1 Mei 2011

~Bab 15~

MAKAN malam tahunan Syarikat Damai Kasturi diadakan di sebuah hotel bertaraf empat bintang. Hairie ditemani Riana setelah wanita itu dijemput dari rumah. Sejak kebelakangan ini, Hairie rajin membawa Riana keluar bersama hampir setiap hari. Lebih-lebih lagi menemaninya ke majlis-majlis keramaian yang diadakan oleh pelanggan-pelanggan tetap Syarikat Gema Holding.
“Riana, awak duduk sini dulu, ya? Saya nak pergi jumpa client saya kat sana kejap, okey?” kata Hairie sambil menunding jari ke arah sekelompok tetamu yang sedang berdiri berborak bersama.
“Okey.” Senyum manis Riana mengangguk mengerti. Dia melihat Hairie berlalu ke arah itu. Riana pandang sekeliling. Hotel yang indah lagi besar itu menarik perhatiannya sejak dari mula dia melangkahkan kaki masuk ke situ. Cantik dan cukup mempersonakan.
Khairul dan Johan melangkah masuk ke dalam hotel itu. Memenuhi undangan yang turut diberikan kepada mereka sebagai tanda persahabatan yang pernah terjalin di antara Syarikat Suria Trading dan Syarikat Damai Kasturi pada suatu masa dahulu semasa arwah ayahnya masih hidup.
Hairie terpandang kelibat Khairul di situ. Dengan pantas dia kalih pandang ke arah Riana yang masih setia duduk di meja mereka. Dia risau jika kelibat lelaki itu menjadi tumpuan wanita yang dicintainya itu sekali lagi. Pasti memori duka berulang kembali. “Encik Khairul Faiz.” panggil Hairie setelah dia cuba merapati lelaki itu.
Khairul turut terkejut melihat Hairie berada di situ. Tidak sangka syarikat lelaki itu turut sama pernah berurus niaga dengan Syarikat Damai Kasturi. Jika lelaki itu hadir di situ, pasti Riana turut sama hadir. Tekanya pantas. Dia tidak mahu melihat wajah wanita itu ketika ini kerana hatinya yang terluka masih belum habis dirawat, mana mungkin dia mampu biarkan ia terus terluka sekali lagi. “Ya. Dia datang sekali ke?” tanya Khairul sambil berjabat tangan dengan Hairie.
Johan yang berada di sebelah Khairul hanya memerhati geram. Geram dengan perbuatan Hairie terhadap teman baiknya. Namun geram itu hanya disimpan di dalam hati. Memenuhi permintaan sahabat baiknya itu.
“Ya.” angguk Hairie mengangguk faham dengan gerangan merujuk kepada ‘Dia’ itu.
Khairul hanya tersenyum kelat. Tekaannya tepat sekali. Terasa ingin sahaja dia berlari pantas keluar dari situ. Sungguh!
Riana terasa ingin ke bilik air. Dia ingin melangkah keluar dari majlis itu seketika namun langkahnya terhenti tatkala dia terpandang Hairie sedang berbual-bual dengan Khairul di satu penjuru. Lelaki yang melukakan hatinya muncul kembali ketika ini. Entah kenapa hatinya dirasakan begitu sakit. Sakit hati melihat lelaki itu di sini pada malam ini.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“RIANA, sorry buat awak tunggu lama. Saya baru aje habis discuss dengan client saya tadi.” kata Hairie tersenyum lalu duduk kembali ke tempatnya. Memandang Riana dengan senyum manis di bibir. Tidak mahu wanita itu melihat rasa tidak aman yang cuba hadir di hatinya ketika ini.
It’s okay.. Err.. client awak tu dari mana, ya?” tanya Riana lagak tenang. Sengaja ingin berbicara soal itu.
“Err.. dari Pontian.” balas Hairie berjaga-jaga. Tidak mahu Riana tahu yang dia baru sahaja selesai berbual dengan Khairul. Tidak mahu menimbulkan lagi rasa duka yang masih ada hati.
Riana mengangguk lagak mengerti walaupun dia tahu lelaki di hadapannya itu sedang  bercakap bohong. Mungkin berbohong untuk kebaikan dirinya. Tekanya sendiri.
“Para hadirin yang dihormati sekalian. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi menghadirkan diri ke Makan Malam Tahunan Syarikat Damai Kasturi di The Hotel Katerina.…”
Tetamu yang hadir memberi perhatian sebentar kepada ucapan pembukaan yang diberikan oleh wakil daripada Syarikat Damai Kasturi di atas satu pentas yang dibina di situ.
Mata Riana segera meliar mencari kelibat Khairul yang telah memainkan perasaannya itu. Entah kenapa dia ingin benar menatap wajah itu ketika ini. Ingin menatap wajah yang telah mengkhianati persahabatan ikhlasnya sebelum ini. Wajah yang dicari ditemui. Tajam renungannya ke arah Khairul yang duduk tidak jauh dari tempat dia dan Hairie.
Khairul sedar yang Riana sedang melihat dia dari jauh. Tetapi sengaja dia berlagak tenang dan fokus kepada ucapan yang sedang diberikan oleh Pengurus Besar Syarikat Damai Kasturi itu pula. Sesungguhnya dia tidak mampu menatap wajah wanita yang dilukainya itu. Dia tidak mampu!
“Faiz, Riana tengah tengok kau tu.” bisik Johan yang turut perasan akan hal itu. Lagak tidak tenang juga dibuatnya.
Khairul masih pandang di hadapan pentas. “Aku tahu.” Khairul mula bangun. “Jo, aku pergi washroom kejap, okey?” balas Khairul segera melangkah pergi dari situ. Ingin membuang dukanya seketika.
