1 Mei 2011

~Bab 21~

“SELAMAT pagi, Encik Faiz.” panggil Suzy setelah melihat Khairul melangkah menghampiri meja kerjanya.
“Selamat pagi, Suzy.” angguk Khairul tersenyum balas. Bersedia mendengar setiap isi jadual temu janji kerjanya untuk hari ini.
“Encik Faiz, client Syarikat Maju Jaya daripada Singapore yang buat appointment dengan kita minggu lepas tu, sedang tunggu Encik Faiz di bilik sekarang.” kata Suzy menyampaikan pesanan.
“Sekarang? Really?” Khairul kerut dahi. Lengan diangkat sebentar. Jam tangan dikerling sebentar. Masa masih terlalu awal daripada masa janji pertemuan yang ditetapkan sejak seminggu yang lalu.
Suzy menangguk mengeyakan apa yang dikatanya itu. “Yes Encik Faiz. Dia baru aje sampai tadi.”
“Okey. Terima kasih. Ermm.. tolong buatkan kami teh panas, ya?” pinta Khairul tersenyum faham.
Okay boss.” angguk Suzy mengerti dan bersedia melangkah ke pantri.
Thanks Suzy.” ucap Khairul tersenyum dan segera melangkah masuk ke dalam biliknya. Sempat membetulkan tali lehernya agak nampak kemas.
Pintu bilik ditolak ke dalam. Kelihatan seorang wanita yang lengkap berpakaian korporat sedang duduk di sofa membelek-belek majalah syarikat yang terdapat di situ. “Selamat datang ke Syarikat Suria Trading, cik..?” Khairul memulakan bicara. Tersenyum manis memandang wanita yang berambut ikal mayang lagak seorang model itu. Sungguh cantik!
“Shima Mokhtar, chairman daughter of Maju Jaya Company from Singapore.” sambung Wina dengan lagak serius. Tersenyum manis sambil menghulurkan kad nama yang dikeluarkan daripada tas tangannya kepada Khairul. Memulakan watak yang diberi untuk episod pertama tugasannya.
Riak wajah Khairul kelihatan sedikit terkejut tatkala mendengar nama itu disebut. Khairul mula mengambil kad nama tersebut. Yes Cik Shima. Please have a seat.” angguk Khairul lambat. Dia memerhati seketika ke arah kad nama yang dipegangnya itu.
Wina mula duduk semula ke tempatnya. Khairul turut sama duduk berhadapan dengannya. “Err.. kenapa Encik Khairul nampak macam terkejut aje tadi?” tanya Wina sengaja. Nada lagak ingin tahu.
Khairul menggeleng kepala segera. “Err.. tak ada apa-apa. Panggil saya Encik Faiz aje. Ermm..Ya. Apa yang boleh kami bantu, Cik Shima?” tanya Khairul segera tersenyum semula. Memulakan bicara perniagaan mereka.
“Ya. Sebenarnya saya just nak cakap syarikat saya begitu berminat untuk berurus niaga dengan syarikat Encik Faiz dalam membekalkan segala peralatan pembinaan yang diperlukan oleh syarikat kami nanti. Lebih-lebih lagi apabila syarikat kami dengar Syarikat Suria Trading sedang berurus niaga soal tender daripada pelaburan yang melibatkan hampir 10 buah syarikat di bawah Syarikat Delima. Tahniah ya, untuk kontrak bernilai lima juta tu. Susah nak dapat tu..” kata Wina panjang lebar. Nada pujian terpamer jelas di bibirnya.
“Ya terima kasih.” angguk senyum Khairul. Dia sendiri tidak sangka pencapaian syarikatnya sejak kebelakangan ini amat baik. Mungkin ini rezeki orang yang baru mendirikan rumah tangga sepertinya.
            “So syarikat kami rasa sangat berbesar hati jika dapat menjalankan sebuah pelaburan bersama dengan Encik Faiz pada masa akan datang. So my company had a plan to develop one shooping complex at area Singapore next month.” tambah Wina lagi. Lancar.
            “Oh I see.. That’s quite interesting plan. ” Khairul mengangguk lagak teruja seketika mendengar pelanggan di hadapannya itu.
            “Kalau boleh jugak, syarikat kami ingin dapatkan diskaun dengan perkhidmatan yang disediakan di sini nanti.” tambah Wina lagi.
            “Boleh saja, Cik Shima. No big problem. Nanti saya akan minta setiausaha saya keluarkan quotation letter dan hantar kepada Syarikat Maju Jaya sebagai rujukan, ya?”
