1 Mei 2011

~Bab 11~

 “MARIA, ada apa you ajak I keluar ni?” Khairul bertanya selepas dia duduk berhadapan dengan Maria Akila di sebuah kafe. Sejak dari tadi lagi soalan itu yang ditanya. Sejak dia menjemput wanita itu dan melakukan seperti yang dipinta. Namun soalan yang ditanya masih tidak berjawab. Hanya senyuman sahaja menjadi jawapan. Agak lama juga dia tidak bertemu semula dengan wanita itu selepas pertemuan mereka berdua di rumah Riana dahulu.
Maria tersenyum biasa memandang Khairul. “Adalah, tunggu sekejap ya?” kata Maria mengangkat keningnya sebentar. Lagak selamba.
            “Kita tengah tunggu siapa pulak ni? Kawan you ke?” tanya Khairul aneh dengan lagak wanita di hadapannya itu. Seakan sedang menanti kemunculan seseorang pula.
            “Adalah, sabarlah you ni pun.” balas Maria masih lagak malas membalas kata. Sesekali bermain dengan telefon bimbit di tangan. Selepas beberapa minit, dia memerhati ke hadapan pintu masuk kafe itu. “Hmm.. dah sampai pun dia..” pantas Maria tersenyum ceria melambai ke arah seseorang tanpa mempedulikan Khairul yang masih ingin terus bertanya lagi.
            Khairul segera kalih pandang ke arah lambaian kecil Maria itu. Mencari jawapan untuk soalannya sendiri. Wajah Riana yang sedang mendekati meja mereka berdua bersama dengan Hairie dipandangnya sedikit terkejut. Dia segera mengalihkan pandangan kepada Maria. “Riana?” Menyebut nama wanita itu jelas. Maria pula seakan buat tidak tahu dan terus memandang Riana bersama Hairie sedang melangkah mendekati mereka berdua.
            “Hai Maria.” sapa Riana tersenyum suka.
            Maria lagak sedikit terkejut bila melihat seorang lelaki berdiri bersebelahan Riana. Dapat meneka lelaki itu adalah Hairie. “Eh! Riana, I ingatkan you tak ajak Hairie tadi..”
“Oh. Sorry Maria. Dia ni haa.. tadi busy sangat, tapi dah free pulak bila I sebut nak jumpa you dengan Khairul ni. Hai Khairul?” Riana tersenyum manis memandang Khairul pula yang masih lagak tercengang itu. Khairul segera mengangguk faham. Tidak dapat meluahkan kata balas. Seakan jadi bisu. “Korang, kenalkan ini Hairie.” Riana memperkenalkan Hairie kepada Khairul dan Maria. “Awak, ini la Khairul dan ini Maria, girlfriend dia.” sambung Riana memandang Hairie pula. Lagak mempertemukan antara satu sama lain.
            Khairul segera bangun berdiri. Bersedia untuk berkenalan lagi dengan Hairie. Masing-masing mengangguk tersenyum kelat.
            “Hai. Nice to meet you.” Hairie menghulurkan tangan ingin berjabat tangan dengan Khairul. Sengaja ditunjuk wajah tenangnya agar Riana tidak perasan dengan lagak mereka berdua yang sememangnya telah lama saling mengenali itu. Di hati pula jadi risau jika rahsianya terbongkar.
            Khairul mengangguk lambat. “Ya. Nice to meet you too..” balas Khairul lambat sambil menyambut salam lelaki itu. Senyumannya menjadi semakin kelat.
            “So you guys, tengok apa lagi? Duduk la.” sampuk Maria bila kelihatan dua pemuda di hadapannya itu seakan diam sebentar.
            Masing-masing segera melabuhkan pinggul di atas kerusi. Riana duduk bersebelahan dengan Maria manakala Hairie duduk bersebelahan dengan Khairul. Berhadapan dengan pasangan masing-masing. Buat pertama kalinya mereka berempat bersua muka.
            “Hari ini I belanja, okey? So nak makan apa, order aje ya? Jangan malu-malu.” kata Maria tersenyum riang. Lagak baru menang cabutan gores dan menang.
