1 Mei 2011

~Bab 16~

JOHAN melangkah ke hadapan. Tidak sabar melihat Riana yang dikatakan sedang menunggunya di ruangan tetamu. Seperti yang diberitahu oleh Suzy sebentar tadi.     “Riana?” sapa Johan melihat Riana yang sedang duduk di sofa di bilik tetamu. Wajah Riana yang sedang tersenyum manis dipandangnya.
            Riana lantas berdiri memandang Johan. “Johan, maaf kalau saya ganggu awak waktu macam ni.” kata Riana cuba untuk senyum.
            “It’s okay. Err.. ada apa awak cari saya ni?” tanya Johan ingin benar tahu.
            “Saya nak tahu, di mana saya boleh cari Khairul sekarang ni? Sebab setiausaha dia cakap tadi, dia tak ada kat office sekarang ni, kan?” tanya Riana dengan nada mengharap. Johan terdiam seketika. Lagak sedang berfikir sama ada ingin memberitahu ataupun tidak. Kesannya turut juga difikir bersama. “Johan, saya tahu awak kawan baik Khairul. Awak tentu tahu di mana Khairul ada sekarang, kan? Tolong, saya mesti jumpa dia..” rayu Riana buat Johan mengeluh perlahan dan memandang wanita itu sekali lagi.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
RIANA memberhentikan keretanya di tempat letak kereta. Dia keluar dari perut kereta. Mata segera meliar mencari lelaki yang mula bermakna di dalam hidupnya ketika ini. Tidak sangka tempat yang diberitahu Johan adalah tempat yang sentiasa dia lawati bersama Khairul sebelum ini. Taman Rekreasi, Tasik  Y, tempat yang menjadi memori persahabatannya bersama lelaki itu.
             Khairul pula sedang leka duduk di sebuah bangku sambil merenung jauh ke arah tasik. Membuang segala duka. Dia kerap kali datang ke sini sejak dia membuat keputusan tidak akan menganggu hubungan Riana dengan Hairie lagi. Segala kenangan bersama Riana satu demi satu diingatinya semula. Sesekali bibirnya terukir senyuman bila teringat saat manis bersama wanita yang dicintainya itu. Entah bila dia mampu melepaskan segala kenangan itu pergi walaupun di bibirnya telah terungkap kata redha. Hati sentiasa hiba.
            Bibir Riana mengukir senyum kerana wajah yang dicari telah ditemui. Dia melangkah perlahan mendekati bangku tersebut. Sempat memandang di sekitar taman rekreasi itu. Diringi dengan bunyi kicauan burung yang menyinggah ke atas pokok dahan. Angin pula bertiup perlahan. “Satu hari Cinta dan Kawan berjalan dalam satu kampung. Tiba-tiba, Cinta terjatuh dalam telaga. Kenapa? Kerana Cinta itu buta,lalu Kawan pun ikut terjun dalam telaga. Kenapa? Kerana Kawan akan buat apa saja demi Cinta.” Riana memandang pula Khairul sayu lalu perlahan-lahan dia duduk di bangku itu. Matanya masih memandang Khairul yang kelihatan garis-garis terkejut dengan kehadirannya dan kembali menyambung kata. “Di dalam telaga, Cinta hilang. Kenapa? kerana Cinta itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi di dalam telaga yang gelap. Sedangkan Kawan, masih lagi tercari-cari di mana Cinta dan terus menunggu. Kenapa? Kerana Kawan itu sejati, dan akan kekal sebagai Kawan yang setia kan?”
            Suasana jadi diam seketika. Dua pasang mata saling berpandangan. Khairul tiba-tiba ketawa terbahak-bahak sejurus beberapa saat Riana memberhentikan kata madahnya itu. “Apa awak buat kat sini, Cik Riana Akma? Awak ikut saya, ya?” kata Khairul masih meneruskan sisa-sisa tawanya. Walaupun rasa rindu di hatinya terubat jua tatkala wajah itu ditatap di mata. Tidak sangka masih wujud peluang buat dirinya untuk menatap wajah itu lagi.