            “Okay. That’s great. Okey la Encik Faiz.. I need to go now sebab ada beberapa perkara yang perlu saya handle sementara dua hari saya di Malaysia ni. Nanti kita discuss lebih details masa meeting kita di Singapore nanti aje ya?” kata Wina sambil berdiri memandang Khairul. Jam tangan sempat dikerlingnya.
            Khairul turut langsung berdiri. Sedikit terpinga dengan lagak serius Wina. “Eh! Cik Shima tak nak minum dulu ke? Saya baru aje minta setiausaha saya siapkan minuman tadi..”
            “It’s okay Encik Faiz, for me business come first. Anything Encik Faiz boleh contact saya di nombor yang ada pada name card saya tu, ya? By the way, nice to meet you Encik Khairul Faiz Datuk Kamil.” kata Wina sambil angan dihulur dan senyuman mesra masih setia di bibirnya.
            Khairul menyambut tangan yang dihulurkan itu. “Ya.. nice to meet you too, Cik Shima Mokhtar.” angguk Khairul tersenyum balas.
            Khairul mula mengiringi Wina melangkah keluar dari bilik itu. Dia berfikir sejenak. Nama ‘Shima’ adalah nama wanita yang sangat dicintai oleh abangnya, Khairul Faizul. Wanita yang telah tiada lagi di dunia ini. Nama itu juga turut mengingatkan dia pada peristiwa yang hampir dua tahun yang telah lama berlalu itu. Hiba dan rasa simpati di hati sentiasa ada untuk abangnya itu.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
MALAM itu, Faizul menghabiskan waktunya bersama Wina di kondominium yang baru disewanya beberapa hari yang lalu itu. Kehidupan lagak orang yang sudah berumah tangga. Bebas melakukan apa sahaja. Tanpa memikirkan soal halal atau haram.
“Sayang..” panggil Wina sambil menghulurkan segelas air jus buah kepada Faizul yang tengah asyik menonton perlawanan bola sepak siaran dunia. Perlawanan pusingan pertama.
Faizul kalih pandang ke arah Wina. Tangan segera mencapai gelas yang dihulurkan. “Thanks sayang..” balas Faizul sambil menghirup air minuman itu.
Wina melabuhkan pinggul di sebelah Faizul. Tangan turut sama memegang gelas jus buahnya. “Sayang, I rasa pelik la. Kenapa you tak suka sangat pada adik you tu? Khairul Faiz Datuk Kamil, I tengok dia quite good and getlement guys.” tanya Wina terselit pujian. Sebelah tangan sempat membelai lembut rambut lelaki itu. Itulah ekspresi pertama yang ditangkap di matanya ketika berbual-bual bersama dengan Khairul pagi tadi. Agak aneh kerana tiada langsung riak wajah yang minta untuk dikhianati atau pun dibenci.
Faizul lagak melepaskan keluhan sinisnya apabila mendengar Wina seakan memuji-muji adiknya itu. “All that just a fake, sayang.. For your information, I bukan saja tak suka dia, tapi I benci dia. Sebab dialah, I kehilangan orang yang paling I sayang. Sebab dialah, I kehilangan cinta hati I.” luah Faizul geram. Dendam sentiasa ada untuk lelaki yang bernama Khairul Faiz itu.
“Okay then, what our next plan?” soal Wina segera tukar topik. Menghirup minumannya. Malas mengambil tahu lagi soal adik kandung lelaki itu. Dia hanya ingin kerjanya dibereskan dengan segera agar bayaran penuh yang dijanjikan diterima secepat mungkin.
Faizul kalih pandang Wina sepenuhnya. Kali ini dia pula yang membelai rambut wanita itu. “I nak you goda dia habis-habisan masa meeting di Singapore nanti. I nak you tolong I musnahkan hidup dia. I nak buat orang yang sayangkan dia, tinggalkan dia. Biar dia rasa macam mana I pernah rasa dulu.” kata Faizul dengan nada penuh dendam. Sudah lama dia menantikan saat ini. Saat melihat dendamnya berbalas.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“ABANG, milo panas.” kata Riana menghulurkan mug milo panas kepada Khairul. Lelaki itu sedang asyik membelek kertas kerja di atas meja kerjanya sejak selesai makan malam mereka sekeluarga lagi.
            “Thanks sayang.” Senyum balas Khairul menyambut mesra cawan itu. Dihirupnya pantas dan disambung kerjanya kembali.
