1 Mei 2011

~Bab 24~

 “LAMA dah kita tak makan malam satu family, kan ibu?” kata Fariha lagak teruja melihat ahli keluarganya berkumpul di satu meja makan. Termasuk abang sulungnya, Khairul Faizul. Turut menghadirkan diri setelah dipelawa hampir berminggu lamanya.
“Betul tu adik. Lama kita tak makan malam sekali dengan Abang Faizul.” balas Datin Julia mengeyakan kata-kata Fariha itu. Jarang juga Faizul berkunjung tiba ke rumah sejak mengambil keputusan untuk berpindah keluar dari rumah itu.
Faizul yang mendengar tersenyum seketika. “Ibu, Faizul nak minta maaf sangat-sangat, ya? Faizul busy sikit la dua tiga hari ni.” kata Faizul lagak memujuk ibunya itu.
“Betul tu ibu, busy sampai tak sempat nak keluar lunch dengan Faiz kat office tu.” sampuk Khairul tersenyum suka. Bernada seloroh. Memang lagak Faizul sibuk memanjang. Namun jauh di sudut hatinya gembira dengan perubahan abangnya itu. Seakan mereka telah kembali seperti dahulu. Walaupun tidak serapat dulu, tetapi dia tetap bersyukur kerana doanya bersama keluarga untuk melihat perubahan dalam diri lelaki itu termakbul.
Faizul lagak senyum sendiri. Datin Julia hanya memerhati gembira. Jika arwah suaminya Datuk Kamil masih hidup, semestinya turut gembira dan senang hati melihat suasana bahagia ini. Di tambah pula dengan kehadiran menantu sulungnya, Riana Akma. Pasti cukup bermakna!
“Ibu, Faizul rindu sangat masakan ibu macam ni. Banyak ibu masak malam ni.” tambah Faizul lagi memandang ke arah lauk-pauk yang sedia terhidang di atas meja makan mereka. Beraneka jenis.
“Terima kasih sayang ibu, tapi kalau tak ada dua orang pembantu tetap ibu ni haa.. Tak sempat la nak masak banyak macam ni.” Datin Julia tersenyum suka sambil memandang Riana dan Fariha yang tersenyum memerhati. “Lagi pun, esok kan ibu dengan adik nak bercuti ke Pulau Tioman. Jadi cukup la buat korang semua rindu nak rasa masakan ibu untuk seminggu masa ibu dengan adik tak ada di sini nanti. Lepas ni, boleh la rasa air tangan Riana aje, ya Faiz?” tambah Datin Julia memandang Khairul pula. Nada ingin mengusik.
“Itu sudah semestinya, ibu.” Pantas Khairul mengangguk tersenyum suka melihat Riana di sebelahnya. Hanya memerhati mereka sekeluarga berbual sejak dari tadi. “Barang-barang ibu dengan adik dah siap kemas ke?” sambung kata Khairul ingin tahu. Sedia maklum tentang rancangan percutian yang dianjurkan kelab ibunya itu.
“Semua dah siap sedia, Abang Faiz. Tunggu nak bawa masuk dalam bonet kereta Abang Faizul aje.” sampuk Fariha dengan nada teruja. Buat semua kalih pandang ke arahnya.
“Orang tak tanya dia la. Orang tanya ibu.” usik Khairul kembali memandang Datin Julia. Sempat memuncungkan mulut.
Fariha tarik muka seketika. “Ibu, tengok Abang Faiz ni!” Fariha menjerit kecil lagak mengadu kepada Datin Julia yang sedang asyik menjamah makanannya itu. Buat mereka sekeluarga ketawa lagi. Ada sahaja yang dibualkan pada malam itu. Sesekali aksi usik mengusik tercetus lagi.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“IBU pergi dulu, ya Riana?” kata Datin Julia bersalaman dengan Riana. “Faiz, jaga menantu ibu ni baik-baik ya sepanjang seminggu ibu dengan adik tak ada kat sini.” pesan Datin Julia pandang ke arah Khairul. Dia dan Fariha telah bersiap sedia untuk berangkat bercuti ke Pulau Tioman , Pahang selama seminggu itu.
            “Okey. Nanti time Faiz dengan Riana pergi pulak. Honeymoon kali kedua, kan sayang?” usik Khairul sambil memeluk bahu Riana dengan erat. Cuba berlagak romantik.
            “Ee.. gatal!” bisik Riana sambil mencubit perlahan lengan suaminya itu. Semua yang memandang tertawa lucu sebentar.
            Faizul yang telah selesai memasukkan beg roda pakaian ke dalam bonet keretanya, memerhati Riana dan Khairul sebentar. “Okey Faiz, abang pergi hantar ibu dengan adik dulu ke airport, ya? Lepas tu nanti abang akan terus ke tapak Projek Mega Tiga tu, ya?”
            “Okey. Drive kereta tu hati-hati, ya Abang Faizul?” pesan Khairul tersenyum angguk. Riana yang berada di sebelahnya hanya mengangguk tersenyum.
            Faizul mengangguk kepala. “Okey. Jom ibu. adik. Dah pukul berapa ni? Lewat pulak kita sampai sana nanti.” kata Faizul sekilas memandang Datin Julia dan Fariha lalu melangkah masuk ke dalam kereta. Menghidupkan enjin.
Datin Julia dan Fariha menuruti langkah Faizul masuk ke dalam kereta. Lambaian dibalas seiringan apabila kereta yang dipandu Faizul keluar dari perkarangan rumah. Meninggalkan mereka berdua di situ.
            “Sayang, malas pula rasanya abang nak pergi kerja la.” Khairul mula bersuara manja sambil mengeliat tubuhnya. Tersenyum memandang wajah Riana yang masih berdiri di sebelahnya itu.
            Riana lagak sepet mata seketika pandang ke penuh Khairul. “Haa.. tak payah nak gatal-gatal erk. Dah! Lekas pergi kerja. Nanti lewat pulak.” balas Riana sambil membetulkan tali leher suaminya itu supaya nampak lebih kemas.
Khairul mengeluh kecil lagak mengalah. “Ya la. Abang pergi kerja dulu, ya sayang?”
            “Okey. Abang drive kereta tu elok-elok tau? Make sure mata tu pandang depan.” pesan Riana sambil mengucup tangan suaminya dan membiarkan dahi dan pipinya dikucup lembut Khairul pula.
            “Bye. I love you.” luah Khairul sambil mengusap lembut pipi Riana.
            “Okay. Bye. I love you too.” balas Riana tersenyum manis memerhati Khairul masuk ke dalam keretanya pula. Tangannya sempat melambai mesra.
Senyuman Riana itu mengisi perjalanan Khairul ke tempat kerjanya seperti biasa. Indah rasanya sentiasa ada. Tidak pernah kurang!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
RIANA segera menyambung kembali melakukan kerjanya. Membersihkan kawasan dalam rumah yang tergendala sebentar tadi. Dimulakan dengan mengemas ruang tamu dan menjemur pakaian yang telah siap dibasuh dengan mesin basuh. Sedar tidak sedar, telah hampir setengah jam dia melakukan kerja itu sahaja. Kini tinggal ruangan dapur pula yang perlu dikemaskannya.
            Radio dibuka. Kedengaran lagu ‘Aku dan Dirimu’ nyanyian Bunga Citra Lestari dan Ari Lasso dari stesen radio Hot fm yang diDJkan oleh Fara Fauzana dan Faizal Ismail. Lagu daripada artis kegemaran Riana. Riana terus melangkah ke dapur. Lagu tersebut masih dapat didengar jelas di telinganya.      
            ‘Tiba saatnya kita saling bicara. Tentang perasaan yang kian menyiksa. Tentang rindu yang menggebu. Tentang cinta yang tak terungkap....’
            ‘Sudah terlalu lama kita berdiam. Tenggelam dalam gelisah yang tak teredam. Memenuhi mimpi-mimpimu malam kita....’
            ‘Duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah. Perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu.. Dan kini hanya ada aku dan dirimu. Sesaat di keabadian…’
            Bibir Riana sama ikut dengan lirik lagu yang dinyanyikan oleh pasangan duet daripada negara Indonesia itu sambil tangannya memegang mop mengelap lantai dapur. Kenangan bersama Khairul kembali terpahat di dalam ingatan. Pertemuan di kedai buku menjadi titik tolak hubungannya bersama dengan lelaki itu. Dari kawan menjadi suami. Indah kenangan itu. Manis jika ia dapat diulang semula.
            Radio dimatikan! Riana terpaku sebentar. Batang mop yang dipegangnya turut sama berhenti dari terus dihayun mengelap lantai. Perasaan hairan menyelubungi dirinya seketika. Gaya seakan ada orang yang sengaja mematikan radio tersebut dari terus bersuara. Riana bertambah hairan apabila memandang lampu periuk nasi elektriknya masih menyala seperti biasa. Masih menanak beras yang dibasuhnya sebentar tadi. Jika elektrik terputus, pasti lampu itu turut terpadam juga. Fikirannya lagak seorang detektif.
