2 Mei 2011

~Bab 23~

PAKAIAN Khairul dilipat Riana satu persatu masuk ke dalam beg pakaian roda. Cukup kemas. Pagi esok suaminya itu bakal bertolak ke negara Singapura seperti yang dirancangnya beberapa hari yang lalu. Untuk membincangkan projek terbaru bersama pelanggan di sana. “Abang, ini aje ke barang-barang yang abang nak bawa pergi esok?” Riana bertanya sambil tangan masih ligat mengemas. Khairul yang duduk di sebelahnya sejak dari tadi hanya tersenyum manja.
Khairul mula mengintai ke dalam beg pakaiannya. “Ermm... Ada satu lagi.” Khairul membalas setelah mata habis menyemak isi kandungan di dalam beg pakaiannya itu. Jari telunjuk di angkat tinggi ke arah Riana.
Riana berhenti mengemas sebentar. Mata pandang suaminya itu. “Apa dia?”
“Kekasih hati abang ni.” Khairul menjawab sambil jari telunjuk sempat mencuit hidung mancung Riana.
“Ee.. abang ni kan.. Orang serius, dia main-main pulak.” Riana mencebirkan bibirnya sambil menyapu lembut hidungnya sebentar. Lagak geram. “Ermm.. abang pergi dengan Johan dua hari aje, kan?” sambung kata Riana inginkan kepastian. Tangan kembali melipat baju.
“Ya. Kenapa? Sayang takut rindukan abang nanti, ya?” usik Khairul lagi bernada manja.
“Mestilah..” Riana membalas dengan selamba.
Khairul tersenyum mesra melihat telatah isterinya itu. Sungguh mencuit hati. “Kalau rindu abang, call la abang masa kat sana nanti, ya?”
“Tak nak la. Buat habis kredit sayang aje..” balas Riana bernada sombong pula. Lagak jual mahal!
“Okey. Kalau macam tu abang nak stay sana sebulan la..” balas Khairul berlagak jual mahal kembali.
“Ee.. abang ni kan..” Riana segera mencubit lengan tangan Khairul. Geram yang amat. Buat Khairul tertawa gembira.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
KHAIRUL dan Johan selamat tiba di negara Singapura. Mereka berdua terlebih dahulu mendaftar masuk ke dalam sebuah hotel yang bertaraf lima bintang. Carlton Hotel yang telah ditempah oleh Wina adalah antara hotel pilihan dan agak terkenal di sekitar negara jiran itu. Sebagai tanda penghargaannya kerana bakal berkerjasama dengan Syarikat Maju Jaya.
            Sebelum menjelma malam, mereka berdua mencuba beberapa kemudahan yang disediakan  di situ. Bilik Fitness, Kolam Renang, Bilik Spa dan Sauna habis dicuba kerana semuanya ditempah khas untuk mereka berdua tanpa dikenakan sebarang bayaran. Agak lumayan!
Welcome to Singapore, Encik Khairul Faiz.” ucap Wina berjabat tangan dengan Khairul setelah melihat lelaki itu bersama Johan menghampiri sofa yang didudukinya di lobi. Mereka bertiga bertemu seperti yang dijanjikan. Untuk membincangkan projek yang bakal dilaksanakan pada bulan hadapan.
“Ya. Terima kasih Cik Shima. By the way, kenalkan ini ketua pereka tapak projek syarikat saya, Encik Johan Johari.” kata Khairul tunding tangan ke arah Johan yang berada di sebelahnya. Lagak sedang terpukau seketika dengan kecantikan wanita itu.
Wina mengangguk lagak faham. “Apa khabar Encik Johan?” tanya Wina memandang pula Johan. Bibir tersenyum manis.
“Ya saya.. baik-baik saja. Terima kasih.” balas Johan tersenyum manis.
Khairul hanya geleng kepala melihat telatah sahabatnya itu. Lagak ulat bulu mula naik daun.
Wina memandang Khairul semula. “OkayLet’s we talk about our business at this hotel caf√©. Saya dah book meja untuk kita bertiga.”
Yes. Let’s we..” angguk Khairul mengerti. Bersedia untuk bergerak bersama.
“Not bad.” bisik Johan ke arah Khairul setelah mengorak langkah bersama dengan lelaki itu. Sempat mengeyitkan sebelah matanya kepada Khairul. Khairul menggeleng malu. Tertawa dalam hati melihat telatah gatal si sahabatnya itu.
