1 Mei 2011

~Bab 18~

TIGA BULAN KEMUDIAN..

            “KHAIRUL Faiz bin Kamil.” sebut Tok Kadi apabila tangan kanannya memegang erat tangan kanan Khairul yang sedang duduk berhadapan dengannya itu.
“Saya.” angguk Khairul yakin. Mata pandang ke arah lelaki tua yang berpakaian jubah dan serban berwarna putih yang dililit di atas kepalanya itu.
            “Aku nikahkan akan dikau dengan Riana Akma binti Rashid berwakil walikan bapa saudaranya kepada aku dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.” sambung Tok Kadi jelas sambil memandang Khairul yakin.
            “Aku terima nikahnya Riana Akma binti Rashid dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai.” lafaz Khairul dengan penuh yakin. Senafas.
            “Sah?” Tok Kadi kalih pandang pula pada dua tiga orang yang duduk bersebelahan dengannya. Sambil diperhatikan beberapa orang lagi di sekeliling mereka berdua. Terdapat juga beberapa orang yang lagak sedang mengambil gambar mereka berdua itu. Cahaya kamera berpancar beberapa kali.
            “Sah.” angguk mereka setuju. Bibir tersenyum suka.
            “Amin..” Tangan ditadah beramai-ramai. Berdoa.
Air mata gembira mengalir di pipi Riana yang sedang duduk beberapa jarak sahaja dari tempat Khairul melafazkan ijab dan qabul tatkala perkataan ‘Amin’ itu disebut. Datin Julia, Mak Su Ana, dan Fariha sedang duduk bersebelahannya tersenyum mesra. Begitu juga dengan Khairul, diapit oleh Pak Su Sufian, Johan dan Rizman.
Pernikahan antara Khairul dan Riana selesai diijabkabulkan di masjid dengan sekali lafaz. Mereka berdua telah sah bergelar suami isteri. Setelah selesai upacara tersebut, majlis perkahwinan pula dilangsungkan di sebelah tengah hari di rumah pengantin lelaki. Termasuk upacara makan bersuap yang disusun rapi oleh pihak catering yang ditempah. Gambar-gambar kahwin dan semua detik-detik itu diadaptasi ke layar video oleh beberapa orang juruforo dan juruvideo yang ditempah khas. Mereka berdua diapit sedondon dengan berpakaian baju pengantin warna ungu muda. Hasil pilihan warna daripada kedua-duanya dan turut direka khas oleh juruukir profesional. Ramai tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan mereka yang dibuat setelah hampir dua bulan kedua-duanya mengikat tali pertunangan. Semuanya terdiri daripada adik-beradik dan sahabat handai Khairul dan Riana sendiri. Turut memenuhi jemputan ke majlis tersebut ialah Hairie Azmin. Dia redha Riana sudah menjadi hak kepada Khairul dan dia akan sentiasa berdoa agar Riana dan Khairul berbahagia sehingga ke akhir hayat mereka berdua.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
BADAN Riana dirangkul erat ke dalam pelukan Khairul. Mereka berdua bagaikan satu jasad di atas katil setelah selesai menunaikan Solat Isyak bersama dan buat pertama kalinya Riana solat berimankan Khairul sebagai suaminya. Nafsu menguasai kedua-dua insan yang baru ingin melayari bahtera perkahwinan itu sehingga tidak sedar masa pantas berlalu.
            Riana memandang Khairul yang sedang berbaring di sebelahnya. Sedang nyenyak dibuai mimpi. Terdengar dengkuran kecil dari mulut lelaki itu. Akhirnya lelaki itu jua menjadi suri di hatinya. Kenangan bersama Hairie Azmin telah lama ditinggalkan sebagai kenangan masa silam. Yang ingin dikecapinya kini ialah kenangan masa depan bersama Khairul Faiz, suaminya.
Riana turun ke bawah katil dengan gerak langkah perlahan. Risau langkahnya bakal mengejutkan Khairul. Dia menyarungkan semula pakaiannya yang tertanggal dek melayan nafsu serakah lelaki yang telah menjadi pemilik sah tubuhnya sebentar tadi itu. Tudung juga turut dipakai di kepala. Masih tahu batas-batas auratnya bila berada bersama dengan ahli keluarga lelaki itu. Tekaknya terasa dahaga pula ketika ini.
