1 Mei 2011

~Bab 17~

“BETUL ke ibu awak tu garang orangnya?” Riana bertanya lagak inginkan kepastian. Memandang ke arah Khairul yang sedang asyik memandu. Sebentar lagi dia bakal dibawa berjumpa dengan ahli keluarga lelaki itu yang sedia menanti kedatangannya ketika ini.
Khairul mengangguk kepalanya sekali. “Betul. Dia kalau boleh nak bakal menantu dia ikut cakap dia aje, tau? Kejap lagi awak kena bersedia dengan semua soalan yang dia tanya, okey?” kata Khairul lagak serius.
“Awak, saya takutlah..” Riana membalas lagak takut. Bibir dicebirkan. Tidak pasti adakah dia mampu untuk berhadapan dengan ibu Khairul itu. Teringat dia sebentar dengan drama-drama Melayu di mana kebanyakkan cerita menampakkan watak ibu mertua seorang yang bersifat antagonis terhadap si menantu perempuan. Meneka kemungkinan nasibnya nanti seperti salah seorang watak dalam cerita itu. Pasti seram!
It’s okay. Awak tak perlu takut. Saya kan ada. Nanti saya tolong la awak jawab sama soalan ibu garang saya tu, ya?” kata Khairul lagak angkat kening. Riana hanya mengangguk perlahan. Cuba untuk senyum. Berdoa agar hubungannya bersama dengan Khairul direstui. “Lagi satu?” tambah Khairul buat Riana pandang pantas ke arahnya semula.
“Apa dia?” tanya Riana. Lagak tidak sabar. Dia perlu bersedia menghadapi segala cabaran.
Khairul tersenyum lagi melihat gelagat Riana itu. Sengaja dia ingin mengusik wanita itu saat ini. Ternyata lucu. “Nanti masa dengan ibu saya, awak kena panggil ibu saya dengan nama penuh dia. Datin Julia Juliana Monzalesa. Panggil dengan lembut.”
“Datin Julia Juliana Monzalesa?” ulang kata Riana kerut dahi. Panjang benar nama itu.
“Ya. Lembutkan sikit lagi.” pesan Khairul tersenyum angguk.
Riana pandang Khairul semacam. Keningnya diturunkan. Mata pula jadi sepet. Lagak sangsi dengan lelaki itu. Mungkin sengaja ingin mengusiknya.
“Kenapa? Eh! betul la. Itu nama penuh ibu saya tau. Awak ingat saya main-main ke? Arwah nenek saya yang letak nama tu sebab dia minat sangat dengan seorang pelakon Sepanyol ni tau, yang nama dia.. Monzalesa Zarra. Hah.. sebab tu la dia letak nama ibu saya macam tu.” Panjang lebar Khairul bercerita mengenai rahsia di sebalik nama ibunya itu. Lagak seperti bercerita tentang zaman Kesultanan Melayu-Johor dahulu.
Riana masih memerhati sangsi dengan kesahihan cerita itu. Sempat mengigit bibir.
Okay fine! Kalau awak tak percaya tak apa. Awak tengoklah nanti. Kalau ibu saya marah, tak tahu la.” Khairul terus mengusik. Lagak serius pula.
Kereta Khairul memandu masuk ke dalam halaman rumahnya setelah pintu pagar automatiknya dibuka. Jantung Riana pantas berdegup kencang bila memandang ke rumah yang tersergam indah bagai istana itu. Sungguh terpesona! Hati pula rasa tidak sabar lagi mengenali keluarga Khairul.
“Dah ready?” tanya Khairul setelah mematikan enjin keretanya. Kalih pandang Riana yang masih berada di sebelahnya itu.
Riana pula hanya tersenyum angguk. Bersedia sepenuhnya demi cintanya untuk Khairul. InsyaAllah!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“IBU!” jerit Fariha perlahan setelah membuka pintu utama rumahnya.
“Ya adik..” sahut Datin Julia dari ruang dapur. Sedang sibuk menghidangkan lauk-pauk di atas meja makan.
“Abang Faiz dengan Kak Riana dah sampai.” jerit Fariha semakin teruja. Terintai-intai ke arah halaman rumah. Datin Julia segera melangkah keluar dari ruang dapur. Meninggalkan kerjanya sebentar. Berdiri di sebelah anak bongsunya itu. Turut sama rasa tidak sabar menanti ketibaan wanita yang dikatakan telah mencuri hati anak keduanya. Terkejut dia menerima khabar berita tatkala Khairul menyatakan hasrat untuk membawa pulang seorang bakal menantunya hari ini. Sudah lama dia berhasrat ingin anaknya itu menamatkan zaman bujang. Seolah-olah doanya termakbul kini.
 “Assalamualaikum..” Khairul memberi salam setelah melihat Datin Julia bersama dengan Fariha sedang tunggu di muka pintu. Dia melangkah bersama Riana di sisi.
“Waalaikumusalam..” Datin Julia dan Fariha membalas serentak. Tersenyum mesra ke arah mereka berdua.
 “Ibu...” Khairul mendekati Datin Julia. Disalam dan dikucupnya lembut. Dia segera memaut tangan ibunya itu dan memimpin mendekati Riana yang sedang tersenyum malu menanti untuk bertegur sapa. Resah gelisah lagaknya. “Inilah Riana Akma, bakal menantu ibu.” kata Khairul senang hati. Memperkenalkan Riana kepada Datin Julia.
            Riana dengan segera bersalaman dengan Datin Julia yang sedang tersenyum mesra memandangnya. Sementara Khairul dan Fariha hanya tersenyum memerhati. “Apa khabar Datin Julia Juliana Monzalesa?” ucap Riana lagak sedikit malu menyebut nama penuh itu. Nada selembut yang boleh.
“Sihat alhamdulilah. Eh! apa tadi Riana panggil aunty? Datin Julia Juliana, apa?” tanya Datin Julia sedikit terkejut dengan nama yang dipanggil oleh Riana itu. Berbunyi aneh pun ada.
Riana terkaku seketika. Jadi serba salah. “Err.. Datin Julia Juliana Monza…”
Khairul gelak besar. Fariha yang berada di sebelahnya juga turut tergelak besar. Tidask tahan lagi. Ternyata rancangan Khairul untuk mengusik Riana berjaya lagi. Lucu sangat!
Datin Julia yang lagak tertanya-tanya menjegil seketika ke arah anak lelakinya itu. “Faiz ni.. Riana, Faiz usik Riana la tu. Nama penuh aunty Julia Juliana aje. Tak ada pun Monzalesa tu.” kata Datin Julia sempat geleng kepala memandang Khairul yang masih tertawa itu. Dia juga tertawa geli hati dengan gelagat wanita di hadapannya itu sebentar tadi. Mudah sangat diusik!