Riana mula melangkah ke hadapan dengan debaran kecil di dada. Memikirkan kemungkinan radio itu telah rosak. Dia merapati kabinet perabot di ruang tamu. Dilihat sekeliling. Tiada yang kelihatan aneh. Pintu rumahnya masih tertutup rapat dan BERKUNCI! Seingatnya sebentar tadi dia tidak mengunci pintu itu tetapi hanya sekadar tutup sahaja kerana ada beberapa kerja lagi di halaman rumah yang masih tidak siap. “Ermm.. aku terlupa kut..” detus hati kecil Riana menghambat segala kemusykilan.
            Riana cuba membelek-belek pula radio tersebut. Mencari punca ia berhenti. Pasti bosan jika tangan bergerak tanpa iringan muzik. “Hah!” jerit Riana cemas apabila tiba-tiba tubuhnya dirangkul dengan lingkaran kedua-dua belah tangan seseorang dari arah belakang. Dia terkejut bagai nak gila! Cuba kalih pandang ke arah wajah itu tetapi kepalanya ditahan dengan kepala orang itu yang diletakkan di sisi bahunya. Menjadi penghalang dari dia terus mengalihkan kepalanya.
            “Sysss.. Jangan takut sayang..” bisik suara seorang lelaki ke arah cuping telinga kiri Riana. Namun jelas dapat ditangkap oleh Riana akan siapa gerangan empunya suara itu. “Abang Faizul?! Apa Abang Faizul buat ni? Lebih baik Abang Faizul keluar sebelum Riana jerit.” ugut Riana sambil tangannya meronta-ronta cuba menepis pergelangan tangan Faizul yang sedang memeluknya erat itu. Sesak nafasnya seketika.
            “Riana nak jerit? Jerit la sayang. Hari ini Riana tak boleh tolak permintaan abang, Riana kena layan abang jugak sama ada Riana suka ataupun tak.” balas Faizul yang masih dalam nada berbisik itu. Nafasnya pula dilepas perlahan.
            “Abang Faizul, tolong jangan buat Riana macam ni. Ingat Allah Abang Faizul..” kata Riana lagi sambil menolak kasar badan Faizul ke belakang. Mereka berdua saling berpandangan seketika.
Pang!
            Satu tamparan dari tangan kanan Riana melekat kuat ke pipi kiri Faizul apabila lelaki itu cuba bertindak ingin menyentuhnya lagi. Riana pandang tajam Faizul.
Faizul hanya tersenyum sinis sambil mengusap perlahan pipi kirinya. Tidak sangka kata-kata yakin wanita itu dahulu berlaku juga pada hari ini. “Sebenarnya Riana, aku tak nak kacau kau. Aku cuma kesiankan kau. Sebab kau adalah wanita yang dicintai oleh Khairul Faiz. Aku buat semua ni sebab aku benci pada suami kau tu.” luah Faizul memandang Riana tajam. Terselit nada benci.
“Apa?! Tapi kenapa? Kenapa Abang Faizul benci pada Abang Faiz? dia kan.. adik Abang Faizul.” tanya Riana benar-benar ingin tahu. Tidak sangka tulisan tinta terakhir Eza kepadanya dahulu adalah benar. Lelaki itu masih tidak berubah. Cis!
What? Adik? Dia bukan adik aku la. Sebab dia.. sebab dia la orang yang aku cinta mati! Aku benci dia!” ujar Faizul lagi. Nada seakan menjerit geram. Pantas menindakkan kata-kata Riana itu.
Riana mula menggelengkan kepalanya beberapa kali. “Abang Faizul, itu semua tak betul Abang Faizul. Riana ingatkan Abang Faizul dah berubah lepas baca surat Eza tu tapi..”
Faizul jadi kerut dahi mendengar kata-kata Riana itu. “Apa? Macam mana Riana tahu pasal surat Eza tu?” tanya Faizul tidak sangka adik iparnya itu turut mengetahui tentang kewujudan surat Eza walaupun surat itu telah hangus dibakarnya.
Riana mengangguk pantas. “Ya. Riana dah baca habis surat tu. Eza dah ceritakan segala-galanya kepada Riana tentang dendam Abang Faizul tu. Tolonglah Abang Faizul.. ini semua tak betul. Abang Faizul dah salah faham dengan Abang Faiz selama ni.” jelas Riana inginkan nama suaminya dibersihkan dari terus menjadi kotor dek tuduhan hebat abang iparnya itu.
“Salah faham? No!” pekik Faizul sambil menggeleng. Lagak tidak dapat menerima kata-kata Riana itu. “Kau tak tahu apa-apa, Riana. Sebab dia, aku hilang orang yang aku sayang. Sebab dia, abah aku mati.. Sebab dia..”
“Tolonglah Abang Faizul. Cukup! Jangan tuduh Abang Faiz lagi.. Please..” jerit kuat Riana tidak mahu lagi mendengar tuduhan kasar lelaki itu terhadap suaminya. Dia cukup mengenali Khairul. Dia tahu suaminya tidak mungkin melakukan sesuatu yang buruk seperti yang diperkatakan oleh lelaki di hadapannya itu. Dia tahu Khairul telah difitnah!
            Faizul mula merapati Riana kembali. Lagak geram sungguh. Riana segera menapak dengan langkah ke belakang. Masih memandang tajam langkah abang iparnya itu. Berjaga-jaga. Langkahnya mati apabila belakang badannya menyentuh dinding. Dengan kesempatan itu, Faizul segera merangkul tubuh Riana. Sekali lagi.
“Abang Faizul tolong.. Tolong jangan buat Riana macam ni.” rayu Riana sambil mencuba menolak tubuh yang merangkulnya erat itu. Tidak rela diperlakukan sedemikian rupa.
            “Dah lama abang perhatikan Riana.. Abang geram tengok Riana dengan Faiz selama ni..” bisik Faizul sambil mengusap lembut seluruh muka Riana dari mata hingga ke bibir wanita itu. Nafasnya ditarik dan dilepas perlahan. Hembusan nafas tersebut dapat dirasai oleh Riana yang berada di dalam dakapannya itu. Cukup kuat!
            Riana mula menangis sebak. “Lepaskan Riana, Abang Faizul. Tolong..” pinta Riana lagak merayu. Dirinya dihimpit ketakutan yang amat dalam kerana Faizul masih dengan perbuatan kejinya. Sedikit pun tidak mengendahkan kata-katanya yang telah berada di dalam dambaan dada lelaki itu. “Abang Faizul abang ipar Riana, tolong jangan buat Riana macam ni. Tolong..”
            “I want to..” bisik Faizul lagi sambil mencuba mendekatkan bibirnya ke bibir Riana. Lagak ingin mencium bibir wanita itu pula.
Riana dengan sekuat hati menolak tubuh Faizul ke belakang. Lelaki itu terjelepok jatuh mengenai sofa. Riana dengan pantas melarikan diri melangkah ke anak tangga. Sepantas mungkin! Namun kakinya pantas direntap oleh Faizul yang lebih pantas bangun mengejarnya. Nafsu Faizul sedang memuncak geloranya. Senyuman sinis terukir di bibir lelaki itu lagi apabila kaki Riana dipegangnya kuat. “Lepaskan aku la bodoh!” pekik Riana sambil menendang muka Faizul sehingga lelaki itu terjatuh dari dua anak tangga. Riana terus berlari naik.
            Tiba-tiba suasana bertukar sepi seketika. Riana terpaksa memberhentikan langkahnya. Dia toleh ke belakang. Pandang pada sekujur tubuh yang kelihatan tidak bergerak dan kaku di atas lantai itu. Tidak bertindak mengejarnya lagi. Riana jadi buntu. Tidak tahu apa yang perlu dilakukannya ketika ini. Jadi berbelah bagi. Riana melepaskan nafasnya seketika. Dia cuba melangkah satu persatu menuruni anak tangga walaupun dia telah jauh melangkah. Mungkin boleh dikatakan agak bodoh tindakan yang diambilnya ketika ini tetapi entah kenapa dia merasa kasihan dengan tubuh yang sedang terbaring itu.
Riana merapati tubuh Faizul kembali. Perlahan-lahan Riana mengerakkan tubuh itu. Hatinya mula rasa cemas. Takut sekiranya lelaki itu tidak sedarkan diri lagi. “Abang Faizul.. Abang Faizul...” panggil Riana dengan nada takut-takut. Mengharap abang iparnya itu sedar kembali dan meninggalkan rumah ini dengan segera. Segera yang boleh!
