1 Mei 2011

~Bab 19~

RIANA telah lama berhenti kerja di Syarikat Gema Holding yang masih utuh dibangunkan oleh Hairie Azmin. Cukuplah sekadar tiga tahun lebih dia setia berkhidmat di syarikat itu. Kini tiba masanya dia menumpahkan kesetiaannya menjadi suri rumah di sisi Khairul Faiz, suaminya yang tercinta walaupun Riana pernah menyatakan hasrat untuk bekerja semula namun ditolak mentah-mentah oleh Khairul yang ingin dia sentiasa berada di sisinya.
Riana menemani Khairul ke muka pintu. Lelaki itu kelihatan sedang menyarungkan kasut kulit berwarna hitam di kaki. Bersedia untuk ke tempat kerja pada hari pertama setelah bergelar suami kepada seorang wanita yang bernama Riana Akma. “Abang...” panggil Riana manja.
            “Hmm?” balas Khairul turut bernada manja. Tangan sedang asyik membetulkan kedudukan kedua-dua kakinya yang telah berstoking itu.
            “Nanti abang balik awal, ya? Sayang nak masak sedap-sedap lagi hari ini untuk abang.” pesan Riana tersenyum manis. Mula merancang menu untuk hari ini.
           Khairul pandang Riana. Kedua-dua tangan dibawa ke pipi Riana. Mengusap lembut pipi isterinya itu seketika. “Ermm.. tengok la dulu..” balas Khairul seolah-olah sedang berfikir.
            Riana mencebir bibir. “Tengok la dulu? Kenapa? Abang balik lewat ke?” tanya Riana ingin benar tahu.
            “Tengok la kalau abang rindu sayang.” balas Khairul bernada manja lagi.
            “Ee.. abang ni kan..” balas Riana geram. Muka sempat ditarik sebentar. “Abang, nanti kirim salam sayang dekat Jo, ya?” pesan Riana sambil memperbetulkan tali leher Khairul yang kelihatan senget sedikit.
            Khairul mengangguk faham. “InsyaAllah.. abang pergi dulu, ya sayang?” kata Khairul mengusap lembut tudung sarung yang dipakai Riana itu.
            “Okey. Bawa kereta tu hati-hati, ya?” pesan Riana tersenyum mesra.
            Khairul mengangguk tersenyum faham. Riana mencium tangannya dan dibalas Khairul dengan ciuman di dahi wanita itu. Dia segera menaiki keretanya dan menuju ke tempat kerja.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“SELAMAT pengantin baru, Encik Faiz.” ucap Suzy segera berdiri apabila terpandang Khairul yang sedang melangkah mendekati meja kerjanya.
            Khairul tersenyum seketika. “Terima kasih, Suzy. Err.. schedule saya untuk hari ini?”
            Suzy segera memegang buku nota harian Khairul. “Ya.. Err.. petang ni Encik Faiz kena turun ke tapak Projek Mega Tiga lagi. Untuk check barang tambahan daripada supplier yang baru datang pagi tadi. Fail senarai barang-barang tambahan itu semua saya dah letakkan atas meja Encik Faiz tadi.”
            Khairul mengangguk faham mendengar Suzy menyatakan jadualnya itu. “Okey.  Itu sahaja ke?”
            “Ya Encik Faiz, sebab selebihnya Encik Johan dah handle.” angguk Suzy sambil mengerling seketika ke arah buku nota yang dipegangnya. Tangan pula tersisip sebatang pen.
“Oh ya. terima kasih Suzy.” Khairul mengangguk faham mendengar maklumat itu. “Err.. awak tolong panggilkan Encik Johan masuk bilik saya kejap, ya?” pesan Khairul sempat menunding jari ke arah bilik sahabatnya itu.
            “Baik Encik Faiz.” angguk Suzy mengerti.
            Khairul melangkah masuk ke dalam biliknya. Fail di atas meja dipandangnya seketika. Dia duduk di atas kerusinya. Briefcase yang dibawa diletakkan di atas meja lalu dibuka. Dia mengeluarkan satu bingkai gambar perkahwinan dia dan Riana. Tersenyum sebentar melihat ke arah itu. Rindu seakan mula bersemi.
            ‘Tuk! Tuk!’ Ketukan pintu mengejutkan renungan Khairul itu seketika.
“Masuk.” pinta Khairul sambil meletakkan bingkai gambar tersebut ke ruang hujung mejanya. Menanti si pengetuk pintu memunculkan diri.
            “Selamat pengantin baru sahabatku..” ucap Johan sejurus melangkah masuk ke dalam bilik Khairul. Tangan pula mendepa luas. Nada dan wajah lagak begitu teruja.
Khairul yang memerhati tertawa manis. Johanlah orang pertama yang paling gembira menerima perkhabaran bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga bersama Riana. Johan jugalah yang menerima tawaran untuk menjadi pengampit Khairul ketika dalam majlis persandingannya itu. Kini Johan telah dinaikkan pangkat sebagai ketua pereka tapak projek. Jawatan yang lebih tinggi sedikit daripada jawatannya sebelum ini. Dia juga telah mengikat tali pertunangan bersama kekasih hati, Nia beberapa minggu yang lalu. “Thanks Jo.” balas Khairul sambil membuka fail di atas mejanya itu.
            Johan melabuhkan pinggul di kerusi. Tanpa dipinta seperti biasa. “Macam mana hidup berumah tangga ni. Best tak?”