Riana kalih pandang geram ke arah Khairul. Mengetap bibir. Buat lelaki itu tertawa nakal pula. Datin Julia jadi tertawa kecil memerhati lagak dua merpati sejoli itu. Cukup sepadan di matanya.
“Hai Kak Riana.” sapa Fariha minta bersalaman dengan Riana pula. Telah berhenti ketawa. Riana hanya tersenyum memandang anak gadis itu. Sungguh comel. Muka seiras Datin Julia.
“Haa.. yang ini adik comot saya. Khaisya Fariha nama dia.” kata Khairul sambil mengusap lembut rambut Fariha.
Tangan Fariha menepis perlahan tangan Khairul. “Isy.. ibu, tengok Abang Faiz ni..” adu Fariha lagak tidak puas hati bila nama gelaran ‘adik comot’ itu masih disebut-sebut abangnya.
“Faiz..” tegur Datin Julia pandang jeling ke arah Khairul. Nada memberi amaran lagi. Khairul hanya lagak tersenyum faham dan kembali memandang Riana. “Mari Riana, kita ke dapur.” kata Datin Julia setelah pandang kembali ke arah Riana yang tertawa geli hati melihat mereka sekeluarga itu.
Riana mengangguk faham. Mereka semua melangkah ke ruang dapur bersama. “Aunty, nak Riana tolong apa-apa ke?” tanya Riana sebelum duduk. Melihat Datin Julia kembali sibuk menghidangkan lauk-pauk di atas meja makan.
 “Eh! tak apa tak apa. Riana kan tetamu kami. Duduk aje kat situ. Biar aunty yang hidangkan, ya?” kata Datin Julia tersenyum manis.
Riana jadi mengalah. Melihat sebentar ke arah hidangan yang tersedia di atas meja bersegi empat petak panjang itu. “Banyaknya aunty masak. Boleh la Riana rasa air tangan aunty ni.” balas Riana tersenyum melihat lauk-pauk yang dihidangkan terdiri daripada pelbagai jenis. Terasa rindu pula kepada masakan arwah ibunya dahulu.
“Ya. Aunty masak biasa-biasa aje ni, Riana.” balas Datin Julia tersenyum sahaja. “Err.. adik, dah call Abang Faizul?” tanya Datin Julia memandang pula ke arah Fariha yang lagak memerhati mereka berdua berbual sambil bermain dengan Ipad di tangannya itu.
“Dah ibu. Abang Faizul cakap dia dah on the way balik.” jawab Fariha tersenyum sebentar memandang ibunya itu. Manakala Khairul duduk di sebelah Riana setelah mencapai sebotol air jus oren dari dalam peti sejuk. Menuangkan air ke dalam gelas Riana dan gelasnya yang berada di atas meja. “Kak Riana tahu tak? Sejak Abang Faiz kenal Kak Riana, dia selalu mengelamun. Termenung sendiri. Sampaikan adik masuk bilik dia pun dia tak sedar tau.” kata Fariha mula bercerita. Buat Khairul yang sedang duduk meneguk airnya kaget sebentar.
“Oh ya ke? Lagi lagi? dia ada cerita benda yang bukan-bukan pasal Kak Riana tak?” tanya Riana sambil kalih pandang seketika ke arah lelaki itu. Sengaja ingin mengorek rahsia. Buat Khairul tersenyum geleng kepala pula.
Fariha berlagak berfikir sejenak. “Ermm.. so far tak ada. Tapi jangan risau. Nanti kalau ada, adik beritahu Kak Riana, okey?” balas Fariha tersenyum kelakar. Sempat mengenyitkan matanya ke arah Riana.
“Okey.” Riana mengangguk faham. Tersenyum manis. Mula meneguk air jus oren yang berada di hadapannya itu.
Khairul berdiri semula setelah dia habis meneguk air minumannya. “Awak, borak-boraklah dulu dengan adik saya tu, ya? Saya nak ke washroom kejap.” kata Khairul sambil meletakkan semula air botol tersebut ke tempat asalnya. Dia melangkah pergi dan sempat mengusap lembut rambut Fariha. Fariha pula segera menampar perlahan tangannya. Lagak geram sungguh!
Riana hanya memerhati gelagat adik-beradik itu. Gembira melihat keluarga ini. Terasa rindu kepada arwah ibu dan ayahnya seketika. Setelah beberapa minit berlalu, mereka sekeluarga kembali berkumpul di ruang dapur dan menanti kehadiran abang sulungnya Khairul untuk makan malam bersama.
 “Hye everyone. Sorry I’m late.” sapa Faizul buat Riana tersedar. Suara lelaki itu seperti suara yang pernah didengarinya sebelum ini. Nada juga agak sama. Kedua-dua biji mata Riana lagak terbeliak besar apabila memandang langkah lelaki itu telah masuk ke dalam ruang dapur  sepenuhnya dan sedang melangkah duduk di kerusi meja makan di hadapannya.
“Faizul? Apa mamat ni buat kat sini?” fikir minda Riana pantas apabila wajah Faizul, teman lelaki Eza itu dikenal pasti. Seakan tidak percaya lelaki itu boleh berada di hadapannya ketika ini. Peristiwa lama kembali menerpa di dalam ingatan. Tidak sangka sungguh!
“Riana, Kenalkan ini anak sulung aunty. Khairul Faizul, abangnya Faiz.” Datin Julia memperkenalkan Faizul yang lagak sedang tersenyum sinis memandang Riana itu.
“Abang Khairul?” Riana terpaku. Kalih pandang sebentar memandang Khairul yang masih setia duduk di sebelahnya. Khairul hanya tersenyum kelat membalas pandangannya. Mengeyakan kata-kata Datin Julia itu.
“Faizul, ini Riana Akma. Teman wanita Faiz.” sambung kata Datin Julia memperkenalkan Riana pula kepadanya.
Faizul lagak mengangguk faham sekilas memandang Datin Julia. “Selamat berkenalan Cik Riana Akma.” sapa Faizul buat Riana terkaku lagi.
Riana hanya mengangguk perlahan. Dia perlu nampak tenang. Dia masih tidak dapat menerima kenyataan itu. Namun jauh di sudut hati, Riana pasti memang lelaki di hadapannya ketika ini adalah Faizul, teman lelaki Eza. Mana mungkin pelanduk dua serupa.
Mereka sekeluarga meneruskan perbualan sambil makan makanan yang dihidangkan. Masing-masing dengan lagak tersendiri.
