1 Mei 2011

~Bab 20~

“KAK Riana, esok adik cuti sekolah. Esok kita keluar jalan-jalan nak tak, Kak Riana? Kita pergi shooping ke.. tengok wayang..” kata Farina sempat menepuk perlahan paha Riana yang berada di sebelahnya itu. Dia duduk di situ setelah Pak Samad selesai menghantarnya pulang dari sekolah.
            “Adik, apa ni? Pergi la mandi dulu sebelum nak rancang pergi mana-mana dengan Kak Riana kamu tu.” sampuk Datin Julia yang muncul tiba-tiba ke halaman setelah terdengar suara mereka berdua sebentar tadi. Riana dan Farina hanya tersenyum manis selepas mengalihkan pandangan ke arah wanita itu.
            Fariha tarik muka seketika. “Ala ibu ni, adik nak jugak manja-manja dengan kak ipar adik ni. Asyik ibu aje.” rengek Farina sambil bangun bersalaman pula dengan Datin Julia. Dicium kedua-dua belah pipinya beberapa kali. Datin Julia hanya tersenyum geleng melihat telatah anak perempuannya itu. Bermacam-macam-macam ragam. Dia mula melangkah pula ke pokok bunga yang ditanamnya. Pokok bunga kertas. “Okeylah Kak Riana, kejap lagi kita bincang lain, ya? Big boss dah marah tu.. Adik masuk dalam mandi dulu, ya?” bisik Farina memandang ke arah Riana yang hanya memerhati.
Datin Julia yang sedang memegang tali batang paip pula di tangan jadi tersenyum lagi. Tahu benar sikap anak bongsunya itu yang terlalu inginkan seorang kakak sejak dari kecil lagi.
            Riana hanya tersenyum suka melihat gelagat adik iparnya itu. Dia bangun mendekati ibu mertuanya yang sedang leka menyiram pokok bunga kertas itu.
            “Riana, adik tu memang selalu macam tu. Anak bongsu la katakan. Tak lama lagi nak ambil exam PMR pulak, entah macam manalah keputusan dia nanti.” kata Datin Julia. Terselit nada risau.
            “InsyaAllah ibu. Riana tahu, adik tu pasti boleh buat. Tengok dia pun rajin aje buat latihan sekolah yang cikgu bagi.” balas Riana tersenyum yakin. Tangan memegang bunga-bunga yang cantik di situ.
            “Erm.. adik kamu Riz tu berapa bulan dia ikuti latihan PLKN tu?” tanya Datin Julia kerana dia sedia maklum Rizman sekarang sedang mengikuti latihan PLKN (Pusat Latihan Khidmat Negara) di Selangor selepas sahaja selesai mengambil peperiksaan SPM.
            “Hari itu dia ada call Riana dengan Abang Khairul. Dia kata dalam nak dekat tiga bulan jugak la latihan dia kat sana tu.”
            Mereka berdua meneruskan perbualan lagi. Senang Datin Julia dengan menantu sulungnya itu. Senang dibawa menjadi teman berbual dan berjenaka.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“SEKEJAP lagi ibu ada perjumpaan dengan Persatuan Wanita Deko. InsyaAllah kami jugak ada plan hujung bulan ni kami bakal adakan lawatan ke Pulau Tioman, Pahang.”  kata Datin Julia mula memberitahu rancangannya selepas makan malam bersama dengan seluruh ahli keluarganya itu.
Wow.. sound good!” balas Faizul tersenyum manis. Mengunyah makanan dengan ceria.
“Ibu ingat nanti nak ajak adik ikut trip tu sekali. Hujung bulan ini kan dah start cuti penggal sekolah. Riana dengan Faiz tak nak ikut ke?” tanya Datin Julia pandang ke arah Khairul dan Riana pula.
“Riana ikut Abang Faiz aje ibu.” balas Riana tersenyum memandang Khairul.
Khairul menghelakan nafasnya seketika. “Tak nak la bu. Semua ahli persatuan ibu tu kan perempuan. Nanti Faiz sorang aje yang ganjil kat situ.” kata Khairul sempat buat muka kemeknya.
Semua lagak ketawa kecil dengan kata-kata Khairul itu.
 “Ya la tu.” Datin Julia tersenyum geleng pandang Khairul. Dia kalih pandang pula ke arah Faizul. “Faizul macam mana? Nak ikut tak?” tanya Datin Julia kepada Faizul yang lagak sedang memikirkan sesuatu.
Faizul menggeleng kepala sebentar. Tanda tidak mahu. “Tak kut bu. Faizul ada rancangan lain.”