Mereka bertiga memasuki sebuah kafe yang dibina khas di dalam bangunan hotel itu. Tempat yang cukup eksklusif untuk dijadikan sebagai tempat perbincangan sebarang bentuk perniagaan. Mereka bertiga berbincang berkenaan dengan kerjasama yang bakal dijalankan antara Syarikat Suria Trading bersama Syarikat Maju Jaya. Hampir satu jam masa berlalu dan pelbagai perkara dibincangkan di situ sambil menyantap makanan lazat yang dihidangkan.
So saya harap Encik Faiz dapat memberi sebarang idea jika ada yang Encik Faiz rasa okey dengan tempat ini, ya?” kata Wina dengan lagak seperti seorang usahawati yang berjaya.
Khairul memerhati seketika ke arah reka bentuk kawasan hotel yang bakal dibina itu dengan penuh teliti. “Baik Cik Shima. Kami faham  Kami akan pastikan setiap perkhidmatan yang diberikan kepada syarikat Cik Shima nanti adalah yang terbaik.” angguk Khairul mengerti.
Johan yang lagak sedang asyik makan makanannya sambil memerhati sejak dari tadi tiba-tiba mengerang kesakitan. Tangan lagak memegang perut.
“Eh! Jo, kau kenapa ni?” tanya Khairul lagak cemas melihat Johan yang berada di sebelahnya itu. Seakan sedang mengeram kesakitan di bahagian perut.
“Perut aku memulas la, bro. Aku nak ke washroom kejap, okey? Nanti kita terus jumpa aje kat bilik, ya?” kata Johan segera bergerak pergi dari situ. Melambai seketika ke arah Khairul dan Wina. Lagak melilau mencari bilik air.
Khairul dan Wina memerhati Johan kelakar. Mereka berdua tertawa kecil.
“Kawan awak tu is too funny la, kan?” kata Wina tersenyum tawa. Mata memandang Khairul yang masih tertawa itu.
“Dia memang selalu macam tu. Nak-nak lagi kalau tengok perempuan cantik.” kata Khairul. Faham benar dengan sikap kawan baiknya itu.
Oh I see..” angguk Wina seakan faham. Tangan pula mula dengan gaya menelefon seseorang. Beberapa kali. Seakan menanti panggilannya bersambung.
Khairul yang sedang menikmati makanannya semula terpandang gelagat Wina. “Err.. Cik Shima tengah call siapa tu? Dari tadi lagi saya tengok.” tanya Khairul ingin tahu. Hampir lima minit lagak wanita itu sama seperti itu.
 “Err.. sorry.. ni hah, driver saya. Entah ke mana la dia pergi ni..” kata Wina masih dengan lagak telefon di telinga. Beberapa kali menekan papan kekunci telefon.
“Err.. kenapa ya? Cik Shima kan stay kat hotel ni jugak.” tanya Khairul ingin tahu. Sedikit pelik. Untuk apa pemandu peribadi dipanggil sedangkan dia tahu wanita itu turut sama menginap di hotel ini buat sementara waktunya.
“Tak ada. Macam mana nak cakap, ya? Saya sebenarnya tak berapa berani nak ke bilik sorang-sorang. Selalunya driver saya yang akan temankan saya ke atas.. tapi ini tak, dia tak angkap phone call saya pulak.” balas Wina mengeluh sendiri. Memerhati ke arah telefon pintar yang berada di dalam genggaman tangannya.
“Oh ya ke..” angguk Khairul lagak mengerti. Hanya memerhati lagak wanita itu. Tidak berani untuk masuk campur.
 “Ermm.. Encik Faiz, maaf ya? Boleh tak kalau awak temankan saya balik ke bilik. Saya rasa dia memang tak angkat la phone call saya ni. Mungkin dia ada hal penting kut. Dia selalu tak macam ni.”
Khairul berfikir sejenak mendengar permintaan Wina itu. “Ya boleh. Sekejap ya. Kita habiskan makanan ni dulu, baru kita pergi, ya?” angguk Khairul setuju. Dia juga risau jika sesuatu yang tidak baik berlaku dengan wanita itu. Mana tidaknya dengan seorang diri dan ditambah lagi dengan wanita cantik sepertinya itu. Pasti ada sahaja lelaki yang ingin berniat jahat terhadapnya di situ.