“Riana, tambahlah lagi. Jangan malu-malu.” kata Datin Julia tersenyum memandang Riana.
Riana mengangguk mengerti. Namun selera makannya telah lama hilang apabila mendapat tahu bahawa Khairul Faizul adalah abang kepada Khairul Faiz, lelaki yang dicintainya kini. Sukar untuk dia menerima kenyataan itu. Tetapi itulah hakikatnya.
“Kak Riana, dah lama ke Kak Riana couple dengan Abang Faiz?” tanya Fariha lagak ingin tahu sambil mencedok kuah Ikan Masak Lemak ke dalam pinggan nasinya. Tersenyum nakal. Mulut pula masih mengunyat ligat.
“Baru aje lagi adik.” balas Riana tersenyum malu pandang ke arah Fariha. Fikiran pula masih kusut dengan kehadiran lelaki di hadapannya itu.
“Tak sabarnya nak tengok Kak Riana kahwin dengan Abang Faiz nanti, kan ibu? Pasti meriah rumah kita ni nanti bila Abang Faiz dah kahwin dengan Kak Riana.” kata Fariha kalih pandang pula ke arah Datin Julia yang hanya tersenyum menggeleng memandang gelagatnya itu.
“Adik. Janganlah cakap macam tu. Kesian Kak Riana, malu dia nanti.” tegur Datin Julia tertawa kecil dengan kata-kata Fariha itu. Tahu benar dengan keinginan anak bongsunya itu. Pasti inginkan seorang kakak.
“Ermm.. so Riana Akma, kalau boleh I nak tahulah kan. Kenapa you pilih Khairul Faiz ni sebagai boyfriend you, ya?” tanya Faizul serius. Menghilangkan gelak tawa mereka sekeluarga. Semua kalih pandang ke arah Faizul yang tiba-tiba berani mengeluarkan suara itu.
Riana berhenti dari terus menjamah makanannya. Dia pandang Faizul yang sedang tersenyum sinis memandang Khairul. Lagak lelaki itu sedang tidak puas hati dengan Khairul, adiknya sendiri.
“Faizul..”
Datin Julia seakan ingin bersuara tetapi disambung pantas Faizul yang masih lagak serius dengan katanya. “Kenapa? Salah ke kalau Faizul just nak tahu aje, ibu? Tak salah kan?” sambung kata Faizul berlagak biasa.
“Sebab saya cintakan dia.” jawab Riana mematikan pandangan Faizul ke arah Datin Julia itu. Dia memandang Riana semula dengan hanya menanti kata. “Saya cintakan adik Abang Faizul dengan sepenuh hati saya.” sambung Riana menjawab soalan lelaki di hadapannya itu. Dia kalih pandang pula ke arah Khairul dengan senyum mesra di bibir. Memang hatinya benar-benar mencintai lelaki itu ketika ini. Tiada yang lain. Sungguh dia jujur!
Khairul yang mendengar pula tersenyum mesra sambil mulut mengunyah makanannya perlahan.
“Cinta? Ke.. sebab duit dan pangkat yang dia ada? Ya la. Pengurus besar Syarikat Suria Trading. One of the most known company in Johor Bahru. Siapa yang tak nak, kan?” tambah Faizul lagi. Makin berani.
“Abang Faizul, please behave yourself okay?!” ujar Khairul segera bangun menunding jari ke arah Faizul. Geram dengan kata-kata biadap lelaki itu terhadap Riana, teman wanitanya.
“Faizul, please stop it!” tegur Datin Julia pula bernada kasar. Lagak tidak tahan. Dia tidak pasti kenapa anak sulungnya itu lagak ingin mencari pasal lagi di situ. Malah di depan rezeki yang dihidangkan untuk dijamah bersama itu.
Khairul yang masih geram kembali duduk di tempatnya semula. Tidak mahu keruhkan lagi keadaan yang lagak gawat itu.
Faizul pula terdiam seketika. Masih kekal tersenyum. Sinis. “Tak ada ibu. Faizul cuma nak ingatkan yang tak semua orang bertuah dapat apa yang dia nak. Lebih-lebih lagi bila orang yang kita cinta jadi milik kita. Okeylah. Faizul nak naik atas dulu.” Faizul mula bangun berdiri. “Maafkan Faizul, ibu. Faizul rasa macam tak ada mood pulak nak makan malam ni.” sambung kata Faizul melangkah meninggalkan ruang dapur. Sempat melemparkan senyuman sinisnya ke arah Khairul. Sekali lagi.
Datin Julia kalih pandang ke arah Riana pula. Lagak sedang diam memerhati babak keluarganya sejak dari tadi. “Riana, maafkan anak aunty tu, ya? Dia memang selalu macam tu. Suka sangat cari pasal dengan Faiz ni. Tak tahulah kenapa.” mohon Datin Julia kelihatan benar-benar malu dengan perwatakkan Faizul sebentar tadi. Memang agak biadap.
Riana hanya tersenyum mengangguk. Kalih pandang ke arah Khairul yang lagak masih geram dengan kata-kata Faizul sebentar tadi. Jauh di sudut hati, dia tertanya-tanya apakah maksud di sebalik kata-kata Faizul. Seakan ada sesuatu yang dia perlu tahu mengenai abang kandung teman lelakinya itu.
            ~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
KERETA dipandu keluar. Tempoh dua jam lebih bersama dengan keluarga Khairul Faiz, lelaki yang dicintainya itu sebentar tadi memberi Riana satu penghormatan dan kelegaan kerana diterima baik oleh keluarga itu. Namun terselit juga satu kejutan yang dia tidak pernah jangka akan berlaku di situ tadi.
“Awak..” Riana memulakan bicara sejak mereka berdua berangkat pulang. Tidak tahu dari sudut mana ingin dimulakan perbualan berkenaan dengan Khairul Faizul itu.
“Ya?” balas Khairul. Menanti Riana meneruskan bicara. Mata masih fokus pada pemanduannya.
 “Dulu awak pernah cerita pada saya yang abang awak tu kaki perempuan, kan?” ujar  Riana lancar. Teringat kembali kata-kata Khairul sewaktu membicarakan soal Faizul kepadanya. Soal sikap Faizul yang buat Khairul mengeluh gaya susah hati dahulu.
Khairul terdiam seketika. “Ya..” angguk Khairul perlahan dan lambat. Kerutan di dahi mula kelihatan bila disoal begitu.
Mata memandang tepat wajah Khairul. “Sekarang ini pun, perangai dia tu masih sama ke?” tanya Riana ingin benar tahu. Nada risau mula dirasa di hatinya. Berharap agar Khairul segera menggelengkan kepala. Menyangkal kata-katanya ini dengan secepat mungkin.