“Rancangan apa tu? Keluar dating la tu, kan?” sampuk Fariha pula tersenyum suka. Nada ingin mula mengusik abang sulungnya itu.
“Adik ni..” geleng Faizul tersenyum sendiri buat mereka yang lain ketawa lagi.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
KEPALA kuda Chess ditolak melangkah tiga petak ke hadapan. Fariha tersenyum sinis memandang ke arah Riana. “Okay sis, now your turn.” kata Fariha mula memasang perangkap. Tersenyum penuh muslihat ke arah kakak ipar di hadapannya itu.
“Ermm….” Riana berfikir sejenak. Hujung ibu jari tangan digigit. Sukar membuat pilihan. Jika tersalah pilih, pasti ‘King’nya kecundang di petak hitam.
            “Pandai main ke tu?” sampuk Khairul mendekati ruang tamu setelah turun dari anak tangga. Berlalu duduk di sofa di mana Riana sedang duduk bersipu di permaidani hadapannya. Bibir lagak tersenyum memerhati perlawanan pertama Chess di antara isteri dengan adiknya itu.
Datin Julia telah lama keluar menghadiri jamuan makan malam bersama Persatuan Wanita Deko yang ditubuhkannya. Manakala Faizul masih berada di dalam bilik tidur. Menyiapkan beberapa tugasan yang dibawa balik dari syarikat sebentar tadi.
            “Isy.. Abang Faiz ni kacau la. Diam-diam sudah la.” dengus Fariha nada geram. Tangan sempat menepuk kaki abangnya itu.
            “Biar la.. Abang Faiz kacau Kak Riana saying abang ni aje..” kata Khairul sambil memeluk bahu Riana manja. Riana hanya tersenyum geleng melihat adik-beradik itu. Pantang berjumpa berdua, pasti ada sahaja yang tak kena.
            Fariha memuncungkan bibirnya seketika. “Ya la tu.. Cepat la Kak Riana jalan. Jangan layan Abang Faiz ni. Sibuk aje dia.” pinta Fariha.  Kembali fokus pada permainan.
            Riana tersenyum sebentar. “Ermm.. kejap.. Kak Riana nak fikir ni.” balas Riana masih dengan lagaknya.
            Khairul tersenyum lagi memerhati gelagat Riana. Dia mendekatkan bibir ke telinga isterinya itu. “Sayang, buatkan abang milo panas, boleh?” pinta Khairul membisikkan kata-kata itu di cuping telinga Riana. Bernada manja.
“Isy.. abang ni kan..” geleng Riana segera menyapu lembut telinganya. Lagak geli seketika. Dia kalih pandang penuh Khairul. “Abang dahaga, ya? Kejap sayang pergi buatkan, ya?” angguk Riana mula bangun berdiri. “Err.. abang, gantikan tempat sayang ni kejap, boleh?” tanya Riana tersenyum manja. Seakan ingin mengelak dari terus bermain permainan yang tidak pernah dimainnya itu.
            “Boleh. Tepi sikit sayang..” angguk Khairul pantas sambil turun duduk di atas permaidani. Duduk bersila di tempat Riana.
            “Ee.. Abang Faiz ni.” Fariha tarik muka pandang ke arah Khairul. Lagak geram.
Riana tersenyum sebentar pandang Fariha. “Adik, main aje dulu dengan Abang Faiz, ya? Kak Riana nak buat air kejap. Adik nak air tak?”
            “Tak nak la..” muncung Fariha lagak merajuk diri.
            Riana tersenyum tawa seketika. “Okey.” balas Riana mula melangkah ke ruang dapur.
            Khairul mula menolak buah caturnya. “Hah! cepat la jalan. Tengok apa lagi.” kata Khairul berlagak serius pandang Fariha. Kening diangkat dua tiga kali. Bibir tersenyum saja.
            Riana hanya tersenyum geleng melihat gelagat dua beradik itu. Ternyata lucu. Dia berlalu masuk ke dalam ruangan dapur. Mug ditarik. Ingin membancuh milo panas untuk Khairul seperti kebiasaannya. Bunyi mug ditarik sekali lagi kedengaran. Riana kalih pandang tepi. Sedikit terkejut. “Eh.. Abang Faizul? Nak bancuh air jugak ke?” tanya Riana tersenyum mesra apabila terpandang Faizul telah melangkah masuk ke ruang dapur.
            Faizul yang sedang memegang mug kosong mengangguk tersenyum manis. “Ha ahh.. tetiba aje tekak abang ni rasa dahaga pulak.” jawab Faizul. Tangan sempat di bawa ke arah lehernya. Membelai lembut.