Khairul berlalu ke bilik air yang berdekatan. Dia tidak mahu dari terus menjadi mangsa tenungan tajam Riana. Dia sedar yang wanita yang dicintainya itu terlalu terluka dengan apa yang dilakukannya. Sesungguhnya dia telah mengkhianati kepercayaan Riana sebagai seorang sahabat kepada dirinya sebelum ini. Dia kecewa dengan dirinya sendiri.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“TAHNIAH Encik Khairul Faiz Datuk Kamil. Tahniah. Awak berjaya.. awak berjaya mempermainkan saya. Tahniah
 “Tadi masa saya baca surat tu, saya ada kata dalam hati. Saya kata, It’s okay, Riana.. Khairul tak bersalah. Mungkin Khairul terpaksa.. Mungkin Hairie yang paksa dia buat semua ni. Tapi bila awak.. awak baca surat perjanjian bodoh awak ni sekali lagi. Baru saya tahu bertapa bodohnya diri saya pada awak, kan?”
 “Saya jugak nak ucapkan terima kasih pada awak. Terima kasih kerana selama ini awak banyak bantu saya, sanggup dengar luahan hati saya, berkongsi cerita dengan saya dan yang paling penting, terima kasih kerana sudi menyamar sebagai kawan baik saya. Tahniah Encik Khairul Faiz. Tahniah sekali lagi saya ucapkan, kerana awak telah berjaya dapat apa yang awak nak. Tahniah.”
Peristiwa yang telah melukakan hatinya itu diimbau kembali. Masih terngiang-ngiang suara sebak Riana di gegendang telinganya. Rasa bersalah sentiasa ada di hati jika terkenangkan soal wanita itu. Perit sungguh! “Maafkan saya, Riana. Maafkan saya.. Saya terpaksa.” bisik hati Khairul berulang kali. Tangan memegang dada. Seakan sesak dadanya dengan peristiwa itu. Dia menghala wajahnya ke hadapan cermin dinding bilik air itu pula. Sesungguhnya wajah itulah yang dibenci Riana ketika ini. Ingin sahaja dia berlari ke sebuah kedai serbaneka dan menbeli topeng penutup muka. Menutup mukanya ketika ini dari dikenali sebagai Khairul Faiz. Lelaki yang telah mendustai hati Riana Akma.
Khairul melangkah keluar dari kawasan bilik air itu setelah menenangkan hatinya untuk seketika waktu. Walaupun hatinya tidak tenang sepenuhnya. Dia perlu nampak tenang dan tidak mahu terus mengingati peristiwa duka itu. Biarlah peristiwa itu menjadi sejarah hidupnya. Dia perlu terima hakikat bahawa jodohnya bersama Riana Akma sebagai seorang sahabat telah tiada dan tidak mungkin akan ada lagi.
“Encik Khairul Faiz Datuk Kamil.” Suara namanya dipanggil ditangkap dengan jelas dari satu penjuru. Buat Khairul kalih pandang ke arah itu. Pantas. Khairul terkaku seketika melihat Riana sedang berdiri tidak jauh dari muka hadapan pintu masuk ke dalam majlis itu. Entah bagaimana wanita itu boleh berdiri terpacak di situ. Bersilang lengan lagaknya. Seakan sedang menanti ketibaannya untuk masuk ke dalam semula.
Riana pandang Khairul tajam. Dia segera menghampiri lelaki itu dengan wajah serius. Khairul pula mula berlagak tenang. Dia hanya membalas pandangan Riana dengan senyum lagak sinis di bibir. Menanti wanita itu sambung berbicara.
“Saya tak tahu apa yang awak bincangkan dengan teman lelaki saya, Hairie Azmin tadi. Tapi yang saya nak awak tahu sekarang dan selepas ini, saya tak akan benarkan awak kacau dia lagi. Awak dah dapat apa yang awak nak selama ini, kan? Jadi tolong.. tolong jangan kacau hidup kami berdua lagi. Faham?” kata Riana bernada serius. Suara pula masih kasar. Seolah-olah sedang memberi amaran. Dia mula berpaling ingin masuk ke dalam semula namun tidak jadi. Malah bertindak memandang Khairul kembali. Masih sinis. Seakan masih ada bicara yang tertinggal. “Ya one more things.. Hari itu lupa saya nak ucapkan terima kasih kepada awak untuk satu benda lagi. Terima kasih kerana buat saya sedar yang wujudnya lelaki hipokrit macam awak kat muka dunia ni.” kata Riana jelas. Diseli dengan keluh sinis memandang Khairul. Penuh kebencian. Dia melangkah masuk ke dalam majlis. Meninggalkan lelaki itu terus berdiri terkaku di situ.
Riana duduk semula ke tempatnya dengan tenang. Tersenyum melihat Hairie Azmin semula. Tidak mahu lagi dia menatap wajah lelaki bernama Khairul Faiz. Dia sendiri tidak sangka dia dapat meluahkan kata-kata itu sebentar tadi. Jauh di sudut hati, dia terasa sangat puas. Segala yang dipendam di hatinya sejak dua minggu yang lalu dilepaskan ke semuanya. Tidak mahu lagi dia memikirkan soal itu.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“KAU ni okey ke, bro?” tanya Johan lagak tidak sedap hati melihat tingkah laku Khairul yang kembali duduk di sebelahnya itu. Seakan ada yang tidak kena dengan lelaki itu. Lebih-lebih lagi bila dia perasan Riana juga turut melangkah masuk awal beberapa minit sebentar tadi dari arah yang sama.
“Aku okey.” Khairul tersenyum kelat memandang Johan. Dia sesekali memandang ke arah Riana yang sedang gembira berbual-bual bersama dengan Hairie itu. Wajahnya tidak lagi ditenung seperti tadi. Seperti Riana memang tidak ingin langsung melihat wajahnya lagi.
Johan hanya memerhati lagak Khairul itu. Sesungguhnya dia mengerti perasaan teman baiknya itu ketika ini. Pasti sedang diulit rasa kecewa dan terluka.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
KERETA Hairie berhenti di depan pintu pagar rumah Riana. Baru sahaja selesai daripada menghadiri jemputan makan malam sebentar tadi.