“Kenapa awak tanya macam tu, Riana?” tanya Khairul kerut dahi. Tidak pasti kenapa Riana menyoalnya dengan nada sebegitu. Seakan ada yang tak kena.
“Kalau betullah perangai dia masih sama, Eza salah satu mangsa dialah, kan?” bicara keluh Riana buat Khairul tersentak seketika.
Khairul memberhentikan keretanya di satu kawasan. Dia pandang Riana. Ingin benar tahu apa yang dimaksudkan dengan wanita itu sebentar tadi. Dengan soalan berkenaan abang kandungnya, Khairul Faizul. “Riana, tell me.. Apa maksud awak tadi? Eza?” soal Khairul makin serius. Tidak faham kenapa nama kawan baik wanita itu disebut pula.
Riana menarik nafasnya seketika. “Awak jangan terkejut, ya? Khairul Faizul, abang awak adalah boyfriend Eza, kawan saya.” jelas Riana perlahan. Masih lagak tidak percaya dengan kata-kata yang dikeluarkan dari mulutnya sendiri tetapi itulah hakikatnya yang perlu diterima kini. Hakikat dengan hubungan yang telah terjalin.
“What?!” Khairul turut terkejut. Tidak dapat menutup reaksinya itu. Berita yang baru diketahui itu cukup buat hatinya rasa tidak tenang. Seakan tidak percaya. Semuanya lagak seperti sebuah drama yang disusun jalan ceritanya dengan penuh teliti.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
 “EZA, dengar la dulu..” pinta Riana sambil menarik lengan Eza yang dianggap seperti darah dagingnya itu. Mengharap wanita itu tidak salah sangka. Namun Eza menepis kasar.
            “Riana, kau nak aku dengar apa lagi, hah? Dah terang-terang sekarang ni yang kau jealous dengan hubungan aku dengan Faizul. Aku tahu la dia tu handsome, tapi his mine, Riana. His mine!” balas Eza dengan menyebut perkataan ‘mine’ dengan keras. Dia tidak puas hati bila nama lelaki yang dicintainya separuh mati itu dituduh dengan tuduhan yang melampau.
            “Asytafirullahalazim.. Eza, tak terlintas langsung dalam hati aku ni nak syok kat dia, atau nak rampas dia dari kau. Aku tahu Eza, dia tu teman lelaki kau dan kau sangat cintakan dia. Tapi kau kawan aku Eza, aku tak nak tengok kau kena tipu bulat-bulat dengan dia, okey? Tolonglah faham..” jelas Riana berharap agar Eza tahu niatnya yang sebenar. Hati mula rasa sebak.
Eza yang mendengar hanya mengetap bibir. Lagak benar-benar geram. “Riana, for once in my life.. aku tak pernah rasa bahagia macam mana aku rasa bahagia bila bersama dengan Faizul. Dia adalah lelaki yang paling aku sayang. Aku tak pernah rasa semua tu masa aku dengan Syukur dulu. Dan dialah lelaki yang faham aku, yang boleh terima siapa aku.. lebih-lebih lagi lepas dia tau aku sakit..” kata-kata Eza terhenti. Riak wajahnya berubah. Seolah-olah dia telah terlepas cakap.
Riana jadi hairan. Segera memegang kedua-dua belah bahu Eza yang sedang berdiri lurus itu. “Eza, kau sakit? Kau sakit apa? Huh?” tanya Riana memandang ke arah anak mata Eza yang kelihatan cuba menyembunyikan sesuatu. Sesuatu rahsia.
Eza tiba-tiba melepaskan keluhannya. Wajah Riana dipandang semula. “Pernah kau kisah ke selama ni aku sakit apa, hah?” balas Eza menepis tangan Riana sekali lagi. Dia menyambung langkah ke muka pintu pula.
            “Eza, aku tak tahu.” geleng Riana bercakap benar. Memang dia tak tahu. Kaki sama turut melangkah.
            “Sudahlah Riana, kalau kau tahu pun, ada kau nak ambil kisah ke, hah? Dah la, aku balik dulu.” balas Eza kasar meninggalkan halaman rumah Riana. Dia masuk ke dalam perut keretanya dan memandu pergi tanpa memaling sedikit pun ke arah Riana yang masih lagi menjerit memanggil-manggil namanya. Memang pada mulanya Riana tidak mahu memberitahu Eza perihal diri sebenar Faizul namun hatinya mendesak jua. Ditambah pula dengan sokongan Khairul yang ingin Eza tahu sikap sebenar abang kandungnya itu. Kini hatinya makin jadi tidak tenang. Bukan lagi memikirkan tentang hubungan Eza dengan lelaki itu tetapi tentang sakit Eza. Sakit yang dia memang tidak tahu langsung. Sungguh!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“UBAT apa yang kau makan tu?”
“Bukan ubat la. Vitamin. Biasa la, nak jaga badan aku yang makin berisi sikit ni.”
            “Ya ke? Bak sini aku nak tengok”
“Isy kau ni, Riana. Vitamin biasa aje la.”
“Ya la tu. Aku tengok badan kau ni okey aje. Kau jangan Eza, nanti boleh buat sakit nanti.”
“Tak ada la. Kau ni Riana, dah macam mak aku pulak. Aku tahu la tu semua. Ini Cikgu Eza, okey? Jangan risau la.”

            Ingatan bersama Eza dahulu datang kembali ke dalam fikirannya tatkala mendapat tahu tentang sakit Eza dari mulut Puan Sofia sendiri. Dia berkunjung tiba ke rumah ibu sahabatnya itu apabila pasti Eza tidak akan memberitahunya perkara sebenar. “Mak cik, dah lama ke Eza menghidap penyakit ni?” tanya Riana lagi. Terselit nada sedih. Dia sedang duduk berhadapan dengan Puan Sofia di sofa. Air mata seorang ibu itu sukar disembunyikan. Jelas di mata.
            “Dah lama jugak, Riana. Ada la dalam enam bulan.” Perlahan-lahan Puan Sofia berkata-kata. Seakan sebak di dada.
Riana terkedu seketika. “Enam bulan?” Enam bulan dirasakan masa yang cukup lama. Lama sehingga dirinya terasa sangat bersalah kerana tidak dapat menangkap sakit itu dari awal lagi. Walaupun hampir setiap bulan Eza dan dia pasti akan bertemu dan berkongsi cerita bersama. “Doktor kata apa lagi, mak cik? Tak ada ubat ke untuk sembuhkan penyakit ni? Operation ke?” sambung tanya Riana ingin benar-benar membantu Eza. Tidak mahu duduk diam dan hanya mendengar.