            “Tak apa. Biar Riana yang bancuhkan, ya? Alang-alang nak buat untuk Abang Faiz ni. Abang Faizul nak milo panas jugak ke?” tanya Riana menghulur tangannya. Lagak meminta mug yang dipegang Faizul itu.
Faizul mengangguk mengerti. Menghulurkan mug yang dipegangnya kepada Riana. “Hmm.. boleh jugak. Err.. Riana tak main sekali ke Chess kat depan tu?” tanya Faizul memulakan bicara. Menyandar badan di sudut kabinet dapur. Mata masih setia pandang ke arah Riana.
            Riana meletakkan sudu yang ditarik ke dalam kedua-dua mug. “Ada tadi. Tapi Abang Faiz dah gantikan tempat Riana. Riana ni bukan la pandai sangat main benda tu semua. Kalau setakat Dam Haji tu boleh la.” balas Riana dengan lagaknya sambil memasukkan susu pula ke dalam kedua-dua cawan di hadapannya itu.
            “Oh ya ke? Hmm.. sama la dengan abang, yang banyak main pun adik. Dia siap masuk pertandingan catur lagi. Wakil sekolah jugak dia dulu tu. Masa tu umur dia tak silap abang.. baru 10 tahun kut.” kata Faizul mula bercerita panjang.
            Riana tersenyum mesra pandang Faizul sekilas. “Itu la.. Dia ada cerita kat Riana tadi. Tak sangka pulak, kan? Kecil-kecil dah pandai main benda tu semua.” balas Riana lagi. Tangan masih ligat membancuh air milo panas.
            “Arwah abah kami la yang banyak ajar dia dulu tu.” tambah Faizul bernada riang.
            “Oh ya ke? Patut la..”
            Di sebalik perbualan rancak Riana bersama Faizul itu, Khairul sedang mencuri dengar. Melihat kemesraan yang terjalin di antara dua insan itu. Riak wajahnya berubah serta-merta. Dia terus mengira anak tangga melangkah masuk ke dalam bilik tidur. Namun di sebalik keadaan itu, Faizul terlebih dahulu sedar. Sengaja dia ingin nampak mesra bersama dengan Riana. Sengaja ingin menimbulkan rasa kurang senang di hati Khairul. Dendam di hati sentiasa ada untuk lelaki yang bernama Khairul Faiz.
            “Okey.. ini, dah siap.” kata Riana sambil menghulurkan mug berisi milo panas kepada Faizul yang setia menanti. Bibir tersenyum manis.
            Faizul segera mencapai mug itu. “Okey terima kasih, Riana. Abang naik atas dulu. Nak sambung buat kerja balik.” ucap Faizul sambil melangkah keluar dapur. Matlamatnya untuk hari ini telah tercapai.
            “Okey. Selamat malam.” Senyum lega Riana dengan sikap abang iparnya itu sekarang. Jauh di sudut hati, terasa sungguh senang.
            Riana berlalu pula keluar semula ke ruang tamu sambil membawa satu mug milo panas. Kelihatan Fariha sedang bermain dengan gadget aplikasi Ipad di tangannya. Catur di atas meja dibiarkan begitu sahaja. Tidak tersusun. “Eh! adik, Abang Faiz mana?” soal Riana setelah sekeliling ruang tamu diperhatikannya. Wajah Khairul hilang di mata.
            “Abang Faiz dah kalah. Tengok ni..” kata Fariha teruja. Jari sempat dituding ke arah meja tamu. Bibirnya pula tersenyum suka.
            Riana tersenyum balas. “La ya ke? Ok la. Kak Riana naik atas hantar air dulu, ya? Selamat malam.” ucap Riana memandang Fariha.
            “Okey, selamat malam.” balas Fariha kembali memandang gadgetnya.
            Riana berlalu masuk ke dalam bilik tidurnya. Kelihatan Khairul sedang duduk bersandar di birai katil sambil membaca surat khabar. Lagak sengaja tidak perasan kehadirannya di situ. Riana hanya menggeleng kepala. Bibir pula tersenyum manis. “Abang, ini milo panas special sayang buat untuk abang.” kata Riana menghulurkan mug yang dipegang ke arah Khairul.
            “Sayang letak aje la air tu kat atas meja tu. Nanti abang minum.” balas Khairul menunding jarinya ke arah meja di tepi katil. Mata masih memandang ke arah surat khabar di hadapannya itu. Lagak serius.
            Riana menyepetkan kedua-dua matanya seketika. “Aik. Kenapa pulak ni? Merajuk sebab kalah main catur dengan adik ke, hmm?” kata Riana sambil meletakkan mug milo panas yang dipegangnya itu ke atas meja tepi katil. Bibir tersenyum sindir pula.