“Terima kasih awak.” ucap Riana tersenyum mesra memandang Hairie. Sambil tangan membuang tali pinggan keledar yang mengikatnya. Bersedia untuk keluar dari perut kereta setelah tas tangannya pula digenggam erat.
“Riana.” panggil Hairie memegang tangan Riana buat wanita itu tidak jadi keluar. Mata pandang tepat ke arah Riana yang sedang memandangnya.
 “Ya?” balas Riana menanti kata. Sedikit terkejut dengan reaksi tiba-tiba Hairie itu.
 “Kita tunang.” kata Hairie untuk kali keduanya. Sudah tiba masanya dia menyatakan hasratnya itu sekali lagi. Semuanya telah selesai. Tiada perkara yang perlu dipertikaikan dan dipersoalkan lagi. Dia benar-benar sudah bersedia kini. Bersedia melangkah ke tahap seterusnya bersama Riana Akma.
“Tunang?” Riana kerut dahi. Tidak sangka Hairie menyatakan hasrat itu. Sekali lagi.
Hairie mengangguk kepala. “Ya. Kita tunang. Be my fiancĂ©. Saya rasa dah tiba masanya untuk kita berdua bertunang. InsyaAllah hujung tahun ni kita kahwin. Esok saya bawa awak ke kedai cincin. Kita pilih cincin tunang sama-sama, ya?” cadang Hairie dengan bibir tersenyum indah.
“Okey.” balas Riana dengan anggukan setujunya.
Hairie bertambah suka mendengar kata balas Riana itu. “Terima kasih. Selamat malam, Riana.” ucap Hairie setelah Riana melangkah turun dari keretanya. Dia gembira kerana lamarannya diterima baik oleh wanita itu. Diri seakan ingin meloncat gembira.
“Selamat malam.” balas Riana tersenyum kelat. Tangan melambai perlahan. Memandang kereta Hairie meninggalkan tapak perumahannya. Dia tidak tahu kenapa tiada rasa gembira mahupun suka di hatinya saat lelaki itu menyatakan hasrat ingin mengikatnya sebagai tunang. Dia sendiri tertanya-tanya tentang perasaannya sendiri. Adakah dia benar-benar sudah bersedia untuk melangkah ke tahap itu. Dia sendiri keliru!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“AKHIRNYA dia ajak kau tunang. Bestnya Riana.. Congratulation my friend!” ucap Eza lagak teruja mendengar kata-kata Riana tentang lamaran Hairie itu. Mereka berdua sedang melepaskan penat seketika apabila puas membeli-belah barangan dapur sebentar tadi.
Riana terdiam seketika. Straw di dalam gelas dipusing-pusing. Lagak runsing. Dua hari lepas dia dan Hairie telah sama-sama ke sebuah kedai emas seperti yang dikatakan oleh teman lelakinya itu. Cincin tunang mereka berdua juga telah selamat dipilih. Cuma menanti untuk memilih tarikh pertunangan itu berlangsung sahaja.
Eza yang memerhati tingkah laku Riana itu jadi hairan seketika. “Err.. kenapa ni? Orang kalau teman lelaki dia ajak tunang.. siap pergi pilih cincin sama-sama.. bukan main happy lagi tau, rasa macam nak terbang aje. Tapi kau ni tak nampak macam happy pun, kenapa?” tanya Eza ingin tahu kerana jelas di matanya Riana tidak seperti kebiasaannya. Malah kata-kata yang diluah juga tidak lagi disusuli rasa teruja seperti dahulu.
“Entahlah Eza, aku macam tak bersedia lagilah.” luah Riana sesungguhnya semalaman dia memikirkan soal itu. Soal persediaannya melangkah ke tahap itu.
“Kau ni umur dah 26. Tak kan tak bersedia lagi kut. Ermm.. okey. Macam ini la, apa kata kalau malam ni kau buat Solat Istikharah? Mak aku ada cakap, kalau kita hadapi sebarang masalah atau tak tahu nak buat keputusan macam kau ni. InsyaAllah, lepas kau buat solat tu nanti, hati kau pasti akan tenang. Time tu mungkin kau dah boleh buat keputusan.” pesan Eza panjang lebar. Bibir tersenyum manis. Sesungguhnya dia mengerti perasaan Riana ketika ini.
Riana mengangguk mengerti. Senyum di bibir cuba pula diukir. Ibunya juga turut pernah berpesan begitu dahulu.  Dia perlu buat!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
RIANA masih berada di atas kaki sejadah. Badan lengkap dengan kain telekungnya. Kata-kata Eza petang tadi diingatinya semula. Dia memikirkan soal Hairie Azmin, lelaki yang dicintainya separuh mati itu. Lelaki yang sentiasa bersamanya malah menyatakan hasrat untuk melamarnya sebagai tunang. Tangan kedua-dua belah mula diangkat bersama.
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjukMu menurut pengetahuanMu, dan aku memohon ketetapan dengan kekuasaanMu, dan aku memohon dari kelebihanMu yang Maha Agung kerana sesuangguhnya ENGKAU lah yang berkuasa dan aku tidak berkuasa, dan ENGKAU lah mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan engkau mengetahui perkara-perkara ghaib,
Ya Allah, jika ENGKAU tahu bahawa Hairie Azmin Bin Haikal baik untukku, pada agamaku, pada kehidupanku dan pada akibat urusanku, maka tentukanlah dia untukku dan mudahkanlah dia untukku, dan kemudian berkatilah aku padanya,
Ya Allah, jika ENGKAU tahu Hairie Azmin Bin Haikal buruk untukku, pada agamaku, pada kehidupanku dan pada akibat urusanku, maka jauhkanlah dia dariku dan jauhkanlah aku darinya, dan tentukanlah untukku kebaikan di mana sahaja ia berada, kemudian jadikanlah aku redha dengannya.”
Riana mengakhiri doanya dengan kalimah Doa Istikharah dan menyapu kedua-dua belah tangan ke wajahnya dengan hati yang seikhlas mungkin. Mengharap pertolongan yang Maha Agung untuk dia diberi petunjuk dengan kekeliruan yang dihadapinya ketika ini.