“Ya. Terima kasih.” ucap Wina tersenyum gembira sambil kembali menyambung makan.
Beberapa minit berlalu, Khairul dan Wina melangkah bersama masuk ke dalam lif. Kelihatan lif kosong.
“Nombor berapa Cik Shima?” tanya Khairul ingin tahu nombor tingkat bilik hotel yang diduduki oleh wanita itu.
“Lapan.” jawab Wina tersenyum manis ke arah Khairul. Khairul segera menekan nombor yang berada di sebelahnya. Mereka berdua lagak menanti lif berubah tingkat. “Err.. aduh!” adu Wina lagak memegang perutnya sendiri. Lagak seperti Johan sebentar tadi.
Khairul jadi panik seketika melihat keadaan wanita itu. “Eh! Kenapa ni, Cik Shima? Are you okay?” tanya Khairul mula bernada risau.
 “Err.. tak tahu la saya, Encik Faiz.. Perut saya macam sakit la. Tiba-tiba je ni..” kata Wina. Tangan masih memegang perut. Suara lagak mengerang sakit.
Khairul segera memimpin Wina yang lagak tidak bermaya itu. Tangan Wina pula segera merangkul bahu Khairul dengan sengaja. “Cik Shima, Cik Shima okey ke ni? Nak saya bawa pergi klinik ke sekarang? Saya boleh tolong hantarkan.” tanya Khairul sedikit cemas.
It’s okay. Tolong bawa saya ke bilik aje, okey?” balas Wina segera membantah ajakkan Khairul itu. Tangan pula dibawa ke kepala. Memicit dahi lagak pening.
Khairul terpaksa mengalah. Membantu Wina masuk ke dalam bilik hotelnya. Dia membaringkan Wina ke sisi katil dengan lembut. Riak risau melihat keadaan wanita itu. “Cik Shima, jika ada apa-apa hal Cik Shima boleh contact saya, ya? Saya ada kat bilik. Saya balik bilik dulu, okey?” Khairul lagak ingin berdiri namun pergelangan tangannya dipegang Wina erat. Buat Khairul kembali memandangnya. Memandang dengan seribu tanda tanya yang aneh.
 “Faiz, tolong temankan saya di sini, boleh?” Wina cuba berlagak memujuk rayu.
Khairul yang memandang jadi serba salah. “Err.. Cik Shima, maafkan saya. Tak manis kalau kita berdua-duaan macam ni. Lagi pun kita bukan muhrim. Err.. Cik Shima nak saya panggilkan staf hotel ini ke? Saya call mereka, sekejap ya?” Khairul pantas mengangkat pula ganggang telefon yang berada di sebelah katil wanita itu. Tangan cuba mendail nombor perkhidmatan yang tertera di situ.
Wina segera bangun menghalang. Ganggang telefon yang dipegang di tangan Khairul segera dirampasnya dan diletakkan semula ke tempat asal. Dia mendiamkan diri tanpa mengerang kesakitan seperti tadi lagi. Buat Khairul pandang aneh ke arahnya. Ada sesuatu lagak tidak kena dengan wanita itu. “Faiz, sebenarnya saya dah mula jatuh hati pada awak. Sejak pertama kali saya jejakkan kaki saya di syarikat awak hari itu.” Wina meluahkan rasa di hati. Bernada manis. Lagak ingin lelaki itu tahu yang dia menyimpan perasaan.
“Err.. Cik Shima,  saya minta maaf. Saya dah kahwin.” kata Khairul menghalang tangan Wina dari terus memegang tangannya. Dia segera berdiri tegak. Ingin melangkah keluar dari situ.
Wina dengan langkah pantas segera memeluk Khairul dari arah belakang. Buat Khairul terkaku sebentar. Kaki pula berhenti dari terus melangkah. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika ini. Dia mati kata. “Saya tahu. Saya tahu awak dah kahwin. Tapi saya betul-betul sukakan awak, Faiz. Saya sanggup untuk jadi yang kedua dalam diri awak. Saya cintakan awak.” Wina makin berani meluahkan kata cinta. Tidak kisah langsung soal haram dan halal. Memeluk erat lelaki itu ke dalam dakapannya.