            “Kanser Riana. Memang susah nak ada ubat. Doktor cuma bagi dia ubat penahan sakit aje. Doktor sendiri pun buntu. Mak cik harap sangat dia dapat diselamatkan walaupun mak cik tahu, peluang untuk dia hidup..” geleng Puan Sofia perlahan. Tidak dapat dia meneruskan kata-kata lagi. Terasa cukup sebak.
            Riana segera bangun dan menghampiri sofa Puan Sofia. Dia lantas duduk di sebelah wanita itu. “Sabar mak cik, sabar ya. Semuanya ketentuan Allah. Insyaallah mak cik. Insyaallah.. Eza pasti akan sembuh. Sama-samalah kita berdoa pada Allah, ya?” Riana menenangkan Puan Sofia. Dia mengenggam erat tangan wanita itu. Berharap wanita itu dapat bersabar dan tabah menerima dugaan ini. Riana hairan mengapa Eza tidak pernah memberitahunya tentang sakit yang ditanggung selama enam bulan itu. Bahkan riak wajah sahabatnya itu tidak langsung menampakkan tanda-tanda sakit yang dideritainya. Cukup bijak!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“KENAPA you tak beritahu I yang you abang kepada Khairul Faiz, teman lelaki Riana.” tanya Eza ingin benar tahu. Dia terkejut mendengar kata-kata itu semalam daripada mulut Riana sendiri. Dia mampu menerima rahsia itu kerana mungkin ada sebab Faizul sembunyikan status dirinya sebagai salah seorang anak pemilik Syarikat Suria Trading. Namun, untuk dituduh Faizul sebagai seorang kaki perempuan memang sangat tidak boleh diterima. Sangat susah!
Faizul membatu seketika. Sudah agak soalan itu bakal dikeluarkan dari mulut Eza. Faizul berubah bentuk wajah. Tadi sesal kini sedih. Lagak memendam rasa takut. “I minta maaf. I memang nak beritahu you dari awal lagi. Tapi I takut.”
“Takut? Kenapa you nak takut?” tanya Eza kembali. Kerutan dahi jelas kelihatan. Seolah-olah perkataan ‘takut’ itu tidak layak disebut oleh lelaki yang berada di hadapannya itu.
Faizul menarik nafas dan dilepas perlahan. Tangan kanan mula memegang tangan kiri Eza yang diletakkan di atas meja. “Eza, listen here. I tahu Riana Akma adalah kawan baik you dan kawan yang you paling sayang tapi..”
“Tapi apa?” tanya Eza pantas ingin Faizul menyambung bicara lambatnya segera. Seakan semua ini ada kaitannya dengan Riana lagi.
Faizul melepaskan keluhannya lagi. Kali ini menampakkan keluhan yang dilepas agak berat. Dia pandang Eza tepat. “Sejak you kenalkan I dengan Riana hari itu. I rasa Riana macam..” Faizul menjelaskan kepada Eza dari awal sehingga habis. Pembohongan diteruskan lagi. Jari kesalahan terus ditunding ke arah Riana Akma. Tidak sesekali ke arahnya. Never!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“RIANA, macam mana dengan Eza, kawan awak tu?” tanya Khairul seakan ingin tahu perkembangan hubungan abangnya itu. Dia sendiri risau bila Riana menceritakan tentang itu. Dia takut kawan kekasihnya itu bakal dilukai oleh lelaki yang dia sendiri tahu bagaimana baik buruk perangainya.
Riana menggeleng kepala perlahan. “Saya dah cakap pada dia. Dia tak kan percaya awak sebab dia terlalu mencintai abang awak. Terlalu..” jawab Riana masih terselit nada risau. Menyebut kata ‘Terlalu’ dengan suara mendatar.
            Khairul mendengus kecil. Sudah agak. “Saya sendiri pun tak sangka yang dia sanggup buat macam tu pada kawan awak. Tak apa, nanti biar saya yang cakap sendiri dengan dia, ya?”
            Riana hanya mendengar. Membuang pandangannya ke arah beberapa orang pengunjung yang ada di  sekitar taman rekreasi itu. Tidak sangka terlalu banyak kaitan yang terjalin sejak dia mengenali lelaki bernama Khairul Faiz. Terlalu banyak!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“KAU dengar sini, Faiz. Aku tak pernah kacau hubungan kau dengan Riana selama ni, jadi tak perlu kau nak kacau hubungan aku dengan Eza, okey?” kata Faizul mula memberi amaran pertamanya apabila soal Eza ditanya.
“Abang Faizul betul-betul serius ke dengan Eza?” tanya Khairul lagak tidak puas hati lagi. Masih ada rasa was-was dengan perasaan abangnya itu. Perasaan yang tidak pernah tetap sejak kematian kekasih lama.
Faizul pula lagak terasa disindir begitu. Dia pandang Khairul tajam. “Kau siapa nak tanya aku soalan macam ni? Hah?” tanya Faizul. Nada semakin kasar.
            “Tapi Eza kawan baik Riana. Kalau Abang Faizul rasa nak permainkan dia macam Abang Faizul permainkan perempuan-perempuan simpanan Abang Faizul semua tu. Lebih baik Abang Faizul tinggalkan dia aje. Jangan seksa perasaan dia.” luah Khairul benar-benar geram. Tidak mahu Faizul terus-terusan mempermainkan hati seorang wanita.
            “Kau siapa nak ajar aku, hah? Mungkin nasib aku tak beruntung macam nasib kau sekarang ni. Sebab abah dah lama meninggal. Kau ingat, kalau abah masih hidup. Dia nak ke izinkan kau kahwin dengan perempuan macam Riana tu, hah? Women that do have nothing at all.” sambung balas Faizul makin sinis. Buat Khairul cuba menahan sabar lagi.
Abang Faizul, Faiz cuma nak Abang Faizul sedar yang..”
“Kau tak payah cakap banyak la, Faiz. Aku tahu apa yang aku buat. Tak payah susah-susah nak ingatkan aku. Now, please get out from my room.” balas Faizul sambil menunding jari tepat ke arah pintu biliknya yang telah ditutup rapat oleh Khairul sebentar tadi. Mungkin takut jika kedengaran oleh Datin Julia.
Khairul terpaksa mengalah. Dia melangkah keluar bilik. Tidak mahu terus bertikam lidah dengan abangnya itu. Dirasakan umpama anjing menyalak bukit. Tiada gunanya.
Faizul memerhati Khairul melangkah keluar dari biliknya. Mindanya teringat kembali salah satu pertemuannya di antara dia dan Eza beberapa bulan yang lalu.