            “Mana ada..” balas Khairul. Lagak ingin menyangkal kata-kata Riana. 
Riana membuka tudung sarung yang dipakainya. Meletakkan tudung itu ke atas meja solek. “Habis tu? Sebab apa?” tanya Riana melihat ke arah meja solek seketika. Membetulkan rambutnya yang sedikit kusut.
            “Tadi abang tengok sayang bukan main mesra lagi borak dengan Abang Faizul kat dapur tu.” luah Khairul akhirnya. Kalah dengan soalan yang diasak oleh isteri tercintanya itu.
            Riana segera menghampiri katil. “Oh.. tadi tu ke.. Tadi kami borak pasal adik la. Tak sangka pulak adik pernah jadi wakil sekolah dulu dalam pertandingan catur.” jelas Riana melabuhkan pinggulnya di sebelah Khairul. Meletakkan kepalanya di atas bahu Khairul. Sengaja ingin bermanja dengan lelaki itu di saat ini.
            Khairul pandang Riana. “Ya ke?” balas Khairul seakan ada nada sangsi.
            “Hai.. tak kan la dengan abang sendiri pun nak jealous kut.” balas Riana sambil mencebirkan bibirnya. Dapat membuat penilaian yang Khairul telah dijangkiti penyakit ‘cemburu’. Cemburu kepada abang kandungnya sendiri.
            “Jealous? Mana ada..” balas Khairul segera tarik muka.  Lagak kata-kata Riana tadi itu adalah tidak benar.
            Riana menggeleng kepala sebentar melihat aksi tarik muka Khairul itu. “Ya la tu Encik Khairul Faiz Datuk Kamil.” kata Riana sambil mencubit geram pipi Khairul. Bibirnya menyebut penuh nama suaminya itu.
            Khairul masih dengan lagak merajuknya. Riana jadi tersenyum tawa. Bibir Riana bertindak mengucup pula lembut pipi Khairul. Buat suaminya itu terpukau seketika dan tersenyum manja. “Sini pulak.” kata Khairul sambil menunding jari ke arah bibirnya.
            “Ee.. gatal!” Riana cubit lengan Khairul pula. Geram yang amat!
Khairul hanya tersenyum manja. Menyapu lengannya lagak menahan sakit ala-ala sakit terkena gigitan semut itu. “Sayang..” panggil Khairul manja sambil melingkar tangan kanannya bersama dengan tangan Riana.
            “Hmm..?” balas Riana bernada lagu. Anak mata memandang ke arah dalam akhbar surat khabar Malaysia yang masih dipegang di tangan Khairul itu.
            “Sorry..” mohon maaf Khairul bernada mendatar. Mata memandang Riana.
            Riana pandang Khairul sepenuhnya. “Sorry?” Riana kerut dahi. Tidak pasti kenapa permintaan maaf pula terucap di bibir Khairul itu.
            “Sorry sebab abang jealous tadi.” ucap Khairul tersenyum manis. Terselit rasa bersalah kerana berprasangka buruk terhadap isteri dan abang kandungnya tadi.
            “Hah! mengaku pun.” balas Riana tertawa gembira. Dia memerhati Khairul yang lagak tersenyum kelat ke arahnya itu. “Tak apa. Sayang faham. Abang berhak pun untuk rasa jealous tu. Lepas ni sayang tak nak bual mesra-mesra dah dengan Abang Faizul. Biar orang kata sayang ni adik ipar yang sombong pun sayang tak kisah, okey?” kata Riana lagak menyindir. Sempat mengangkat lima jari kanannya. Seakan lagak mengangkat sumpah.
            Khairul hanya tersenyum manja.  Memeluk isterinya itu kembali erat. “Sayang..”
            “Hmm?” balas Riana bersahaja lagi. Tidak pasti apa pula yang ingin diluahkan Khairul kepadanya.
            “Jom tidur..” ajak Khairul bersuara nakal pula.
            Riana melepaskan dirinya daripada pelukan erat Khairul. “Haa.. mula la tu.. Tak ada.. tak ada..” geleng Riana sambil bangun dan mengambil semula mug yang berisi milo panas yang diletakkan di atas meja tepi katil tadi itu. “Habiskan milo panas ni dulu. Penat tau sayang buat untuk abang. Siap bawa masuk sini lagi.” pinta Riana sambil menghulurkan mug itu ke arah Khairul. Masih panas.
            Khairul segera mencapai mug tersebut. “Okey okey. Abang minum, ya?” balas Khairul segera menghirup air milo panas itu perlahan-lahan. Anak mata masih merenung Riana.