            “Banyak lagi ke kerja tu?” soal Riana ingin tahu kerana sejak dari tadi lagi Khairul asyik dengan kerjanya. Tidak peduli akan hal lain.
            “Hmm.. macam tu la..” angguk Khairul sekilas tersenyum manis pandang ke arah Riana. Melepas keluh seketika lagak penat.
            “Ermm.. esok abang kerja ke?” tanya Riana setelah duduk di atas katil. Memandang ke arah suaminya itu.
            “Kerja la sayang.. Macam biasa. Esok kan hari Rabu. Kenapa sayang tanya?”
            “Tak ada. Saja tanya..” geleng Riana tersenyum manja.
            “Sayang nak abang teman sayang keluar pergi mana-mana ke esok?” tanya Khairul sambil anak matanya masih memandang ke skrin komputer riba di mejanya itu.
            “Tak ada la. Minggu depan abang kan cuti. Minggu depan la kita keluar jalan-jalan. Sayang faham la dengan kerja abang ni.” kata Riana tidak mahu suaminya itu terasa berat hati. Sesungguhnya dia faham tugas dan tanggungjawab lelaki itu.
            “Sayang, esok berapa hari bulan ya?” tanya Khairul pandang ke arah Riana. Lagak tertanya-tanya sendiri.
            “15 hari bulan 11.” Pantas Riana menjawab. Tersenyum suka bila disoal tentang itu.
            “Oh.. Projek Purnama Sakti kena bentang 20 hari bulan ni. Sempat lagi rasanya nak buat meeting. Ermm..” angguk Khairul sendiri. Sambung kembali menyemak kertas kerjanya. Mengendahkan reaksi Riana yang begitu teruja itu.
            Riana melepaskan keluhan di hatinya. Esok merupakan hari jadinya. Sangkaan Khairul maksudkan hari jadinya esok ternyata meleset. Rancangannya untuk mengajak suaminya itu keluar menyambut hari yang bersejarah itu bersama-sama terpaksa dilupakan disebabkan kesibukan yang dipamerkan lelaki itu. Dia hanya tersenyum kelat.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“SAYANG, abang pergi kerja dulu, ya?” kata Khairul tersenyum indah. Menghulurkan tangan kanannya ke arah Riana yang sedang menanti untuk bersalaman dengan suami tercinta di muka pintu.
            Riana tersenyum manja. Mencium lembut tangan suaminya itu. “Abang, malam ni abang balik awal sikit, ya? Riana masak special untuk abang.” pesan Riana mengingatkan Khairul sebentar. Risau jika lelaki itu pulang lewat pada hari ini.
            Khairul lagak berfikir sejenak. “Ermm.. InsyaAllah.” angguk Khairul tersenyum faham. Nada pula sedikit teragak-agak.
            Khairul masuk ke dalam keretanya dan memandu pergi. Riana melepaskan keluhannya lagi. Ternyata Khairul langsung tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia ingat pada hari jadinya pada hari ini. “Biarlah.. dia terlupa kut.” bisik hati kecil Riana dengan nada sedikit hampa. Riana masuk ke dalam rumah kembali dan menutup pintu utama rumah. Menuju ke ruang tamu. Datin Julia yang sedang duduk menonton rancangan Malaysia Hari Ini di pagi hari ditatapnya dengan senyum manis di bibir sekejap.
            “Riana..” panggil Datin Julia seketika melihat Riana duduk di sebelah sofanya.
            “Ya ibu..” sahut Riana tersenyum mesra. Merapatkan diri dengan ibu mertuanya itu. Lagak menagih kasih seorang ibu pula.
            Datin Julia senyum manis kea rah Riana. Kalih pandang sekejap ke arah pintu utama rumah. “Faiz dah pergi kerja ke?” tanya Datin Julia ingin tahu. Angkat kening sebentar.
            Riana menganggukkan kepalanya. “Dah ibu. Baru aje dia keluar.” Riana mengeyakan kata tanya wanita tua itu. Mata memandang ke peti televisyen sebentar.
            “Riana..” panggil Datin Julia lagi lagak ingin menyampai sesuatu pula. Buat Riana kalih pandang semula ke arahnya.          
            “Ya ibu?” pandang Riana penuh kea rah Datin Julia. Menanti kata si ibu mertua.
            Tangan Datin Julia mula menyentuh tangan Riana lembut. “Selamat hari lahir yang ke 26.” ucap Datin Julia tersenyum mesra.  Membelai lembut kedua-dua belah tangan Riana.