            “Hah.. kan dah dapat!” Faizul meragut kasar tangan Riana. Bikin Riana terdampar di atas lantai di sebelahnya. Badannya segera menindih badan wanita itu. Kedua-dua tangannya pula memegang erat kedua-dua tangan Riana. Dia berjaya berpura-pura pengsan!
            “Abang Faizul, lepaskan Riana.. Abang Faizul.. Tolong Abang Faizul, jangan buat Riana macam ni. Tolong..” Riana merintih lagi sambil meronta-ronta. Merayu minta dilepaskan dari tindihan kuat Faizul itu.  Namun lelaki itu masih mencium hampir keseluruhan muka Riana. Dari dahi hingga ke pipi, dari pipi hingga ke leher dan seterusnya ke bibir wanita itu. Dikucup kasar. Tanpa memikirkan segala dosa yang dibuatnya ketika ini.
            Riana cuba meronta lagi. Namun kudratnya lemah. Semakin lemah. Tidak tertahan tindihan kasar Faizul di atas badannya lagi. “Ya Allah!” jerit hati Riana kuat. Matanya ditutup rapat. Tidak sanggup menatap wajah lelaki yang sedang berada di atas badannya itu. Mengharap pertolongan dari Maha Agung agar dia diberi sedikit kekuatan untuk mempertahankan maruahnya ketika ini. Dia meminta dan terus meminta!
            Permintaan Riana termakbul. Kekuatan pada dirinya seakan mula bertambah. Dia menolak Faizul sekuat yang boleh dan berlari sepantas mungkin. Namun nasib mungkin tidak menyebelahi dirinya, kepalanya pula terhantuk ke sisi dinding. Kedua-dua tangannya diangkat memegang kepala. Terasa sakit yang amat. Sekelilingnya seakan memusing-musing. Dia memandang Faizul yang sudah berdiri semula itu. Lelaki itu hanya tersenyum nakal merapatinya. Akhirnya dia rebah ke pangkuan lelaki itu. Tanpa rela!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
 “JO, apa kata jejantas tu kita buat kat bahagian sini. Area sini nampak sesuai sikit.” kata Khairul sambil tangannya menunding peta projek yang dicetak Johan. Hampir 20 minit mereka berada di dalam bilik itu. Sedang membincangkan isu Projek Mega Tiga bersama.
            Johan berfikir sejenak. Kepala lantas diangguk setuju. “Hmm.. bagus jugak cadangan kau tu. Kurang la masalah traffic jam di bahagian sini, betul tak?”
“Yes. Exactly.” balas Khairul mengangguk kepala apabila Johan dapat menangkap maksud idea yang disampaikannya.
Telefon bimbit Johan yang diletakkan di atas meja bergetar seketika. Mengejutkan mereka berdua yang sedang memandang ke arah peta projek itu. Johan melihat ke arah skrin telefon bimbitnya. Wajahnya lagak cemas seketika dan segera pandang ke arah Khairul. “Kejap, ya bro?” kata Johan. Lagak meminta izin. Khairul pula mengangguk memberi izin. Sedikit terasa tergugat dengan pandangan kawan baiknya itu. Johan segera melekatkan telefon bimbitnya ke cuping telinga. “Hello ya Bad, macam mana? Ya betul. betul.. Jadi betullah tekaan kita selama ni. Okey Bad. Terima kasih banyak-banyak, ya? Nanti apa-apa hal make sure kau contact aku lagi, okey? Okay bye.”
Khairul masih lagi memerhati aneh. Tidak dapat menangkap siapa gerangan pemanggil yang mungkin bernama ‘Bad’ itu. “Jo, kau kenapa ni? Bad? Siapa tu? Client kita ke?” tanya Khairul mendadak setelah talian dimatikan Johan. Nada ingin benar tahu. Lagak cemas Johan sebentar tadi seakan mengancam ketenangan jiwanya.
Johan pandang Khairul sepenuhnya. “Faiz, ada perkara yang perlu kau tahu.” kata Johan tanpa menjawab soalan yang ditanya Johan sebentar tadi itu. Nada serius benar.
“Aku perlu tahu? Tentang apa?” soal Khairul kembali. Tidak faham. Peta yang dipegangnya pantas diletakkan ke atas meja. Fokus dengan bicara Johan itu.
“Tentang Shima Mokhtar.” jawab Johan. Nada cukup yakin.
“Shima Mokhtar? Kau masih siasat dia lagi ke?” tanya Khairul mula kerut dahi bila soal itu disebut semula.
“Aku minta maaf. Aku memang masih siasat dia tanpa pengetahuan kau, Faiz.” jelas Johan. Terselit sedikit rasa bersalah kerana membuat keputusan sendiri.
“Apa ni, Jo? Aku tak faham.” geleng Khairul tidak mengerti akan maksud Johan itu.
“Sebenarnya Faiz.. perempuan tu bukan bernama Shima Mokhtar. Nama sebenar dia, Rawina Abdul Majid atau dia lebih dikenali dengan nama Wina.” tambah kata Johan menceritakan perihal sebenar diri Wina.
“Wina?” ulang tanya Khairul walaupun telinganya jelas mendengar nama itu disebut Johan. Buat kali pertamanya.
“Ya. Dia kerja sebagai pelayan di kelab malam dan selama ini betul sangkaan aku, Faiz.. yang abang kau terlibat sama dalam hal ni.” terang Johan makin jelas walaupun nada teragak-agak kedengaran di penghujung kata.
Khairul lagak terkejut seketika. “Abang aku? Abang Faizul? Apa kau cakap ni, Jo?” ulang tanya Khairul. Makin tidak mengerti dengan penjelasan Johan itu. Menuduh pula abang kandungnya dengan melulu.
Johan mengangguk benar. “Ya Faiz. Abang kau, Khairul Faizul yang upah Wina untuk menyamar sebagai Shima Mokhtar.”
“Tapi kenapa?” Pantas Khairul menyoal. Ingin mendengar penjelasan penuh Johan.
“Mungkin untuk perangkap kau.” sambung kata Johan. Masih teragak-agak kerana dia sendiri tidak pasti punca semua itu terjadi.
“Apa? Perangkap aku? Kenapa? Kenapa dia nak perangkap aku pulak ni?” pantas Khairul menyoal. Penjelasan Johan seakan tidak masuk akal.
“Itu aku tak tahu. Tapi aku dapat tahu Wina adalah pelayan di kelab malam yang abang kau nak jadi partner share hari tu. Aku rasa dia pasti ada rancangan lain untuk semua ini sebab dia gagal perangkap kau sebelum ni.”
Khairul terdiam seketika. Dia tidak mengerti kenapa dan mengapa abangnya Faizul mengupah Wina. Perangkap? Kesalahan apa yang dilakukannya sehingga lelaki itu ingin memerangkapnya. Khairul jadi makin keliru. Keliru bagai kepala nak pecah!
“Faiz..” panggil Johan seakan sedar Khairul masih lagi sedang diasak dengan soalan sendiri. Khairul kembali memandang sahabatnya itu. Tidak pasti apa lagi yang ingin dibicarakan. “Aku rasa lebih baik kau balik sekarang tengok Riana.” kata Johan lagak ingin menyampaikan perasaan tidak sedap hatinya itu. Sejak dari menerima panggilan itu lagi.
“Riana?” Khairul mati kata. Segera dia mencapai telefon pintarnya yang berada di atas meja itu. Mendail nombor Riana pantas. Dia berlari keluar dari bilik itu setelah telefon pintar dilekatkan ke sebelah telinganya.
Johan yang memerhati segera menelefon Faizul pula namun panggilannya masuk ke peti suara. Lelaki itu telah menutup talian telefonnya. Johan lagak sudah dapat mengagak. Dia jadi makin risau!
“Riana cepat angkat.. cepat sayang!” luah Khairul geram. Kaki berlari ke arah tempat letak keretanya. Panggilannya masih tidak dijawab walaupun jelas nada talian bersambung. Masih menunggu. Dia jadi takut. Takut sangat!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
‘AKU pasti datang menjemputmu. Tepati janji yang sumpah terhenti. Aku pasti datang tuk hatimu. Penuhi janji untuk dirimu..’ Lagu daripada telefon bimbit Riana yang berkumandang di ruangan dapur mengejutkan Faizul yang sedang berusaha membaringkan Riana di sisi sofa. Sudah masuk kali kedua telefon itu berdering kuat. Dia melangkah masuk ke ruang dapur. Ingin melihat gerangan yang memanggil wanita itu ketika ini. Nama ‘Abang Sayang’ di kaca skrin ditangkap matanya pantas. Dia tahu nama gerangan itu merujuk kepada ‘Khairul Faiz’, lelaki yang amat dibencinya!