‘Tuk! Tuk! Tuk!.. Tuk! Tuk! Tuk!’
Pintu bilik tidur Riana diketuk cemas buat dia tercengang seketika. Dia segera bangun dan membuka pintu biliknya. Muncul wajah Rizman yang sedang tersenyum suka. Lagak teruja. “Kak Riana.. Kak Riana, Abang Khairul datang. Dia nak jumpa akak sekarang. Ada benda penting yang dia nak cakap kat akak.” kata Rizman laju. Seolah-olah gembira dapat bertemu dengan Khairul hari ini. Mungkin kerana telah lama dia tidak bersua muka dengan lelaki itu.
“Khairul?” Riana kerut dahi. Tidak pasti kenapa lelaki yang paling dibencinya itu berani memunculkan diri di saat ini. Saat dia ditimpa rasa keliru untuk membuat pilihan masa depannya.
Riana segera berlalu ke ruang tamu. Masih berpakaian telekungnya. Aneh melihat Khairul yang sedang duduk di sofanya. Seakan menanti dia memunculkan diri. Rizman pula lagak telah menghilangkan diri. Entah ke mana. “Buat apa awak datang sini? Tak cukup lagi ke awak tipu saya? Awak sakitkan hati saya, hah?” tempelak Riana terus menghamburkan kemarahannya kepada Khairul. Sentiasa ada rasa marah jika wajah itu ditatapnya. Rasa tidak puas hatinya muncul kembali.
Khairul bangun berdiri setelah wajah Riana dipandangnya.  Bibir tersenyum indah. “Ada benda yang saya perlu beritahu awak, Riana. Awak boleh marah saya. Awak boleh benci saya. Tapi izinkan saya untuk beritahu awak satu perkara.” luah Khairul bersungguh-sungguh buat Riana terdiam. Riana menanti Khairul untuk terus berbicara. Hati berdegup kencang tiba-tiba. Bagai nak terkeluar pun ada. Entah kenapa?! “Saya cintakan awak, Riana Akma.” luah Khairul memandang tepat ke anak mata Riana.
Riana terpaku. Tidak percaya bahawa lelaki di hadapannya itu sedang berani pula meluahkan kata cinta kepadanya. Sedangkan hatinya penuh rasa benci melihat lelaki itu ketika ini. Benci yang amat!
“Saya cuma nak awak tahu yang saya betul-betul cintakan awak, Riana. Maafkan saya.. maafkan saya..” tambah Khairul lagi buat Riana rasa lain. Lain yang sangat. Khairul mula melangkah keluar pula dari situ dengan wajah yang tenang. Bibirnya pula masih terukir senyuman. Tidak pula menanti kata balas atau memberi kata selamat tinggal. Seakan menghilangkan diri di sebalik hari yang masih gelap itu.
Kaki Riana pula terasa terlekat di lantai simen batu marmar ruang tamunya. Tidak dapat melangkah untuk melihat bayang-bayang Khairul yang telah lenyap itu. Semuanya berlaku dengan pantas. Sepantas kilat!
“Kak.. kak..”
Riana buka mata. Kelihatan Rizman sedang berada di dalam biliknya. Sedang melutut smabil mengerakkan tubuhnya yang telah berbaring melelapkan diri di kaki sejadah. Pakaian telekung yang dipakainya setelah selesai menunaikan Solat Sunat Istikharah sebentar tadi masih lengkap di badan. Tidak sangka dia boleh tertidur di situ.
Rizman berdiri tegak. “Jom makan. Riz dah hidang lauk yang akak masak kat atas meja tu..” ajak Rizman tersenyum manis. Jauh di sudut hati rasa kasihan dengan nasib yang menimpa kakaknya itu. Ingin berbicara benar namun janji yang terungkap membantutkan segala niatnya itu.
Riana bangun dan duduk bersipu memandang Rizman. “Ermm.. Riz makanlah dulu, nanti akak keluar, ya?” balas Riana sambil menyapu lembut kelopak matanya dua tiga kali. Baru dia sedar dia bermimpi seketika tadi.
“Okey.” angguk Rizman faham. Menurut kata. Berlalu keluar dari bilik itu.
Riana berfikir sejenak. Tidak sangka dia boleh bermimpi sebentar tadi. Mimpi pula tentang lelaki yang dibencinya saat ini. Digelengnya beberapa kali. Tidak mahu terus memikirkan soal mimpi itu lagi.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“ASSALAMUALAIKUM. Boleh saya jumpa dengan Cik Riana Akma?” tanya Johan memandang Kak Syida yang sedang sibuk meneliti sesuatu di atas sebuah dokumen. Ini kali pertama dia menjejakkan kakinya di Syarikat Gema Holding. Niat ingin menyambungkan kembali satu perhubungan yang terputus di tengah jalan. Di samping membetulkan segala kekeliruan yang telah tercetus hampir tiga minggu ini.
            “Waalaikumusalam.. Ya, encik ni?” tanya Kak Syida kembali. Sedikit aneh kerana sebelum ini tiada sesiapa pun orang luar daripada syarikat itu yang bertanyakan soal Riana kepadanya.
            “Saya kawan dia.” Johan menjawab dengan bibir tersenyum manis.
            Kak Syida mengangguk mengerti lagak faham. “Ya. Encik tunggu sini sekejap ya? Saya panggilkan dia.” balas Kak Syida sambil berlalu ke pantri. Ketika itu kelihatan Riana sedang membancuh air kopi panas seperti biasa. “Riana..” panggil Kak Syida sambil mencuit perlahan bahu Riana setelah diri merapati wanita itu.
Riana tersenyum kalih pandang Kak Syida sebentar. “Ermm.. ada apa Kak Syida?” tanya Riana sambil tangan ligat memusing-musing sudu yang berada di dalam mug kopinya. Memecahkan gula.
            “Ada seorang mamat spec kat luar tu nak jumpa dengan Riana.” kata Kak Syida menyampaikan pesan. Membuat aksi memakai cermin mata di matanya.