            “Okay. Thanks Maria sebab sudi ajak kami berdua ni. Awak memang baik hatilah, untung Khairul.” puji Riana ikhlas sekilas memandang Khairul.
            “Ala.. tak ada la, Riana. Biasa-biasa aje ni. Lagi pun time ini saya free. Nanti time awak pulak, jangan lupa belanja saya balik, okey?” kata Maria bernada gurau. Sempat mengenyitkan sebelah matanya. Buat Riana tertawa kecil dengan gelagat wanita itu.
            Khairul pandang wajah Maria lagi. Entah kali keberapa. Cuba mencari tahu di sebalik rancangan wanita itu. Mereka berempat berbual-bual sambil menikmati makanan yang dipesan. Pertanyaan disoal dan jawapan diberi. Nada sedikit serius. Sesekali gelak tawa kedengaran bila zaman persekolahan dan pangajian dicerita kembali sebagai kenangan yang sukar dilupakan di dalam hidup.
            “So Riana, boleh I tahu tak apa yang buat awak sukakan Hairie ini, ya?” soal Maria memecahkan tawa kecil mereka berempat sebentar tadi. Seolah-olah permainan ‘Lets Your Man Talks’ berulang kembali. Tetapi kali ini versi wanita.  ‘Lets Your Women Talks’ maybe?
            Riana memandang Hairie di hadapannya sebentar. “Saya suka dia, sebab dia jujur dengan saya. Dia jugak bagi saya lelaki paling ikhlas yang pernah saya kenal.” Riana menjawab dengan senyum manis di bibir. Buat Hairie merenungnya seketika. Kejujuran dan keikhlasan yang disebut tidaklah sepenuhnya seperti yang dibayangkan. “Dan awak pulak Maria, apa kelebihan Khairul di mata awak?” sambung Riana menyoal Maria pula. Tidak mahu terlepas peluang bermain sama. Sempat memandang Khairul yang lagak hanya memasang telinga sejak dari tadi itu.
            Maria pandang Khairul seketika. “For me, he just a nice man tapi yang selebihnya awak kena tanyalah pada seseorang.” jawab Maria lagak mula bermain kata pula.
Riana kerut dahi. Pandang Maria tepat. “Tanya pada seseorang? Siapa?”
“Awak kenal orang tu..” Maria tersenyum sendiri. Senyum yang penuh muslihat.
“Saya kenal? Siapa dia?” tanya Riana lagi. Berfikir sejenak. Lagak benar-benar tidak tahu kerana setahunya hanya wanita bernama ‘Maria Akila’ sahaja yang mungkin mengenali rapat diri Khairul Faiz.
“Nama dia.. Riana Akma.” jawab Maria tersenyum manis. Menjeling ke arah Khairul yang berada di hadapannya itu.
“Huh?” Riana kerut dahi. Tidak faham kenapa namanya pula disebut sebagai orang yang mengenali rapat diri Khairul.
“Awak kan sahabat baik dia. Mestilah awak tahu kelebihan yang ada pada dia, kan?” kata Maria tersenyum memandang Riana. Nada penuh usikan.
Riana jadi serba salah. “Eh! awak ni Maria. Tak adalah. Pandai-pandai aje la awak ni, kan?” geleng Riana tertawa hambar dengan kata-kata usikan Maria itu. Risau jika Hairie yang berada di hadapannya itu tersalah sangka. Pasti resah jadinya.
Hairie hanya tersenyum kelat mendengar gurau senda Maria itu. Dia hanya menjawab apabila ditanya. Begitu juga dengan lagak Khairul. Masih tidak faham untuk tujuan apa Maria mengadakan perjumpaan ini. Malah tanpa pengetahuannya terlebih dahulu.
Mereka meneruskan perbualan lagi. Usikan dan gurauan masih ada. Gelak tawa pula kedengaran jelas. Bezanya sama ada ia benar atau hanya mainan mulut semata-mata.
            “Hmm.. kenyang perut saya malam ni, Maria. Entah berapa kilo la yang naik sekarang ni. Thanks a lot, okay?” Riana berkata dengan nada senang hati selepas selesai menghirup air minumannya. Makanannya telah lama dihabiskan.