            Riana sedikit kaget. Ditenungnya wajah Datin Julia sebentar. “Err.. ibu tahu?”
            Datin Julia mengangguk kepala sekali. “Hmm.. mana boleh ibu tak tahu hari lahir anak menantu kesayangan ibu ni.” balas Datin Julia mengusik pula dagu Riana.
            “Terima kasih ibu.” ucap Riana tersenyum gembira mendengar ucapan pertama pada hari ini. Sungguh bermakna! “Kalau la Khairul pun ingat hari lahir aku.. Erm..”bisik hati kecil Riana.
             “Faiz, tak ucap lagi, ya?” teka Datin Julia lagak dapat menghidu sesuatu daripada riak wajah Riana itu.
Riana menggeleng kepala perlahan. “Riana tak kisah la, bu. Riana faham. Mungkin Abang Faiz tu lupa kut.” kata Riana tersenyum kelat. Tidak mahu ibu mertuanya itu berfikiran yang bukan-bukan terhadap dirinya kelak.
            “Ya ke tak kisah ni?” tanya Datin Julia lagak mengusik kata. Buat senyum manis di bibir Riana menjadi tawar dan malas membalas kata lagi. “Okey dah. Sekarang, Riana pergi siap-siap dulu, ya? Kita keluar.” sambung kata Datin Julia segera mengubah topik pula. Sempat menepuk perlahan paha Riana.
            “Keluar? Err.. kita nak pergi mana, ibu?” tanya Riana terpinga-pinga seketika. Nada ingin tahu.
            Datin Julia tersenyum mesra sekali lagi. “Hari ini kan hari lahir Riana. Ibu nak beli hadiah untuk Riana la.”
            “Eh! tak payah susah-susah la, bu. Riana tak kisah la.” balas Riana segera. Kepala sempat digeleng tanda memang benar-benar tidak kisah dengan ibu mertuanya itu.
            “Apa susahnya? Ini first time tau ibu sambut birthday Riana. Dah pergi siap cepat. Jangan banyak tanya lagi, ya?” pinta Datin Julia terus mendesak. Memegang bahu anak menantunya itu.
Riana lagak terpaksa mengalah. Tersenyum balas ke arah Datin Julia sebelum bangun menaiki anak tangga ke bilik tidurnya. Ingin segera bersiap sedia.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“INI gambar masa dia darjah enam. Time ni dia dapat Anugerah Pelajar Cemerlang. ” kata Datin Julia. Menceritakan kembali zaman kecil anak-anaknya. Masa itu semuanya lagak mendengar kata. Tidak mudah melawan dan pandai-pandai belaka.
Riana tertawa geli hati melihat mimikan muka yang ditonjolkan ahli keluarga Datuk Kamil Jamaludin. Macam-macam ragam. “Comel Abang Faiz, bu. Ermm.. ini mesti gambar Abang Faizul dengan adik, kan?” teka Riana sambil menunding ke arah salah satu gambar yang memperlihatkan sisi tepi Kota Amsterdam.
Datin Julia pandang ke arah itu sebentar. “Hmm.. betul tu. Time ni..” 
Balasan kata Datin Julia lagak tersekat apabila kedengaran pintu rumah ditolak. Dia kalih pandang ke arah itu. Riana yang aneh turut sama pandang.
“Assalamualaikum ibu, sayang.” Salam diberi Khairul setelah mula melangkah ke ruang tamu. Tangan lagak membimbit briefcasenya bersama.
“Walaikumusalam..” Riana dan Datin Julia membalas serentak.
“Haa.. dah balik pun anak ibu.” kata Datin Julia tersenyum manis.
Riana pula segera bangun bersalaman dengan Khairul yang sedang lagak tersenyum indah seorang diri. “Ibu dengan Riana tengah buat apa tu? Sakan aje berborak.” tanya Khairul sekadar ingin tahu.
“Ni haa.. ibu tunjukkan gambar Faiz masa kecil-kecil dulu kat Riana..” jawab Datin Julia mengerling seketika ke arah album gambar yang masih di dipegang di tangan Riana.
Khairul pandang ke arah itu seketika. “Ya ke.. patut la.. Ni ibu, Faiz nak pinjam menantu ibu kejap, boleh?” tanya Khairul setelah bersalaman dengan Datin Julia pula. Lagak meminta izin.
“Huh?” Riana kerut dahi. Pandang suaminya itu aneh. “Sejak bila pulak la dia ni pandai-pandai minta izin kat ibu ni..” detus hati Riana terpinga-pinga.