            Riana tersenyum melihat gelagat Khairul itu. Ternyata kuat cemburu juga! Dia perlu sedar. Selepas ini, dia perlu menjaga perasaan suaminya itu jika ingin rumah tangganya kukuh sentiasa.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“KENAPA you datang sini? Suami I terjaga nanti.” Telinga Khairul menangkap sayup-sayup suara seorang wanita. Dia membuka mata. Kelihatan di sebalik pintu biliknya yang tidak tertutup rapat itu. Menampakkan sedikit cahaya lampu luar yang menembusi celahan pintu itu. Bayang-bayang manusia kelihatan di situ. Khairul yang masih sedang berbaring di atas katil memaling ke arah kirinya. Susuk tubuh badan Riana tiada di situ. Dia cuba bangun melangkah perlahan turun katil. Mengintai ke arah suara yang makin lama makin jelas didengar di telinganya itu.
            “I miss you, Riana..”
            “Yes I know and me too. Tapi ini kan rumah. Please behave yourself, sayang..”
            “I nak you tinggalkan Faiz. Hidup bersama dengan I, ya?”
            “No. I can’t..”
            “Yes.. you can. Biar kita berterus terang dengan Faiz, ya?”
            Pintu yang tidak dikunci ditarik dari dalam. Berbunyi perlahan. Wajah Riana dan Faizul yang sedang berpegangan tangan antara satu sama lain ditangkap jelas di matanya. Seakan tidak percaya suara yang didengarnya sebentar tadi adalah milik isteri dan abang kandungnya.
Riana kalih pandang raut wajah Khairul yang sedang memandangnya tajam itu. “Abang?” sebut Riana lagak terkejut segera menarik tangannya yang dipegang Faizul. Riak wajah tampak resah.
            “Sayang?” Khairul kaget. Mata seakan terbeliak besar. Lagak mahu terkeluar dari kelopak mata.
            Faizul turut pandang ke arah Khairul. “Faiz, aku nak kau lepaskan Riana.” kata Faizul dengan lagak penuh yakin. Kembali menarik tangan Riana yang masih di sisinya itu.
            Khairul pantas menggeleng kepala. “Tak. Aku tak kan lepaskan dia.” kata Khairul setelah pandang ke arah wajah abangnya itu, Khairul Faizul.
            “Aku cintakan Riana, dan Riana pun cintakan aku jugak. Dia bukan milik kau lagi, Faiz.” tambah Faizul sekilas memandang Riana yang terdiam membatu tetiba itu. Seakan sedang buntu membuat pilihan.
            Khairul ingin cuba mendekati Riana tetapi dihalang Faizul. “Sayang, jangan tinggalkan abang, sayang. Please..” rayu Khairul memandang ke arah wajah wanita yang dicintainya separuh nyawa itu semula. Meminta kasih setia.
Riana pandang wajah Khairul. Jelas riak wajah sedihnya dan juga rasa kasihan. “Maaf abang, sayang..” Riana lagak ingin berkata namun Khairul segera menolak Faizul.
            “Sayang, No! Jangan tinggalkan abang. Sayang.. sayang.. jangan tinggalkan abang, sayang.” celah Khairul apabila pasti Riana seakan ingin memberi kata perpisahan kepadanya. Dia tidak mahu!
            Riana terjaga. Lampu tidur di meja tepi katilnya ditekan pantas. Bersinar cahaya seketika. Wajah Khairul dengan peluh yang menitik sehingga ke leher dilihatnya. Lelaki itu seakan meracau-racau. Dia mula risau. “Abang. abang bangun, bang. Kenapa ni?” Riana mula memanggil Khairul sambil mengerak-gerakkan tubuh suaminya itu.
Khairul segera membuka matanya. Wajah Riana ditangkap dek anak matanya. “Sayang, jangan tinggalkan abang. Sayang, janji jangan tinggalkan abang, sayang ya?” pinta Khairul segera memeluk Riana dengan erat.
            “Ya ya. Sayang janji sayang tak kan tinggalkan abang. Tengok ni, sayang kan ada kat sini lagi, kan?” kata Riana segera meleraikan pelukan Khairul sambil meletakkan tangan suaminya itu ke pipinya.
            Khairul memeluk kuat tubuh badan Riana kembali. “Sayang, jangan tinggalkan abang, sayang ya?” ulang kata Khairul lagi. Memeluk Riana erat.
            Riana membiarkan sahaja tingkah laku Khairul itu. “Abang mengigau ni.. Tu la tadi orang suruh basuh kaki, tak nak.” tegur Riana mula mengusap perlahan belakang badan Khairul. Ingin suaminya itu sedar sepenuhnya.