            Riana jadi kaku seketika. Pandang sayu wajah Khairul lagi. Wajah lelaki yang selama ini dia langsung tidak sedar akan cinta yang lahir untuk dirinya. Kadang kala terasa dirinya cukup kejam. Kejam membuat lelaki itu begitu selama ini. “Kenapa Khairul? Kenapa awak tak berterus-terang dengan saya tentang perasaan awak?” tanya Riana lembut. Seakan ingin mengalirkan air matanya di situ. Sekali lagi.
            “Perasaan saya? Perasaan apa ni? Eh! Cik Riana Akma, kan saya dah beritahu awak dulu. Saya cuma permainkan awak, I just playing with you. Thats it!” Khairul membalas lagi buat Riana kembali kaku. “Dah la. Awak pergilah pada Hairie Azmin yang awak cinta tu. Nonsense..” Khairul menggeleng sinis beberapa kali. Mahu diri kekal sebagai lelaki yang dibenci Riana.
            “Tolong jangan sebut nama itu lagi, Khairul. Ya! Memang saya cintakan dia, sangat cintakan dia. Tapi saya tak dapat terima dia lagi awak, dia tak jujur dengan saya. Dia tipu saya!” balas Riana dengan nada sedikit keras bila nama Hairie Azmin itu disebut kembali. Sesungguhnya dia tidak mahu lagi nama lelaki itu disebut.
            “Riana, saya rasa awak ni dah gila la. Sudah la. Malas la saya nak layan awak lagi.” Khairul mula melangkah bangun bersedia meninggalkan Riana. Tidak mahu melihat air mata wanita itu jatuh lagi kerana dirinya. Dia tak sanggup!
            Riana turut sama bangun. “Ya. Memang saya gila, Khairul. Saya gila kerana awak! dan gila selepas saya baca buku ni!” pekik Riana sambil menghalakan buku manuskrip yang berada di tangannya sejak dari tadi lagi. Air mata mula mengalir membasahi pipi.
            Khairul pandang dengan riak wajah terkejut. “Buku tu?” kata Khairul memikirkan bagaimana buku manuskripnya boleh berada di dalam genggaman wanita yang dicintainya itu.  Dia buntu.
            “Kenapa awak? Kenapa perlu awak berpura-pura lagi? Saya dah tahu segala-galanya, awak. Tak perlulah awak sembunyikan semua itu lagi. Untuk siapa awak lakukan ni semua, hah? Untuk siapa? Lelaki tu?” Riana mendesak lagi. Buat Khairul jadi makin serba tidak kena.
            Khairul memandang Riana tenang. Tidak perlu lagi dia berdolak-dalih di depan wanita itu. Semua rahsianya telah terbongkar kini. Tiada lagi yang terselindung di sebalik hatinya untuk wanita itu. “Riana, awak pergilah pada Hairie. Dia betul-betul cintakan awak. Dia pasti dapat bahagiakan hidup awak. Saya.. saya tak layak untuk awak. Awak pasti akan gembira bila bersama dengan dia nanti.” kata Khairul ikhlas. Sudah bersiap bersedia untuk melepaskan wanita itu. Sepenuhnya!
            “Bagaimana dengan awak, Khairul? Perasaan awak? Hati awak? Awak gembira tengok saya dengan dia, hah?” Riana bertanya lagi. Bertubi-tubi soalan yang dilemparkannya.
“Riana, biarkan saya dengan perasaan saya. Jangan cemarkan masa depan awak dengan Hairie.. Dia betul-betul cintakan awak sekarang ni.” kata Khairul sedikit keras. Tidak mahu dari terus diasak dengan soalan itu lagi.