Datin Julia tersenyum seketika mendengar permintaan Khairul itu. “Kenapa tanya ibu? Tanyalah tuan punya badan sendiri.” balas Datin Julia tersenyum memandang ke arah Riana yang lagak termenung sendiri pula itu.
Khairul tersenyum faham. Khairul kalih pandang kepada Riana yang lagak runsing sebentar itu. “Sayang pergi siap.  Kita makan kat luar nak?” pinta Khairul bernada manja.
“Makan kat luar? Tapi sayang kan dah masak untuk abang kat dapur tu..” balas Riana lagak tidak mahu ikut.
“Tak apa. Makanan tu biarlah ibu dengan adik aje yang makan nanti. Teman abang kejap aje. Abang ada dinner meeting dengan client dari Sarawak sekejap lagi ni. Nak discuss hal penting. Johan pun ikut sama nanti.” kata Khairul lagak ingin benar Riana menemaninya. Tali leher yang membaluti lehernya segera dilonggar. Lagak kesuntukan masa.
“Abang pergi aje la sorang. Sayang nak teman ibu aje kat rumah ni.” balas Riana lagak tidak puas hati bila kerana itu dia diajak keluar. Bahkan, dia sudah pun memesan kepada Khairul yang dia bakal masak makanan istimewa untuk suaminya itu. Kini dia diajak makan di luar pula. Agak geram betul! Mata sengaja dialih pandang ke peti televisyen.
Datin Julia yang memerhati anak menantunya itu berbual tersenyum tenang sebentar. “Riana, pergilah temankan Faiz tu. Kejap lagi kan adik balik. Ibu pun rasa nak tidur terus aje lepas makan malam dengan adik nanti. Mata pun dah rasa ngantuk sangat dah ni.” celah kata Datin Julia panjang lebar. Lagak menyokong kata-kata Khairul itu.
            Riana pandang Datin Julia. Dia terpaksa mengalah. Segera melangkah meninggalkan anak-beranak di situ. Walaupun niat di hatinya memang tak ingin pergi. Serius kut!
Thanks ibu..” ucap Khairul pandang Datin Julia semula. Lagak memberi isyarat. Datin Julia pula mengangguk senyum. Tanda faham.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“KITA nak makan kat mana ni? Penting sangat ke meeting abang dengan client abang tu? Tak boleh buat esok malam aje ke?” tanya Riana bertubi-tubi. Sejak dari tadi lagi dia hanya memerhati lagak Khairul memandu kereta sahaja. Nada terkilan ada saja terasa di hati.
            “Penting... Penting sangat sayang. Projek ni dekat 15 juta tau?” balas Khairul lagak serius. Sekilas memandang ke arah Riana. Bibir tersenyum seketika.
            “Hmm.. ya la tu..” balas Riana bersahaja. Membuang pandangannya ke arah luar tingkap kereta lagi. Entah kenapa hatinya terasa geram benar pada waktu ini. Mungkin kerana Khairul masih tidak mengucapkan kata-kata yang penuh bermakna pada hari kelahirannya ini. Sedangkan masa yang tinggal hanya beberapa jam sahaja lagi sebelum menjengah ke hari esok. “Biar la.. Mungkin dia terlupa kut..” detus hati Riana entah kali ke berapa lagi. Cuba menghambat segala keraguan. Tidak mahu terlalu mengharap.
            ‘Kau masih ku cintai. Sungguh. Dari awal dulu hingga hari ini.. Aku pasti. Seyakinnya pasti. Kaulah satu untukku...’ Deringan lagu ‘Iris’ daripada penyanyi Rock Malaysia, Awie berkumandang di telefon pintar Khairul. Mengejutkan mereka berdua yang lagak sedang berdiam diri dan mendengar alunan muzik berkumandang di corong radio sahaja itu.
“Hello sir.. ya.. Oh I see.. Ya.. oh.. ya ya.. Its okay..I understand. Ok sir, ya maybe next time.. Okay then thank you so much sir..” Khairul berbual-bual di dalam talian setelah handsfree dipasang ke anak cuping telinganya. Sesekali kepala diangguk. Wajah pula berubah masam. Tidak lagi tersenyum seperti lagak tadi.
Riana yang memerhati sejak dari tadi aneh seketika. “Kenapa abang? Siapa yang call tadi tu?” tanya Riana ingin tahu. Tiada rasa ingin meneka langsung.
Client abang. Dia nak postpone meeting kita orang malam ni.” Khairul mengeluh lagak susah hati. Wajah pula menjelaskan segalanya.