            “Your most welcome dear. Ermm.. so lepas ni korang dua nak terus balik ke?” Maria memandang Riana dan Hairie. Sesekali memandang ke arah Khairul yang dari tadi lagak sedang menyepikan diri. Pasti lelaki itu diulit rasa sedih dengan kehadiran lelaki bernama Hairie Azmin itu di sini. Jika dia tahu Hairie ikut serta, pasti dia segera membatalkan pertemuan malam ini. Tetapi apakan daya, perancangan Ilahi lebih muktamad. Dia lagak hanya mampu merancang.
            “Err.. nampaknya macam tu la..” angguk Riana tersenyum memandang pula ke arah Hairie. Sudah tiada idea.
            Hairie yang mendengar berfikir seketika. “Oh.. rasanya masih awal lagi ni. Ermm.. apa kata kalau kita pergi Fun Fair? Haa.. yang ni biar saya yang belanja korang pulak, ya? Macam mana?” bicara Hairie tiba-tiba sekilas melihat ke arah jam tangannya. Sekaligus mengejutkan ketiga-tiga orang yang berada di meja itu. Khairul memang tidak terlepas.
            “Betul ke awak nak..”
Riana mula bertanya inginkan kepastian tetapi pantas Hairie membalas seakan dapat mengagak. “Yes sayang. Macam mana you guys? Okey ke?” soal Hairie kalih pandang pula kepada Maria dan Khairul. Inginkan persetujuan bersama.
            “Okey. Kami berdua no hal.” Pantas Maria mengangguk setuju sedangkan Khairul masih lagi terpinga-pinga dengan permainan yang dirancang senyap-senyap oleh wanita yang diminta untuk menyamar sebagai kekasihnya sahaja itu. Malah, Hairie pula kini seakan kelihatan sedang berpakat dengannya. Dia jadi makin keliru!
            “Okay. Let’s go.” ajak Hairie sambil berdiri. Tersenyum riang. Nada tidak sabar.
            Mereka bertiga yang lain segera bangun dan berpasangan menuju ke kereta masing-masing. Riana bersama Hairie dan Khairul bersama Maria. Khairul hanya memandu mengikuti kereta Hairie dari arah belakang setelah kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.
             “Maria, apa yang you cuba buat ni, hah?” tanya Khairul pantas setelah masuk ke dalam perut kereta bersama Maria. Bersedia untuk memandu keretanya mengekori kereta Hairie yang hanya beberapa jarak di hadapan keretanya itu. Soalan itu dari tadi lagi ingin diluahnya tetapi dia tidak langsung mempunyai kesempatan.
Maria mendengus kecil. Lagak malas mendengar soalan itu ditanya lagi. “Apa yang I cuba buat sekarang adalah cuba dapatkan Riana Akma balik untuk you, Faiz. Tapi tak sangka pulak Hairie tu ikut sekali tadi.” Maria membalas dengan wajah selamba. Sempat memandang ke luar cermin tingkap kereta. Sangkaan Hairie yang tidak jadi ikut tersasar. Rosak habis rancangannya.
            “What? Are you crazy?” Khairul terkejut dengan jawapan spontan daripada Maria itu. Seakan tidak berasas!
            “Yes I am!  You sanggup ke tengok Hairie tu rampas Riana daripada you, hah Faiz?” tegas Maria pantas dengan rancangannya itu. Lagak geram.
            “Maria, Riana bukan milik I. Jadi dalam soal ni, tak pernah wujud soal rampas atau tak, okey?” ujar Khairul nada sedikit kasar.
            “Faiz, come on la. Please open your eyes, okay? You masih ada peluang untuk luahkan perasaan you tu. I tak nak nanti you kecewa bila tengok Riana betul-betul jadi milik lelaki tu.” Maria masih ingin berbahas. Memang dulu dia ingin benar Khairul melupakan Riana tetapi bila difikirkan balik, kenapa tidak lelaki itu berjuang atas nama cinta untuk mendapatkan orang yang masih belum sah bergelar milik orang lain itu. Bahkan dia dapat membuat penilaian yang Riana seakan  mempunyai perasaan juga terhadap Khairul, cuma mungkin terselindung dek kehadiran lelaki yang bernama Hairie Azmin itu.