Faizul tersenyum sinis. Dia melangkah keluar semula dari ruangan dapur itu. Dia merapati tubuh Riana semula. Membiarkan deringan itu terus menjerit minta diangkat. Dia mengangkat lembut muka Riana. Dia tertawa senang hati melihat wajah itu tidak sedarkan diri lagi. Cukup senang hati. Dia memikul pula wanita itu menuju ke anak tangga. Menaiki anak tangga satu persatu. Tersenyum puas kerana rancangannya kali ini juga berjalan seperti yang dia inginkan.
Faizul membawa Riana masuk ke dalam bilik tidur wanita itu dan membaringkannya di atas katil milik adiknya sendiri. Dia mula memerhati seluruh tubuh badan Riana. Dari kepala hingga ke kaki wanita itu. Nafsunya mula membuas. Lagak seperti seekor harimau jantan ingin melahap seekor rusa betina yang diterkamnya sebentar tadi. Dia mula memanjat katil perlahan-lahan selepas melemparkan baju kemeja kerja yang dibuka ke lantai sesuka hati. Menampakkan badan sasanya yang hanya memakai singlet putih. Tangannya mula menarik keluar getah rambut yang mengikat rambut panjang wanita itu. Nafsunya semakin bertambah bila rambut Riana mengurai di atas bantal. Dia menyentuh pula baju Blouse yang dipakai Riana. Berfikir sejenak cara untuk membuka baju itu kerana baju itu sekali sarung. Jika butang, pasti dengan pantas dibukanya.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“RIANA!” pantas bibir Khairul menyebut nama Riana bila dia terpandang kereta Nissan Latio Sport Faizul sedang berada di hadapan pintu pagar rumahnya. Telefon yang dipegang sejak dari tadi masih setia di tangan. Masih berbunyi meminta suara isterinya itu segera berada di dalam talian.
Khairul segera berlari masuk ke dalam rumahnya setelah anak pintu yang terkunci dibuka. Dia memandang sekeliling. Lagu yang menjadi nada dering bagi telefon bimbit Riana masih berbunyi kuat. Dikenal pasti arah itu datangnya dari arah dapur. Dia pasti Riana atau abangnya, Faizul tiada di ruangan dapur itu. Dia segera melangkah mengira anak tangga dengan cemas. Dia takut. Takut jika sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas diri Riana.
Lantai tingkat atas telah dijejaki sepenuhnya oleh kedua-dua tapak kaki Khairul. Kelihatan pintu bilik tidur dia dan Riana terbuka luas. Jantung laju berdetup. Berdoa sangkaannya tidak betul sama sekali. Mata menangkap seorang lelaki yang hanya bertali singlet membaringkan diri di atas katilnya. Matanya terbeliak besar bila melihat Faizul yang sedang mencium leher isterinya, RIANA!
            Bum! Satu tumbukan padu dari tangan kanan Khairul hinggap di pipi kiri Faizul, menyebabkan dia terjatuh tersungkur ke atas lantai. Faizul pantas pandang ke arah itu sambil tangannya memegang pipi. Sakit yang amat! “Hah! Faiz?” Terkejut Faizul memandang wajah Khairul yang sedang memeram sejuta kemarahan itu.
Khairul pandang tubuh Riana yang tidak sedarkan diri di atas katil itu. Baju Riana yang koyak-rabak dan lembam di leher wanita itu jelas di salah satu pancainderanya. Air matanya menitis pilu. Dia segera mendekati abangnya yang masih mengerang kesakitan akibat ditolak ke satu penjuru itu. “Apa Abang Faizul dah buat pada Riana, hah?!” tanya Khairul yang kini menarik kasar kolar baju Faizul dengan kedua-dua belah tangannya dan menolak lelaki itu ke tepi dinding bilik itu. “Selama ni Faiz hormat Abang Faizul, tapi Riana tu isteri Faiz.. Isteri Faiz!” pekik Khairul kuat sambil menumbuk beberapa kali di muka dan perut abangnya itu. Tanpa rasa belas kasihan. Kedengaran suara sakit dan batuk-batuk keluar dari mulut lelaki itu. Khairul tidak mempedulikan keadaan lelaki itu. Dia melepaskan segala kemarahannya. Dia fikir lelaki itu telah berubah tetapi ternyata sangkaannya selama ini salah. Faizul jadi semakin lemah.
“Abang Faizul bukan abang Faiz!” pekik Khairul lagi kuat sambil tumbukan terakhir buku limanya menyinggap ke perut lapang Faizul. Dia melepaskan kolar baju abangnya itu dengan kasar menyebabkan lelaki itu terduduk sakit. Darah di bibir dan hidung Faizul mula mengalir keluar. Mencurah-curah. Sudah lagak nyawa-nyawa ikan.
Khairul memandang Faizul makin tajam. Timbul rasa benci yang amat mendalam. Jika dia hilang kewarasan, pasti lelaki itu ditikamnya mati saat ini. “Asytafirullahalazim.. Ya Allah!” Khairul pantas berisytifar panjang sambil kedua-dua belah tapak tangan meraup mukanya beberapa kali. Kepalanya pula digeleng. Tidak sangka dia boleh berfikir jauh dan sesat ke arah itu.
Khairul segera mendekati katil yang menempatkan tubuh Riana kembali. Sekali lagi. Air mata mengalir laju turun ke pipinya. Tidak tertahan melihat keadaan isterinya ketika ini. Diperlakukan lagak seekor binatang. “Riana.. Riana sayang..” panggil Khairul sayu. Mangharap tubuh itu bergerak balas. Beberapa kali dia cuba memeluk tubuh itu dan dikucupnya lembut.
            Akhirnya Riana menggerakkan tubuhnya. Cuba membuka matanya perlahan. Dia mula sedar tetapi sakit masih terasa di kepala. “Abang?” balas Riana dengan nada lemah. Seolah-olah suara suaminya, Khairul Faiz sedang memanggil-manggil namanya ketika ini.
            “Sayang.. Ahamdulillah.. Sayang dah sedar.. Alhamdulilah..” ucap Khairul mula tersenyum tangis bila memandang Riana memanggil dirinya dengan lemah. Mengucap syukur yang amat!
            Riana pantas memeluk Khairul sekuat mungkin apabila pasti lelaki yang berada di hadapannya ialah suaminya bukan lelaki itu. “Abang, sayang takut..” kata Riana mengharap secebis perlindungan dari suaminya saat ini. Badan mengeletar habis. Dia sangat takut!
Faizul yang memerhati dari tadi gelagat sayu pasangan suami isteri itu tiba-tiba ketawa terbahak-bahak. Buat Khairul kembali pandang tajam ke arahnya. Tiada sedikit pun riak sesal yang ada di wajah itu. Dia jadi geram kembali. Bibir diketap kuat.
“Selama ini aku pun tak pernah anggap kau adik aku la, Faiz.” kata Faizul buat Khairul makin memandang tajam ke arahnya. Tidak mengerti di sebalik kata-kata lelaki yang bertopengkan manusia itu. Faizul cuba berdiri. Namun sakit yang dialaminya membuatkan dia berdiri tidak beberapa tegak. Tangan masih menahan sakit di perut.  “Sebab kau.. sebab kau, abah dengan Shima mati!” pekik Faizul kuat sambil jari telunjuk menunding tepat ke arah Khairul. Seolah-olah dendam kesumat dia terhadap lelaki itu ingin dilepaskan hari ini juga. Tidak mahu lagi terus menyimpan sendiri.
“Apa?!” Khairul terkejut mendengar tuduhan liar itu. Masih tidak mengerti kenapa perihal ayahnya dan Shima kembali disebut. Dia masih memeluk Riana erat. Risau jika Riana diapa-apakan oleh abang kandungnya itu lagi.
Faizul mendengus kuat. “Kau ingat kau boleh hidup bahagia, hah?! dengan apa yang kau dah buat pada aku dulu tu?! Kalau kau tak beritahu abah soal hubungan aku dengan Shima, abah tak kan terkejut dan mati. Shima pulak tak kan tinggalkan aku. Aku benci kau dari dulu lagi, Faiz. Apa yang kau nak, semuanya kau dapat. Kau ingat aku suka tengok kau dengan Riana bahagia, hah?! Aku nak buat kau rasa apa yang aku rasa selama ni!” tambah Faizul lagi. Nada cukup kasar. Menggunakan kesempatan ini untuk menghamburkan segala dendamnya kepada Khairul. Biar lelaki itu mengerti kenapa semua ini berlaku dan kenapa dia begitu benci akan dirinya.
Khairul mendengus balas seketika. Bibir makin diketap kuat apabila mendengar setiap pertuduhan Faizul itu. “Abah meninggal bukan sebab aku beritahu abah soal hubungan kau dengan Shima, tapi abah meninggal sebab sikap kau tu sendiri! Sikap kau yang egoist tu!” luah Khairul akhirnya dia tidak mampu lagi memendam rahsia yang hampir dua tahun dipegangnya itu. Nada bahasa hormatnya pun telah bertukar. Sudah tiba masanya untuk dia menceritakan hal sebenar. Hal yang hanya dia seorang sahaja yang tahu.