            Riana mengangguk tiba-tiba. “Baik. Kalau itu yang awak nak. Saya faham. Tapi saya tak kan terima lelaki tu lagi dalam hidup saya, awak.” Tangan dibawa ke lapang dada seketika. “Ini, saya dah tak ada hati lagi pada dia. Teruskan lakonan awak kalau awak masih nak berpura-pura lagi. Saya minta diri dulu, Encik Khairul Faiz. Terima kasih untuk segala-galanya.” tegas Riana sambil melangkah terus meninggalkan Khairul ke belakang walaupun hati seakan berat melakukannya. “Panggil nama aku, Khairul! Panggil nama aku!” jerit Riana di dalam hati dengan nada benar-benar mengharap walaupun kakinya terus melangkah laju. Tangannya pula digenggam erat di sisi.
‘Ingatlah diriku yang pernah ada di sampingmu. Ada di waktumu. Ada di hatimu. Ku ingat dirimu yang pernah hadir di sampingku. Temani waktuku. Temani hatiku.’ Deringan lagu berkumandang di telefon bimbit Riana. Mengejutkannya dari terus melangkah pergi. Dia memberhentikan langkah. Dia menarik telefon bimbitnya dari dalam beg yang dibawa. Ingin melihat nama si pemanggil di kala situasi tegang ini. “Khairul?” Riana kerut dahi apabila kelihatan nama ‘Khairul’ pada muka skrin telefon bimbitnya. Dia segera kalih pandang belakang. Melihat Khairul sedang meletakkan telefon pintar di cuping telinga kanan. Mata Khairul sedang memandang Riana sayu. Seakan menanti Riana menerima panggilan daripadanya itu. Segera!
Riana kembali pandang semula telefon bimbit yang masih kekal berdering itu. Dia menekan butang terima dan diletakkan ke cuping telinga kanannya. Tidak pasti apa yang ingin disampaikan kepadanya waktu ini. Mengapa dan kenapa lelaki itu berbuat begitu juga tidak dapat ditekanya ketika ini. Dia keliru!
“Riana..” kata Khairul setelah talian bersambung. Bunyi suara itu mengikut gerak bibir lelaki di hadapannya ketika ini. Buat matanya kembali terarah kepada lelaki itu. Menanti lelaki ini menyambung kata. Jauh di sudut hati, berharap lelaki itu berterus-terang dengannya. Seikhlas mungkin! “Saya cintakan awak. Saya benar-benar cintakan awak, Riana Akma.” luah Khairul ikhlas memandang Riana tepat. Akhirnya dia berjaya meluahkan perasaannya yang sekian lama terbuku itu. Bibirnya pula mula mengukir senyum. Senyuman indah.
            Riana terkaku di situ. Terkesima dengan luahan kata hati lelaki itu. Bibir membalas senyuman yang terukir di hadapannya itu. Mata mereka saling bertaut. Khairul telah berjaya mengeluarkan kata-kata yang dinantikan dari tadi lagi. Akhirnya!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“MANA awak belajar cerita Cinta dengan Kawan tu?” tanya Khairul tersenyum memandang Riana. Mereka berdua berjalan seiringan melangkah ke kawasan taman rekreasi itu. Sama-sama menghirup udara yang begitu segar di kawasan itu.
            “Ada la.” balas Riana tersenyum manis.  
            “Riana..” panggil Khairul lembut.
            “Hmm?” balas Riana pandang Khairul seketika. Menanti lelaki itu meneruskan bicara.
            “Maafkan saya, ya?” pinta Khairul dengan nada bersalah.
Riana berhenti dari melangkah dan memandang wajah lelaki itu semula. Khairul turut sama berhenti membalas pandangan wanita yang tidak sangka akhirnya menjadi miliknya jua walaupun dia cuba menafikan sangkaannya itu sebelum ini. “Awak, Allah Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. InsyaAllah.. kalau cinta memang ditakdirkan untuk kita berdua, kita perlu redha terimanya dengan hati terbuka,  hmm?” balas Riana tersenyum manis buat Khairul mengangguk mengeyakan kata-kata wanita yang dicintainya itu. “Saya pun nak minta maaf sebab selama ni saya tak sedar yang awak cintakan saya. Itu la awak, siapa suruh lambat cakap kat saya.” tambah Riana terselit jenaka sambil kembali meneruskan langkah. Buat Khairul tertawa kecil sendiri.