            “Alhamdulilah.. Aku lega sangat.” balas Khairul dengan nada gembira. “Oh ya.. isteri aku kirim salam kat kau.” tambah Khairul sebelum terlupa dengan pesanan salam Riana tadi.
“Waalaikumusalam warahmatullahi wabarakatuh..” balas Johan tersenyum senang hati.
            Khairul pandang Johan tepat. “Jo, aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih dengan kau sebab kau dah banyak tolong aku selama ni. I really appreciated that.” ucap Khairul begitu terharu dengan setiap pengorbanan Johan untuk dirinya. Jika tanpa bantuan Johan, pasti cintanya terhadap Riana akan terus terkubur di dalam catatan buku manuskripnya sehingga kini.
            Johan tersenyum suka. “No hal la, bro.. Apa guna kawan, kan? Ermm.. kau kan baru kahwin. Kenapa ambil cuti tiga hari aje? Kau tak pergi honeymoon dengan Riana ke?” tanya Johan lagak sedikit aneh.
            “Nak tu memang la nak, Jo. Habis Projek Mega Tiga kita ni, siapa nak settlekan?” kata Khairul sambil memandang semula ke arah fail di atas mejanya. Diselak beberapa helaian.
“Ala.. sebab projek ni aje? Apa guna aku ada ni, bro? Aku boleh handle la.” kata Johan memuji diri sendiri. Sempat membetulkan kolar bajunya.
Khairul jadi tersenyum sebentar melihat telatah Johan itu. “Ya la tu.. Oh ya.. kejap lagi ikut aku pergi tapak Projek Mega Tiga, ya? Tengok barang tambahan kat set. Semua barang yang kita order minggu lepas tu dah sampai sana dah.” pinta Khairul panjang lebar. Mata sesekali fokus pada fail yang dipegangnya.
“Okey. No hal.” balas Johan tersenyum faham memerhati gelagat Khairul yang tidak sabar kembali bekerja selepas cuti tiga hari itu.
“Aku dah fikir. Settle aje projek ni aku nak cuti panjang. Nanti kau jangan tanya aku pulak, kenapa aku ambil cuti panjang, ya?” sambung Khairul tersengih seketika.
            Johan mengangguk tersenyum. “Hmm.. bagus la kalau macam tu..” kata Johan turut bersetuju dengan perancangan Khairul itu.
            “Ermm.. kau dengan Nia bila lagi? Teringin jugak aku nak makan nasi minyak kau dengan dia.” tanya Khairul nada sedikit mengusik.
            “Aku? Ermm.. entah la.. masih kumpul duit lagi la, bro.” jawab Johan dengan nada malas. Lagak malas membincangkan soal tunangnya itu.
            Khairul kembali memandang penuh Johan. “Hai.. tak cukup-cukup lagi ke kumpul duit tu. Jangan tunggu lama-lama bro, kang disambar orang..” kata Khairul lagak menyindir lelaki di hadapannya itu. Lagak mengguna pakai kata bicara sahabatnya dahulu.
            Johan mula menarik muka. Lagak terasa. “Aik! macam perli aku aje ni?”
            “Terasa ke?” angkat kening Khairul lagak tertawa di hati seketika.
            “Tak ada la. Ada jodoh ada la. Cuma dia tu la, selalu kuat cemburu. Itu tak boleh, ini tak boleh. Entah bila la nak berubah.” balas Johan buat Khairul terdiam seketika. ‘Berubah’. Perkataan itu buat mindanya memikirkan soal Khairul Faizul pula. Memikirkan lagi soal perubahan yang dinyatakan keluarganya termasuk Riana, isterinya sendiri. Johan yang memerhati terasa aneh seketika. “Ermm.. kau ni kenapa, Faiz? Tengah fikir siapa pulak tu? Isteri lagi ke?” kata Johan cuba lagi mengusik.
            Khairul menggeleng tersenyum seketika. “Tak adalah. Aku tengah fikir pasal abang aku.”
            “Abang kau? Abang Faizul? Kenapa dengan dia pulak? Buat hal lagi ke?” teka Johan tahu benar sikap abang kandung lelaki itu.
            Khairul hanya melepaskan keluhannya seketika. “Ibu aku nak aku offer dia kerja kat sini lagi la, Jo. Dia kata abang aku tu dah banyak sangat berubah. Dah tak macam dulu. Kau rasa macam mana, Jo?” tanya Khairul ingin pula meminta pendapat Johan.
Johan berfikir sejenak. “Ermm.. Its depends on you, bro. Kalau betul la dia dah berubah, bagus la. Kau offer aje la dia kerja dengan kita. Lupakan aje la benda yang dia dah buat sebelum ni. People change, biasa la tu.” cadang Johan dengan yakin. Cuba untuk fikir dari sudut positif.
            “Abang, semua orang pasti akan berubah. Cuma kita aje kena tentukan sama ada nak terima perubahan tu ataupun tak. Kita terima ya abang, perubahan Abang Faizul tu?”
            Nasihat Riana terhadap dirinya dua hari yang lalu diingati semula. Khairul mengangguk mengerti kata-kata Johan itu. Tersenyum sebentar. Dia sudah membuat keputusan!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
HALAMAN ruang tamu kelihatan indah. Datin Julia sedang menggunakan mesin hampagas di permaidani yang kelihatan berhabuk sedikit itu. Hampir sebulan juga dia tidak membersihkan permaidani di ruang tamu itu.
            “Ibu…” panggil Riana menjelmakan diri dari ruangan dapur. Baru sahaja selesai mengemas ruang itu.