Khairul segera melepaskan tangan Wina yang memeluk erat tubuhnya itu. “Maaf Cik Shima. Saya lebih cintakan isteri saya daripada diri saya sendiri. Tak mungkin ada yang kedua dalam hati saya. Saya minta maaf. Kita jumpa esok. Saya keluar dulu.” Khairul berkata benar. Dia segera melangkah keluar tanpa mempedulikan rintihan wanita itu lagi. Dia perlu segera keluar dari situ untuk mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku lagi.
Wina memerhati Khairul melangkah keluar dari situ tanpa kalih pandang ke arahnya. Dia tersenyum sinis.
‘Kring! Kring!’
Telefon di dalam bilik itu berdering dengan tiba-tiba. Wina membelai-belai rambutnya manja. Mengangkat ganggang telefon itu dan menanti si pemanggil berbicara.
Well done my dear. Good job!” ucap Faizul yang dari tadi lagi dia setia memandang skrin komputer ribanya yang menayangkan sisi ruangan katil di dalam bilik hotel Wina itu. Gelagat di antara Wina dan Khairul sebentar tadi dirakamnya. Rancangannya berjalan seperti yang dirancang bersama dengan wanita itu.
“Thank you.. Muah!” balas Wina tersenyum suka sambil membuat aksi manjanya di hadapan kamera yang tersembunyi di situ. Dia berjaya!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
PINTU bilik hotel ditutup dari dalam. Khairul lagak cemas. Fikiran seakan merunsing. Luahan hati seorang wanita difikirnya seketika. Tidak percaya.
“Kau pergi mana tadi? Lambat balik.” Johan menyoal serius. Dia sedang berada di sisi katil kanan di bilik berkembar itu. Duduk bersandar tanpa baju di badan. Dia terasa hangat dan kesan sakit di perutnya sebentar tadi masih terasa. Di meja tepi katil kelihatan sebotol minyak urut yang dibuka penutupnya.
“Err.. aku pergi ambil angin kejap kat kawasan luar tadi.” balas Khairul cuba berlagak tenang. Tidak mahu lelaki itu tahu tentang apa yang berlaku sebentar tadi. Dia sendiri pun tidak menyangka dengan pengakuan berani wanita yang baru dikenali atas nama perniagaan itu.
“Hmm.. nasib baik. Risau dah aku tadi..” Johan membalas selamba. Kembali memandang skrin komputer ribanya. Risau jika ada perkara tidak baik berlaku terhadap sahahat baiknya sebentar tadi.
Khairul berlalu duduk di sisi katilnya sambil membuang jam tangan di lengan kanan. “Perut kau tu dah okey ke?” tanya Khairul lagak ingin ubah topik.
“Okey la sikit. Salah makan agaknya tadi. Buat malu aje kan dengan Cik Shima tadi.  Eh! Cik Shima tu masih single ke?” tanya Johan tersengih pula. Nada hati lagak tertawan.
Single la kut. Kau jangan macam-macam, Jo. Balik Malaysia nanti, aku report kat Nia..” ugut Khairul kini bangun sambil membuang butang baju yang dipakainya pula dan digantungkan ke sisi almari. Sengaja ingin mengusik lelaki itu pula.
“Ala kau ni, aku tanya aje la. Tak adalah sampai ke situ.” balas Johan sedikit tergertak dengan ugutan Khairul itu sambil menyambung kembali kerjanya.
Khairul tersenyum kelat. Dia menghela nafas lega kerana Johan tidak terus bertanya. Dia segera masuk ke bilik air. Menyegarkan badan. Tidak mahu lagi fikir tentang itu.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
 “TERIMA kasih Encik Faiz dan Encik Johan kerana sudi datang ke Singapura semata-mata untuk berurus niaga dengan syarikat saya.” kata Wina menutup bicaranya mengenai syarikat setelah mereka bertiga sambung membincangkan tentang urus niaga semalam pada pagi itu di kafe hotel yang sama.
“Ya sama-sama, Cik Shima. No big deal.” kata Johan tersenyum suka. Sementara Khairul hanya mengangguk di sebelahnya. Lagak tidak banyak kata lagi.
“Err.. Encik Johan,  boleh tinggalkan saya sebentar dengan Encik Faiz?” pinta Wina buat Johan sedikit kaget.
Kepala Johan diangguk lambat. “Err.. boleh boleh. No problem.” Johan pandang ke arah Khairul pula. “Aku tunggu kau dalam kereta, ya?” bisik Johan seketika. Melangkah ke keretanya dengan lagak aneh.