            Suis lampu dapur ditekan. Menyinari ruangan dapur yang agak besar dari bilik di rumah teresnya sendiri itu. Riana menuju ke arah peti sejuk. Pintu peti itu dibukanya perlahan dan matanya menangkap salah satu botol yang berisi air. Pantas tangannya mengambil botol tersebut. Air dituang ke dalam gelas lalu dihirupnya puas dengan sekali tegukkan. Terasa sungguh lega! “Alhamdulilah..” ucap syukur Riana selepas dahaganya beransur hilang. Tersenyum sendiri.
            “Hai..” sapa suara seorang lelaki membuatkan Riana hampir melepaskan gelas yang digenggamnya. Lantas kalih pandang ke arah itu dengan rasa gementar di jiwa.
            “Abang Faizul?!” Terpaku Riana melihat Faizul sedang duduk di sisi meja makan. Sedang memandang ke arahnya tajam. Panggilan ‘Abang’ telah lekat dibibirnya sejak dia bergelar tunang kepada Khairul. Di atas meja hadapan lelaki itu terdapat satu gelas kosong. Tidak sedar dia bila lelaki itu berada di situ. Mungkin kerana dia terlalu dahaga sebentar tadi.
            “Kenapa turun? Faiz tak layan ke?” tanya Faizul sinis. Terselit makna.
            Riana hanya mendiamkan diri. Tidak membalas. Takut dengan lagak Faizul yang telah bergelar abang iparnya itu. Air botol dan gelas masih utuh digenggam di tangan kanan dan kirinya. Pada majlis akad nikah dan persandingannya pagi tadi itu, Faizul tidak kelihatan langsung di matanya. Entah ke mana hilangnya lelaki itu seharian.
            “Ermm.. boleh tolong tuangkan abang segelas air?” tanya Faizul lagi bila pasti pertanyaan pertamanya tidak berbalas. Tangan menayangkan gelasnya yang berada di atas meja itu. Kelihatan kosong.
            Riana hanya menurut walaupun hati wujud perasaan teragak-agak. Dia melangkah perlahan ke meja tersebut. Air dari botol yang masih berada di dalam genggamannya itu dituang ke dalam gelas kosong Faizul. Jika dia tahu lelaki itu berada di situ, sanggup dia tahan dahaga yang dirasa sehingga ke pagi esok. Betul!
            “Terima kasih.” ucap Faizul tersenyum mesra setelah Riana selesai menuang penuh air ke dalam gelasnya. Riana pula masih lagak sama. Tidak membalas. “Ermm.. boleh abang cakap sesuatu?” tanya Faizul lagi. Nada masih ingin berbicara.
            Riana hanya mengangguk perlahan. Wajahnya memandang ke arah lain. Tidak mahu dia bertentangan mata dengan lelaki yang pernah cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya itu dan juga lelaki yang telah mengkhianati cinta sahabat baiknya, Eza.
            “Abang nak minta maaf, sebab selama ni abang sakitkan hati Riana dan kawan baik Riana, Eza. Sekarang abang tak tahu di mana Eza ada. Puas dah abang cari dia kat semua tempat tapi masih tak jumpa. Abang menyesal, abang minta maaf, Riana.” mohon Faizul terselit nada kesal. Wajahnya kelihatan sebu dan suara pula seakan sebak.
            Memang benar kata Faizul, Eza telah lama menghilangkan diri tanpa khabar berita. Telefon bimbitnya juga telah tidak aktif lagi. Pernah dia bertanyakan ibunya Eza, Puan Sofia namun hanya tangisan sebagai balasan jawapannya. Menanti kepulangan anak yang menghidap sakit kanser. Sekolah tempat kerja wanita itu juga sudah tidak dijejakkan kaki lagi. Sudah berhenti hampir tiga bulan yang lalu. Rata-rata semua sedang buntu memikirkan ke mana hilangnya Eza.
Riana memandang seketika Faizul. Mencari kebenaran di sebalik wajah.
            “Abang tahu, Riana mungkin masih bersangka buruk pada abang sekarang ni. Tapi abang benar-benar nak berubah. Abang tak kan berhenti cari Eza. Abang nak tebus balik segala dosa-dosa abang pada Eza dulu. Abang juga nak minta maaf dengan Riana tentang perkara sebelum ni. Abang harap sangat Riana dapat terima abang sebagai abang ipar Riana dan abang kepada suami Riana, Khairul Faiz.”
            “Syukur alhamdulilah..” detus hati kecil Riana pantas apabila mendengar kata-kata itu. Lega. Suasana jadi sepi seketika. “Riana maafkan Abang Faizul. Riana harap Abang Faizul betul-betul berubah.” Akhirnya Riana bersuara tetapi masih dalam nada perlahan. Cebisan takut masih tersisa di dalam diri. Tidak dapat disapu habis!