            “Riana..” senyum Datin Julia kalih pandang menantunya itu sebentar. Tangan masih ligat menghayun batang mesin hampagas yang dipegangnya ke lantai permaidani.
            Riana menghampiri rapat ibu mertuanya itu. “Ibu buat apa ni? Tak apa.. tak apa, biar Riana yang buat, ya? Ibu kan tak berapa sihat, rehat aje kat ruang tamu tu, ya?” kata Riana sambil menarik batang hampagas dari tangan Datin Julia. Dia berjaya!
            Datin Julia tersenyum geleng sebentar. “Sikit aje lagi ni, Riana.. bukannya susah pun.”
“Biar la Riana yang buat semua ni. Bila lagi Riana nak tolong ibu, kan?” balas Riana masih lagi niat ingin membantu. Tidak mahu mengalah langsung!
            “Ya la..” geleng Datin Julia lagak mengalah. Degil juga menantu sulungnya itu. Detus hatinya pantas! Dia pandang sebentar gelagat Riana yang menghayunkan mesin yang masih berbunyi kuat itu ke lantai permaidani ruang tamu. “Hmm.. ibu pergi luar, ya? Nak siram pokok bunga kesayangan ibu tu kejap..” kata Datin Julia mula melangkah ke luar rumah.
            “Okey bu..” senyum balas Riana sambil meneruskan kerjanya.
            ‘Tik! Tik!’
            Bunyi mesej daripada telefon bimbit yang diletakkan di dalam kocek seluarnya berbunyi. Punat mesin hampagas ditutup sebentar. Telefon bimbitnya dikeluarkan. Riana melabuhkan pinggulnya ke atas sofa. Mesej daripada nombor Khairul yang disetkan dengan nama ‘Abang Sayang’ segera dibuka dan dibacanya. Dia pun mula membalas dan sesekali tertawa sendiri dengan mesej-mesej yang berbaur nakal daripada suaminya itu.
            ‘Hye syg.. Syg abg tgh buat apa tu?’< Abang Sayang >
            ‘Tgh kemas rumah la. Abg?’ < Riana >
            ‘Tgh rindukan syg…’< Abang Sayang >
            ‘So sweet.. kalau rindu balik la.’ < Riana >
            ‘Betul ni?’ < Abang Sayang >
            ‘Betul la. Nape? Tak percaya ke?’ < Riana >
            ‘Ok. Kalau abg balik, syg nak kasi apa?’ < Abang Sayang >
            ‘Erm…hadiah special..’ < Riana >
            ‘Ok.’ < Abang Sayang >

            “Ok?” Riana bertanya sendiri. Geleng kepala sebentar dengan telatah suaminya itu berbalas mesej. Sesungguhnya dia ingin benar kekalkan hubungan ini hingga ke hari tua. Tidak mahu hanya separuh jalan. Riana kembali menyambung kerjanya yang tergendala seketika tadi. Jika terus melayan, pasti tidak siap kerjanya nanti.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
KHAIRUL tersenyum suka. Bibir melerek ke telinga setelah membalas mesej Riana. Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling tapak pembinaan yang berbunyi agak bising itu.
Johan yang memerhati sejak dari tadi jadi pelik. Kembali merapati majikannya itu. “Eh! Faiz, kau ni senyum-senyum sorang ni dah kenapa? Mesej dengan isteri la tu..” usik Johan tersenyum sindir. Sedikit nada cemburu.
            Khairul pandang Johan penuh. “Kenapa? Salah ke? Janji halal. Eh! Jo, aku balik dulu la, ya?” kata Khairul sambil berdiri tegak. Menutup skrin telefon pintarnya segera.
            Johan kerut dahi seketika. Lagak terkejut. Lengan tangan kirinya diangkat sekejap. Kerling ke arah jam tangannya “Balik? Biar betul kau ni, bro? Baru pukul 11.30 pagi kut.” kata Johan memang tak percaya. Sahabat lamanya itu telah berubah setelah menjadi suami orang. Lagak tidak sama seperti dulu yang sentiasa dicop sebagai ‘hamba kerja’.
            “Kenapa? Kerja untuk hari ini dah settled, kan? So buat apa aku tunggu sini lagi? Okey la. Aku balik dulu, tak sabar nak jumpa wife aku yang tercinta kat rumah tu.” balas Khairul dengan muka selambanya. Mula melangkah pergi.
            Johan jadi terpinga-pinga seketika. “Habis aku?” 
            Khairul kalih pandang Johan seketika. “Kau? Balik dengan Jeffry la, apa lagi?” jawab Khairul tersenyum bersahaja. Sempat menunding jari ke arah Jeffry yang sedang melihat tapak projek di suatu kawasan tidak jauh dari tempat mereka berdua berada itu.
            “La kau ni. Datang sekali, balik asing-asing pulak.” kata Johan lagak tidak puas hati.
            “Sorry bro.. No compromi for this.” Khairul menepuk dadanya perlahan sebelum melangkah pergi mendapatkan keretanya.
            “What? Faiz.. Faiz..” geleng Johan melihat Khairul melangkah keluar dari tapak pembinaan itu. Tersenyum dia melihat gelagat kawannya itu. Dia tumpang gembira. Sungguh!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
BUNYI kereta dipandu masuk ke dalam halaman rumah jelas kedengaran. Datin Julia yang sedang duduk menonton televisyen jadi terpinga-pinga. Melihat ke arah jam di dinding. Masa dirasa terlalu awal. Kalih pandang ke arah pintu utama rumah pula. Cuba meneka anak lelaki yang mana satu bakal muncul di muka pintu rumahnya itu. Khairul Faizul atau Khairul Faiz?