Khairul mengejar langkah Riana. Mereka berdua melangkah bersama. Sesekali memandang ke arah kawasan taman permainan yang sedang dipenuhi oleh beberapa orang  kanak-kanak bersama ibu bapa mereka. Angin pula bertiup perlahan. Menghiasi alam semesta.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
PAGI menerpa menyinari alam. Meninggalkan hari semalam dengan seribu satu cerita. Cerita suka cerita duka. Semua ada!
‘Ingatlah diriku yang pernah ada di sampingmu. Ada di waktumu. Ada di hatimu. Ku ingat dirimu yang pernah hadir di sampingku. Temani waktuku. Temani hatiku.’ Deringan lagu berkumandang di telefon bimbit Riana. Mata pantas dibuka. Sedikit terkejut menerima panggilan di awal pagi. “Hello..” Riana memulakan bicara tanpa sempat melihat nama pada skrin. Sedikit kalut di separa sedar.
Good morning..” ucap Khairul tersenyum geli hati mendengar nada suara Riana. Dia sedang duduk bersandar di badan kereta. Melihat ke arah rumah teres milik Riana. Pasti wanita itu masih berada di atas katil. Tekanya pantas.
“Err.. Khairul?” Terbeliak biji mata Riana mendengar suara Khairul di dalam taliannya. Dia segera bangun duduk bersila di atas katil. Cuba untuk sedar sepenuhnya. Dia lihat sebentar di skrin telefon bimbit. Memang terpapar nama lelaki itu. Dia malu. Alamak! “Awalnya awak telefon ni? Kenapa ni?” tanya Riana lagak tidak tenang seketika. Sedikit risau. Mata menangkap jam di dindingnya yang sedang menunjuk ke arah lapan pagi. Awalnya!
“Saja.. Saya nak ajak awak keluar makan.” kata Khairul bernada manja.
Riana kerut dahi seketika. “Makan? Pagi-pagi macam ni?” tanya Riana aneh. Teka Khairul mungkin sedang ingin bergurau senda dengannya. Mana mungkin tidak, kerana semalaman dia bergayut di telefon bimbitnya dengan lelaki itu. Pelbagai cerita dan rahsia dikongsi bersama. Usikan dan gurauan juga tidak pernah terlepas diguna.
“Ya betul. Keluar breakfast dengan saya. Saya pun dah ada kat luar rumah awak sekarang ni. Tunggu awak siap dan keluar aje.” Khairul terus mengayat. Power habis!
“Apa? Aw.. awak.. awak ada kat luar rumah saya sekarang ni?” ulang kata Riana segera berlari turun katil. Menarik kain lap mukanya pantas. Dicekup ke atas kepala dan melangkah ke sisi tingkap biliknya. Mengintai di sebalik kain cadar yang diselak sedikit. Kelihatan Khairul memang benar-benar berada di luar rumahnya. Tak tipu kut! Riana jadi kaget sebentar. “Okey okey. Awak tunggu kejap, ya? Bagi saya 15 minit aje, okey? Saya siap sekarang jugak.” balas Riana mula kalut. Bernada malu. Segera mematikan talian.
Khairul tersenyum kelakar. Dia jadi lagak tidak sabar. Semalaman dia memikirkan soal Riana Akma. Tidak lena tidur dibuatnya. Masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa wanita dicintainya dalam diam selama beberapa bulan yang lalu kini sudah memandang dirinya. Memandang dengan pandangan cinta. Terasa diri sedang dibuai mimpi. Mimpi yang sungguh indah dan tidak mahu terjaga dari mimpi ini. Sungguh!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“SAYA nak ucap terima kasih sebab awak dah banyak tolong saya dengan Riz selama ini. Termasuk masa saya pengsan hari tu.” ucap Riana ketika mereka menanti pesanan makanan di sebuah kafe untuk bersarapan pagi bersama. Sesungguhnya terlalu banyak permohonan maaf yang ingin diluah di bibir Riana kepada Khairul di atas perbuatan tanpa sedarnya sebelum ini. Terlalu banyak!