            “Riana, Riana sayang..” Kedengaran sayup-sayup suara Khairul dari tingkat atas memanggil-manggil namanya dan sekaligus mematikan perbualan dia dan Faizul itu.
            “Tu.. Suami Riana dah panggil. Pergilah.” kata Faizul tersenyum manis memandang Riana yang kalih pandang ke belakang seketika.
            Riana pandang Faizul semula. “Ermm.. selamat malam Abang Faizul.” ucap Riana sambil meletakkan kembali air botol ke dalam peti sejuk.
            “Selamat malam. Jangan lupa tutup lampu ni, nanti suami Riana salah sangka pulak tentang kita.” pesan Faizul sambil menegakkan jari telujungnya ke arah lampu syiling dapur itu sebelum Riana melangkah keluar dapur.
            Riana mengangguk faham. Suis lampu segera ditekan butang tutup. Riana segera mendapatkan Khairul yang sedang lagak menuruni anak tangga sambil mengintai ke sekeliling. “Abang…” balas Riana tersenyum manja mengira anak tangan ke arah suaminya itu.
            “Sayang, sayang pergi mana ni? Puas abang cari tadi tau.” tanya Khairul manja. Dia memaut kedua-dua belah tangan Riana yang sedang melangkah menaiki tangga menghampirinya.
            “Sayang kat dapur la tadi, abang.” balas Riana lembut.
            “Dapur? Sayang buat apa kat dapur tu malam-malam buta ni? Hmm.. sayang?” tanya Khairul lagi sambil merangkul pinggang isterinya itu. Mereka berpelukan seketika.
            “Sayang minum air la. Abang nak air ke? Sayang boleh ambilkan.”
Khairul geleng kepala. “Tak nak la. Abang tak dahaga. Okey dah. Jom kita sambung tidur. Abang sunyi tau tidur sorang-sorang kat atas tu. Tak ada orang teman..” kata Khairul bernada nakal. Cuba mencium pipi Riana pula.
            Riana dengan pantas meletakkan jarinya ke bibir Khairul tanda mengarah lelaki itu memperlahankan suara. “Syhss.. abang ni, senyap la sikit.. Nanti apa pulak ibu dengan abah cakap, tak manis la.” balas Riana sambil anak matanya memandang sekeliling. Takut jika didengari oleh semua penghuni rumah itu.
            “Ala.. biarlah dia orang dengar. Sayang, jom tidur, hmm?” ajak Khairul manja sambil memegang tangan itu lalu dikucupnya lembut. Dia memikul pula Riana dengan kedua-dua belah lengannya.
            “Eh! apa abang ni? Jatuh nanti, lepaslah..” Riana terkejut sambil memeluk erat bahu Khairul. Takut terjatuh dari pegangan kuat lelaki itu.
           “Ala.. sekali-sekala.” Khairul tersenyum nakal sambil memikul Riana melangkah kembali ke bilik tidur mereka. Mereka berdua tersenyum manja memandang raut wajah masing-masing. Mata pula saling bertaut mesra. Dari jauh, Faizul setia memerhati di sebalik dinding dapur. Timbul rasa cemburu di hati melihat aksi bahagia pasangan pengantin baru itu. Terasa dendam lama muncul kembali.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“ABANG...” panggil Riana manja sambil mengusap lembut dada Khairul tanpa baju itu. Jam menunjukkan ke pukul dua pagi tetapi matanya masih tidak dapat dilelapkan. Mindanya masih bercelaru. Memikirkan kesahihan satu pengakuan.
            “Ermm...” balas Khairul yang masih memejamkan mata. Tangannya masih memeluk erat tubuh Riana. Sukar dia melepaskan tubuh badan wanita yang dicintainya itu walaupun sesaat.
            “Sayang rasakan, Abang Faizul dah berubah la.” kata Riana bernada perlahan.
            Khairul lagak terdiam seketika. “Ermm.. bagus la.” balas Khairul bersahaja. Seakan tidak berminat.
            “Abang rasa dia betul ke dah berubah? Hmm?” kata Riana lagi sambil mengusap pula dagu Khairul. Hembusan nafas lelaki itu dapat dirasainya. Kuat.
            Khairul membuka matanya. Merenung mata Riana. “Dah la sayang. Malam ini, malam pertama kita, tau? Jadi abang nak, hanya kita berdua. abang dengan sayang. Two of us only.. Tak ada orang lain, okey sayang?” balas Khairul bernada lembut. Hidungnya sesekali mengusik hidung mancung Riana.