“Riana Akma?” soal Faizul setelah Eza membuka cerita mengenai perihal sahabat baiknya itu. Masa yang dinanti telah tiba.
“Ya. Riana Akma.” balas Eza tersenyum suka. Menyudu makan makanannya masuk ke mulut.
“Dia kerja apa?” tanya Faizul berlagak biasa. Tidak mahu tampak lagak seorang penyiasat atau detektif.
            “Dia kerja di Syarikat Gema Holding. Dia dah couple tau sayang, dengan pengurus tempat dia kerja tu. Nama dia.. Hairie Azmin. I pun tak pernah jumpa dia. Oh ya sayang, baru I teringat. Riana ada jugak berkawan dengan seorang lelaki ni, tau? Nama dia nak hampir-hampir sama dengan nama you. Nama dia Khairul.. hah! Khairul Faiz. You Khairul Faizul, kan? Hmm.. Faiz.. Faizul..” jawap Eza dengan panjang lebar. Sempat membanding nama Khairul dan Faizul yang dikenalinya.
            “Khairul Faiz?” ulang tanya Faizul lagak pertama kali didengarnya.
Eza mengangguk kepala. “Ya. Tak silap I, Riana cakap dia Penolong Kanan Syarikat Suria Trading. Untung Riana, kan? Dapat boyfriend dengan kawan daripada dua syarikat yang berbeza. Syarikat besar-besar pulak tu..” Eza tersenyum ceria. Habis cerita Riana Akma diluahkannya. Tiada rahsia!
“Penolong Kanan?” detus hati Faizul tersenyum sinis. Tidak sangka adiknya itu berani mengubah status diri demi cinta. Cinta yang dia benci untuk dengar atau lihat.
Kenangan selama bersama Eza diingatinya semula. Banyak cerita yang dia dapat melalui wanita berkaca mata itu. Cerita di sebalik nama ‘Riana Akma’.
“Kau belum kenal siapa aku lagi, Faiz. Kau jangan ingat aku boleh lupa apa yang kau dah buat pada aku dulu. Sampai mati pun aku tak kan lupa la!” detus hati Faizul seakan tersimpan dendam. Dendam lama.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
PANG! Satu tamparan daripada tangan insan yang bergelar sahabat melekat di pipi Riana. Kepala Riana terkalih dengan sendirinya. “Eza?” Riana terkejut dengan tindakan Eza sehingga sanggup menampar pipinya. Tangannya pantas mengusap pipi. Sakit terasa yang amat!
            “Aku anggap kau kawan aku selama ni. Disebabkan rasa sayang aku ni, aku biarkan semua tu. Tapi kau memang dah melampau, Riana. Kau memang dah melampau!” pekik Eza yang kelihatan masih ingin menampar pipi Riana lagi.
            “Kak Eza, sudah la!” Rizman cuba menahan tangan Eza dari terus melakukan niat beraninya itu dengan mendepani Riana.
            “Eza, aku tak tahu apa yang kau cakapkan ni.” kata Riana masih mahu mempertahankan diri. Dia benar-benar tidak tahu.
            “Eh! Riana, tak payah la kau nak berdrama dengan aku sekarang ni. Mula-mula kau tuduh dia macam-macam, sekarang kau cuba nak kacau dia pulak, hah?! Tak cukup dengan adik dia, sekarang dengan dia pun kau nak cuba tackle jugak? Kau memang tak tahu malu la, Riana..” luah Eza lagi dengan rasa marah dan geram. Tidak sangka Riana sanggup berbuat begitu. Menikam belakangnya lagak bertubi-tubi.
            Rizman yang masih menghalang menjadi makin geram. Geram bila mendengar Riana masih menjadi mangsa tuduhan kasar Eza. “Dah Kak Eza, sudah! Lebih baik Kak Eza balik sekarang. Jangan buat kecoh macam ni lagi, malu semua jiran tengok tu.” pinta Rizman mendesak pantas. Masih setia melindungi Riana.
            Eza yang mendengar kata-kata Rizman itu jadi mengalah. Lagak bertenang sebentar. “Kau dengar sini baik-baik, ya Riana? Aku kenal la Faizul tu siapa dan kau jangan kacau Faizul lagi. Dia tu milik aku. Kau faham tak?! Siap la kau kalau aku dapat tahu kau kacau dia lagi. Perempuan hipokrit!” Eza menutup bicara geramnya. Meninggalkan kawasan halaman rumah dengan lagak amarahnya.
            “Eza.. Eza..!” panggil Riana seakan cuba menghalang Eza dari terus ke kereta tetapi pantas dihalang Rizman.
“Kak, sudahlah kak. Biarkan Kak Eza tu. Jangan masuk campur lagi urusan dia dengan Abang Faizul tu, tolong la kak.” pinta Rizman seakan merayu. Mujur dia berada di situ ketika pertengkaran di antara dua sahabat itu meletus. Jika tidak, entah apalah yang mungkin akan berlaku. Mungkin jadi kes polis.
            Riana terpaksa berhenti dari memanggil Eza yang telah memandu kereta pergi. Dia terduduk di muka pintu. Menangisi apa yang telah berlaku. Bukan tuduhan itu yang dia kisah tetapi persahabatan yang lama terjalin di antara mereka berdua yang diambil kisah. Dia sangat sayangkan sahabatnya itu seperti keluarganya sendiri. Jauh di sudut hati, dia berharap Eza cepat sedar akan siapa lelaki yang bersamanya ketika ini. Berharap sangat!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“SAYA tak tahu apa yang dah awak beritahu Eza pasal saya. Tapi yang saya tahu awak memang tak layak untuk dia.” kata Riana memandang tajam Faizul yang sedang tersenyum sinis di hadapannya itu. Riana terpaksa bertemu empat mata dengan Faizul kerana ingin mendengar penjelasan dari mulut lelaki yang hipokrit di hadapannya itu. Tidak tahu apalah yang telah difitnahnya kepada Eza sehinggakan panggilan dan mesej daripadanya tidak berbalas dari hari pertelingkahan itu berlaku. Cukup buat dia rasa tertekan dengan permainan yang cuba disusun oleh abang kandung Khairul itu.
            “Ermm.. awak nak apa sebenarnya Riana? Try tell me, hmm?” tanya Faizul lagak tidak wujud langsung rasa bersalah dengan perbuatannya. Walau secebis mahupun sekumit.
            “Saya nak awak lepaskan Eza. Jangan kacau hidup dia lagi.” pinta Riana serius. Sesungguhnya itu yang dia mahu daripada lelaki bernama Khairul Faizul.