Khairul terdiam seketika. Dia mula meleraikan pelukannya. “Asytafirullahalazim. Dah pukul berapa ni, sayang?” geleng Khairul sambil meraup mukanya dengan kedua-dua belah tapak tangan. Tidak sangka dia bermimpi sebentar tadi. Mimpi ngeri baginya!
            Riana kerling ke arah jam loceng di atas meja tepi katilnya seketika. “Hmm.. dah pukul tiga pagi. Abang pergi la buat Solat Tahajud, hmm?”
Khairul mengangguk perlahan. “Hmm.. jom kita solat sekali, sayang?” ajak Khairul memegang tangan Riana.
            Riana tersenyum malu. “Err.. sayang tak boleh,  ABC..” balas Riana perlahankan suara. Nada sedikit malu.
            “ABC?” balas Khairul bernada aneh. Tidak dapat menangkap maksud di sebalik penggunaan tiga huruf itu.
            “Hmm.. Allah Bagi Cuti.” angguk Riana tersenyum malu. Sangkaan Khairul mungkin mengetahui kata singkatan bagi ayat itu ternyata meleset.
            “Oh ya..” angguk Khairul tersenyum faham sambil mengusap lembut kepala Riana. Dia melangkah turun dari atas katil dan terus menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.
            Riana tersenyum sebentar. Bibirnya kembali berubah bentuk. Hati pula kembali risau. Risau dengan kata-kata igauan lelaki itu tadi.
            “Ya Allah Ya Tuhanku. Engkau ampunilah dosa hamba-Mu ini, ya Allah. Sesungguhnya engkau sahajalah yang tahu bertapa aku sangat mencintai dia, ya Allah.. dan aku tak sanggup kehilangannya. Aku berdoa padamu, ya Allah.. Panjangkanlah usia cinta dan jodoh kami ini hingga ke akhir hayat kami berdua, ya Allah. InsyaAllah, hingga ke syurgaMu yang kekal, ya Allah. Amin amin ya robil alamin..” Kedua-dua tapak tangan Khairul yang ditadah disapu ke muka. Kalih pandang pula ke arah sekujur tubuh Riana yang sedang lena diulit mimpi di atas katil itu.
Khairul bangun meletakkan songkok yang dipakainya ke sisi meja. Dia memanjat ke katil dengan gerak langkah perlahan. Bersandar di muka hadapan katilnya itu. Mata memandang kembali wajah isteri yang dicintai separuh mati itu. Sesungguhnya dia ingin sehidup semati dengan Riana. Tangan Khairul mula menyapu lembut rambut Riana ke sisi telinga wanita itu. Bibir tersenyum tenang.
            Riana lagak separuh sedar. Mata terkebil-kebil memandang Khairul yang sedang memerhati wajahnya. “Hmm.. abang dah solat?”
            “Dah sayang..” balas Khairul berbisik manja. Bibir tersenyum. Tangan masih mengusap lembut rambut Riana.
            Riana tersenyum manja dan memeluk erat badan Khairul. Matanya dipejam kembali. “Abang jangan risau. Sayang tak kan pernah tinggalkan abang, sebab sayang cintakan abang. Sayang janji.” luah Riana ikhlas kerana dia tahu jauh di sudut hati insan yang bergelar suaminya itu pasti terselit nada risau. Risau akan sesuatu yang tidak mungkin berlaku.
            Khairul tersenyum indah. Dia mengucup lembut dahi Riana dan kembali membaringkan diri di sebelah wanita itu. Mata pula ditutup rapat. Mereka berdua terlena dibuai mimpi bersama.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
MATA dibuka. Terkebil-kebil. Wajah Khairul yang sedang ditongkat menggunakan tapak tangan kiri asyik menatap wajahnya ditangkap jelas. “Good morning sayang..” ucap Khairul tersenyum indah ke arah Riana.
            “Ermm.. good morning..” balas Riana tersenyum malu. Badan lagak mengeliat kecil. “Dah lama ke abang usha muka sayang ni, hmm?” balas Riana sambil mengosok-gosok perlahan matanya. Malunya!
            Khairul tersenyum dengan gelagat Riana. Bibirnya mengucup lembut bibir isterinya itu.
            Riana dengan pantas menyentuh bibirnya. “Err.. apa ni?” soal Riana hairan. Tidak pernah pula Khairul menciumnya di bibir seawal pagi hari seperti hari ini. Melainkan kucupan itu hanya hinggap di pipinya sahaja.