            Riana tersenyum faham sambil mengalihkan sepenuh badannya menghadap Khairul. “Okey abang sayang..”
            Khairul tersenyum lalu mengucup lembut bibir Riana yang berada di sisinya itu. Mereka sama-sama merasai kehangatan malam pertama sehingga kedua-duanya terlelap di dalam satu pelukan erat.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
MATA dibuka. Pandangan pertama Riana yang ditangkap adalah anak mata Khairul yang sedang asyik memerhatikan wajahnya. Entah bila lelaki itu lagak seperti itu di pagi hari ini. “Good morning abang.” ucap Riana tersenyum manja sambil mengusap-gusap perlahan kelopak matanya. Terasa sedikit penat. Mereka berdua tidur semula setelah selesai bersolat Subuh berjemaah pagi tadi.
            “Good morning sayang.” balas Khairul membelai-belai rambut Riana yang terburai di atas bantal itu.
            “Ermm.. pukul berapa dah ni?” tanya Riana sambil ingin mengerling matanya ke arah jam loceng yang ada di atas meja bersebelahan dengan Khairul itu namun dihalang dek tubuh sasa suaminya itu. Tak berjaya!
            Khairul sekilas pandang ke belakangnya. Menjeling jam loceng. “Ermm.. pukul lapan..” balas Khairul bernada manja.
            Riana terbeliak biji matanya seketika. “Huh? Pukul lapan? Ala.. kenapa abang tak kejutkan sayang tadi?” kata Riana lagak terkejut. Sambil tangan meraba-raba mencari penyepit rambut yang diselitkan di bawah bantalnya.
            “Kenapa?” tanya Khairul berlagak selamba.
            “Abang ni.. Kan saya dah cakap pagi tadi. Sayang nak tolong ibu masak la kat dapur tu..” balas Riana ingin bangun pula namun terhenti apabila Khairul menarik lengan tangannya ke katil semula. Tubuhnya terbaring kembali ke atas katil. “Abang..” balas Riana sedikit terkejut dengan aksi spontan lelaki itu.
            Khairul mendekatkan wajahnya ke wajah Riana. “Tempat seorang isteri adalah berada di sisi suaminya, kan?”
            Riana mendengus perlahan. “Dan seorang isteri wajib menyediakan makan, minum dan pakaian pada suaminya, kan?” balas Riana mengusap lembut dagu Khairul pula. Seolah-olah sedang berbalas debat tajuk ‘Tanggungjawab Isteri’ dengan suaminya itu.
            Khairul mengangguk kepala seketika. “Hmm..Ya betul la tu sayang. tapi sekarang si suami nak si isteri ada di sisinya. Jadi kena la dahulukan yang pertama, kan?” tambah Khairul dengan lagak muka kemeknya pula.
            “Isy abang ni..” Riana tarik muka. Mulut dicebirkan. Lagak kalah dengan sesi berdebat itu tadi.
            “Sayang..” panggil Khairul sambil tangan kembali membelai lembut rambut Riana.
            Riana tersenyum semula memandang suaminya. “Hmm?” balas Riana tidak mampu untuk bermasam muka lama dengan lelaki itu.
            “Terima kasih.” ucap Khairul sambil mengucup lembut tangan Riana. Bibir tersenyum mesra.
Riana mula kerut dahi. Tidak faham kenapa ucapan itu terucap pula. “Terima kasih?”
            “Terima kasih sebab sudi bersuamikan abang ni.” jawab Khairul bernada sayu. Buat Riana rasa terharu seketika.
            “Apa abang cakap ni? Sayang yang sepatutnya berterima kasih pada abang sebab abang sudi mengambil sayang sebagai isteri dan permaisuri dalam hati abang ni.” kata Riana sambil meletakkan tangan kanannya ke atas dada Khairul. Bibir Riana tersenyum indah.
            “Sayang, petang ni kita nak keluar ke mana, ya?” tanya Khairul setelah dia mengucup lembut tangan wanita itu. Sekali lagi.
            Riana berfikir sejenak. “Keluar? Ermm.. sayang ingat nak duduk rumah ajelah.” balas Riana sambil memintal-mintal rambutnya sebentar.
            “Duduk rumah aje? Abang cuti tiga hari aje tau.” kata Khairul berlagak tidak puas hati pula. Tiga jari tangan kanannya sempat diangkat.