Khairul memandang Wina setelah memerhati Johan melangkah pergi meninggalkan mereka berdua. Tidak pasti apa yang ingin wanita itu bincangkan lagi. Menanti wanita itu meneruskan bicara.
Wina pandang Khairul dengan pandangan sayu. “Saya nak minta maaf. Maaf sebab semalam saya berkelakuan pelik sikit. Sebenarnya saya baru sahaja putus tunang. Awak terlalu baik, Faiz. Saya harap perkara semalam tak buat awak fikir dua kali untuk terus berurus niaga dengan syarikat saya.” luah Wina seakan sesal dengan perbuatannya semalam. Bernada sedih.
Khairul tersentuh seketika mendengar luahan sedih Wina itu. “It’s okay. Jangan risau Cik Shima. Saya faham.” angguk Khairul tersenyum faham.
Kedua-duanya tersenyum manis memandang raut wajah masing-masing. Dari jauh, kelihatan sebuah kamera menangkap reaksi mereka berdua itu. Reaksi lagak sedang bahagia duduk berdua.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
 “JOM kita gerak.” kata Khairul setelah menutup pintu kereta Honda CR-V miliknya. Meminta Johan meneruskan perjalanan pulang mereka. Nadanya sedikit puas hati. Rasa tenangnya semalam telah pulih apabila mendengar kata-kata Wina sebentar tadi itu. Johan hanya memerhati Khairul aneh. Lagak ada yang tidak kena dengan lelaki itu. “Kenapa ni?” tanya Khairul lagak ingin tahu. Kerut dahi melihat aksi Johan itu. Tidak bertindak memandu keretanya lagi.
No.. Aku rasa aku yang patut tanya kau kenapa ni? Apa yang dah jadi dengan kau dengan Cik Shima tu? Dia cakap apa tadi kat kau?” tanya Johan. Lagak dari tadi lagi soalan itu ingin diluahnya.
“Oh tadi tu.. Tak ada. Dia minta kita serius bekerjasama dengan syarikat dia aje nanti. Dia tak suka orang yang tak serius dalam handle projek ni.” balas Khairul biasa sambil jari lagak menukar siaran radio yang terpasang. Nada suara pada lagu juga sempat diputar kuat sedikit. Lagak senang hati sahaja.
“Itu aje?” tanya Johan lagi lagak tidak puas hati dengan jawapan yang diberi. Jawapan yang diberi tidak sama dengan aksi yang dipamerkan.
“Ya la. Itu aje la. Dah la. Kau jangan nak fikir bukan-bukan lagi, okey bro? Gerak cepat. Aku dah tak sabar nak balik Malaysia, nak jumpa buah hati sayang aku kat rumah tu. Rindu tahap gila dah ni.” balas Khairul dengan wajah tidak sabarnya. Rindu sungguh!
“Ya la ya la.” balas Johan lagak mengalah. Memulakan pemanduannya keluar dari tapak letak kereta di situ.
Khairul membuang pandangan ke sisi luar cermin semula. Tidak sabar memandang raut wajah Riana. Mungkin kejadian semalam adalah satu ujian buat dirinya untuk belajar erti setia. Setia dengan perkahwinan yang baru didirikannya bersama Riana.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“RINDU abang tak?” tanya Khairul ingin tahu setelah Riana menyambut salamnya di muka pintu. Beg roda yang ditarik bersama di letakkan di tepi sebentar.
“Boleh la..” balas Riana bersahaja. Menyorok rasa rindunya itu dalam-dalam. Tidak mahu tunjuk sangat.
“Boleh la? Isy.. sayang ni kan. Kita rindu kat dia macam orang separuh nak mati, dia boleh kata boleh la.” Khairul meluah rasa tidak puas hati. Muka ditarik masam mencuka.
“Abang bawa balik apa untuk sayang?” tanya Riana sekadar ingin mengubah topik. Malas melayan aksi manja lelaki itu. Makin menjadi-jadi.
Khairul menunding jari ke wajahnya. “Ini.” jawab Khairul kembali tersenyum nakal.
“Ee..abang  ni kan..” balas Riana geram. Cuba mencubit lengan suaminya itu. Dia berjaya!
Khairul memaut Riana ke dalam rangkulan dadanya pula. “Sayang..”
“Hmm?” balas Riana tersenyum pandang Khairul. Menanti suaminya berbicara.