Faizul pandang Khairul dengan tanda tanya. Dia pula kini dihambat dengan kekeliruan. Tidak faham dengan kata-kata adiknya itu. Kata-kata yang seakan menunding jari ‘KESALAHAN’ kembali ke arahnya semula.
“Sebelum abah meninggal malam itu. Shima ada datang jumpa kami.” sambung kata Khairul mula menceritakan perkara sebenar dari permulaannya yang membawa kepada peristiwa dua tahun yang lalu. Dua tahun yang cukup memilukan!
DUA TAHUN YANG LALU…
Fail kerja yang digunakan untuk perbincangan hal syarikat sebentar tadi disusun kembali oleh Khairul. Datuk Kamil masih sedang sibuk membelek-belek kertas perjanjian yang ditandatanganinya bersama dengan pelanggan sebentar tadi. Lagak serius dengan cermin mata yang dipakainya.
“Err.. Abah,  Faiz ada benda nak cakap pasal Abang Faizul sikit la.” kata Khairul lagak takut-takut. Tangan masih ligat mengemas. Kehadirannya pada hari ini hanyalah sekadar memenuhi permintaan untuk menemani si ayah keluar berurus niaga bersama pelanggan tetap Syarikat Suria Trading.
Datuk Kamil pandang penuh Khairul. Cermin matanya dikemaskan. “Abang Faizul? Kenapa dengan dia?” soal Datuk Kamil. Bernada aneh.
“Boleh tak kalau abah batalkan rancangan abah nak satukan Abang Faizul dengan Kak Erni tu?” tanya Khairul berlagak berani. Dia tahu ayahnya itu sedang membuat perancangan untuk menyatukan Faizul bersama dengan anak bongsu rakan niaganya, Datuk Osman yang bernama Erni Dayana.
“Kenapa? Kamu sukakan Kak Erni kamu tu ke?” Datuk Kamil lagak menyoal lagi. Seakan meneka.
“Eh, bukan macam itu, abah. Sebenarnya.. Abang Faizul dah ada pilihan dia sendiri. Mereka dah bercinta hampir tiga tahun, bah. Jadi Faiz rasa..” balas Khairul lambat-lambat.
“Faiz, kamu tu masih mentah lagi. Kamu tak tahu nak bezakan antara maruah dengan cinta. Cinta ini tidak semestinya kekal tapi maruah akan kekal sampai kita mati. Abah nak kamu tahu yang abah akan sentiasa pilih maruah daripada cinta. Abang Faizul kamu pun tahu tentang tu.” kata Datuk Kamil dengan nada serius. Meletakkan maruah di tangga yang teratas daripada cinta.
Khairul mula telan air liur. “Abah, Faiz cuma..”
“Sudahlah. Soal ini biar abah yang discuss dengan Abang Faizul kamu tu. Kamu jangan masuk campur lagi. Just focus with your studies, okay? Dah. Jom kita balik. Dah pukul berapa dah ni.. Kejap lagi ibu call pulak.” kata Datuk Kamil segera bangun dari terus duduk di situ. Mata sekilas memerhati jam tangan di lengan tangan kanannya.
Khairul mati kata. Dia menurut sahaja. Niat ingin memujuk ayahnya melupakan hasrat itu tidak kesampaian. Memang benar kata Faizul, orang tua itu mesti tidak mempersetujuinya. Dia hanya mengikuti langkah ayahnya itu ke tempat letak kereta mereka dengan nada hampa. Hampa kerana tidak dapat membantu memperjuangkan cinta abangnya.
“Datuk Kamil..” Suara Shima mengejutkan Khairul dan Datuk Kamil yang ingin melangkah mendekati kereta mereka yang hanya beberapa jarak di hadapannya sahaja itu. Tidak sedar waktu bila wanita berambut pendek paras bahu itu mengekori mereka berdua.
Shima pandang yakin. Dia telah buat keputusan. Hari ini dia perlu berani mengakuinya jika ingin hubungannya bersama Faizul mendapat restu. Restu orang tua!
Datuk Kamil menoleh ke belakang. Pandang seorang wanita yang sedang berdiri tegak memandangnya.  “Ya saya. Cik ini?”
Khairul yang berada di sebelah ayahnya itu hanya memerhati aneh. Itulah pertama kali dilihatnya wanita itu. Wanita yang agak rupawan juga.
“Saya Shima. Boleh saya cakap dengan Datuk Kamil sekejap?” kata Shima bernada formal. Memandang Datuk Kamil serius.
Datuk Kamil pandang semakin tepat Shima. Dahi dikerutkan. “Cakap dengan saya? Tentang apa, ya?” tanya Datuk Kamil lagi. Memang tidak langsung mengenali wanita itu.
“Tentang Faizul, anak datuk.” jawab Shima satu persatu. Dia bertindak makin berani menyebut nama lelaki itu pula.
“Khairul Faizul? Kenapa dengan anak saya?” tanya Datuk Kamil lagi. Fokus kepada kata-kata wanita itu tatkala nama anak lelaki sulungnya disebut jelas.
“Abah..” panggil Khairul kerana dia sudah tahu gerangan wanita yang bernama Shima itu. Pasti wanita itu ingin membuat pengakuan tentang hubungan yang terjalin dengan abangnya itu.
“Faiz jangan masuk campur. Let me talk with her.” arah Datuk Kamil kalih pandang Khairul seketika. Nada sedikit keras. Buat Khairul mati kata sekali lagi. Tidak mampu untuk dia mengingkari kata-kata lelaki yang dihormatinya sejak kecil itu. Dia hanya bertindak mendiamkan diri. “Teruskan Cik Shima.” sambung bicara Datuk Kamil setelah dia memandang Shima semula. Inginkan penjelasan daripada wanita yang baru ditemuinya itu kerana dia sudah tahu akan siapa gerangan wanita itu.
“Saya cintakan anak datuk.” luah Shima. Dia jadi betul-betul berani. Tidak fikirkan apa-apa kesannya lagi.
“Jadi?” Datuk Kamil menyoal lagak bersahaja. Lagak tidak ambil kisah dengan pengakuan berani wanita di hadapannya itu.
“Saya nak minta izin untuk kahwin dengan anak datuk.” kata Shima ingin Datuk Kamil tahu bahawa cintanya terhadap Faizul adalah jujur dan ikhlas. Bukan kerana harta dan wang ringgit yang sering dijadikan isu oleh Faizul di atas penerimaan dia sebagai seorang kekasih yang direstui oleh ahli keluarganya.
Datuk Kamil yang mendengar jawapan Shima itu tertawa sinis sebentar. “Maaf, saya rasa cik ni tentu tahu kan yang anak saya, Khairul Faizul bakal berkahwin dengan anak business partner saya tidak lama lagi. Jadi saya rasa..”
“Tapi dia tak cintakan perempuan tu. Dia cintakan saya, dan saya betul-betul cintakan dia datuk. Saya ikhlas dengan dia.” celah Shima benar-benar ikhlas.
Datuk Kamil melepaskan keluhan sinisnya seketika. “Jangan cerita soal ikhlas dengan saya. Ikhlas orang yang macam Cik Shima ni hanya pada harta yang ada pada anak saya. Jadi saya rasa Cik Shima tak layak untuk anak saya.” putus kata Datuk Kamil terselit kata-kata pedas.  “Faiz, mari kita pergi.” arah Datuk Kamil kalih pandang ke arah Khairul sebentar. Dia menyambung perjalanannya semula menuju ke kereta.
Khairul lagak terkejut. Jadi serba salah sama ada ingin terus berdiri di situ atau mengikut jejak langkah orang tuanya itu. Dia memandang ke arah Shima yang lagak sedang memeram rasa geram pula.
“Saya mengandung anak Faizul!” sambung Shima. Nada sedikit menjerit. Jelas dengan katanya buat Datuk Kamil berhenti dari terus bertindak melangkah pergi ke kereta mereka yang berada jelas di mata itu.
Datuk Kamil toleh pandang Shima semula. “Apa?!” luah Datuk Kamil bersuara tajam. Seakan tidak jelas dengan kata-kata wanita itu sebentar tadi.
“Ya. Anak dalam kandungan saya ini adalah anak Khairul Faizul. Cucu datuk.” ulang kata Shima sambil membawa kedua-dua tangannya ke arah perut. Mata memandang tajam lelaki tua di hadapannya itu.
Datuk Kamil menggeleng pantas “Tak.. tak! Kau tipu aku, kan?!” kata Datuk Kamil lagak menunding jari. Terketar-ketar. Melangkah dua tiga tapak ingin menghampiri Shima. Tidak percaya dengan pengakuan wanita itu. Seakan mencabar maruah yang dipertahankannya selama ini.