            “Assalamualaikum ibu..” ucap Khairul setelah menolak pintu utama dan memandang Datin Julia manja.
            Datin Julia yang sedikit terkejut memandang gelagat Khairul yang sedang menapak ke arahnya pula. “Waalaikumusalam.. Eh! Faiz? awalnya balik?” tanya Datin Julia kerut dahi. Bersalaman dengan anak keduanya itu sebentar.
            “Err.. Riana mana, bu?” tanya Khairul tersenyum sipu. Mata mula meliar mencari Riana, buah hati jantungnya itu. Rasa rindu gila!
            Datin Julia menunding jarinya ke tingkat atas. “Riana ada kat atas. Kemas bilik agaknya tu.. Kenapa ni?” tanya Datin Julia aneh. Kening pula lagak diangkat tinggi.
            Khairul lagak mengangguk faham. “Err.. Faiz naik atas dulu, ya bu? Nak jumpa Riana kejap.” balas Khairul tanpa menjawab soalan. Senyum lebar sahaja bibirnya.
            “Anak ibu ni.. “ Datin Julia menggeleng panjang memerhati langkah Khairul yang pantas melangkah mengira anak tangga ke tingkat atas itu. Lagak tidak sabar sungguh!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
RIANA menyusun tilamnya dengan kemas. Susun atur bilik itu sedikit demi sedikit dikemas dan diubah. Baru hari ini dia dapat melakukannya kerana sebelum ini asyik berkepit sahaja dengan Khairul, suaminya itu. Tiada peluang langsung. Sesekali bibir tersenyum suka. Seakan puas!
            ‘Aku pasti datang menjemputmu. Tepati janji yang sumpah terhenti. Aku pasti datang tuk hatimu. Penuhi janji untuk dirimu..’ Nyanyian Bunga Citra Lestari ‘Aku pasti Datang’ berkumandang di telefon bimbit Riana yang diletakkan di atas katil. Dia segera menapak ke arah itu lalu duduk di situ. Telefon bimbit dipegang. Terpamer nama ‘Abang Sayang’ di kaca skrin. Kata nama timbangan yang merujuk pemilik nama Khairul Faiz.
“Abang ni..” geleng Riana sebelum menekan butang hijau pada papan kekunci telefon bimbitnya itu. “Assalamualaikum..” ucap Riana setelah telefon diletakkan dekat dengan telinganya. Bibir kekal tersenyum.
            “Walaimusalam sayang..” balas Khairul manja. Dari tadi mata mengintai melihat gelagat Riana di sebalik pintu bilik yang tidak berkunci itu. Lagak sedang mengendap!
            “Kenapa call ni?” tanya Riana bernada serius. Sengaja.
            “Kenapa? Tak boleh ke kalau abang nak call isteri abang sayang ni?”
            “Siapa kata tak boleh. Tadi orang tu kata nak balik rumah. Rindu la bagai..” balas Riana bernada manja pula.
            “Abang datang betul ni..”kata Khairul. Lagak nada cuba mengertak.
            “Ala abang ni.. Jangan main-main la.. Abang tengah buat apa tu?” soal Riana lagak ingin mengubah topik. Penat tak sudah jika melayan sikap usik suaminya itu.
            “Tengah rindukan sayang la. Berapa kali nak cakap?” balas Khairul lagak masih mahu mengusik. Tidak pernah jemu.
            “Isy.. abang ni kan. Orang serius, dia main-main pulak.” kata Riana sempat tarik muka. Geram dengan telatah Khairul itu. Makin menjadi-jadi.
            “Abang serius la ni..”
“Tengok tu. Dah la abang. Malas la nak main-main lagi. Sayang nak mandi pulak lepas ni, okey?” kata Riana lagak ingin mematikan perbualannya.
            “Mandi? Abang nak mandi sekali, boleh sayang?” tanya Khairul makin bersuara nakal. Nakal sungguh!
            Bibir Riana dicebir seketika. “Ee.. abang ni.. gatal erk?”
            “Ermm.. Sayang, sayang percaya tak, kalau abang cakap yang abang akan muncul depan sayang kejap lagi ni?”
            “Abang ni jangan main-main lagi, boleh tak? Sayang penat la.”
            “Abang tak main la..” balas Khairul lagak ingin berdebat pula.
            “Tengok tu. Okey kalau betul. Mana? Tak ada pun. Mana? Mana?” balas Riana sambil memerhati sekeliling biliknya. Mencabar habis kata-kata suaminya itu.
            “Sayang pejam la mata dulu. Nanti abang muncul la..” balas Khairul bernada manja lagi.
            “Ya la tu..”
            “Pejam erk?”
            “Okey. Sayang pejam ni..” kata Riana hanya menurut.
            “Pejam betul-betul tau. Jangan tipu..” kata Khairul sambil menolak dedaun pintu perlahan. Kaki mula melangkah merapati sisi katil yang diduduki Riana. Kelihatan wanita itu benar-benar menurut katanya.
            “Okey sayang pejam mata ni..” balas Riana sengaja ingin melayan kerenah Khairul itu. “Abang.. abang… hello..” Riana jadi aneh. Dia segera buka mata dan lihat pada kaca skrin. Talian masih bersambung tetapi suara Khairul hilang entah ke mana.