            “Morning kiss.” balas Khairul ringkas. Tersenyum merenung ke dalam anak mata Riana. Riana pula tersenyum balas sebentar. Wajahnya diangkat dekat ke wajah Khairul. Bibirnya pula mengucup lembut bibir lelaki itu. “Eh! Apa pulak ni?” tanya Khairul lagak ingin tahu. Kaget sebentar dengan aksi balas spontan isterinya itu. Memang di luar jangkaannya.
            “Morning kiss.” ajuk Riana tersenyum nakal buat Khairul tertawa kecil.
            Khairul mula memegang tangan Riana. “Sayang..”
            “Hmm?” Riana membalas erat rangkulan tangan Khairul itu. Mata masih setia memerhati tingkah laku suaminya itu.
            “Kita pindah nak tak?” tanya Khairul seolah-olah meminta satu persetujuan.
            Riana jadi aneh seketika. “Pindah? Abang biar betul ni?” Riana menyoal Khairul kembali. Seakan tidak percaya dengan soalan yang diajukan dari mulut suaminya itu. Perkataan ‘pindah’ itu setahunya adalah perkataan larangan yang tidak boleh disebut di dalam keluarga barunya ini.
Khairul mengangguk kepala sekali. “Ya. Kita pindah.” ulang kata Khairul yakin. Nada serius.
Riana mula bangun dan duduk memandang Khairul di atas katil itu. Buat Khairul turut sama berlagak sepertinya. Menanti Riana berbicara balas. “Abang, abang dah lupa ke? Ingat tak? sebelum kita tunang dulu kan, ibu ada cakap kalau boleh dia nak kita tinggal di sini aje lepas kahwin. Abang pun cakap yang abang memang tak nak pindah. Nak stay dengan ibu aje. Abang dah lupa ke?” kata Riana mengingatkan lelaki itu tentang janji yang mereka pernah buat sebelum mendirikan rumah tangga dahulu.
“Abang ingat la..” balas Khairul biasa. Mengusap lembut tangan Riana. Bibirnya pula sempat dicebirkan.
“Habis tu, kenapa tiba-tiba nak pindah? Err.. pasal mimpi semalam tu ke? Abang, mimpi itu kan mainan tidur. Jangan fikir sangatlah pasal mimpi tu, ya?” kata Riana tidak mahu Khairul terus memikirkan soal mimpi itu walaupun dia sendiri tidak tahu mimpi apakah yang dialami oleh suaminya itu semalam. Tidak ingin dia mengambil tahu tentang mimpi itu kerana yang pasti itu suatu mimpi yang buruk.
Khairul berfikir sejenak. “Ya la..” angguk Khairul lambat. Nada seakan mengalah. Bibir pula tersenyum kelat kembali.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
 “Macam mana dinner club ibu semalam? Everything okay?” tanya Khairul ingin tahu. Mata pandang ke arah Datin Julia. Sekilas memandang Riana yang sedang asyik mengunyah roti. Mereka sekeluarga telah berada di meja makan untuk bersarapan pagi bersama seperti kebiasaannya di hari cuti hujung minggu.
Datin Julia tersenyum suka. “Super best. Macam-macam yang ibu dengan ahli-ahli kelab itu tu bincang untuk trip ke Pulau Tioman tu nanti. Tak sabar rasanya nak pergi sana, kan adik?” balas Datin Julia suka sekilas memandang Fariha yang sedang khusyuk menjamah nasi gorengnya.
Fariha segera mengangguk lagak setuju setelah wajah ibunya itu dipandang. Memang tak sabar!
“Baguslah..” Senyum Khairul suka mendengar Datin Julia bercerita itu.
“Ehem..” Faizul yang lagak sedang minum air teh panas berdehem seketika. “By the way everyone, abang ada nak buat pengumuman sikit ni.” kata Faizul tiba-tiba. Semua anak mata kalih pandang ke arahnya.
“Pengumuman? Pengumuman apa, Faizul?” tanya Datin Julia. Mula kerut dahi. Berhenti dari sedang terus menyapu jem ke muka roti yang dipegangnya.
“Abang Faizul nak kahwin pulak, ya?” usik Fariha yang sedang duduk di sebelah Faizul itu. Tersenyum nakal.
Faizul kalih pandang Fariha sebentar. “Eh! Tak ada la adik ni. Pandai-pandai aje adik ni. Sebenarnya abang sebelum ni ada la sewa sebuah kondo kawan lama abang di Jalan Melor tu. Jadi InsyaAllah, hujung minggu ni abang plan nak pindah masuk ke sana.” kata Faizul panjang lebar. Berlagak tenang. Sesekali dia memandang ke arah anggota keluarganya itu termasuk Riana.