“Abang rindu sangat kat sayang.” luah Khairul tersenyum mesra. Mendatar sahaja suaranya. Pandang Riana penuh.
Riana mengangguk. “Tahu..” balas Riana dengan suara mendatar juga.
“Abang cintakan sayang..” tambah Khairul lagi.
Riana mengangguk kepala. Sekali lagi. “Hmm.. itu pun sayang tahu..” balas Riana masih bernada mendatar.
“Sayang percaya abang tak?” tanya Khairul. Kali ini dengan nada ingin benar-benar tahu.
Riana terdiam seketika. Lagak berfikir sejenak. “Ermm.. tengoklah..” balas Riana selamba buat Khairul terdiam pula. Tidak bertindak untuk menyoal lagi. Sesungguhnya perkara itu sahaja yang akan buat dia sentiasa lega dan tidak terus memikirkan kekukuhan rumah tangga yang baru ingin dibinanya ini. “Sayang percayakan abang sepenuh hati sayang.” sambung kata Riana tersenyum mesra bila pasti Khairul lagak mendiamkan diri. Risau jika kata-katanya sebentar tadi diambil serius oleh suaminya itu.
“Terima kasih sayang. Terima kasih.” balas Khairul tersenyum suka kembali. Memandang raut wajah Riana dengan mesra. Cukup sekadar itu untuk buat dia rasa lega. Terasa amat lega!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
RIANA sedang mengemas bilik tidurnya seperti kebiasaannya. Sengaja ingin menyibukkan diri di pagi hari.
‘AKU pasti datang menjemputmu. Tepati janji yang sumpah terhenti. Aku pasti datang tuk hatimu. Penuhi janji untuk dirimu..’ Panggilan daripada nombor yang tidak dikenali muncul di skrin telefon bimbit Riana. Jari pantas ditekan butang angkat. “Hello..” Riana memulakan bicara.
“Boleh saya bercakap dengan Cik Riana Akma?” Suara si pemanggil buat Riana kerut dahi seketika. Tidak dapat teka.
“Ya saya Riana Akma. Cik ni?” balas Riana bernada lembut. Ingin tahu gerangan si pemanggil yang menyebut namanya.
Saya Shima Mokhtar.” balas Wina lagak serius.
“Shima Mokhtar? Err.. maaf cik, kenapa call saya ni, ya? Kita kenal ke?”
“Boleh kita berjumpa sekarang?” tanya Wina tanpa menjawab soalan Riana.
“Nak berjumpa dengan saya? Maaf, untuk apa ya?” ulang tanya Riana lagi. Ingin benar tahu.
“Untuk kita bincangkan soal Khairul Faiz Datuk Kamil.” balas Wina buat Riana terkaku seketika. Memikirkan gerangan wanita yang muncul itu. Menyebut nama penuh suaminya pula dengan jelas.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
RIANA melangkah dengan penuh debaran di hati. Tidak pasti tentang apa yang ingin disampaikan oleh wanita itu berkenaan dengan Khairul Faiz, suaminya. Wanita yang menelefonnya sebentar tadi sedang berada di suatu penjuru di sebuah kafe seperti yang diberitahu. Riana perlu tabah menghadapi segala cabaran yang mendatang. Entah kenapa hatinya seakan ada rasa sesuatu yang tidak kena. Memang tidak sedap hati!
“Cik Shima Mokhtar? Saya Riana Akma, isterinya Khairul Faiz.” kata Riana memulakan bicara sambil tangan dihulur bersama kepada wanita yang sedang memakai cermin mata hitam itu. Lagak seorang model. Namun salam yang dihulur tidak dibalas malah tenungan sinis pula dihadiahkan kepadanya sebagai salam perkenalan.
Riana melabuhkan pinggulnya duduk di situ. Menanti Wina berbicara penuh.
“Maaf Riana, tujuan saya jumpa awak ni sebab saya nak beritahu awak satu perkara. I think you should know.” kata Wina tiba-tiba lagak bersedih.
“Perkara apa?” tanya Riana tidak mengerti. Sedikit terkejut dengan reaksi wanita itu. Cepat benar mood wanita di hadapannya ini bertukar rupa. Crisis identity maybe?
Wina mula membuka cermin matanya dan diletakkan di atas meja. “Untuk pengetahuan awak, saya dan Faiz ada hubungan di belakang awak selama ni. Saya cintakan Faiz dan Faiz pun cintakan saya. Kami berdua saling cinta mencintai antara satu sama lain..” terang Wina dengan wajahnya yang lagak sedang bersedih dan air mata pula mula mengalir sedikit demi sedikit. Bernada sebak.