            “Habis tu,  abang nak pergi mana?” soal Riana ingin juga tahu. Beria-ria benar suaminya ni!
            “Kita tanya dia, dia tanya kita pulak..” balas Khairul mula tarik muka masam.
“Sayang ikut aje. Kalau abang nak pergi hujung dunia pun sayang nak ikut jugak, tau?” kata Riana bernada manis. Memang itulah tekad setelah menerima lamaran lelaki itu dahulu. Akan sentiasa berdoa berada di samping suaminya itu sepanjang hayat. Selagi dia mampu.  InsyaAllah!
            “Betul ni?”  balas Khairul lagak tidak percaya.
            Riana mengangguk kepala tanda benar. “Hmm.. Dah la, abang pergilah mandi dulu. Busuk la..” balas Riana sambil memicit-micit hidungnya sendiri pula.
            “Ya ke busuk? Habis sayang tu.. wangi sangat la, ya?” kata Khairul geram melihat Riana berlagak begitu.
            “Of course la wangi. Tengok la isteri siapa.” balas Riana berlagak angkuh. Sombong sungguh!
            “Ya la. Jom sayang..” ajak Khairul tersenyum manja tiba-tiba pula.
            Riana lagak aneh. Pandang penuh Khairul. “Jom? Pergi mana?” tanya Riana ingin tahu. Lambat tangkap!
            Mata mula dikerling ke arah bilik air di satu penjuru bilik tidur mereka itu. “Mandi la..” balas Khairul bernada nakal.
“Ee.. abang ni kan…” Riana jadi geram. Mencubit kuat pergelangan tangan Khairul yang memeluknya itu. Geram yang amat!
Mereka berdua tertawa manja bersama. Usik-usikan diteruskan lagi di atas katil itu tanpa mengenal erti penat atau jemu.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“SELAMAT pagi ibu..” ucap Riana dan Khairul serentak setelah masuk ke ruang dapur sambil berpegangan tangan. Kelihatan Datin Julia sedang menyediakan sarapan pagi.
            “Selamat pagi Riana, Faiz..” balas Datin Julia. Tersenyum senang hati.
            Riana segera menghampiri ibu mertuanya setelah melepaskan tangan Khairul yang seakan memegang erat tangannya. Khairul tersenyum lucu. “Ibu, maaf la.. Riana tak tolong ibu masak pagi tadi. Abang Faiz tu.. dia tak bagi Riana turun dapur, siap ugut lagi.” adu Riana sambil mencium tangan Datin Julia. Sekilas memandang Khairul yang duduk memerhati lucu. Riana sudah membahasakan diri memanggil Khairul dengan nama Faiz kerana tidak mahu keluarga mertuanya itu salah faham di antara nama Khairul Faiz atau Khairul Faizul kelak.
“Bukan Faiz yang tak bagi, ibu yang tak bagi. Kamu berdua kan baru aje jadi suami isteri. Jadi biar ibulah yang masak untuk kamu berdua. Hari ini kan hari istimewa kamu berdua.” balas Datin Julia tersenyum lucu.
            Khairul hanya tersenyum geli hati melihat gelagat Riana yang cuba mengadu domba kepada ibunya itu. Terasa ingin mengucup bibir wanita itu ketika itu.  
“Okey. Sekarang ini Riana duduk sini, biar ibu layan Riana, ya?” kata Datin Julia bangun dan menarik keluar kerusi di sebelahnya. Riana hanya menurut. Senang hatinya dapat beribu mertuakan wanita itu. Khairul yang duduk di sebelahnya hanya tersenyum manja. Mengambil roti sardin yang tersedia di atas meja pula. “Faiz, bila nak ajak Riana pergi bulan madu?” tanya Datin Julia. Pandang pula ke arah Khairul yang sedang asyik membaca surat khabar ‘Kosmo’ sambil mengunyah roti sardin di mulut.
            “Ermm.. kalau boleh hari ini jugak ibu, dah tak sabar rasanya ni. Tapi Faiz ada kerja la minggu ni. Kena settle semua tu dulu, baru kami boleh fikir soal tu. Kan sayang?” usik Khairul sambil memandang Riana yang sejak dari tadi lagi memerhatinya geram. Kata tidak berlapik langsung!
            “Oh ya.. betul jugak tu.” angguk Datin Julia seakan faham dengan perangai anak keduanya itu. Sentiasa fokus dalam soal kerja.