Riana jadi kaget seketika. Tidak sangka niat suaminya itu sama dengan niat abang iparnya.  Padanlah,  adik-beradik kandung, kan?!
“Kenapa Faizul tak pernah cerita pada ibu yang Faizul sewa kondo kat situ, hmm?” tanya Datin Julia lagak ingin tahu. Terkejut dengan pengumuman tiba-tiba anaknya itu.
Faizul kalih pandang penuh pada Datin Julia. “Ibu, Faizul rasa dah tiba masanya untuk Faizul hidup berdikari. Lagi pun Faizul segan sebenarnya dengan Faiz dan Riana.” kata Faizul kalih pandang lagak sepasang suami isteri di hadapannya itu seketika. Bibir tersenyum kelat.
Khairul tersenyum balas sebentar. “Eh! tak adalah Abang Faizul. Faiz dengan Riana okey aje. Kan sayang?” kata Khairul sekilas memandang Riana di sebelahnya. Tangan pula menggenggam erat tangan Riana yang diletakkan di bawah meja itu.
Riana membalas genggaman Khairul itu. Riana hanya mengangguk kepala. Sekilas memandang Khairul. Lagak mengeyakan apa yang dikata. Bibir pula tersenyum manis ke arah Faizul. Dia tahu kenapa Khairul berkata begitu. Pasti sedikit rasa bersalah dengan salah faham yang difikirkan suaminya itu semalam.
“Ya. Tapi abang tahu mesti Riana rasa tak selesa jugak kan dengan abang? Lagi pun ini memang keputusan abang. Abang nak mulakan hidup baru. Abang nak rasa hidup berdikari, sebab sebelum ni abang selalu saja malas. Selalu buat korang semua susah hati dengan perangai buruk abang dulu tu. Abang benar-benar nak berubah sekarang. Abang harap semua dapat hormati keputusan abang. Termasuk ibu..” terang Faizul panjang lebar. Tangan pula menyentuh tangan Datin Julia yang lagak terharu mendengar kata-katanya itu. “Ibu, please give me a chance to change?” kata Faizul pandang Datin Julia penuh. Lagak mengharap restu si ibu.
Datin Julia mengucap syukur di hati mendengar permintaan Faizul itu. Itulah doanya sejak dari dahulu lagi. Ingin melihat Faizul benar-benar berubah. Dia mengangguk tersenyum akhirnya.
“Cantik tak kondo Abang Faizul tu?” sampuk Fariha lagak teruja ingin tahu. Bikin suasana bertukar riang semula.
Faizul kalih pandang ke arah Fariha semula. “Mana boleh cakap, nanti adik asyik nak singgah sana aje. Kesian Pak Samad, kena jadi driver tanpa gaji untuk hantar adik ke sana pulak nanti.” balas Faizul selamba sambil kembali menyudu nasi gorengnya masuk ke dalam mulut.
“Ala.. Abang Faizul ni..” Fariha tarik muka geram. Semua tertawa kelakar dengan rengekan Fariha itu. Sungguh mencuit hati!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“WAH! cantiknya kondo you ni sayang..” luah Wina terpukau seketika melihat keadaan di dalam kondominium yang baru disewa oleh Faizul itu. Buat Faizul yang sedang duduk di sofa di ruang tamu hanya tersenyum manja. Lagak benar-benar senang hati. Wina melangkah keluar dari balkoni. Menghampiri ruang tamu semula. “So.. lepas ni boleh la I datang lepak sini..” kata Wina sambil melabuhkan pinggul ke atas sofa. Merapati Faizul dengan lebih dekat.
Faizul mula menyentuh tangan Wina. “No problem my sweet dear. Tapi dengan syarat.” kata Faizul mencium lembut pula tangan wanita itu.
Wina kerut dahi seketika. “Syarat?” tanya Wina lagak kurang mengerti.
“I nak you jalankan plan kita semalam tu. I nak semuanya berjalan dengan lancar dan teratur. Make sure nobody know about our plan.” pesan Faizul tersenyum sinis.
Okay small matter. Tapi apa ganjarannya?” tanya Wina sambil merapatkan lagi tubuhnya ke sisi lelaki itu. Bibir pula mula tersenyum nakal.
“Ganjarannya?” ulang tanya Faizul angkat kening. Mata mula memerhati bawah ke atas wanita itu.  Tangan pula membelai rambut Wina yang hanya panjang paras bahu itu.
Mereka berdua tersenyum manja. Mata masing-masing jadi galak merenung dalam. Terselit makna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~