“Huh? Awak baca habis buku saya tu?” tanya Khairul lagak sedikit terkejut. Tidak sangka.
            Riana mengangguk tersenyum. “Ya. Baru saya sedar yang awak ni ada skills dalam menulis jugak rupanya, ya? Boleh jadi novelist.” puji Riana buat Khairul tertawa kecil dan terasa sedikit malu. Riana tersenyum lagi. Selama ini dia tidak tahu bahawa selama dia merasai nikmat kebahagiaan pada masa yang sama dia telah melukakan hati lelaki di hadapannya itu.
            “Err.. Riana, soal Hairie..” kata Khairul buat hati Riana jadi tidak tenang semula. Kembali terguris.
Riana pandang Khairul serius. “Esok saya akan hantar notis perletakan jawatan saya di Syarikat Gema Holding. Saya dah buat keputusan. Saya akan berhenti kerja di situ.” kata Riana nekad.
            “Riana, awak tak perlu berhenti.” geleng Khairul cuba membantah tindakan wanita itu.
            “Saya tak sanggup nak tengok muka dia lagi awak. Lelaki yang selama ini mempermainkan hati saya dan hati awak. Saya akan cari kerja lain. Janji bukan di syarikat itu lagi.”
            Khairul memegang tangan Riana yang diletakkan di atas meja. Mata merenung wanita di hadapannya itu. “Riana, dengar sini. Please.. Jangan berhenti. Awak kerja di situ lagi, ya?” pinta Khairul bernada merayu pula.
            “Tapi Khairul...”
            “Awak ingat tak awak pernah beritahu saya yang awak sayangkan kerja awak? Awak nak hidup berdikari. Jadi, demi Riz dan mungkin.. demi saya jugak. Jangan berhenti ya? Sampai masanya nanti, saya sendiri yang akan minta awak berhenti. Tapi bukan sekarang. Tolong, ya?” tambah Khairul lagi buat Riana terdiam seketika. Tidak jadi menyambung kata.
            Riana pandang Khairul seketika. Jadi berbelah bahagi hatinya ketika ini. Sukar membuat keputusan. Dia jadi teragak-agak. Khairul pula terus memandang Riana serius. Benar-benar pasti dengan keputusannya. Dia tidak mahu Riana terus-terusan membenci Hairie yang dia sedia maklum ikhlas mencintai Riana kini.
            “Lagi satu, ibu saya nak jumpa awak.” kata Khairul tersenyum mesra kembali. Cuba mengubah topik agar wanita di hadapannya itu tidak terus dilanda rasa kecewa.
            Riana berfikit sejenak. “Err.. ibu awak?” ulang tanya Riana inginkan kepastian. Takut tersalah dengar.
            “Ya. Ibu saya.” angguk Khairul tersenyum senang hati.
            “Ermm.. dah lama ke dia tahu pasal kita ni?” tanya Riana ingin tahu kerana baru semalam dia menerima cinta lelaki itu dan kini lelaki itu ingin pula dia menerima ahli keluarganya. Seakan pantas sungguh keputusan yang dibuat.
            Geleng Khairul bersahaja. “Tak. Saya baru aje cerita dan dia tak sabar nak jumpa awak. Dia cakap tak sabar nak interview wanita yang dah berjaya pikat hati anak lelakinya ni. Siap suruh buat resume lagi, tau?” kata Khairul bernada senda.
            Riana tertawa kecil. Kepala mengangguk faham. Berharap semuanya berjalan lancar. Selancar mungkin!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“HAIRIE?” Riana tersentak seketika selepas kereta Khairul yang dinaikinya berhenti di perkarangan hadapan rumahnya. Tersentak melihat Hairie sedang duduk bersandar di kereta yang diletakkan di hadapan pagar rumahnya. Lelaki itu seakan menanti kepulangannya. Khairul pun sama. Tersentak habis!