            “Good morning everyone..” ucap Faizul yang telah memasuki ruangan dapur. Dia berpakaian sukan lengkap. Badannya kelihatan berpeluh. Di lehernya pula tersangkut sehelai kain tuala lap muka.
            “Good morning.” balas semua serentak. Namun dengan nada yang berbeza-beza.
            “Faizul pergi mana? Berpeluh-peluh ni?” tanya Datin Julia hairan memandang anak sulungnya itu. Tidak seperti kebiasaannya.
            Faizul yang melangkah ke peti sejuk kalih pandang ke arah ibunya seketika. “Faizul baru balik dari jogging bu..” balas Faizul bernada lembut. Mula meneguk air yang diambil dari dalam peti sejuk yang dibukanya. Nada masih tercungap. Dia sempat menjeling ke arah Riana yang sedang menikmati roti sardin. Namun wanita itu tidak perasan.
            “Oh ya ke? Err.. marilah duduk makan sekali. Makan dengan Faiz dengan Riana, pengantin baru kita ni.” jemput Datin Julia lembut sambil menterbalikkan cawan yang tersedia di atas meja untuk dituang air teh panas ke dalamnya.
            “Eh! tak apalah, bu. Nanti Faizul makan. Faizul naik atas dulu, ya? Faizul nak mandi, bau busuk ni.” kata Faizul dengan gelagatnya sambil melangkah keluar meninggalkan ruangan dapur.
            Datin Julia geleng kepala sebentar dengan gelagat Faizul itu. “Faiz, tengok Abang Faizul tu. Ibu rasa dia dah mula nak berubah la.” kata Datin Julia senang hati. Mula duduk semula di kerusinya.
            “Hmm.. Bagus la..” angguk Khairul seakan mengerti reaksi ibunya itu.
            “Faiz, ibu rasa dah tiba masanya kamu ambil Abang Faizul kamu tu bekerja kat Suria Trading. Boleh tolong apa-apa yang patut.” tambah Datin Julia lagi. Mengunyah roti sardinnya.
            “Tapi ibu, mahu ke Abang Faizul tu? Ibu sendiri tahu, kan? Abang Faizul tu memang tolak bulat-bulat tawaran Faiz dulu.” balas Khairul. Dia sendiri tidak yakin dengan perubahan lelaki itu. Mana tidaknya hampir 28 tahun dia tinggal bersama. Segala baik buruk lelaki itu hanya di dalam tangannya sahaja.
            “Nanti kamu cuba la tanya dia lagi. Mana tahu sekarang dia dah minat nak kerja kat situ balik ke.. Ibu rasa dia akan terima tawaran tu. Ibu tengok dia sekarang ni pun dah banyak berubah, dah tak macam dulu lagi. Soal kelab malam tu pun dia dah tak sebut langsung dah.” jelas Datin Julia lagi bernada penuh yakin. Seolah-olah telah lama menyimpan kata-kata itu untuk diluah pada hari ini.
            Khairul mengangguk lagak faham. “Ermm.. baiklah bu. Nanti Faiz cuba.” kata Khairul lagak mengalah. Namun jauh di sudut hati timbul kerisauan. Mana mungkin dia dapat melupakan peristiwa dia dilemparkan kata-kata sinis, dimaki dan cinta kawan baik Riana dikhianati. Semua itu masih berbekas di dalam ingatannya.
            Khairul pandang Riana pula yang sejak dari tadi hanya memerhati perbualannya bersama Datin Julia. Seakan isterinya itu boleh membaca mindanya ketika ini. Riana pula cuba menanam kepercayaan di hati bahawa lelaki yang bergelar abang iparnya itu telah menjadi sebahagian daripada dirinya kini.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“ABANG...” panggil Riana lembut melihat Khairul sedang duduk di bangku di hadapannya. Seakan sedang memikirkan sesuatu.
            “Hmm?” balas Khairul mula tersenyum setelah memandang wanita idaman hatinya itu.
            “Milo panas.” kata Riana sambil menghulurkan secawan milo panas yang dibancuhnya sebentar tadi. Khas untuk suaminya yang tercinta itu.
            Khairul mengambil cawan yang dihulurkan itu. “Terima kasih sayang. Ibu mana?”
            “Ada kat ruang tamu tu. Tengah tengok TV.” balas Riana sambil memeluk lengan tangan Khairul yang sedang memegang piring cawan itu. “Abang..”
            “Ermm..” balas Khairul membalas pandangan Riana. Menghirup milo panas buatan tangan isteri kesayangan perlahan-lahan.