“Apa yang awak merepek ni, Cik Shima? Awak ingat saya akan percaya apa yang awak cakap semua ni, macam tu aje?” kata Riana sedikit marah. Lagak wanita di hadapanya itu sedang menabur fitnah. Fitnah yang boleh merosakkan rumah tangganya bersama Khairul Faiz.
“Saya ada bukti.” tambah Wina lagi sambil mengesatkan air mata dengan tisu di tangan. Bernada sebak seketika.
Riana sedikit terkejut. “Bukti?” 
“Ya. Bukti yang kami berdua gembira bersama semasa di Singapore baru-baru ni. Dia ada pergi sana uruskan sebuah projek, kan?” kata Wina penuh yakin buat Riana tersentak pula.
Riana terdiam seketika. Memang benar apa yang dikatakan oleh Wina. Khairul memang menguruskan projek di negara jiran Malaysia itu baru-baru ini. “Okey. Apa buktinya?” tanya Riana mengalah. Ingin benar-benar tahu tentang bukti yang dimaksudkan itu.
Wina pandang Riana dengan sayu. Sampul berwarna kuning diletakkan di atas meja. Riana tanpa banyak bicara segera membuka sampul tersebut dan mengeluarkan beberapa keping gambar di dalamnya. Membutang biji mata Riana. Gambar aksi berpelukan di antara Khairul dan Wina di dalam sebuah bilik ditangkap jelas di matanya. Termasuk gambar di sebuah kafe. Riana jadi keliru. Tidak pasti sama ada itu mimpi atau realiti. Seakan mula membuat hatinya rasa bagai nak pecah. Berkaca-kaca retaknya. “Siapa awak sebenarnya? Apa yang awak nak daripada suami saya?” Riana menyoal lagak tidak percaya. Pandang tajam wanita yang cuba hadir di dalam kamus hidupnya bersama Khairul itu.
“Macam yang saya cakap tadi. Saya cuma nak awak tahu yang kami berdua saling cinta mencintai. Tapi sayangnya, pada masa yang sama dia cakap dia jugak mencintai awak. Dia tak sanggup lepaskan awak. Saya tak nak dia terus rasa terbeban dengan cinta awak lagi Riana, jadi saya nak awak tinggalkan dia.” jawab Wina panjang lebar. Tangan kanan mula menyentuh tangan kiri Riana yang diletakkan dia atas meja. “Please Riana, tinggalkan Faiz kalau awak benar-benar cintakan dia.”
Riana terdiam. Mata memandang wanita di hadapannya itu meneruskan kata-kata. Segala-galanya diluah dengan sebak dan merayu minta dia melepaskan Khairul dengan bebasnya. Seolah-olah Riana diletakkan sebagai penumpang kasih yang terjalin di antara wanita itu bersama Khairul.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“RIANA datang seorang aje? Kenapa tak ajak Khairul datang sekali? Boleh jugak akak kenal-kenal dengan suami Riana tu.” tanya Kak Syida kelihatan teruja setelah Riana ingin mengajaknya untuk keluar makan tengah hari bersama. Riana hanya membalas dengan senyuman di bibir. Sungguh tawar! “Riana, kenapa ni?” tanya Kak Syida ingin tahu. Lagak Riana tidak seperti kebiasaannya. Pasti ada sahaja yang ingin dibualkan sepanjang mereka berdua tidak berjumpa ini. Lebih-lebih lagi soal si suami.
“Kak Syida, maaf kalau Riana nak tanya Kak Syida soal ini sikit. Selama Kak Syida kahwin dengan Abang Man la kan, ada tak masalah dengan rumah tangga Kak Syida dengan dia?” tanya Riana ingin tahu tentang hubungan suami isteri antara Kak Syida dan suami yang terjalin hampir 15 tahun itu sehingga dikurniakan kepada mereka berdua tiga cahaya mata perempuan.
“Kenapa Riana tanya Kak Syida macam ni? Rumah tangga Riana dengan Khairul ada masalah ke?” tanya Kak Syida kembali. Tanpa menjawab soalan. Riak risau mula kelihatan di wajah.