Riana dan Khairul melangkah keluar dari perut kereta bersama.
           Khairul tersenyum kelat seketika memandang ke arah Hairie. Dia kalih pandang semula ke arah Riana. “Riana, saya balik dulu, ya?” kata Khairul seakan ingin mahu melangkah masuk semula ke dalam keretanya semula. Tidak mahu menganggu perbualan antara Riana dengan Hairie nanti.
Riana kalih pandang Khairul. Cuba menghalang namun Hairie dulu yang melangkah pantas ke arah Khairul. “Tunggu dulu Faiz.” pinta Hairie merapati dua insan yang berada di hadapannya itu. Buat Khairul membatalkan niatnya dan pandang ke arah Hairie semula. Menanti kata dengan tenang. “Aku datang ni bukan nak rampas Riana dari kau lagi, tapi aku nak ucapkan tahniah. Tahniah Faiz.. kau sememangnya layak untuk Riana. Walaupun Riana tak dapat aku miliki tapi cukuplah sekadar aku pernah miliki cinta dia dulu.” jelas Hairie sesekali memandang Riana yang hanya memandang ke arah lain tetapi yang pasti bukan ke arahnya. Hairie kalih pandang tepi pula. Memandang Riana lama. “Riana, saya minta maaf di atas segala yang saya telah lakukan pada awak dan Faiz sebelum ni. Saya redha, awak bukan untuk saya lagi tetapi untuk Faiz. Saya doakan semoga awak berdua bahagia, ya?” jelas Hairie pada Riana pula. Ingin wanita itu tahu niatnya sebenar datang ke situ.
            “Hairie, terima kasih.” ucap Khairul sambil berjabat tangan dengan Hairie. Tersenyum biasa.
            Hairie memandang Riana sekali lagi. Mengharap satu pembalasan maaf namun dia menunduk hampa setelah pasti tiada reaksi yang diterima daripada wanita itu. “Saya minta diri dulu. Assalamualaikum.” salam Hairie diberi dan kaki mula melangkah ke arah keretanya semula.
            “Hairie..” panggil Riana memandang ke arah Hairie. Buat Hairie segera menoleh ke belakang semula. Menanti kata daripada Riana.
Riana memandang Hairie tenang. Khairul pula setia memerhati. “Terima kasih.” ucap Riana dengan suara mendatar. Cuba mengukir satu senyuman ikhlas di bibir. Secuba yang boleh!
            Hairie hanya mengangguk faham. Tersenyum lega memandang pasangan yang berada di hadapannya itu. Mendoakan kedua-duanya bahagia hidup bersama kelak. Dia meninggalkan Khairul dan Riana dengan memandu keretanya keluar dari kawasan perumahan itu. Dia ikhlas!
Mata Riana memandang kereta Hairie meluncur pergi sehingga bunyi kereta Hairie hilang dari pendengaran telinganya.
            “Awak pasti dengan keputusan awak ni?” tanya Khairul yang sejak dari tadi lagi memandang Riana. Berfikir lama.
Riana segera mengalihkan pandangan ke arah Khairul semula. Sepantas kilat. “Kenapa? Awak tak pasti ke?” tanya Riana aneh. Kerut dahi dengan soalan lelaki itu. Lagak cuba minta dia memilih talian hayat pula.
            “Siapa kata? Saya benar-benar pasti. Sangat.. pasti!” jawab Khairul pantas mengangguk tersenyum manja. Menjawab kata ‘Sangat’ dengan keras. Riana hanya mengeluarkan tawa di bibirnya. Kepala digeleng. Sungguh mencuit hati!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
PAGI ini Riana melangkah masuk ke dalam Syarikat Gema Holding yang hampir seminggu tidak dijejakinya itu. Cukup tempoh itu untuk dia membuat satu keputusan yang bakal dilaluinya selepas ini.
“Riana?” Kak Syida yang sedang menaip sesuatu di keyboard komputernya terpinga-pinga seketika. Sedikit terkejut melihat Riana memunculkan diri di situ. Hari ini.