            “Maria, I appreciated dengan niat you tu tapi apa yang you cuba buat hari ini is wrong Maria, is wrong okay!” balas Khairul tegas dan terus memandang ke hadapan. Malas bertikam lidah dengan wanita di sebelahnya itu lagi kerana sesungguhnya Maria tidak tahu langsung berkenaan dengan surat perjanjian yang pernah termeterai di antara dia dan Hairie itu.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“KENAPA?” tanya Hairie aneh sekilas memandang Riana. Dia tahu sejak dari tadi lagi mata wanita itu mengintai ke arahnya. Malah jelas kelihatan dari raut wajahnya yang aneh dan hairan itu.
            Riana menggeleng perlahan. “Tak ada. Saya tak sangka yang awak nak pergi Fun Fair.” balas Riana lambat. Memang cadangan lelaki itu sebentar tadi di luar jangkaannya.
            Hairie tersenyum. Terasa diri disindir. “Apa? Awak ingat orang macam saya ni tak tahu berseronok ke? Hmm?”
            “Tak adalah, siapa kata? Saya just rasa kelakar aje.” balas Riana lagi berlagak biasa.
            Hairie kerut dahi pula. “Kenapa pulak awak nak rasa kelakar?” tanya Hairie lagi.
            “Ya la. Before ni saya tengok awak ni seorang yang serius, selalu pentingkan kerja je. Tapi tahu pulak pasal Fun Fair ni kan.” Sindir Riana makin galak. Dia tergelak kecil.
            “Mestilah tahu. Before ni pun saya ada pergi tau, tapi dengan family saya aje. Itu pun kena paksa dengan Kak Rin yang cakap saya ni anak mama la..”
            Mereka terus berbual-bual kosong. Hairie tahu dia tidak sepatutnya mengajak Khairul dan Maria untuk ikut serta. Tetapi dia ada sebab yang tersendiri untuk berbuat demikian dan dirasakan peluang ini adalah yang terbaik.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
MEREKA berempat bersuka ria bersama-sama sambil makan ais krim di tangan. Hasil belanja daripada Hairie setelah tiba di tapak Fun Fair, tempat yang penuh dengan keseronokan dan keriangan. Sesekali kedengaran teriakan takut dan tawa dari pelbagai jenis permainan yang terdapat di situ. Khairul terpaksa berpura-pura gembira lagi sedangkan hatinya benar-benar terseksa. Lebih-lebih lagi melihat kemesraan yang terpamer di riak wajah Riana setiap kali berbual-bual dengan Hairie. Di depan matanya sendiri.
            “Faiz, aku tak tahu tujuan apa kau dengan Maria ajak kami berdua makan malam hari ini. Aku tahu kau masih ada perasaan pada dia tapi aku cuma nak minta tolong, tolong jangan jumpa dia lagi. Aku takut, aku takut rancangan bodoh aku dulu tu dia dapat tahu. Aku betul-betul cintakan dia Faiz, dan aku tak nak kehilangan dia. Tak lama lagi aku akan melamar Riana. Aku harap kau faham.” luah Hairie kepada Khairul yang duduk di sebelahnya di bangku yang terdapat di situ. Ketika itu, Riana dan Maria sedang berada di dalam salah satu tempat pusingan roda gergasi yang sedang berpusing perlahan. Sesekali senyuman dibalas dengan lambaian kecil bila pandangan mereka bertentangan.
            Khairul memandang ke arah Riana yang kelihatan gembira dan ceria di samping Maria. Keceriaan yang sentiasa didoakan untuk wanita itu. Dia kalih pandang pula ke arah Hairie. “Hairie, aku tahu kau selayaknya untuk dia. Aku faham. Kau jangan risau, Riana memang untuk kau.” jelas Khairul tersenyum kelat.
            “Terima kasih, Faiz. Terima kasih.” ucap Hairie tersenyum balas dan memandang ke arah Riana kembali. Terasa lega hatinya dengan kata-kata lelaki itu.