            “Sayang tahu, abang tentu risau pasal Abang Faizul lagi, kan? Sayang yakin bang, dia dah berubah.” luah Riana bernada sayu. Sesekali mengusap lembut lengan tangan suaminya itu.
            Khairul meletakan cawan yang dipegang ke atas meja tamu di hadapan mereka. Kalih pandang semula Riana. “Betul sayang yakin?” tanya Khairul perlahan merenung semula ke arah Riana. Seakan inginkan kepastian daripada kata-kata itu.
            Riana mengangguk kepala perlahan. “Hmm.. sebab dia sendiri pun dah minta maaf kat sayang pasal hal dulu tu dan termasuk hal Eza. Dia pun ada cakap yang dia sekarang tengah cari Eza. Nak tebus balik kesalahan dia dulu.” kata Riana ingin Khairul tahu tentang permohonan maaf Faizul yang dibuat kepadanya semalam. Buat Khairul berfikir sejenak. Lagaknya seakan masih tersimpan perasaan ragu-ragu terhadap sikap Faizul. “Abang, semua orang pasti akan berubah. Cuma kita aje kena tentukan sama ada nak terima perubahan tu ataupun tak. Kita terima ya abang, perubahan Abang Faizul tu?” pujuk Riana sambil meletakkan kepalanya di bahu Khairul. Tangan menyentuh erat tangan Khairul.
            Khairul akhirnya mengangguk tersenyum faham. Dia mencium tangan isterinya itu. Bibir mula mengukir senyum lega.
            Riana sendiri tidak menafikan masih wujud perasaan ragu–ragu terhadap Faizul atau abang iparnya itu. Tetapi dia segera menangkis perasaan itu dan mengharap Khairul turut mampu berbuat begitu.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
RIANA membelek-belek album gambar pertunangan dan perkahwinan dia dan Khairul di ruang tamu. Satu-satu dibeleknya lama. Kenangan bersama lelaki itu sebelum bergelar suami isteri dikenangnya semula.
            “Saya nak awak berhenti kerja di Syarikat Gema Holding.” kata Khairul lagak serius setelah mereka berbual-bual sebentar. Suasana di kafe itu bertukar serius antara mereka berdua yang menjadi pelanggan setia sejak beberapa minggu yang lalu.
“Berhenti?” tanya Riana sedikit terkejut. Terkejut dengan permintaan lelaki itu ketika ini. Lagak mendadak.
Khairul mengangguk yakin. “Ya. Macam yang saya cakap dulu. Saya nak awak berhenti.”
“Tapi kenapa tiba-tiba aje ni?” tanya Riana lagi. Ingin benar tahu punca Khairul ingin dia  membuat keputusan sebegitu pula walapun dia pernah menyatakan hasratnya itu beberapa kali sebelum ini. Namun sering sahaja ditolak.
            Khairul menyeluk poket seluarnya. Satu kotak kecil dikeluarkan dan diletakkan di atas meja. Riana hanya memerhati dan menanti kata dari mulut lelaki itu. “Saya nak kahwin dengan awak, Riana.” kata Khairul tersenyum memandang Riana. Tangan membuka kotak kecil itu. Cincin permata tersisip kemas di situ dikeluarkan. Sudah tiba masanya.
            “Are you serius?” Riana terkesima. Jantung pantas berdegup kencang. Mata pula memerhati tingkah laku tiba-tiba Khairul itu.
            “Yes I am. Saya nak kahwin dengan awak, Riana Akma Binti Rashid. Saya nak awak jadi isteri saya yang sah.” ulang kata Khairul penuh rasa yakin. Menyebut penuh nama Riana. Matanya pula bersinar -sinar bagai ada pancaran cahaya. Riana hanya terdiam. Lagak terpukau dengan kata-kata lamaran lelaki itu. “Saya takut. Saya takut hati yang awak beri pada saya ni, masih tertulis nama dia.” tambah Khairul bernada perlahan. Seakan terasa berat untuk menyebut kata-kata itu.
Riana terpaku seketika mendengar kata-kata keluhan Khairul itu. “Khairul, awak cakap apa ni? Saya nak awak tahu ada satu aje nama yang tertulis di hati saya sekarang ini, dan orangnya ialah awak. Khairul Faiz Bin Kamil.” Riana segera menyangkal kata-kata Khairul sebentar tadi. Menyebut penuh pula nama Khairul. Ingin lelaki itu tahu isi hatinya yang sebenar. Bukan hanya berpura-pura atau sekadar lakonan.