            “Siapa?” tanya Riana kerut dahi. Mug kopinya ditinggalkan sebentar ke atas meja.
            “Entah la, dia kata dia kawan Riana. Macam ada hal penting aje akak tengok. Riana pergilah tengok.” balas Kak Syida sempat mengangkat kedua-dua bahunya lagak tidak tahu. Tangan pula menarik satu mug kosong. Lagak ingin juga membancuh air minumannya. Dahaga mula terasa.
            Riana segera keluar dari pantri. Membawa mug kopi panasnya bersama. Dia meninggalkan air minumannya itu di atas meja kerja seketika. Kelibat lelaki yang menanti di hadapan meja Kak Syida ditangkapnya pantas. “Ya encik, saya Riana Akma. Encik ni?” Pantas Riana bertanya apabila terpandang seorang lelaki yang bercermin mata sedang tersenyum manis ke arahnya. Seakan dia pernah melihat wajah itu beberapa kali sebelum ini namun tidak dapat meneka di mana tempatnya.
            “Saya Johan Johari. Kawan baik Khairul Faiz.” Johan memperkenalkan diri. Tersenyum memandang Riana. Inilah kali pertama dia dapat bercakap dengan wanita itu walaupun sebelum ini agak banyak kali juga dia bertemu dengannya. Tidak hairanlah kenapa sahabatnya begitu tertarik hati melihat wajah semanis itu.
            Riana diam seketika menanti lelaki di hadapannya itu meneruskan kata walaupun sebenarnya dia malas mendengar cerita di sebalik nama lelaki yang telah menghancurkan benteng persahabatan ikhlasnya sebelum ini.
            “Ada hal penting yang saya perlu beritahu awak, Riana. Boleh kita bincang dekat tempat lain?” tanya Johan seakan mengerti kenapa Riana bertindak hanya berdiam diri.
            Riana terpaksa mengangguk setuju. Mengekori lelaki yang baru dikenalinya selama hampir lima minit itu. Dia sempat menarik tas tangannya dan Kak Syida juga sempat diberitahunya walaupun dia terpaksa disoal siasat dengan wanita itu terlebih dahulu. Lagak berdepan dengan seorang penyiasat lagi!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“JADI, untuk tujuan apa Khairul hantar awak ni? Nak teruskan permainan yang dia dah rancang tu?” sindir Riana setelah air minuman masing-masing dhidang di hadapan mereka berdua. Tidak  mahu lagi berteka-teki dengan tujuan kehadiran Johan Johari di hari ini.
            “Riana, Faiz bukan seperti apa yang awak sangkakan selama ni. Dia benar-benar ikhlas berkawan dengan awak.” jelas Johan serius. Mengharap Riana mengerti.
            Riana mendengus kasar seketika. Pandang tajam lelaki di hadapannya itu. “Ikhlas? Ikhlas sampai sanggup sign surat yang mengarut tu. Itu namanya ikhlas?” balas Riana selamba menyilang kedua-dua belah lengannya lagak memeluk tubuh. Rasa tidak puas hati dengan jawapan lelaki itu. Peristiwa dia dihina oleh Khairul itu masih segar di mindanya. Sangat segar!
            “Riana, saya tahu sukar untuk awak percaya. Tapi itulah kebenarannya.” kata Johan masih ada yang tersisa di bicaranya.
            “Encik Johan, tak perlulah awak nak berdolak-dalih dengan saya sekarang ni. Saya masih  banyak kerja lagi nak kena settlekan kat syarikat tu daripada layan benda-benda ni lagi. Just straight to the point please.” kata Riana serius. Malas berbicara panjang.
            Johan mengangguk faham. “Baik.” kata Johan sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam briefcase yang dibawa bersama. “Ini diari Khairul Faiz.” sambung Johan sambil meletakkan sebuah buku manuskrip berukuran A2 di atas meja.
Mata Riana terarah kepada buku itu. Cuma seketika. “Diari? Lelaki tu? Konspirasi apa pulak sekarang ni yang awak berdua cuba nak rancang, hah?” Riana mula tak senang duduk. Seolah-olah dia cuba dipersendakan. Mungkin sekali lagi.
            “Riana, sejak dia kenal awak. Dia mula tulis diari ni. Sepanjang saya kenal dia, dia bukan jenis orang yang macam ni.” kata Johan masih bernada lembut.
            “So?” celah Riana pantas. Pandang tajam Johan.
            Johan mula menolak buku manuskrip di mejanya itu ke arah hadapan Riana. “So saya nak awak baca segala isi yang terkandung dalam diari ni.. dari awal sampai habis.. dan selepas itu, awak boleh buat keputusan awak sendiri. Saya tahu awak masih anggap dia kawan baik awak lagi, kan?” sambung kata Johan buat Riana terdiam kembali. Tidak membalas. “Saya harap awak akan jelas dengan maksud saya nanti. Baiklah. Saya pergi dulu. Nice to meet you, Riana Akma. Assalamualaikum.” ucap Johan kembali mengukir senyum. Tahu Riana tidak akan membalas katanya itu. Dia segera bangun dan meninggalkan wanita di hadapannya itu tanpa menyentuh air minumannya. Sedikitpun. Dia perlu bertindak melakukan sesuatu demi kebahagiaan sahabat baiknya kelak.
            “Waalaikumusalam..” balas Riana lambat sambil memandang buku manuskrip itu sekali lagi setelah bayangan Johan hilang dari pandangan mata. “Perlukah aku baca diari ini? Bagaimana kalau ini hanyalah satu rancangan yang disusun untuk jatuhkan kau lagi, Riana?” bisik pantas hati Riana. Dia telan air liur. Dia mula menyelak muka surat yang pertama. Bersedia untuk menghadapi sebarang risiko yang bakal muncul kelak.