“Lepaskan Eza? So easy.. Tapi apa yang saya dapat, kalau saya lepaskan kawan baik awak tu? Dapat awak? Hmm?” ujar Faizul cuba bermain kata lagi sambil mengenyitkan sebelah matanya kepada Riana.
Riana jadi geram. Dipandangnya Faizul sinis. “Kenapa? Kenapa awak masih nak bersama dengan dia walaupun awak tahu yang dia sakit? Hah?” soal Riana ingin benar tahu tentang itu.
            Faizul tertawa kecil seketika. Lagak Riana sedang berjenaka. “Riana.. Riana.. Kawan awak tu yang bodoh. Dia ikut aje apa yang saya cakap, sebab tu saya couple dengan dia dan saya tahu tak lama lagi kan dia akan tut… So I don’t have to worry.balas Faizul lagak menyebut nada ‘tut’ itu sebagai kiasan bagai perkataan ‘mati’.
            “Orang yang awak kata bodoh tu sebenarnya awak, Faizul. Sebab awak memang tak tahu nak menilai hati seorang wanita. Yang awak tahu, permainkan perasaan dia orang aje, kan? Awak sedar tak yang awak telah mengkhianati cinta Eza. Dia sangat cintakan awak.. dan awak jangan ingat saya tak tahu, ya? awak ni lelaki yang jenis macam mana.”
            “Fuhh!” Faizul menepuk tangan sekali. Berbunyi perlahan. Kepala pula digeleng. “Awak memang seorang kawan yang baik, Riana tapi sayang.. sayang seribu kali sayang. Eza tak nampak benda tu dalam diri awak. Ermm.. macam ini la Cik Riana Akma, kita lupakan Eza dan kita lupakan adik saya, Khairul Faiz. Awak dengan saya, kita couple. Macam mana?” cadang Faizul tersenyum nakal. Cuba bermain kata lagi. Sempat menunding jari antara mereka berdua.
Riana melepaskan keluhan geramnya. Pandang lelaki itu makin tajam. “Memang betul la orang kata kan, kalau dah perangai tu buruk, cakap macam mana pun tak kan terima. Maaf, saya bukan orang macam tu. Awak silap orang.” balas Riana terselit nada sinis dengan kata-kata abang kandung kepada kekasihnya itu. Ternyata jauh berbeza daripada Khairul. Bagai langit dengan bumi!
            “Wow.. frankly Riana, awak buat saya makin bertambah suka pada awak sekarang ni. Awak memang lain dari yang lain, dan saya pasti suatu hari nanti awak pasti akan melutut merayu pada saya dan pada saat tu, awak akan jatuh ke dalam genggaman saya ni.” Faizul berkata yakin sambil mengenggam tangannya dan ditunjukkan kepada Riana. Bibir pula diukir dengan senyum sinis.
            “Yakin sungguh awak, ya? Tak! Saya tak akan buat itu semua, Khairul Faizul. Itu saya benar-benar yakin. Dan bukan itu saja, saya jugak yakin. Yakin yang suatu hari nanti saya akan tampar muka awak tu dengan tangan saya sendiri. Biar awak sedar langit itu tinggi atau rendah.” balas Riana ketap bibir. Tangannya sempat diangkat. Ingin saja tangannya menampar pipi lelaki yang tidak berhati perut itu sekarang juga namun dia malas melayan kata-kata lelaki itu lagi. Dia segera bangun meninggalkan lelaki yang berhati batu itu. Sia-sia sahaja usahanya untuk meminta lelaki itu menjauhi Eza.
            “We will see, Riana.. sama ada langit itu tinggi atau rendah.” bisik Faizul sendiri sambil anak matanya mengekori gerak tubuh Riana yang telah jauh melangkah pergi. Jauh di sudut hatinya sedikit terasa tercabar dengan kata-kata tentangan daripada wanita itu kerana sebelum ini permintaannya tidak pernah ditolak oleh mana-mana wanita walau apa cara sekali pun keadaannya. Niat dia untuk membuat Riana Akma melupakan adiknya tidak kesampaian lagi. Nampaknya dia terpaksa menggunakan cara helah yang lain pula.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
EZA dan Faizul berpegangan tangan mesra memasuki sebuah butik pakaian yang berjenama tinggi. Baju yang tergantung di butik itu satu-satu dibelek Eza. Mencari yang menarik hati. “Sayang, cantik tak?” tanya Eza kalih pandang Faizul setelah dia menarik salah satu baju yang menawan hatinya. Cuba pula dipadankan dengan badannya. Meminta pendapat kekasihnya itu.
            “Cantik. You kalau pakai apa pun tetap cantik sayang..” angguk Faizul tersenyum bersahaja sekilas memandang Eza sambil tangannya sedang sibuk menekan papan kekunci telefon pintarnya. Sedang berbalas mesej dengan seseorang.
            “Err.. you tengah mesej siapa tu sayang?” tanya Eza sekadar ingin tahu. Khusyuk benar lelaki itu dilihatnya hari ini. Tidak seperti kebiasaannya.
            “Mesej Fariha, adik I yang sekarang tinggal kat asrama tu. I tanya dia bila dia nak balik, rindu pulak kat dia.” tipu Faizul tersenyum manja. Pandai bermain helah.
            “Oh.. Okey. Kalau macam tu, you tunggu sini kejap, okey sayang? I nak try baju ni dulu, ya?” kata Eza. Tidak pernah timbul syak wasangka di hati kecilnya kerana begitu mempercayai lelaki yang sentiasa berada di sampingnya itu. Dia melangkah ke bilik persalinan pula.
            Faizul memandang Eza masuk ke dalam bilik salinan. Ingatannya kembali kepada pertemuan di antara dia dan Riana tempoh hari. Kata-kata berani wanita itu masih mencabar dirinya.
            Mereka berdua singgah di sebuah kedai makanan laut. Menghilangkan rasa penat setelah hampir 30 minit berjalan-jalan di kawasan pusat beli-belah terbesar di Batu Pahat itu. Masing-masing dengan lagak tersendiri. Tersenyum apabila mata memandang. Faizul masih dengan lagak bermain-main dengan telefon pintarnya. Eza pula hanya memerhati biasa sambil majalah yang dibelinya sebentar tadi dibelek-belek perlahan.
            “Sayang, I nak pergi washroom kejap, ya?” kata Faizul tersenyum memandang Eza yang sedang asyik menikmati makan malam mereka berdua itu selepas hampir 10 minit terhidang.
            “Okey.” Senyum balas Eza faham. Kembali menjamah makanannya dengan ceria.
            Faizul melangkah pergi. Meninggalkan telefon pintarnya dengan sengaja di atas meja. Bibir tersenyum sinis.