“Assalamualaikum Kak Syida..” salam Riana tersenyum manis memandang rakan sekerjanya itu. Terasa lama tidak bersua muka. Rindu sungguh!
“Waalaikumusalam. Lamanya Riana tak datang kerja. Riana sakit ke?” tanya Kak Syida pantas memeluk Riana seketika. Wajah risau jelas terpancar di mukanya.
Riana menggeleng kepala perlahan. “Tak adalah. Riana ada hal sikit kena uruskan.” Riana tersenyum kelat. Tidak mahu Kak Syida tahu tentang masalah yang dihadapinya setakat ini.
“Ya ke? Tahu tak bertapa rindunya Kak Syida bila Riana tak ada kat sini? Kak Syida tak ada geng tau nak borak-borak.” ngomel Kak Syida menjadi-jadi.
“Riana pun rindu dengan Kak Syida. Err.. Encik Hairie dah masuk bilik ke?” tanya Riana sempat kalih pandang ke arah pintu bilik Hairie. Tertutup rapat.
“Belum lagi. Sekarang dia asyik masuk lewat aje. Riana ada masalah dengan dia ke?” tanya Kak Syida buat Riana hanya tersenyum kelat. Kalih pandang semula ke muka pintu bilik Hairie. Lama.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“SYIDA, meeting saya hari ini pukul berapa?” tanya Hairie setelah melangkah mendekati meja Kak Syida.
“Err.. Encik Hairie tak ada meeting hari ini.” kata Kak Syida lantas berdiri hormat memandang lelaki itu. Sedikit kaget.
“Okey terima kasih.” angguk Hairie faham dan ingin melangkah ke biliknya namun langkahnya terhenti tatkala matanya terpandang Riana yang sedang berdiri pandang ke arahnya. Kak Syida pula hanya memerhati aneh lagak mereka berdua itu. Seakan ada sesuatu yang tersembunyi daripada pengetahuannya.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
SUASANA bilik kelihatan tenang. Mata Hairie merenung ke mata Riana yang sedang duduk berhadapan dengannya. Ucapan terima kasih yang terucap untuk dirinya tempoh hari masih segar di minda. Tidak sangka Riana masih datang ke syarikatnya walaupun wanita itu pernah berkata ingin meletak jawatan.
            “Saya akan terus bekerja di sini macam biasa.” kata Riana serius. Lama di benak fikirannya tentang hal ini. Membuat keputusan setelah hampir seminggu dia memikirkan cadangan Khairul. Mata tidak memandang tepat mata Hairie. Tidak mampu!
            “Riana, saya nak minta maaf dengan apa yang dah berlaku ni. Apa yang dah saya buat pada awak, pada Faiz..” mohon Hairie sekali lagi. Benar-benar ingin diri dimaafkan.
            “Jangan risau. Saya dah lupakan tu semua. Bagi saya, itu semua dah lepas. Saya dah tak nak ingat lagi dan saya harap, Encik Hairie pun dapat lupakan saya.. dan kisah kita.” Riana cuba untuk bernada lembut. Tidak mahu lagi terus-terusan menyimpan rasa benci di hati terhadap lelaki yang pernah bertakhta di hatinya itu. Hairie hanya mendengar. Mata masih memandang Riana. Menanti wanita itu berbicara lagi. “Mulai hari ini, tak akan wujud apa-apa hubungan di antara kita berdua lagi. Melainkan hubungan di antara majikan dengan pekerjanya. Itu sahaja.” putus Riana benar-benar bermaksud dengan kata-katanya itu. Bukan hanya omong kosong. “Saya harap Encik Hairie faham dengan kata-kata saya tadi. Kalau tak ada apa-apa lagi. Saya keluar dulu.” sambung Riana menutup bicara. Dia melangkah keluar dari bilik itu.
Hairie hanya memandang Riana meninggalkan biliknya dengan rasa hiba. Sesal di hati sentiasa membuak apabila terkenangkan perbuatannya bodohnya itu. Sungguh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~