            Pinggang ramping Riana terasa disentuh. Riana terkesima. Jantung mula kembali bergetar.  Khairul sedang duduk bersebelahan dengan Riana. “Kalau abang suruh pejam mata tu.. pejam la betul-betul..” bisik Khairul manja dekat dengan cuping telinga Riana.
Anak mata Riana kalih pandang pada Khairul. Tidak sangka Khairul benar-benar muncul di situ. “Abang.. Err.. awalnya abang balik?” tanya Riana tegagap-gagap. Sesungguhnya darah yang mengalir di dalam badannya terasa gemuruh. Sedikit gementar menatap mata yang sedang merenung matanya dalam.
            “I miss you.  I miss your face. I miss your smile and I miss…” Khairul mula berbicara manis sambil jarinya menyentuh lembut pipi Riana dan kemudian tangannya memegang belakang Riana. Membawa bibirnya ke bibir wanita itu. Satu kucupan hinggap ke bibir Riana. Riana telan air liur. Matanya terpejam seketika. Bibir Khairul melekat di bibirnya. Hampir 10 saat. “..your kiss.” sambung kata Khairul tersenyum mesra. Riana buka mata. Mata bertaut dengan mata Khairul yang sedang merenungnya manja pula. “So lain kali jangan cabar abang, hmm?” tambah Khairul buat Riana tersenyum malu. Mata mereka berdua bertemu nakal. “Erm.. tadi ada orang tu kata nak bagi abang hadiah special. Mana dia?” Khairul teringat kembali kata-kata mesej daripada Riana itu. Lagak ingin tahu apakah hadiah istimewa yang dimaksudkan isterinya itu. Penasaran habis!
            “Abang dah ambil dah pun..” Riana membalas perlahan. Kepala tertunduk malu. Bibir pula tersenyum manja.
            “Apa? Ini?” Khairul angkat kening sambil memegang bibirnya sendiri. Riana pula hanya mengangguk tersenyum. Kedua-duanya tertawa manja bersama. Hati pula berbunga-bunga. Nikmat dalam perkahwinan. Bahagianya!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“WAH! banyaknya Kak Riana masak malam ini, ibu..” kata Fariha setelah memasuki ruangan dapur. Kelihatan Khairul yang sedang duduk tersenyum memerhati gelagat Riana yang sedang menghidangkan lauk-pauk di atas meja bersama ibunya itu.
            “Itu la adik. Ada orang tu kan dia ponteng kerja hari ini tau.” kata Datin Julia dengan nada mengusik.
            “Ponteng kerja?” tanya Fariha kembali. Lagak tidak mengerti maksud ibunya itu. Datin Julia hanya tersenyum geleng. Mata memandang gelagat Khairul dan Riana yang sedang tersenyum malu.
            “Err.. Abang Faizul mana, adik? Tak panggil turun makan sekali ke?” Datin Julia melihat ke kiri dan kanannya. Kelibat anak sulungnya itu tidak kelihatan seperti biasa.
            “Oh.. kejap ya bu, adik panggilkan Abang Faizul, ya?” balas Fariha lagak mengerti. Bersedia untuk bangun.
            Khairul pantas bangun dulu menghalang. “Eh! tak apa adik. Biar Abang Faiz yang panggilkan Abang Faizul, ya?” kata Khairul tersenyum memandang Fariha yang tidak jadi bangun itu.
            Fariha mengangguk lambat. “Hmm. Okey..” kata Fariha lagak teragak-agak. Kembali duduk di tempatnya semula.
 Datin Julia hanya memerhati sambil tangan ligat menghidang. Termasuk Riana. Sedikit aneh dengan tingkah laku suaminya itu. Tidak seperti kebiasaannya.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
‘TUK! Tuk!’ Faiz mengetuk pintu Faizul yang sedia terbuka. Faizul yang sedang asyik membaca buku terkejut seketika. Kalih pandang belakang. “Abang Faizul sibuk ke?” tanya Khairul ingin tahu. Melihat Faizul dengan senyuman manis di bibir.
“Eh! Faiz, tak ada la. Baca buku lama aje ni..” Faizul lagak tersenyum sendiri. Buku yang dipegang ditinggalkan ke atas meja sebentar.
Khairul mengangguk kepala lagak faham. “Err.. ibu panggil turun makan. Semua dah ada kat bawah tu.” kata Khairul. Melangkah masuk ke dalam bilik abangnya itu. Tanpa dipinta.
Faizul lagak berfikir sejenak. “Oh.. lagi lima minit abang turun, ya? Abang ingat nak habiskan satu bahagian bab ini dulu.” Faizul kembali memangan bukunya. “Faiz turunlah makan dulu. Jangan tunggu abang, okey?” pinta Faizul tersenyum memandang Khairul.
Khairul terdiam seketika. “Ermm.. boleh Faiz cakap something?” tanya Khairul lagak meminta izin.
Faizul pandang penuh Khairul. “Ya.. Of couse you can. Faiz nak cakap apa?” tanya Faizul bernada ingin tahu.
“Kalau Faiz nak tawar Abang Faizul kerja di Suria Trading lagi. Abang Faizul berminat tak?” tanya Khairul lagak teragak-agak ingin menyatakan hasrat itu walaupun sebentar tadi dia benar-benar pasti dengan keputusannya. Kata-kata Khairul buat Faizul terdiam sendiri. Lagak sedang menyusun ayat pula. “Ibu pun nak Abang Faizul kerja di situ. Boleh tolong sama-sama bangunkan Suria Trading.” tambah Khairul ingin benar-benar lelaki itu mengerti tujuan dia menyatakan hasrat itu.