“Abah.. abah!” Khairul terus mendapatkan ayahnya yang lagak sedang terkejut. Memegang lelaki tua itu dari terus menapak merapati Shima.
 Shima pula masih berdiri tegak di situ. Tidak berganjak sedikit pun.
“Kau saja tipu aku, kan?! Kau.. kau tak mengandung anak Faizul, kan?.. kan?!” pekik Datuk Kamil terkejut besar. Dia tersungkur ke atas lantai simen itu. Tangan memegang dadanya. Seakan sesak nafas di dadanya terasa kuat. Dia jadi tidak bermaya.
Khairul jadi panik. “Abah.. abah..” Khairul segera memapah ayahnya itu dari terus terkulai ke atas lantai itu. Memanggil-manggil lelaki itu supaya sedarkan diri semula.
Shima yang yakin memerhati sejak dari dari tadi jadi takut. Takut dengan situasi cemas itu. Dia segera melarikan diri. Meninggalkan dua beranak itu di situ. Tidak mampu lagi terus melihat keadaan itu.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
KEADAAN di dalam hospital nampak cemas hampir 15 minit yang lalu. Khairul yang sedang duduk di bangku di luar wad kecemasan itu ternanti-nanti. Menanti jawapan daripada doktor yang diupah khas oleh Datuk Kamil hampir tiga tahun yang lalu. Berdoa agar ayahnya dapat diselamatkan dari sakit jantung yang dihidapinya itu.
“Faiz..” Datin Julia memunculkan diri bersama Faizul dan Fariha yang datang sekali. Berlari anak mendapatkan Khairul yang sedang bangun berdiri tercengang memandang mereka bertiga pula itu. “Apa dah jadi dengan abah, Faiz?” tanya Datin Julia teresak-esak. Air mata kelihatan tersisa di pipinya. Faizul dan Fariha turut sama memerhati. Ingin tahu dari mulutnya tentang keadaan ketua keluarga mereka berempat itu.
Khairul hanya menggelengkan kepalanya. Tidak mampu untuk memberitahu hal yang sebenar.
“Faiz, kenapa ni? Kenapa abah boleh sakit balik? Tadi abah kata dia cuma pergi meeting dengan client aje, kan?” soal Datin Julia masih ingin tahu. Tidak mahu duduk diam. Khairul masih mendiamkan diri. Masih berahsia. “Faiz, beritahu ibu.. Kenapa abah boleh sakit balik ni? Err... abah cakap Faiz ada benda nak bincangkan soal perkahwinan Abang Faizul, kan? Tapi tentang apa? Huh?” Datin Julia bertindak bertanya lagi. Kali ini dengan soalan yang baru pula.
“Err..” Khairul telan air liur seketika. Tidak sangka ibunya itu menyebut pula soal itu.  Soal rancangannya untuk membantu Faizul.
Faizul yang masih menanti jawapan sejak dari tadi jadi terpinga-pinga. Segera menghampiri rapat Khairul. “Apa? Kau beritahu abah soal tu?” tanya Faizul lagak ada sesuatu yang tidak kena bila namanya disebut jelas oleh Datin Julia.
Khairul pandang Faizul. “Abang Faizul, Faiz cuma nak..” balas Khairul tersekat-sekat. Air liur ditelannya beberapa kali.
“Aku tanya kau ni. Kau beritahu abah soal tu tadi, betul ke tak?” ulang tanya Faizul ingin benar-benar tahu. Bibir mula mengetap. Khairul jadi terdiam membisu lagi sekali. Mata pandang ke bawah. Tidak tahu bagaimana ingin diceritakan soal itu. Soal yang pasti buat abangnya terluka dan mungkin soal itu juga bakal buat hubungan cinta yang terjalin terputus. “Jawab apa aku tanya ni, Faiz?! Betul ke kau beritahu abah pasal hubungan aku dengan Shima tu?!” tanya Faizul lagi lagak memekik kuat. Menyebut nama cinta hatinya dengan jelas.
Datin Julia dan Fariha yang memerhati terkejut seketika dengan nada kasar Faizul itu. Mereka memang tidak faham!
Khairul pandang Faizul semula. “Ya. Tapi Faiz cuma nak abah tahu yang abang..”
“Cukup! Cukup Faiz!” Faizul pantas mengangkat telapak tangan kanannya lurus. Meminta adiknya itu tidak mengeluarkan kata-kata lagi. “Aku dah cakap dengan kau yang abah pasti tak kan setuju soal tu. Kenapa kau..”
“Faizul sudah!” jerit Datin Julia cuba menenangkan lagak dua anaknya yang saling bertikam lidah itu. Jika tidak dikawal, pasti pergaduhan jua akan tercetus di situ.
Doktor Firdaus yang dilantik sebagai doktor khas merawat Datuk Kamil sejak beberapa bulan lalu keluar dari wad yang menempatkan tubuh lelaki tua itu. Dia merapati mereka berempat dengan wajah yang hiba.
“Doktor, macam mana keadaaan abah saya, doktor?” tanya Faizul pantas mendapatkan Doktor Firdaus. Menginginkan doktor muda itu bersuara dan memberitahu keadaan ayahnya secepat mungkin.
Doktor Firdaus mengeluh perlahan. “Maafkan saya, Encik Faizul. Kami semua dah cuba yang terbaik. Datuk Kamil.. tidak dapat kami selamatkan.” jelas Doktor Firdaus terselit nada duka. Seakan tidak sampai hati meluahkan kebenaran itu. Kebenaran yang tidak mampu untuk sembunyikan.
Faizul terpaku mendengar kata-kata itu. “Apa?!”
“Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Datuk Kamil, ya?” tambah Doktor Firdaus nada sedih. Menepuk lembut bahu Faizul yang berada di hadapannya itu. Dia hanya mampu membantu sehabis yang boleh.
Faizul menggeleng kepala beberapa kali. Lagak tidak percaya dengan berita yang disampaikan Doktor Firdaus itu.
 “Ibu.. ibu!” Fariha memanggil-manggil Datin Julia yang tiba-tiba terduduk. Seolah-olah lagak ingin pitam mendengar khabar berita sedih itu. Berita dia kehilangan suaminya yang tercinta itu buat selama-lamanya.
“Ibu..” Khairul ingin pula mendapatkan ibunya namun Faizul lagak datang merentap kolar bajunya. Khairul ditolak kasar ke muka dinding. Sakit yang terasa terkeluar di bibir.
“Ini semua sebab kau Faiz. Sebab kau abah mati! Kalau kau tak cakap pada abah, semua ini tak kan jadi. Abah tak kan mati!” Faizul mendengus lagak marah dan geram. Memandang tajam Khairul dengan rasa amarahnya.
“Abang Faizul!” Fariha menjerit kuat. Tidak tahan untuk melihat aksi itu lagi. Nada tangis pada suara kecilnya jelas kedengaran sambil tangan masih memapah Datin Julia yang lagak sedang menangis sayu itu.
Doktor Firdaus dan jururawat lelaki yang berada berhampiran segera menenangkan Faizul yang lagak kurang siuman itu. Lagak ingin menumbuk pula adiknya sendiri. Faizul melepaskan kolar baju Khairul apabila dihalang oleh Doktor Firdaus. Buat Khairul terduduk di situ. Menitiskan air matanya lagi. Sedih yang amat!
Faizul segera berlari keluar dan meninggalkan mereka bertiga di situ. Dia terduduk di salah satu kerusi yang ada. Dia menangis pilu. Lelaki yang dikagumi dan dihormatinya selama ini telah pergi. Malah lelaki yang juga dijadikan sebagai idola sejak dari kecil itu meninggalkan dia buat selama-lamanya.
Telefon pintar dikeluarkan dari kocek seluarnya sebentar. Nada masih teresak. Dia mendail nombor Shima, kekasih hatinya. Saat ini dia memerlukan wanita itu untuk dijadikan sebagai tempat mengadu. Tempat untuk dia meluahkan rasa dukanya.
“Hello..” Kedengaran suara Shima tatkala taliannya bersambung.
“Shima..” luah Faizul terselit nada sedih.
Sayang,  you kenapa ni?” tanya Shima sedikit cemas. Dia risau mendengar suara sedih Faizul itu.
“Abah I.. abah I dah tak ada you.” kata Faizul menitiskan air matanya lagi. Dia sebak.