4/7/2013 adalah hari pertama pertemuan aku dengan seorang wanita. Dia bertudung, manis, cantik dan indah di mata aku. Seindah namanya, Riana Akma. Pertemuan di kedai buku akibat daripada kesilapan penjual buku itu sendiri, buatkan kami bertegur sapa kini.
Aku buat keputusan untuk mengenali dia dengan lebih rapat lagi dengan permulaan sebagai kawan. Ya kawan!.. walaupun yang aku harap bukan hanya sekadar itu. Mungkin lebih.
Aku tak tahu kenapa sejak aku kenali dia, hati aku sentiasa ada rindu. Rindu untuk menatap raut wajahnya dan rindu untuk mendengar bicara di bibirnya. Kawan aku Johan pernah kata, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Tetapi aku sanggup.. sanggup untuk lemas dibadai ombak itu kerana dia.
Aku buat semua ini kerana timbul satu perasaan yang sukar diungkapkan dengan hanya kata-kata. Aku tertanya-tanya adakah ini semua hanya sekadar rindu? Akhirnya baru aku sedar, rindu bukan hanya sekadar rindu tetapi hakikatnya aku dah jatuh cinta padanya. Yes Khairul Faiz, you are the man that was falling in love with Riana Akma. That’s the true is.

            “Ya Allah!” Terucap kalimah itu di bibir Riana. Dia terkesima tiba-tiba dengan dua ayat terakhir pada muka surat pertama diari itu. Sebelah tangannya menakup mulut sambil sebelah lagi masih kekal memegang helaian kertas pertama yang dibacanya. Terketar-ketar. Anak matanya memandang tepat setiap patah perkataan yang tertulis dan dia meneruskan kepada helaian yang kedua dan seterusnya sehingga tidak sedar masa pantas berlalu.
Selepas hampir sepuluh minit di situ, Riana kembali masuk ke dalam keretanya. Sambung baca tulisan tangan Khairul lagi. Masih banyak halaman muka surat yang tidak diselaknya. Masih tebal. Selepas itu, dia memandu keretanya pulang ke rumah. Sempat menelefon Kak Syida memaklumkan bahawa dia tidak dapat kembali ke syarikat atas urusan penting. Segala rahsia yang tersimpan selama ini perlu dibongkarkannya segera agar segala yang dia tahu bukan hanya separuh tetapi sepenuhnya!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
‘INGATLAH diriku yang pernah ada di sampingmu. Ada di waktumu. Ada di hatimu. Ku ingat dirimu yang pernah hadir di sampingku. Temani waktuku. Temani hatiku.’ Deringan lagu berkumandang di telefon bimbit Riana. Kali ke 8. Bunyi mesej pula entah berapa kali berbunyi. Tidak dapat meneka.
            Riana memandang tajam skrin telefon bimbit yang terpapar nama ‘Hairie’ iaitu lelaki yang selama ini dipercayai dan diberi cintanya setulus hati tetapi hanya dibalas dengan dusta semata-mata itu. Air matanya sejak dari tadi lagi mencurah-curah membasahi pipi. Tangannya masih kemas memegang buku diari tulisan tangan Khairul. Habis dibaca setiap ayat hasil tulisan tangan lelaki itu yang menceritakan segala-galanya. Dari hari mula mereka bertemu sehinggalah ke hari dia membenci lelaki itu atas sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Baik cerita benar di sebalik Hairie, Rizman, Eza sehinggalah soal Maria Akila. Semua watak yang dikenalinya dimasuk habis. Paling tidak sangka Khairul menyimpan perasaan terhadapnya sejak dari awal pertemuan mereka lagi.
“Jadi apa yang menyebabkan awak jatuh cinta pada Riana, kawan kita orang ni?”
 “Laila..”
“Saya jatuh cinta dengan Riana sebab dia wanita lain daripada yang lain. Senyuman dia boleh buat saya tersenyum sendiri. Mata dan hati saya sentiasa rasa tenang setiap kali saya memandang dia. Saya gembira dan rasa bahagia kerana dapat bertemu dan berkawan dengan dia.”
“Riana, awak mesti tahu satu perkara ini, kan? Jodoh itu kan ketentuan Allah. InsyaAllah.. jodoh awak dengan Hairie pasti ada, sebab saya selalu doakan agar awak bahagia dengan dia. Selama-lamanya”
“Terima kasih Khairul. Saya pun doakan awak bahagia dengan Maria. Selama-lamanya.”
“Ermm.. okey macam ni la. Kalau awak tak ada jodoh dengan Hairie, awak boleh datang pada saya. Mana tahu saya jodoh awak ke..”

“For me, he just a nice man tapi yang selebihnya awak kena tanyalah pada seseorang.”
“Tanya pada seseorang? Siapa?”
“Awak kenal orang tu..”
“Saya kenal? Siapa  dia?”
“Nama dia.. Riana Akma.”

“Riana, Faiz bukan seperti apa yang awak sangkakan selama ni. Dia benar-benar ikhlas berkawan dengan awak.”
“Riana, sejak dia kenal awak. Dia mula tulis diari ni. Sepanjang saya kenal dia, dia bukan jenis orang yang macam ni.”

            Setiap kisah bersama Khairul Faiz sehinggalah kepada pertemuannya bersama Johan Johari pada petang tadi diingati seketika. Riana merenung kembali telefon bimbitnya yang telah berhenti berdering. Mungkin Hairie telah rasa penat menanti. Fikirnya. Dia segera mengambil telefon bimbit itu dan menekan nombor telefon insan yang perlu menjelaskan kepadanya lagi tentang kebenaran yang diketahuinya kini. Masih tidak cukup bukti untuk semua permainan yang dirancang ini. Masih ada yang kurang!
Hello..” Kedengaran suara di talian setelah telinga Riana menanti seketika.
“Hello assalamualaikum. Ini Maria Akila ke?” tanya Riana perlahan. Berharap suara orang yang dinantinya itu adalah benar.
“Waalaikumusalam. Ya saya Maria Akila, awak ni?” tanya Maria nada ingin tahu.
            “Saya Riana..  Riana Akma.”