Riana pula tersenyum sekejap. “Tu la.. Tak ingat lagi date birthday aku..” detus Riana tertawa kecil di hati. Bibir sedikit kelihatan tersenyum sendiri. “Err. so macam mana ni? Apa kita nak buat sekarang?” tanya Riana segera. Lagak menyindir Khairul yang kelihatan sedang diulit rasa kecewa itu.
            “Buat apa lagi? Balik rumah balik la jawabnya..” balas Khairul bernada biasa. Lagak malas ingin membincangkan soal itu lagi.
“Balik rumah?” Riana ulang kata. Sedikit terkejut.
“Ya sayang.. Balik rumah kita la.” balas Khairul selamba mengulang kata. Lagak tiada mood untuk meneruskan perbualan bersama Riana lagi. Riana pula kembali lagak masam mencuka. Tidak jadi balas kata.
Khairul melakukan pusingan U. Berpatah kembali menuju ke jalan kembali rumahnya. “Ermm.. sayang nak singgah rumah sayang tak? Alang-alang kita lalu jalan area ni..” tanya Khairul ingin tahu. Berbicara dengan Riana yang lagak masih membatu di situ. Muka ditarik habis.
Riana berfikir dua saat. “Hmm.. boleh jugak! Sayang pun dah lama tak singgah. Rasa rindu pulak..” jawab Riana mengangguk pantas. Baru sedar Khairul sedang menggunakan jalan berdekatan dengan kawasan rumah teresnya.
“Okey.” Khairul tersenyum sendiri. Lega benar hatinya bila Riana ingin pergi. Jika tidak, pasti rancangannya yang disusun baik, bertaburan habis.
Kereta berhenti di hadapan pintu pagar rumah teres Riana. Suasana kelihatan sepi dan gelap di situ. Hanya diterangi cahaya daripada lampu jalan dan tingkap rumah jiran sebelah rumah.
“Sayang masuk la dalam dulu. Abang nak buat phone call dengan Johan kejap, ya? Nak inform kat dia pasal meeting cancel tadi tu.” pinta Khairul sambil tangan memegang telefon pintarnya. Lagak tidak sabar ingin membuat panggilan.
            Riana tanpa banyak bicara segera keluar dari perut kereta. Dia melangkah masuk ke dalam rumah yang hampir dua minggu tidak dikunjunginya itu. Kali terakhir semasa membantu Rizman menyiapkan peralatannya untuk ke kem latihan PLKN. Pintu mula ditolak perlahan setelah tombol pintu dipulas. “Assalamualaikum..” ucap Riana sambil melangkahkan kaki masuk ke dalam rumahnya itu. Kelihatan gelap gelita. Dia segera menekan pula suis lampu dan kipas hampir serentak. Terpancar cahaya menyinari seluruh ruangan tamu rumahnya itu.
Terbeliak biji mata Riana seketika saat melihat gambar-gambarnya bersama dengan Khairul sedang dilekatkan di dinding ruang tamu. Ruang itu dihiasi juga dengan belon berwarna-warni dengan tulisan perkataan ‘Happy Bezday Riana’. So sweet!
“Ehem..ehem..” Khairul berdehem kecil buat Riana menoleh ke belakang dengan pantas. Terpandang Khairul yang sedang berdiri di muka pintu sambil memegang satu kek yang telah siap dipasang api pada tiga batang lilin. Tertulis di situ “Happy Bezday Sayangku Riana”.
Happy birthday to you.. Happy birthday to you.. Happy birthday sayangku Riana.. Happy birthday to you..” Khairul menyanyi dengan penuh manja. Bibir tersenyum mesra dan mata merenung Riana dalam. “Happy birthday sayang.” ucap Khairul tersenyum manja setelah menamatkan nyanyiannya. Masih setia memandang wajah Riana yang berdiri di hadapannya itu.
Riana terpukau! Rupa-rupanya Khairul ingat tarikh hari lahirnya hari ini. Tersentuh hati melihat suaminya itu seketika dan bibir lantas mencium lembut pipi Khairul.
Khairul tersenyum mesra memandang raut wajah Riana, si isterinya yang tercinta itu. “Tiup la lilin ni dulu. Nanti boleh cium sini pulak.” Khairul bernada nakal sambil menunding jari sebelah tangannya ke arah bibir. Buat Riana tertawa kecil. Riana segera meniup api pada ketiga-tiga batang lilin yang dipasang. Doa sempat dibaca di dalam hati. “Yeah! Okey kita letak sini kejap.” kata Khairul sambil meletakkan kek ke atas meja ruang tamu. “Sayang abang pulak, duduk sini dulu.” pinta Khairul sambil menarik lembut lengan Riana agar wanita itu melabuhkan pinggul ke sofa. Riana hanya menurut. Mata pula menanti kata.