            Khairul tersenyum kelat lagi. Kalih pandang semula melihat ke arah Riana. Dia perlu membuat keputusan. Keputusan yang mungkin bakal menyeksakan dirinya lagi selepas ini.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“HAIRIE, I dengar kata company you ada jalankan perniagaan dengan Syarikat Bernama Ratu, kan? Ala.. company yang mengalami kebakaran dua tahun dulu tu. Macam mana keadaan company tu sekarang, ya?” tanya Maria sengaja membuatkan Hairie memandang ke arahnya. Perbualan bersama dengan Riana ditinggalkan sebentar.
            “Oh ya.. Memang betul. Tapi sekarang company tu dah dibangunkan semula dengan bantuan..” Perbualan mereka berdua diteruskan.
Riana segera menapak ke arah Khairul yang seakan sedang berdiam diri. Hairan melihat kelakuan Khairul yang agak kurang bercakap pada malam itu. Jika tidak, pasti riuh sehingga hanya mendengar suara lelaki itu sahaja sekiranya mereka keluar berdua atau bertiga bersama Rizman. “Maria tu tahu jugak ya pasal hal-hal syarikat ni..” kata Riana sambil memandang ke arah mereka berdua yang seakan sedang serius membincangkan perkara tersebut. Setahu Riana, Maria Akila hanyalah seorang pembantu di sebuah farmasi.
            “Err.. kadang-kadang dia ambil tahu jugak.” Khairul bersahaja membalas. Tersenyum manis kembali tatkala dia memandang raut wajah wanita idamannya itu.
            “Hmm.. bagus la, bolehlah dia bantu awak sedikit nanti bila awak dengan dia dah jadi suami isteri.” Senyum Riana kalih pandang pada Khairul.
            “Kalau ada jodoh..” balas Khairul sambil membuang pandangannya ke arah lain. Bibir tersenyum kelat pula.
            “Isy awak ni Khairul kan, kenapa cakap macam tu? Pasti ada jodoh punya la. Asalkan awak setia dan sayang dia dengan setulus hati awak.” Riana segera membantah kata-kata Khairul itu. Ingin lelaki itu tahu Maria adalah jodoh yang terbaik. Jodoh yang mungkin telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. untuk dirinya.
            Khairul hanya tersenyum memandang Riana. Sesekali dia memandang ke arah Hairie dan Maria. Masih berbual rancak. Dia dapat merasakan yang mata Hairie sesekali mengintai ke arah mereka berdua. Pasti lelaki itu sedang diulit rasa risau jika dia masih jadi lebih rapat dengan Riana lagi. Tetapi janji yang diungkap sebentar tadi pasti ditunaikannya. Itulah prinsipnya. Pasti ditunaikan!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“FAIZ,  you memang tak guna la. Susah payah I ajak dia keluar hari ini. I ingat you akan cuba la luahkan perasaan you tu ke tapi.. Isy.. I tak tahu la nak cakap macam mana lagi.” Maria menggeleng kepalanya beberapa kali. Lagak melepaskan geram setelah kereta yang dipandu Khairul keluar daripada tapak Fun Fair itu. Kereta Hairie dan Riana telah lama meninggalkan tapak tersebut terlebih dahulu setelah Khairul sendiri yang mencadangkan agar mereka berempat segera berangkat pulang.
            Khairul dengan tiba-tiba memberhentikan keretanya di tepi jalan. Kedengaran hon dari kenderaan di belakang keretanya yang melalui jalan yang sama. Seakan marah dengan tindakan tiba-tibanya itu. Tapi dia tidak menghiraukannya. Sebaliknya merenung tajam ke arah Maria yang terkejut dengan lagak aksi berani lelaki itu. Sungguh berani! “Ya. Memang! Memang I tak guna. I memang tak guna, Maria. Puas hati you hah! I memang cintakan dia, Maria. Hati I ni.. hati I ni terseksa kerana I cintakan dia. Tapi I tak nak dia terseksa bila dia kehilangan cinta dia. You faham tak?!” pekik Khairul akhirnya menumbuk stereng keretanya kuat. Seakan sudah lama memendam kata-kata itu sejak dari tadi lagi. Akhirnya dapat diluah jua. Kesemuanya!
            Suasana di dalam kereta itu jadi diam seketika. Maria jadi serba salah. “Faiz, I..” Maria seakan ingin cuba berkata sesuatu. Terpamer rasa bersalah dengan kata-katanya terhadap Khairul sebentar tadi.