            “Oh Riana. Ya. Ada apa awak call saya malam-malam ni?” tanya Maria bersuara aneh tiba-tiba. Nada seakan kaget.
            “Boleh kita jumpa?” pantas Riana bertanya. Tekad!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“HAIRIE..” panggil Datin Azura yang sejak dari tadi lagi melihat Hairie sedang termenung seketika di atas sofa. Rancangan yang bersiaran di kaca televisyen tidak langsung menarik perhatian anak muda itu.
            “Ya ma..” Hairie tersenyum memandang ibunya yang turut melemparkan senyuman manis ke arahnya.
            “Hairie call siapa tu? Riana ya?” tanya Datin Azura ingin tahu. Sejak dari tadi lagi gelagat anaknya itu diperhatikan. Hairie hanya mengangguk tanda mengeyakan kata-kata ibunya itu. Telefon pintarnya masih berada di genggaman kedua-dua tangan. “Hairie, mama suka sangat Riana. Kalau boleh, mama nak sangat dia jadi menantu mama. Papa pun sama. Sejak apa yang berlaku dulu tu, dah buat papa restu hubungan Hairie dengan Riana sekarang. Mama pulak, Hairie tahu, kan? Mama awal-awal lagi dah bagi green light pada Hairie.” luah Datin Azura bernada riang. Mengusap lembut bahu anaknya itu.
            “Ma. terima kasih.” ucap Hairie sambil menyentuh tangan ibunya itu. Mengangguk faham. Gembira dengan sokongan padu yang diberikan kepadanya selama ini.
            “Tapi mama cuma nak Hairie sayang dia sepenuh hati Hairie. Jangan sesekali kecewakan dia, macam yang Melissa pernah kecewakan Hairie dulu. Your happiness is my happiness, remember that, okay?” pesan Datin Azura terselit nada serius. Serius dengan kata-katanya.
Hairie mengangguk sekali lagi. Jauh di sudut hatinya kini resah kerana wanita yang bakal diambil sebagai tunangnya kelak itu tidak memberi jawapan pada panggilannya. Sejak dari pagi tadi lagi iaitu selepas Kak Syida memberitahu kekasihnya itu keluar bersama dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Dia jadi risau dan takut.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“SEBENARNYA apa hubungan awak dengan Khairul?” tanya Riana memandang tepat Maria. Menginginkan jawapan dari mulut wanita itu segera. Pertemuan empat mata mereka tercetus kembali di sebuah kafe yang ditetapkan oleh Riana sendiri.
            “Err.. Khairul kekasih saya la. Kenapa awak tanya saya macam ni, Riana?” jawab Maria sedikit kaget. Tersenyum biasa. Berfikir Riana mungkin sedang cuba untuk bergurau dengannya.
            Riana melepaskan keluhannya. “Maria, saya dah tahu.” kata Riana bernada tenang. Tidak mahu Maria terus bermain kata lagi.
            Maria terpinga-pinga seketika. Air liur mula ditelan perlahan. “Awak.. awak dah tahu? Err. awak tahu apa, Riana?” pantas Maria bertanya. Sedikit tergagap.
            “Khairul bukan teman lelaki awak, kan?” kata Riana bikin suasana jadi diam seketika.
Maria pandang Riana lama. “Ermm.. Khairul dah beritahu awak ke?” tanya Maria lagak ingin tahu. Walaupun dia pasti wanita di hadapanya itu telah tahu cerita yang sebenar. Cerita di antara dia dan Khairul Faiz.
            Riana menggelengkan kepalanya. “Tak. Sekarang saya nak tahu dari mulut awak sendiri, Maria. Kenapa dia beritahu saya, awak kekasih dia? Kenapa dia perlu tipu saya?” pinta Riana agar wanita itu berterus-terang dengannya. Tidak lagi berpura-pura.
            Maria melepaskan keluhan kecil. Sudah tiba masanya dia berterus-terang dengan wanita di hadapannya itu. Tidak perlu lagi dia berpura-pura. “Dia bukan tipu awak, Riana.. tapi dia terpaksa. Dia terpaksa buat begitu semata-mata nak kaburkan cinta dia terhadap awak.” kata Maria bernada serius.
            “Tapi kenapa dia tak berterus-terang dengan saya dari awal, lagi? Kenapa dia perlu simpan perasaan tu dan berpura-pura dengan saya, Maria?” tanya Riana seakan tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh wanita di hadapannya itu. Tidak cukup untuk buat dia faham.
            “Semua jawapan untuk soalan awak tu ada pada dia, Riana. Yang saya tahu, dia memang benar-benar cintakan awak. Ya. Saya tak nafikan yang kami pernah betul-betul jadi sepasang kekasih dulu. That was a long time ago.. dan kerana salah faham, kami berpisah. Tapi saya tak pernah nak salahkan dia atau salahkan diri saya sendiri kerana saya tahu, setiap apa yang berlaku, ada sebabnya dan sebabnya kami berdua tak ada jodoh.” terang Maria panjang lebar. Riana hanya mendengar penuh teliti. Sesungguhnya dia hanya ingin mendengar kebenaran sahaja ketika ini. “Lagi pun saya dah lama bertunang.” tambah Maria lagi tanpa dipinta.
“Tunang?” ulang tanya Riana sedikit terkejut dengan pengakuan tiba-tiba wanita itu.
Maria mengangguk. “Ya. Saya tolong Khairul pun sebab dia berharap sangat saya dapat menyamar jadi kekasih dia supaya dia sentiasa dapat bersama dengan awak, Riana.. walaupun cuma sekadar kawan.” jelas Maria tersenyum manis. Meluah segala yang tersimpan di kotak fikirannya.
            Riana terdiam seketika. Maria dipandangnya. Akhirnya kepalanya diangguk mengerti kata-kata wanita itu. Cukup buat dia mengerti kenapa semua ini terjadi.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
KAKI melangkah masuk ke dalam Syarikat Gema Holding. Wajah pertama yang ingin dilihatnya adalah Riana Akma. Namun pagi ini kelibat wanita yang dicintainya separuh mati itu tidak kelihatan. Malah briefcase coklat atau tas tangan wanita itu tiada di meja kerjanya. Kosong!