            Khairul mula mengorak melangkah ke luar halaman rumah semula. Lalu masuk kembali dengan membawa masuk sebuah mangkuk tingkat. Riana yang memerhati kelakuan anehnya itu terpinga-pinga. Tidak dapat meneka. Mangkuk bertingkat tiga itu dihuraikan dan diletakkan di atas meja tamu. Dibuka satu persatu dan dihidangkan dengan senyum manis di bibir.
Riana terkejut lagi. Makanan yang dimasaknya turut sama dibawa. Riana sudah dapat mengagak. Pasti Datin Julia berpakat sama di dalam rancangan ini. Tidak hairanlah kenapa ibu metuanya itu beria-ria ingin dia temankan Khairul. Ada kerang di sebalik Char Koew Teaw rupanya. Tidak sangka Khairul telah merancang semua ini dari awal lagi. Rancangan yang agak tersusun rapi. Sukanya!
            Khairul yang selesai menghidang, duduk di sebelah Riana pula. Merapatkan dirinya dengan Riana di atas sofa muka tiga itu. Bikin suasana makin romantik saat ini. Khairul kelihatan seakan menyeluk poket seluarnya. Dia mengeluarkan sebuah kotak biru kecil. Bersegi empat tepat. “Nah!” Kotak itu dihulurkan kepada Riana yang hanya memerhati aneh. Sejak dari tadi lagi.
“Err… apa pulak ni?” Riana kerut dahi lagi sambil tangan menyambut kotak itu. Entah apa lagi kejutan yang suaminya bakal lakukan. Tidak dapat meneka pada masa yang sangat singkat ini.
“Hadiah hari lahir daripada abang untuk sayang. Buka la.” pinta Khairul dengan senyuman indah di bibir.
            Riana tersenyum manis. Perlahan-lahan membuka kotak itu. Terpamer gelang tangan berlian yang mempunyai bentuk hati terletak rapi di situ. “Cantiknya abang..” puji Riana terkesima seketika.
            “Sayang suka?” tanya Khairul lagak ingin tahu. Telah lama dia menempah gelang tangan itu. Hampir dua minggu genapnya. Riana mengangguk pantas pandang Khairul. Memang dia benar-benar suka. “Mari sini abang pakaikan, ya?” pinta Khairul sambil mengambil gelang tersebut lalu dipakaikan ke pergelangan tangan kiri Riana.
Riana terharu sekali lagi. Terasa diri cukup bertuah! “Abang, terima kasih dengan semua ni.” luah Riana teruja dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh suaminya itu. Mata sekilas memerhati keadaan ruang tamu yang telah ditata rias oleh suaminya itu. Kreatif juga suaminya!
            “Sama-sama kasih.” Senyum balas Khairul. Dia lega kerana semua rancangannya berjalan seperti yang dirancang. Turut sama membantunya, Johan.
Riana memandang Khairul kembali. Kali ini dengan rasa bersalah. “Abang, sayang nak minta maaf sebab tadi kan.. sayang ada buat salah sikit la kat bang.” mohon Riana terselit nada sesal dengan sikapnya sebentar tadi. Sikap yang sangat tak okey!
“Salah? Salah apa?” tanya Khairul sedikit aneh. Kening mula dikerut.
“Tadi masa abang cakap nak sayang ikut dinner meeting dengan client Sarawak abang tu, kan? Sayang ada minta supaya dinner tu, tak jadi malam ni.. Tapi sayang tak tahu pulak betul-betul tak jadi dinner tu tadi..” luah Riana rasa benar-benar bersalah. Terasa mulutnya benar-benar masin sungguh!
“Oh.. itu aje ke? Ingatkan apalah tadi..” balas Khairul tersenyum angguk. Suspen sekejap rasanya sebentar tadi.
“I’m so sorry, okay?” mohon Riana betul-betul terasa bersalah dengan sikapnya yang seakan mementingkan diri itu.
“Okey. Kalau macam tu.. abang mesti kena denda sayang jugak ni. Tahu tak projek tu bernilai 15 juta? Ingat senang ke syarikat kita nak dapat projek sebesar tu?” kata Khairul bernada serius tiba-tiba pula. Lagak seorang bapa menegur anak perempuannya.