Khairul melepaskan keluhannya seketika. Sempat mengucap beberapa kali di hatinya tadi.  “Baiklah Maria. Mulai hari ini tak perlulah lagi you nak menyamar jadi kekasih I. Cukuplah sampai sini saja, kita berlakon sebagai kekasih. Lepas ni I tak kan ganggu you lagi.” Bicara Khairul tenang memandang stereng keretanya.
            “Faiz, I’m so sorry.”
Luah Maria perlahan membuatkan Khairul kalih pandang pada ke arahnya sekali lagi. Cuba untuk senyum. Dia turut terasa bersalah kerana berkasar suara dengan wanita yang selama ini membantunya itu. “I hantar you balik, okey? Sorry sebab I tengking you tadi..and thank you so much sebab you sudi tolong I selama ini. I betul-betul hargainya, Maria. Serius.” Khairul menutup bicaranya. Dia memandu semula untuk menghantar Maria pulang. Maria pula hanya diam membisu. Tidak mahu lagi membuat lelaki itu menjadi semakin serba salah dengan sikapnya yang tidak berfikir panjang.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
MELISSA melangkah masuk ke dalam pantri. Kelihatan Riana sedang membancuh air kopinya. Riana tersenyum seketika memandang ke arah Melissa yang sedang mencapai mug. Melissa membancuh air dengan lagak sombongnya. Tanpa mempedulikan Riana yang turut berada di situ.
            “Err.. macam mana dekat seminggu kerja di Syarikat Gema Holding ini, Cik Melissa?” Riana bertanya penuh sopan. Cuba untuk berbuat baik dengan wanita yang dirasakan bersikap dingin dengannya itu sejak dari mula lagi mereka bertemu.
           Melissa yang sedang asyik mengacau sudu di dalam mug terhenti seketika. Kalih pandang Riana dengan sinis. “Kenapa? Kau nampak aku tak okey ke kerja sini?” tanya balas Melissa dengan lagaknya. Muka sentiasa nampak tidak puas hati jika bertemu atau terserempak dengan wanita bernama Riana Akma itu.
            Riana jadi diam seketika. “Err.. bukan macam tu maksud saya, Cik Melissa. Saya cuma..”
            Melissa mencelah kata Riana pantas. Jari diletak di bibir seketika. “Syss.. kau tak payah nak explain kat aku. Aku tak nak tahu pun. Oh ya, aku ada dengar mulut - mulut orang office ini cakap yang Encik Hairie tu selalu sangat ajak kau keluar lunch sekali. Betul ke?”
            “Err..” Riana mati kata. Memang benar apa yang dikatakan. Seakan Hairie sudah mula bersedia ingin memberitahu tentang hubungannya kepada umum walaupun dia sehabis boleh ingin mendesak agar perkara itu ditangguhkan buat sementara waktu selagi restu ayah lelaki itu belum diperoleh seperti yang diharapkannya.
            “Hmm.. jadi betul la.” Melissa mendengus seketika sambil memandang penuh Riana. Mug pula dipegang bersama. “Kau dengar sini. Dari hari pertama aku jejak kaki ke dalam company ni, aku memang tak suka kau. Aku tak tahu apa hubungan kau dengan Encik Hairie, tapi aku nak kau tolong jangan berangan tinggi sangat. Kau tu just staf biasa saja kat dalam company ni. Anytime saja aku boleh suruh papa Encik Hairie, Datuk Haikal tendang kau keluar dari company ni. Kau tentu tahu kan, siapa sebenarnya aku pada Encik Hairie tu?” kata Melissa panjang lebar dengan lagaknya. Nada sedang memberi amaran. Riana hanya mendengar. Tiada niat untuk membalas. “Jadi. Aku harap kau faham la, ya? So excuse me.” tambah Melissa lagi. Beredar dari situ sambil membawa mug kopi panas yang dibancuhnya keluar.
Riana terus mati kata. Hanya mampu menggeleng kepala. Keluhan dilepas perlahan. Tidak sangka niat baiknya disalah anggap. Resah di hati pula terasa bila memikirkan kata-kata Melissa itu tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~