            “Selamat pagi Encik Hairie.” ucap Kak Syida mengangguk tersenyum seperti biasa.
            “Riana mana, Syida?” tanya Hairie tunding jari ke arah meja Riana. Mata memandang Kak Syida tepat.
            Kak Syida jadi kaget seketika. “Err.. Riana tak masuk kerja hari ini.” jawab Kak Syida bernada perlahan.
            “Riana tak masuk kerja? Kenapa?” tanya Hairie sekali lagi walaupun jawapan untuk soalan pertamanya itu jelas kedengaran dari tutur kata Kak Syida.
            “Ya Encik Hairie. Semalam dia ada call saya, dia kata ada hal penting yang perlu diuruskan. Dia kata mungkin dia masuk kerja balik minggu depan.” balas Kak Syida yang juga kelihatan garis-garis kerisauan di wajahnya.
Hairie mengangguk lagak faham dan terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Duduk di tempat kerusi kerjanya. “Kenapa dia tak masuk kerja? Hal penting? Tapi apa? Kenapa dia tak angkat call aku? Mesej aku pun dia tak balas? Aahh! Riana, kenapa dengan awak, Riana?Kenapa?” Hairie gelisah meneka segala kemungkinan. Telefon pintarnya sentiasa di tangan. Sudah masuk hari kedua wanita itu tidak menghadirkan diri di syarikat itu tanpa khabar berita. Hairie membuat keputusan untuk ke rumah kekasihnya pada petang itu juga. Dia perlu tahu akan sebarang masalah yang menimpa diri kekasihnya itu agar kegelisahannya cepat hilang. Secepat mungkin!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“RIANA, kenapa awak tak angkat call saya? Office pulak dah dua hari awak tak masuk. Awak sakit ke?” tanya Hairie setelah ucapan salamnya disambut dan dirinya dirapati oleh wanita yang dicintainya itu. Namun pintu pagar rumah Riana masih tertutup rapat. Tidak dibuka seperti kebiasaannya apabila dia berkunjung tiba ke rumah itu.
            “Awak tentu tahu jawapan saya, kan?” dengus Riana sambil memandang ke arah lain. Tidak mahu dia menatap wajah yang selama ni berpura-pura mencintainya itu.
            Hairie terdiam seketika. “Apa maksud awak ni, Riana? Saya tak faham.” geleng Hairie lagak tidak mengerti. Riana tidak membalas. Terus mendiamkan diri. Masih berlagak tidak puas hati.  “Riana, tolong jangan buat saya macam ni.. Please..” rayu Hairie bernada sedih pula.
Riana segera pandang tajam ke arah Hairie.  “Jangan buat awak macam ni? Habis selama ni awak buat saya, awak lukakan hati saya, hati Khairul. Pernah awak tanya? Kenapa awak buat kami macam ni, huh?” tanya Riana bertubi-tubi. Mula bernada kasar.
Hairie terpaku mendengar kata-kata wanita di hadapannya itu. Rupanya Riana telah mengetahui segala rahsia yang tersimpan hampir berbulan-bulan itu. Dia mati kata. Tidak tahu dari sudut mana ingin dimulakan.
            “Saya cintakan awak, Hairie.. tapi apa yang saya dapat? Awak hanya permainkan cinta saya dan awak masih tanya, kenapa saya buat awak macam ni?” Air mata Riana mula bergenang dan sebak mengeluarkan kata-kata itu. Hatinya begitu terluka. Terluka dengan penipuan cantik lelaki itu. Sungguh cantik!
            “Riana, saya minta maaf. Ya. Saya mengaku itu semua salah saya, bukan salah Khairul.. dan saya jugak dulu tak pernah pun cintakan awak walau sedikit pun.. tapi setelah hampir dua bulan saya bersama awak, Riana.. dua bulan dan segalanya berubah. Saya dah mula jatuh cinta pada awak, Riana. Percayalah pada hati saya ni, Riana.” kata Hairie ikhlas sambil tangan dibawa ke dadanya. Menginginkan Riana mendengar rintihan sayu hatinya itu.
Riana melepaskan keluhannya geram seketika. Wajah Hairie ditenung tajam lagi. “Hati awak? Habis hati saya? Hati Khairul? Siapa yang nak percaya, hah? Maaf Hairie. Memang dulu saya bodoh, bodoh dalam menilai cinta lelaki macam awak ni. Tapi sekarang saya bukan Riana dulu lagi awak, yang senang diperbodohkan awak. Awak pergilah dari sini. Jangan datang sini lagi. Saya tak ingin tengok muka awak yang dah tipu saya selama ni. Tak lama lagi, saya akan hantar notis 24 jam perletakan jawatan saya di syarikat awak, Encik Hairie Azmin. Awak tunggu sajalah.” Putus Riana melepaskan segala yang berbuku di hati sejak dia mengetahui kebenaran itu. Kaki melangkah masuk ke dalam rumah semula.
            “Riana.. Riana!” panggil Hairie bila melihat Riana segera memalingkan wajah dan melangkah masuk ke dalam perut rumah. Dia terkejut dengan keputusan wanita itu. Seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi.
            Pintu ditutup rapat. Badan disandar pantas ke muka pintu. Tidak mahu lagi menatap wajah yang mendustakan cintanya itu. Riana membiarkan lelaki yang bernama Hairie Azmin itu di situ. Terus-terusan memanggil namanya. Air matanya tidak henti-henti dari terus mengalir laju. Tersedu-sedu. Hatinya cukup tawar menerima lelaki itu kembali sebagai kekasihnya lagi. Hati untuk lelaki itu seakan musnah. Apa yang perlu dilakukannya selepas ini hanyalah bertemu dengan Khairul Faiz, lelaki yang dikecewakannya tanpa sedar itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~