“Denda? Denda apa pulak ni? Sayang tak sengaja la. Abang la.. usaha jugak nak sayang ikut la bagai..” rajuk Riana cuba menunding punca dia bersikap begitu ke arah Khairul pula. Bibir dicebir lagak geram habis.
            Khairul tertawa senyum sebentar mendengar rajuk kata Riana itu. “Ermm.. denda dia.. tak lama lagi birthday abang pulak, kan? Sayang ingat kan date birthday abang?” tanya Khairul. Mata dijegil saja.
            “Ya. Mestilah sayang ingat.” Riana membalas dengan senyum di bibir. Segala-galanya tentang perihal suaminya telah lama dia ketahui. Hanya tunggu masa untuk direncanakan sahaja.
           “So, abang nak denda sayang bagi kat abang hadiah special punya nanti.” kata Khairul mula tersenyum manja.
            “Okey. Apa dia? Cakap aje, nanti sayang belikan, ya? Tapi tolak rumah, kereta dengan barang atas seribu. Ermm…” balas Riana panjang lebar. Siap jari diangkat lagak membilang dengan duit simpanan yang ada. Risau jika dia tidak mampu.
“Tak ada.. Abang nak satu aje?” geleng Khairul mengangkat jari telunjuknya pantas.
“Abang nak apa?”
“Abang nak…” Anak mata Khairul mula beralih arah ke bahagian perut Riana. Bibir pula tersenyum nakal. Buat anak mata Riana beralih sama ke arah itu. Aneh. “Baby..” sambung Khairul bernada manja.
            “Ee.. gatal!” jerit kecil Riana cuba ingin mencubit paha Khairul yang masih duduk di sebelahnya itu. Buat Khairul pantas memaut tangan Riana. Kedua-dua tangan Riana berada di dalam genggaman tangan Khairul. Riana hanya tersenyum manis. Membiarkan tangannya itu terus disentuh lembut. Dia rela!
            “Sayang, lusa kita pergi honeymoon, ya? Abang dah tempah tiket flight ke Paris. Lima hari empat malam.” kata Khairul buat Riana terbeliak biji mata. Macam nak terkeluar pun ada. Mulut pula terlopong seketika.
            “Paris?” Riana inginkan kepastian dengan apa yang didengarnya sebentar tadi. Takut pula telinga tersalah dengar. Silap hari bulan, Paris jadi Parit. Mesti kelakar habis!
            “Ya Paris. Kenapa? Sayang tak suka ke? Kalau sayang tak suka, abang boleh tukar. Kita pergi Bali ke.. Istanbul, Korea..” Khairul membalas pantas. Cuba menyenaraikan tempat-tempat percutian yang terkenal untuk dijadikan tempat berbulan madu itu.
            “Abang, bukan macam tu la.. Sayang tak kisah la kat mana sekalipun. Janji abang ada dengan sayang.” celah Riana segera. Bibir pula tersenyum mesra. Ingin Khairul tahu dia hanya ingin suaminya itu sentiasa bersamanya walau di mana pun dia pergi.
            “Abang pun.. Abang nak sayang selalu ada dengan abang. Abang cintakan sayang. Dari mula-mula kita kenal sampai sekarang. Cinta abang pada sayang tak kan pernah berkurang, sentiasa sahaja akan bertambah. Abang janji.. selagi abang masih bernyawa, abang akan bahagiakan sayang dan abang tak kan pernah sesekali sia-siakan hidup sayang. Abang janji.” luah Khairul ikhlas dari hatinya. Janji yang dipegang setelah Riana sah bergelar miliknya diluah di bibir. Tangan Riana yang berada di tangannya pula sempat dikucup lembut. Buat Riana rasa terharu habis.
“Sayang pun janji dengan abang. Sayang akan sentiasa berada di sisi abang. Tak kira susah atau senang, kita tetap akan bersama. Selama-lamanya.” Riana membalas dengan kata  jujur di bibirnya untuk suami tercinta.
“Abang jugak akan selalu berdoa agar cinta abang dan sayang akan sentiasa kekal hingga akhir hayat kita berdua.”
“Amin.” ucap Riana berharap Yang Maha Esa memperkenankan doa mereka berdua itu. Kedua-duanya tersenyum memandang raut wajah masing-masing. Malam itu menjadi satu lagi memori malam yang indah buat Riana dan Khairul setelah bergelar suami isteri hampir dua minggu itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~