“Err.. betul ke apa yang abang dengar ni, Faiz?” tanya Faizul lagak tidak percaya.
Khairul mengangguk kepala sekali. Tanda benar. “Betul Abang Faizul. Itu pun kalau Abang Faizul sudilah.” kata Khairul bernada lembut. Sesungguhnya dia sudah bersedia untuk menawarkan kerja kepada Faizul setelah mengambil kira semua pendapat yang diterima. Termasuk pendapat daripada isterinya, Riana Akma.
“Sebenarnya dah lama abang tunggu tawaran ni. Abang malu dengan Faiz. Ya la dulu kan abang pernah tolak tawaran Faiz tu bulat-bulat sebab abang nak sangat beli kelab malam bodoh tu. Tapi sekarang abang dah tak nak fikir soal tu lagi. Terima kasih Faiz, terima kasih sebab sudi maafkan abang..” luah Faizul lagak sesal dengan perbuatannya dahulu. Memandang Khairul dengan pandangan rasa syukurnya.
Khairul mengangguk tersenyum senang hati. “Sama-sama Abang Faizul. InsyaAllah.. esok Abang Faizul datang syarikat, ya? Faiz tunjukkan bilik Abang Faizul.” kata Khairul sambil memegang bahu Faizul. Berharap hubungannya dengan abang kandungnya itu dapat dipulihkan kembali. Pulih seperti dulu.
“InsyaAllah..” balas Faizul ringkas. Tidak mahu tergesa-gesa memberi kata.
“Okey la. Abang Faizul, Faiz turun makan dulu, ya? Abang Faizul pun jangan lupa turun makan. Banyak Riana masak hari ini untuk kita semua.” pesan Khairul tersenyum ceria. Bersedia untuk melangkah keluar.
“Hmm.. ya la.” Faizul mengangguk faham. Tersenyum sinis saat Khairul melangkah keluar dari biliknya. Rancangannya setakat ini berjalan seperti yang dirancang. Dengan jayanya!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
MEJA solek dipandang. Riana menyikat rapi rambutnya dengan lembut. Khairul yang baru keluar dari bilik air merapati dirinya. Tangan mengusap lembut bahu Riana yang masih lagak memandang cermin itu. Dia tersenyum manis memandang wajah isterinya yang tercinta itu.
“Abang dah nak tidur ke?” tanya Riana lagak pandang Khairul menerusi cermin di hadapannya itu. Khairul hanya menggeleng manja. Dia mendekatkan dagunya ke bahu Riana. Sempat mengucup lembut leher wanita itu. “Kenapa ni?” tanya Riana sambil memegang lembut pipi Khairul di bahunya. Sikat tadi diletakkan kembali di atas meja solek. Segera memusingkan badan menghadap suaminya itu.
Khairul lagak melutut sebentar pula. Memegang kedua-dua belah tangan Riana dengan lembut. “Tak ada. Abang nak cakap yang abang rindu... sayang.” kata Khairul sambil mengucup tangan yang dipegangnya itu beberapa kali. Menyebut kata ‘rindu’ dengan nada mendatar.
          Riana tersenyum tawa sebentar melihat telatah Khairul itu. “Aik! duduk dalam rumah sekali pun masih rindu?” balas Riana lagak tidak percaya. Menatap wajah suaminya penuh. Khairul hanya mengangguk kepala. Terus tersenyum. “Abang, sayang dengar tadi abang dah tawarkan Abang Faizul kerja di Suria Trading. Betul ke?” tanya Riana ingin tahu kebenaran berita yang disampaikan oleh ibu mertuanya sebentar tadi. Berita tentang tawaran kerja di Syarikat Suria Trading oleh Khairul kepada Faizul.
            “Ya. Esok Abang Faizul akan mula masuk kerja.” angguk Khairul mengeyakan berita benar itu.
Riana tersenyum manis. Membawa kedua-dua belah tangannya ke pipi Khairul. “Abang, terima kasih.” ucap Riana bernada lembut.
             “Terima kasih?” tanya Khairul tidak pasti kenapa kata itu pula terucap.
            “Terima kasih sebab dapat terima perubahan Abang Faizul.” kata Riana tersenyum gembira. Akhirnya doanya untuk hubungan Khairul bersama Faizul disatukan kembali dimakbulkan.
            “Abang yang sebenarnya patut ucap terima kasih pada sayang sebab ingatkan abang, manusia itu pasti akan berubah..” balas Khairul pula kembali mengusap pipi Riana lembut.
            Mereka berdua tersenyum mesra bersama. Riana mengucap syukur kerana akhirnya Khairul dapat menerima perubahan yang ditunjukkan oleh Faizul. Dia sangat lega!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
FAIZUL berhibur sakan di kelab malam yang kini jarang dikunjunginya. Namun, masih kekal menjadi rakan kongsi bersama dengan rakan baiknya, Mike. Lebih-lebih lagi malam ini adalah malam minggu yang penuh kenikmatan bagi dirinya. Melepaskan rasa puas hatinya. Muzik rancak berkumandang jelas. Kepala dan pinggul bergoyang bersama. Bermacam-macam tarian di pertonjolkan di medan tari itu. Tidak kira bangsa. Semua bergembira dan berseronok. Lagak malam ini kita punya!
            “Sayang, congratulation..” ucap Wina pekerja di kelab malam itu. Hampir setiap malam wanita itu akan menjadi pelayan tetap Faizul. Diupah untuk menemani Faizul sepanjang malam.