“Apa?!” Shima terkejut besar. Mata terbeliak. Tidak sangka orang tua lelaki itu menghembuskan nafas terakhirnya pada malam ini. Dia terkaku. Telinganya masih mendengar luahan hati Faizul namun fikirannya merunsing. Ke lain. “Apa aku dah buat ni?!” soal Shima sendiri. Dia tidak sangka kata-kata helahnya sebentar tadi memakan dirinya sendiri. Disebabkan kata-kata yang dikeluarkannya, ayah lelaki yang dicintainya itu jatuh sakit dan meninggal dunia. Fikirnya jauh. Dia dihempap rasa bersalah yang amat. Seakan dunia ini gelap seketika dirasakannya. Sungguh gelap!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
 “BERSABARLAH Faiz, ya? Ajal dan maut di tangan Allah S.W.T.. Kita semua kena redha dengan ketentuannya.” kata Mak Long Junita, kakak kepada Datin Julia.
“Terima kasih Mak Long.” Khairul memandang ibu saudaranya itu. Dia kembali pandang ke arah Datin Julia yang sedang bermandikan air mata. Matanya kelihatan sembab. Ditemani Fariha yang sentiasa berada di sisinya. Turut sama bersedih. Kini tiada lagi gilai tawa dan riang mereka berlima. Yang tinggal hanya mereka berempat sekeluarga. Tanpa ketua keluarga yang sentiasa menjadi pendorong dan pengkritik dalam kehidupan mereka selama ini.
Telefon pintar Khairul yang dipegang menjerit minta diangkat. Dia meletakkan telefon pintar itu dekat dengan telinganya setelah butang hijau ditekan pantas. “Hello..” Khairul mula bersuara. Menjawab panggilan dari nombor yang tidak bernama itu.
“Maafkan saya, Encik Khairul Faiz. Boleh saya jumpa awak sekarang?” tanya Shima di dalam talian. Bersuara sayu.
“Awak ni..?” tanya Khairul ingin tahu. Tidak dapat meneka suara wanita yang berada di dalam taliannya itu. Nada ingin benar mengajaknya berjumpa.
“Saya Shima.”
Khairul terdiam. Suara wanita yang ditemuinya semalam itu kedengaran di cuping telinganya pula.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“TERIMA kasih Encik Faiz kerana sudi datang berjumpa dengan saya hari ini.” ucap Shima setelah air minuman yang dipesan oleh mereka berdua dihidangkan. Khairul hanya memerhati. Inginkan kepastian kenapa wanita itu ingin bertemu dengannya hari ini. Hari kedua permergian arwah ayahnya, Datuk Kamil.
“Saya nak ucapkan takziah dan saya jugak nak minta maaf. Maafkan saya, Encik Faiz. Saya tak berniat langsung pun nak buat abah Encik Faiz macam tu..” luah Shima dengan penuh nada sesal. Suara mula sebak. Wajahnya ditunduk. Dia terasa sangat bersalah. Dia tidak inginkan perkara itu berlaku. Semalaman dia ditimpa rasa bersalah dan berdosa.
Mata Khairul beralih arah sebentar ke arah perut Shima. “Betul ke anak dalam kandungan awak tu.. anak abang saya, Abang Faizul?” tanya Khairul inginkan kepastian dengan apa yang diluahkan wanita itu semalam. Dia perlu tahu!
Shima memandang Khairul kembali. Dia jadi makin serba salah. Seakan tidak sanggup menceritakan hal yang sebenar. “Sebenarnya.. saya.. tak mengandung.” geleng Shima perlahan. Tergagap menyebut kata-katanya itu. Kepala pula tertunduk kesal.
Khairul terkejut besar. “Apa?! Awak…awak tak mengandung?” Khairul pandang Shima dengan lagak tertanya-tanya. Apa yang dimaksudkan dengan kata-kata wanita itu pun dia tidak pasti. Semalam kata ya, hari ini kata tidak pula. Wah.. hebat sungguh permainannya. Khairul berfikir ligat!
Shima mengangguk perlahan. “Ya. Saya tipu. Maafkan saya, Encik Faiz. Saya ingat kalau saya cakap pada Datuk Kamil yang saya mengandungkan anak Faizul. Datuk Kamil akan terima saya, terima cinta kami berdua.. tapi saya tak tahu benda tu boleh buat abah awak..”
Khairul jadi tidak keruan. Dia jadi serba salah. Sangkaannya wanita itu mengandungkan anak abangnya tidak benar sama sekali. Dia hampir terpercaya akan hal itu. Dia jadi sangsi sekali lagi.
“Jadi saya nak minta tolong, Encik Faiz. Tolong jangan beritahu perkara ni pada Faizul. Saya cintakan dia. Saya betul-betul cintakan dia. Saya tak sanggup kehilangan dia.” pinta Shima sebak. Nada merayu minta dikasihani. Takut jika Faizul tahu, pasti dirinya ditinggalkan lelaki itu.
Khairul terdiam. Tidak mampu untuk berkata-kata lagi. Rupa-rupanya ayahnya dan dia telah salah faham di atas pengakuan berani wanita itu semalam. Tidak tertahan air matanya. Khairul menitiskan air matanya lagi. Dikesat beberapa kali namun masih ada sahaja air mata yang mencelah turun.
Shima yang memerhati keadaan Khairul itu turut sama menangis. Dia takut. Rasa takut sangat!
Khairul pandang semula ke arah Shima. Entah kenapa terselit rasa sayu di hatinya memandang wanita itu. Memandang wanita yang telah berjaya mencuri hati abang kandungnya selama hampir tiga tahun lamanya itu. “Jangan risau, Cik Shima. Saya tak kan beritahu dia.” kata Khairul mula rasa sebak. Segera melangkah bangun pergi dari situ. Meninggalkan Shima yang masih menitiskan air matanya sendirian di situ. Menangis pilu!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“FAIZUL?” Shima lagak terkejut melihat lelaki yang dicintainya sedang berada di dalam rumah. Dia tahu lelaki itu ada kunci pendua rumah pangsapurinya.
“Sayang, kenapa you off phone? You pergi mana tadi?” tanya Faizul ingin tahu. Nada lembut. Mata pula kelihatan membengkak.
Shima tersenyum kelat. “Sorry.. handphone I habis battery. Err.. I keluar jumpa kawan sekejap tadi sebab ada hal sikit yang kami kena..”
Faizul pantas memeluk Shima. Mematikan jawapan balas Shima itu. Shima pula jadi kaku. “Sayang.. I sayangkan abah I. Dia dah pergi tinggalkan I, sayang..” luah Faizul lagi. Tidak mahu sedihnya ditanggung sendiri. Mahu Shima turut sama merasa kepedihan di hatinya.
“Ya, I tahu.. you sabar okey?.. sabar sayang, ya?” balas Shima mula membelai lembut belakang badan Faizul. Tidak mahu lelaki itu terus ditimpa rasa sedih lagi.
“Ini semua sebab Faiz.” kata Faizul lagak tidak puas hati tiba-tiba.
Shima bertindak meleraikan pelukan Faizul. Mata pandang wajah lelaki itu. Wajah yang sedang berubah kepada rasa geram pula. “Faiz?” balas Shima kerut dahi. Entah kenapa nama adik lelaki itu disebut pula ketika ini. Memang tidak masuk akal!
Faizul pandang Shima. Mendengus kecil. “Kalau Faiz tak beritahu abah I tentang hubungan kita berdua malam tu, pasti semua ini tak kan jadi macam ni. Abah I tak kan mati.” jerkah Faizul bernada pasti.
You, mungkin you salah faham ni.” kata Shima terkejut mendengar jerkahan lelaki itu. Nada amarahnya seakan ingin muncul kembali.
Faizul menggeleng kepala. “Tak. Dari dulu lagi I tahu, Faiz memang tak suka I. Apa dia nak, semua dia dapat. I benci dia, sayang. I benci dia sangat-sangat.” kata Faizul lagi. Wajah begitu benci.
You, maafkanlah dia. Dia mungkin tak sengaja.” kata Shima tidak mahu lelaki itu terus-terusan menyebut nama itu. Dia jadi takut!
“Tak sengaja? Tak! I tak kan maafkan dia! Sampai mati pun I tak kan maafkan dia. Dia yang bunuh abah I, Shima. I hate him so much!” kata Faizul penuh dendam buat Shima terkaku terkejut mendengar perkataan ‘bunuh’ itu. Seolah-olah kata-kata itu ditujukan tepat ke arahnya. Sungguh tepat! “Sayang.. I sayangkan abah I, sayang.. I..” sambung kata Faizul kembali memeluk Shima. Shima pula lagak masih terkaku. Terkaku mendengar kata-kata lelaki yang dicintainya itu. Dia dihimpit rasa berdosa. Berdosa sangat!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
SHIMA memerhati Faizul yang telah lama tidur di atas sofa miliknya di ruang tamu. Mungkin penat dengan tangisan sedih sendiri. Mata kembali memandang sayu wajah itu. Dia tahu lelaki itu sentiasa mengagumi usahawan yang bernama Datuk Kamil Jamaludin itu. Sentiasa bertekad ingin membuat lelaki tua itu merasa bangga dengan dirinya.