            Eza terpandang telefon pintar Faizul itu. Fikirannya mengelamun seketika.
            “Eza, lupakan Faizul. Dia bukan lelaki yang baik. Dia tak sesuai untuk kau.”
            Kata-kata Riana tempoh hari masih terngiang-ngiang kuat di telinganya. Eza jadi berani mengambil telefon pintar itu lalu membaca isi kandungan mesej yang ditaip. Sesekali mata cuba memandang ke belakang. Risau jika Faizul menjelmakan diri.
“I miss you dear..”< Nasha >
“I miss you too.. We meet after I go out with my dumb girl k. See you..”< Faizul >

“Faizul, bila kita nak jumpa ni? Dtg la rumah I mlm ni. I tunggu u call k.”< Jessy >
“Ok dear. I will. Love you.”< Faizul >

“I love u cyg. Jumpa I esok kat tempat biasa ok?”< Zetty >
“Ok.. Luv u too Zetty. C u at 9 o clock ya. <3”< Faizul >
“Ok. promise?”< Zetty >
“Promise dear. <3”< Faizul >

Mata Eza terbeliak besar apabila terbaca mesej-mesej berbaur sayang dan cinta yang ditaip oleh lelaki itu terhadap wanita-wanita yang namanya memang tidak langsung dikenalinya. Waktu mesej dibalas juga dilihatnya. Semuanya dibalas ketika lelaki itu bersama dengannya. Hati mula dirasa pedih bak dihiris sembilu.
            Faizul keluar dari bilik air. Melangkah perlahan mendekati meja makan itu semula. Bibir tersenyum sebentar. Dia duduk semula di tempatnya. Menghulurkan tangan lagak meminta kembali telefonnya dari tangan Eza yang masih memegang erat telefon pintar itu.
            Eza pandang tajam Faizul. Telefon pintar yang terpapar mesej-mesej yang dibacanya sebentar tadi dihalakan ke arah lelaki itu. “Apa semua ni?” tanya Eza inginkan penjelasan.
Faizul dengan selamba bangun dan mengambil telefon pintarnya itu dari tangan Eza. Sedikit kasar. Buat Eza tergamam seketika. “Kenapa sayang? You dah mula rasa menyesal ke couple dengan I selama ni?” balas Faizul tersenyum sindir. Telefon pintarnya dipegang erat. Dia kembali duduk di tempatnya.
            “Jadi betul la kata Riana? You memang player, hah?” kata Eza mula dapat meneka apa yang diceritakan oleh Riana kepadanya tempoh hari adalah benar.
            “Ermm.. boleh dikira macam tu la. Tapi you boleh aje nak call I as playboy.. casanova.. It’s depend on you. I don’t care. In fact, I admit all that title..” tambah Faizul lagak bergurau senda pula. Mengaku habis!
            Eza terdiam seketika. Dia terkedu. “Sampai hati you, Faizul. sampai hati you buat I macam ni? I betul-betul cinta dan sayang pada you tapi you..?” Eza mula berkata dengan nada sedikit kasar. Turut terselit nada kesal.
            “Okay. Lets me explain to you from the beginning, Eza. You ingat selama ini I betul-betul sukakan you ke? It just a fake. I tak pernah ingin nak kenal dengan you pun. Tapi bila I dapat tahu yang you adalah salah seorang kawan baik Riana Akma. I decide nak kenal dengan you. Nak buat you falling in love dengan I.” jelas Faizul panjang lebar. Mata memandang Eza tajam. Sesekali tersenyum sinis.
“Apa? Apa maksud you ni, Faizul? Kenapa Riana?” tanya Eza. Tidak mengerti di sebalik penjelasan lelaki itu. Riana pula dikait sama. Entah kali ke berapa.
“Sebab Riana Akma adalah wanita yang dicintai adik I, Khairul Faiz. I pernah bersumpah Eza.. yang I tak nak adik I bahagia dengan siapa pun dia bersama walaupun mereka berdua dah berkahwin nanti. I tetap akan musnahkan hidup dia.” luah Faizul terselit dendam yang mendalam. Kehilangan cinta hatinya terasa di jiwa sehingga kini.
“Jadi selama ni?” kata Eza seakan tidak percaya dengan kata-kata yang didengarinya itu.
“Ya. I tipu you, Eza. I lie to you.”
“Sayang, please cakap yang Riana ada ugut you untuk cakap semua ni pada I? Please sayang..” kata Eza mula lagak merayu. Tidak mahu percaya dengan kata-kata lelaki itu. Mungkin sedang berpura-pura jahat depannya.
Tangan Eza cuba pula ingin menyentuh tangan Faizul tetapi pantas ditepis kasar oleh Faizul. “No Eza. No..” Faizul menggeleng pantas. Bibir tersenyum sinis. “Riana kawan you tu is too innocent.. Dia tak tahu apa-apa pun. Z-E-R-O.. Zero.” tambah Faizul dengan lagak mengeja pula. “So, I nak minta maaf sebab buat you macam ni, Eza. Maaf sebab jadikan you sebagai watak dalam plan I ni aje. Ermm.. okay I think you pun dah tahu I ni jenis lelaki yang macam mana, kan? so I nak ucapkan terima kasih pada you sebab you sudi bersama dengan I hampir dua bulan ni. Dua bulan yang cukup buat I kenal siapa itu Riana Akma. You boleh aje nak beritahu Riana pasal benda ini semua, tapi ingat Eza.. Riana ada cakap pada I yang dia dah tak ada kawan yang bernama Nureza Binti Tarmizi kat muka bumi ini lagi. Jadi you faham-faham la sendiri, ya? Selamat tinggal Cikgu Eza and this for you..”
Faizul bangun sambil menarik sekuntum bunga mawar yang ada di dalam pasu yang terletak di atas meja itu. Bunga itu diletakkan di hadapan Eza. Tersenyum sinis. Dia meninggalkan Eza keseorangan di situ dengan air mata melimpahi dan membasahi pipi gebunya.
            Eza terkaku mendengar kata-kata lelaki yang mendustai cintanya itu. Tidak sangka rupanya Riana berkata benar padanya tentang perangai sebenar Faizul dan sungguh tidak sangka lagi, dia terjatuh ke perangkap yang selama ini Faizul pasang untuk rancangan yang dia sendiri tidak mengerti dari sudut mana mulanya semua itu. “Maafkan aku, Riana.” detus pantas hati Eza. Mula timbul rasa kesal dalam diri di atas perbuatannya terhadap Riana. Seorang sahabat yang sepatutnya dipercayai dengan sepenuh hati bukan dikhianati. Dia sungguh kesal!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~