            Faizul mengucup lembut tangan Wina. “Thank you my dear sweet..” balas Faizul tersenyum manja memandang Wina. Rawina Abdul Majid, wanita yang sentiasa di sampingnya ketika ini. Namun hatinya tidak ada ruang langsung untuk wanita itu bertapak kerana hatinya telah lama mati. Mati untuk wanita bernama Nur Hashima.
“So.. whats your next plan?” Wina menyoal ingin tahu di sebalik rancangan Faizul itu. Demi wang, dia sanggup bersama lelaki itu. Bersama-sama menjalankan misi jahat.
Faizul tersenyum sinis seketika. Kepala masih digoyang mengikut muzik rancak yang dipasang. “Just with the flow. Dah lama I tunggu benda ni.” balas Faizul lagak tidak sabar melihat perjalanan rancangan yang disusunnya. Satu persatu berjaya dirancang.
Wina berlagak mendekatkan bibirnya dengan telinga Faizul sebentar. “Okay then, let’s we celebrate it?” bisik Wina manja.
“Yeah..!” balas Faizul menjerit suka sambil gelas minumannya diangkat tinggi. Mereka berdua berseronok sakan kembali.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“MACAM mana Abang Faizul dengan bilik ini? Okey tak?” tanya Khairul setelah selesai memperkenalkan Faizul kepada semua ahli kakitangan Syarikat Suria Trading. Kini dia menunjukkan pula kedudukan bilik untuk abangnya itu. Dilantik dengan jawatan sebagai penolong kanannya.
            “Lebih daripada okey ni, Faiz.” kata Faizul tersenyum lagak senang hati. Mata masih memerhati sekeliling bilik itu. Memang luas!
            “Okey la kalau macam tu.” Senyum balas Khairul bernada lega. Akhirnya niat untuk membangunkan syarikat arwah ayahnya bersama-sama dengan Faizul dahulu termakbul kini.
            “Faiz..” panggil Faizul lagak ingin mengatakan sesuatu.
Khairul kalih pandang penuh semula ke arah abangnya itu. “Ya Abang Faizul?” balas Khairul menanti bicara lelaki itu.
“Terima kasih, Faiz. Terima kasih sebab Faiz sudi maafkan abang.” ucap Faizul bernada sesal kembali. Berjabat tangan dengan Khairul seketika.
            “Tak payah berterima kasih sangat la, Abang Faizul. Ini kan company abah. Kita bantu aje apa yang patut, ya?” balas Khairul tersenyum manis. Tidak mahu abangnya itu terasa asing dengan dirinya lagi.
‘Tuk! Tuk!’ Pintu bilik itu diketuk seketika. Mematikan perbualan adik-beradik itu seketika. Johan yang masuk tersenyum manis.
“Oh ya Abang Faizul, Kenalkan ini Johan Johari, ketua pereka tapak projek syarikat kita.” kata Khairul memperkenalkan Johan kepada Faizul.
            Johan yang mendengar segera tersenyum manis pandang Faizul. “Johan Johari. Panggil Jo aje..” sapa Johan menghulur tangan.
            “Ya.” angguk Faizul tersenyum faham. Menyambut salam lelaki itu.
            Khairul yang memerhati tersenyum senang hati lagi. “Err.. Jo ini kawan lama sekolah Faiz. Masa sekolah menengah lagi kami kawan..” tambah Khairul sekadar ingin berkongsi.
            Faizul mengangguk lagak faham sekilas pandang Khairul. “Oh.. patut la macam familiar aje. Sekolah Dato' Bentara Luar jugak ke?” teka Faizul lagak pernah kenal walaupun mereka berdua pernah bertemu dahulu.
            “Ya saya, Abang Faizul.” Johan mengangguk mengeyakan tekaan Faizul itu. Johan kalih pandang pula ke arah Khairul.  “Err.. Faiz, jom kita gerak ke tapak projek. Client Purnama Sakti nak jumpa kita kat sana sekarang ni.” kata Johan menyampaikan berita yang baru diterimanya sebentar tadi.
            Khairul mengangguk faham sekilas pandang Johan. “Oh ya. Okey. Abang Faizul tengok-tengok la tempat ini dulu. Nanti kalau ada apa-apa, Abang Faizul boleh beritahu kepada Suzy, setiausaha Faiz tu, ya? Tak pun Abang Faizul boleh beritahu Jeffry aje, ya?” pesan Khairul tersenyum ceria memandang Faizul.
            Faizul mengangguk mengerti. Memerhati Khairul dan Johan keluar dari bilik barunya itu. Dia tersenyum sinis. Otak pula kembali ligat berfikir.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
BUNGKUSAN biskut yang dicapai dari atas rak dibeleknya beberapa kali. Sebelah tangan memegang troli roda. Hampir setengah jam dia meronda di situ.  Di salah sebuah gedung pasar raya terbesar itu. Berbelanja barangan dapur.
“Riana?” panggil Kak Syida yang muncul bersama seorang anak kecil yang berada di dalam trolinya. Terpandang kelibat Riana di situ. Wajahnya penuh ceria tatkala wajah Riana ditatap. Terpamer rindu yang sangat mendalam.
            Riana kalih pandang tepi. Wajah Kak Syida dikesannya. “Kak Syida? Lamanya kita tak jumpa..” balas Riana teruja sambil menyambut salam wanita itu. Agak hampir dua bulan jugak dia tidak bertemu dengan wanita yang dianggap sebagai kakak kandungnya itu. Kali terakhir semasa di majlis pertunangannya bersama Khairul kerana Kak Syida tidak dapat menghadiri majlis perkahwinannya disebabkan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.