“You, maafkanlah dia. Dia mungkin tak sengaja.”
“Tak sengaja? Tak! I tak kan maafkan dia! Sampai mati pun I tak kan maafkan dia. Dia yang bunuh abah I, Shima. I hate him so much!”
Kata-kata benci Faizul sebentar tadi masih terngiang-ngiang di cuping telinga Shima. Air mata mengalir kembali membasahi pipi. Terasa diri amat berdosa saat ini. Shima mula bangun dan menghampiri kabinet perabotnya. Dia menarik sebuah buka nota dan sebatang pen yang ada di situ. Shima kembali ke tempat asal duduknya semula. Dia pandang Faizul sejenak. Dia mula menulis sesuatu di atas halaman buku itu. Sesekali memandang Faizul yang masih lena dibuai mimpi. Air matanya mengalir di pipi. Entah kali ke berapa. Dia telah buat keputusan. Ini jalan yang dirasakan jalan terbaik dan juga jalan terakhir bagi dirinya. Biarlah dia sahaja yang bertindak meninggalkan Faizul daripada sebaliknya. Mata memandang Faizul sayu lagi. Sebelah tangan mengatup mulut manakala sebelah lagi ligat menulis. Air mata menitis dipipinya tidak henti-henti. Dia nekad!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
FAIZUL tersedar dari tidurnya. Tidak sedar waktu bila dia boleh terlelap di atas sofa itu. Memandang sekeliling yang kelihatan sunyi. Wajah Shima, kekasih hati juga hilang dari pandangan mata. Dia terpandang pula sehelai kertas berlipat dua muka yang diletakkan di atas meja ruang tamu. Diambil dan dibacanya dengan penuh teliti.
Sayang, jika you sedang baca surat ini mungkin I tiada lagi di dunia ini. Maafkan I, I terpaksa pergi. Tinggalkan dunia ini. I cuma nak you tahu yang I betul-betul cintakan you. Di hati I hanya ada nama you, Khairul Faizul.
Maafkan I jika ada salah dan silap I pada you selama kita bercinta dan maafkan I di atas kematian abah you. I tahu you terlalu sayangkan dia. I minta maaf sebab tidak dapat berada di sisi you saat you benar-benar memerlukan I.
Faizul, janganlah benci adik you. Dia tak bersalah. Kita memang tak ada jodoh. Terima kasih kerana sudi mencintai I selama ini. Maafkan I Faizul, I really love you and please forgive me.
               Shima
Faizul terbeliak biji mata. Surat yang berada di tangannya dipegang erat. Dia segera berlari ke arah bilik Shima. Kelihatan pintu bilik wanita itu tertutup rapat. Dia mengetuk pintu bilik itu beberapa kali. Namun masih tidak dibuka. Dia tekad untuk memecahkan bilik itu.
Bilik pintu itu dipecahkan serta-merta menggunakan kudrat yang ada. Habis terpelanting tombol pintu bilik itu. Kelihatan susuk tubuh badan Shima terbaring di atas katil bersama sekeping gambar Faizul di tangannya. Di sekeliling wanita itu terdapat beberapa keping gambar mereka berdua selama tiga tahun ini. Gambar yang terkandung segala memori indah saat bersama berdua.
Pil tidur yang berada di meja tepi katil dipandang sekilas. Faizul segera merangkul tubuh Shima dengan tangisan di bibir. Teresak-esak memanggil nama wanita itu. Namun tubuh yang dipegang lagak kaku. Faizul cuba menyentuh nadi di lengan tangan Shima. Sudah berhenti berdenyut. Wanita itu tidak bernyawa lagi. Telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Faizul menangis pilu!
Rahsia daripada peristiwa hampir dua tahun itu diluahkan kembali. Tiada lagi rahsia yang dipendam Khairul selama ini. Biar lelaki yang bergelar abang kandungnya itu sedar dan tahu akan hal sebenar. “Aku tak nak beritahu kau perkara sebenar sebab aku takut kau akan salahkan diri kau sendiri.. tapi dengan apa yang kau dah buat hari ini pada Riana, isteri aku! Memang melampau. Aku menyesal tak beritahu kau perkara sebenar!” luah Khairul nada penuh sesal. Dia masih memegang erat Riana di sisinya itu. Sudah kembali sedar sepenuhnya. Sedang mendengar rahsia keluarganya. Baru Riana mengerti kenapa Khairul begitu ingin menyimpan rahsia itu daripada pengetahuannya walaupun dia pernah sesekali berlagak mendesak.
Faizul terkaku sendiri. Dia mengingati kembali saat itu satu persatu. Saat hari terakhir dia bersama dengan wanita itu juga turut menjadi memori ingatannya. Dia sedar dia dan Shima pernah membincangkan soal itu dahulu. Soal bagaimana ingin memberitahu percintaan rahsia mereka selama tiga tahun  itu kepada ayahnya, Datuk Kamil Jamaludin.
“Sayang..” panggil Shima berada di sebelah Faizul yang sedang khusyuk menonton rancangan di kaca televisyen di rumah pangsapurinya.
Faizul kalih pandang ke wajah Shima. “Ya sayang?” balas Faizul manja. Bibir tersenyum rapi memandang raut wajah wanita itu.
“I minta maaf..” kata Shima. Nada terselit sedih.
Faizul memandang penuh wajah Shima. Kedua-dua tangan mula diangkat ke pipi lembut wanita itu. “Hey.. kenapa ni? Kenapa you cakap macam ni? Hmm?” tanya Faizul mengusap lembut pipi Shima. Tidak faham untuk apa kata maaf itu terucap di bibir teman wanitanya.
Shima tersenyum kelat. “Kalau I kaya, pasti abah you akan terima I, kan? Terima cinta kita berdua..” kata Shima nada tersekat-sekat. Seolah-olah mula ingin menyalahkan diri sendiri di atas cinta rahsia yang terjalin di antara mereka berdua itu.
“Sayang, abah I pasti akan terima you. Percayalah..” balas Faizul tersenyum manis.
“Macam mana kalau abah you memang tak boleh terima I?” tanya Shima pantas. Risau jika sebaliknya pula terjadi.
Faizul terdiam seketika. “Ermm.. kita fikirkan cara untuk buat dia terima you, dan terima cinta kita berdua ini, okey? Pasti ada cara lain, kan?” Faizul bertindak memujuk Shima lagi. Tidak mahu wanita itu dari terus-terusan berasa bersalah. Dia jadi risau.
“Cara lain?” ulang tanya Shima. Kepala seakan sedang memikirkan sesuatu.
Faizul pandang Shima aneh. “Kenapa sayang?” tanya Faizul. Ingin tahu apa yang sedang berada di dalam benak fikiran wanita itu. Seolah-olah ada yang ingin diluahkan.
Shima pantas menggeleng kepala. “Tak ada apa-apa.” Bibirnya kembali tersenyum manis. Kembali memeluk Faizul erat ke dalam rangkulannya.
“Tak mungkin.. Tak mungkin..” Faizul menggeleng kepala beberapa kali apabila ingatannya kepada Shima kembali terpahat. Seakan tidak percaya dengan cerita sebenar itu. Cerita yang membongkar segala rahsia. Faizul segera bergegas keluar dari bilik itu. Lari lintang-pukang keluar dari rumah dua tingkatnya itu. Dia segera mendapatkan keretanya yang diletakkan di luar halaman rumah. Tidak percaya dengan pengakuan adiknya itu. Selama ini dendam yang tersemat di jiwanya adalah salah faham semata-mata. Dia jadi tidak tentu arah. Hilang punca!
“Abang..” Riana pandang Khairul yang masih terdiam. Sayu melihat nasib yang menimpa abang iparnya sebentar tadi itu. Pasti suaminya juga ditimpa rasa bersalah selama ini. Bersalah kerana tidak memberitahu perkata sebenar dari mula lagi. Tidak sangka niat Khairul sama dengan niatnya. Sama-sama tidak mahu Faizul rasa bersalah.
“Abang..” Riana pandang Khairul yang masih terdiam. Sayu melihat nasib yang menimpa abang iparnya sebentar tadi itu. Pasti suaminya juga ditimpa rasa bersalah selama ini. Bersalah kerana tidak memberitahu perkata sebenar dari mula lagi. Tidak sangka niat Khairul sama dengan niatnya. Sama-sama tidak mahu Faizul rasa bersalah.
Khairul kembali memandang Riana penuh. “Sayang, sayang jangan takut lagi, ya? Sayang selamat. Sayang selamat dengan abang, ya?” kata Khairul memeluk erat tubuh Riana. Tangannya mengusap lembut belakang badan isterinya itu. Dia sangat lega. Mengucap syukur yang tidak terhingga!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~