Khairul tersenyum suka mendengar kata-kata itu. “Jadi jawapan saya?” Khairul menyoal kembali. Ingin mendengar jawapan dari mulut Riana dengan kadar segera.
            “Ya Khairul Faiz. Saya setuju.” angguk Riana tersenyum dengan telatah Khairul itu. Tidak sabar sungguh!
            Khairul tersenyum senang hati lagi. Bahagia bila mendengar kata setuju dari mulut wanita idamannya itu. Dia segera bertindak menyarungkan cincin yang masih setia di tangannya itu ke jari manis Riana. Riana pula jadi tidak keruan. Bibir terus tersenyum manis. Mata mereka berdua saling bertaut bahagia.
            Khairul pandang Riana sedang termenung jauh di sisi sofa. Bibir wanita itu tersenyum rapi sendiri. Lagak sedang mengimbau sesuatu yang manis. Tekanya. Khairul mula duduk di sebelah Riana setelah memandang ke kiri dan kanannya. Tanpa Riana sedar. “Sayang..” Bibir mungil isterinya itu dikucup lembut.
            Riana terkejut seketika. “Abang.. apa ni?!” tanya Riana sambil memegang bibirnya. Mengintai ke kiri, kanan dan belakang pantas. Takut jika Datin Julia terlihat aksi ‘maut’ mereka berdua itu tadi. Pasti malu!
            “Kiss..” Selamba Khairul membalas. Tersenyum nakal.
Riana pantas menampar perlahan paha lelaki itu. “Ee.. abang ni kan.. jangan buat macam tu lagi, boleh tak? Nanti ibu nampak macam mana?” pesan Riana nada geram benar.
Khairul mengangguk pantas. Bibir tersenyum manja. “Okey sayang. Boleh.. Sayang tengah fikir apa tu? Siap senyum-senyum lagi.” kata Khairul segera menukar topik.
            Riana mencebir bibir sekejap. Mata kembali memandang helaian album yang berada di atas pahanya itu. “Tak ada. Saja tengok gambar-gambar kahwin kita ni. Jurufoto baru aje send pagi tadi ibu kata. Cantik, kan?” kata Riana sambil membelek-belek helaian album itu. Lagak dihala pula ke arah Khairul.
            Khairul memerhati seketika gambar-gambar yang ada. “Ya. Handsome kan si pengantin lelaki ni?” kata Khairul sambil menunding jari ke arah gambarnya sendiri yang sedang duduk di atas pelamin dengan berpakaian baju pengantin serba ungu.
            “Ya. Sampai si pengantin perempuan ada kat sebelah dia ni pun tak sedar langsung.” balas Riana turut sama berbuat demikian di gambarnya.
            Khairul tertawa seketika. “Sayang, jom petang ni kita keluar jalan-jalan nak tak?” cadang Khairul memandang Riana suka.
            Riana pandang Khairul penuh. “Abang nak pergi mana?” tanya Riana kembali. Ingin tahu juga kerana dari pagi tadi lagi suaminya itu menyatakan hal itu. Namun tidak menjawab pula nama tempat yang ingin dikunjung.
            Khairul mengenyitkan sebelah matanya kepada Riana. “Ada la..” kata Khairul buat Riana menggeleng kepala lagi dengan telatah suaminya itu. Cukup kelakar!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
KHAIRUL dan Riana tiba di Taman Rekreasi, Tasik Y, Batu Pahat. Tempat yang menyimpan banyak kenangan mereka berdua di situ.
            “Banyak kenangan kita kat sini, kan sayang?” kata Khairul sambil memegang erat tangan Riana. Berjalan berdua melangkah menyusuri kawasan taman riadah dan istirehat itu.
            Riana mengangguk kepala sekali. Bibir terus tersenyum suka. “Hmm.. di sinilah kita berborak sebagai kawan, di sinilah kita bertemu semula dan di sini jugalah..”
“Abang melamar sayang.” celah Khairul tersenyum memandang Riana. Semua kenangan itu akan sentiasa segar di ingatannya untuk wanita dikasihnya itu. Dia bersyukur kerana masih diberi peluang untuk mengecapi impiannya dari dahulu lagi itu. “Sayang, abang janji abang akan simpan semua tu jadi sebagai kenangan terindah kita berdua. I love you..” sambung kata Khairul sambil memegang erat kedua-dua belah tangan Riana. Ingin isterinya itu tahu yang dia benar-benar bermaksud begitu. Tiada langsung kata tipu mahupun dusta.
“I love u too..” balas Riana tersenyum mesra. Dia terharu lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~