riana lagak benar-benar tidak tahu. Bukan sengaja.
“Ya la.. ya la..” Rizman menggeleng bersahaja lagak malas membalas kata lagi. Dia berlalu masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Riana yang lagak tertanya-tanya sendiri dengan kata-kata sindiran Rizman itu.
Riana berfikir sejenak. Baru akalnya dapat tangkap! “Isy budak bertuah ni.. Rizman Akmar!” jerit kecil Riana ketap bibir. Menyebut nama penuh Rizman itu dengan geram. Baru mengerti di sebalik maksud kata-kata sindiran adiknya sebentar tadi itu. Kaki segera berlari masuk ke dalam rumah. Siaplah dia!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~