            “Ya rindunya.” kata Kak Syida turut sama terasa teruja. “Riana apa khabar? Sihat?” soal Kak Syida pantas setelah meleraikan pelukannya.
            “Baik sihat alhamdulilah..”  angguk Riana tersenyum indah.
            “You look different.” kata Kak Syida. Terselit pujian.
            Riana tarik muka seketika. “Ala.. Kak Syida pun apa kurangnya.” balas Riana tersenyum suka. Dia kalih pandang sebentar ke arah anak kecil yang berada di troli yang dipegang Kak Syida. “Err.. ini Damia, ya? hai.. dah besar dah dia..” sapa Riana berwajah ceria. Anak kecil itu lagak asyik memerhati mereka berdua berbual.
            “Damia, say hye to Kak Riana. Kawan mama ni.” pinta Kak Syida memegang bahu anak keduanya itu.
            Damia hanya melambai perlahan. Lagak malu-malu.
            “Hye.. ala comelnya dia, Kak Syida.” puji Riana lagak suka melihat lesung pipit yang ada di wajah anak itu. Sungguh comel!.
Kak Syida tersenyum seketika melihat telatah Riana itu. “Eh! Riana sorang aje ke ni? Khairul mana? Tak datang sekali ke?” tanya Kak Syida. Sempat melihat sekeliling dan pasti kelibat Khairul tidak ditangkap anak matanya.
            “Khairul dia kerja hari ini. Kalau ikutkan mak mertua Riana yang selalu teman, tapi dia demam pulak hari ini. Jadi Riana seorang aje la yang keluar beli barang-barang dapur ni. Kak Syida? Abang Man tak ikut sekali ke?” tanya Riana pula setelah pasti suami kepada kakak angkatnya itu juga tidak kelihatan.
            “Dia pun kerja la. Apa lagi kan? Eh! alang-alang lama kita tak jumpa ni. Jom la, kita keluar minum nak tak? Kak Syida belanja.” ajak Kak Syida tersenyum suka.
            “Hmm.. okey. Boleh jugak.” angguk Riana pantas setuju. Masih banyak perkara yang ingin dibualkan bersama dengan wanita itu.
Mereka bertiga singgah ke salah sebuah kafe yang terdapat di situ setelah puas membeli belah barangan dapur bersama.
            “So hows your life after being someone wife?” tanya Kak Syida tersenyum manis sementara menanti air pesanan dia dan Riana dihidangkan. Dia dapat melihat riak gembira di wajah Riana. Pasti wanita di hadapannnya itu sedang asyik menikmati kebahagiaan.
            Riana tersenyum bahagia seketika. “Alhamdulilah. Riana syukur sangat Kak Syida. Riana rasa bahagia sangat sebab Khairul bawa Riana masuk dalam sebuah keluarga yang lengkap. Kalau dulu Riana ada Riz aje. Tapi sekarang Riana ada semua. Riana ada ibu, abang dan jugak adik perempuan. I feel awesome.” luah Riana begitu teruja. Terasa dirinya kini cukup sempurna!
            “Syukur alhamdulilah bila Kak Syida dengar Riana cakap macam ni. Ya la, lepas apa yang dah terjadi dulu tu..” ujar Kak Syida buat Riana tersenyum mengerti. Riana faham apa yang dimaksudkan oleh wanita itu. Mana tidaknya, disangkakan selama ini hubungannya akan berakhir bersama dengan bos tempat mereka berdua bekerja itu ternyata tidak kesampaian. Hanya mampu merancang.
            “Err.. Encik Hairie macam mana sekarang, Kak Syida? Gema Holding?” tanya Riana terasa ingin benar tahu. Hampir tiga bulan dia meninggalkan jejak kerjayanya di Syarikat Gema Holding itu. Pasti banyak perkara yang dia telah terlepas pandang.
            “Macam itu la, Riana. Gema Holding masih macam dulu dan Encik Hairie pulak, sibuk dengan kerja dia. Tapi baru-baru ni, Kak Syida ada la jugak dengar yang family dia tu nak jodohkan dia dengan seseorang. Yang penting bukan dengan Melissa.” terang Kak Syida dengan panjang lebar.
            Riana menganggukkan kepalanya perlahan. Sedikit menghela nafas leganya. Risau juga jika Hairie bertemu lagi dengan wanita seperti Melissa itu. Pasti bencana hidup lelaki itu kelak.
            “Mama, Damia nak buang air.” rengek Damia buat kedua-duanya beralih pandang ke arah anak kecil yang duduk di atas kerusi budak di sebelah Kak Syida itu. Sedang memegang cawan ais krim yang dibelinya sebentar tadi. Mulut sedikit comot dengan air krim yang tercalit.
            “Err.. kejap ya Riana? Kak Syida bawa Damia pergi washroom kejap, ya?” kata Kak Syida bangun berdiri. Tangan segera menyapu lembut bibir anak kecilnya itu dengan tisu yang sempat ditarik di atas meja.
“Okey.” Riana tersenyum faham memandang lagak anak kecil itu seketika. Fikirannya kembali kepada Hairie Azmin. Lega hatinya bila mendengar perkhabaran itu. Berharap lelaki yang pernah hadir di dalam hidupnya suatu ketika dahulu itu bakal mendapat kebahagiaan sepertinya kini. Dia akan sentiasa berdoa. Berdoa untuk semuanya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~