Riana menggeleng kepala sekali. “Tak ada. Riana cuma nak tahu aje sebab sejak Riana kahwin dengan Khairul. Banyak benda yang dah jadi antara kami berdua. Seolah-olah macam kami ni tak ada..” Riana memberhentikan katanya pantas. Tidak sanggup mempersoalkan hal itu. Kerana sesungguhnya dia tahu jodoh adalah ketentuan Allah S.W.T yang ditetapkan sejak azali lagi.
“Riana, perkahwinan ini bukan satu permainan. Tiada menang dan tiada yang kalah. Yang ada hanya kebahagiaan yang ingin dikecapi oleh pasangan suami isteri. Macam lagu P.Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit.. inikan pulak suami isteri.” jelas Kak Syida satu persatu dengan panjang lebar. Bibir sempat mengalunkan nada lagu. Tersenyum tenang memandang wajah adik angkatnya itu. Ingin wanita itu tahu sesungguhnya perkahwinan adalah suatu ikatan yang suci. Cukup suci!
Riana terdiam sebentar. Tersenyum angguk mendengar penjelasan Kak Syida itu. Sedikit mengubat kelukaan yang cuba hadir di hatinya.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“SAYANG, boleh tolong buatkan abang milo panas?” tanya Khairul setelah keluar dari bilik air. Menyegarkan badannya yang kelihatan penat kerana seharian dia berada di tapak projek bersama Johan. Menguruskan projek yang hampir lima puluh peratus siap itu.
“Riana, perkahwinan ini bukan satu permainan. Tiada menang dan tiada yang kalah. Yang ada hanya kebahagiaan yang ingin dikecapi oleh pasangan suami isteri.”
Riana masih memandang cermin. Cebisan kata Kak Syida sebentar tadi diingati dan diamati maksud yang tersirat. Memikirkan segala kemungkinan dengan apa yang didengar dan dilihatnya petang tadi. Tidak tahu sama ada dia perlu memberitahu Khairul tentang wanita yang bernama ‘Shima Mokhtar’ ataupun hanya menyimpannya sebagai rahsia diri. Dia jadi buntu!
Khairul dari sudut almari sedang memakai pakaiannya. Dia perasan Riana seakan termenung seketika dan tidak membalas katanya sebentar tadi. Dia jadi hairan. Segera melangkah menghampiri wanita itu. “Sayang..” panggil Khairul mengusap lembut bahu Riana. Buat Riana tersedar dan hanya memandang lelaki itu. Bibir lagak terkunci rapat. “Kenapa ni?” tanya Khairul bernada manja. Mengusap pula pipi isterinya itu.
“Abang cintakan sayang tak?” tanya Riana ingin tahu. Jauh di sudut hati terasa sangat bodoh dengan soalannya sendiri sedangkan jawapannya sentiasa disebut-sebut oleh suaminya itu hampir setiap hari. Sampai rimas jadinya.
“Kenapa sayang tanya abang macam ni? Mestilah abang cinta dan sayang kepada isteri abang  yang satu ni. You know right? You always be my love..” kata Khairul tersenyum indah.
“Abang tahu kan yang sayang pun cintakan abang? Kalau andai kata hati abang ni ada jugak menyimpan perasaan cinta terhadap orang lain. Sayang faham.” kata Riana meletakkan tangannya ke dada lelaki itu. Nada sedikit tersekat untuk meluahkan kata-kata itu.
Khairul mula rasa hairan sambil memegang tangan wanita itu. “Sayang, kenapa sayang cakap macam ni? Tell me please..” pinta Khairul seakan pasti ada sesuatu yang cuba disembunyikan daripada pengetahuannya. Dia perlu tahu!
Riana tertunduk seketika. “Siapa Shima Mokhtar?” tanya Riana akhirnya mula bersuara mengenai wanita misteri itu. Sudah tiba masa untuk dia berterus terang. Tidak mahu terus memendam rasa ingin tahu itu lagi.
Khairul pandang Riana aneh. “Shima Mokhtar? Macam mana sayang kenal dia?” tanya Khairul kembali. Tanpa menjawab soalan Riana.
“Siapa dia?” ulang tanya Riana bernada lembut. Terasa ingin benar tahu. Lebih-lebih lagi dengan perubahan riak wajah suaminya itu apabila nama itu disebut di bibirnya.
“Dia pelanggan baru syarikat abang daripada negara Singapura. Macam mana sayang kenal dia?” tanya Khairul lagi. Mula rasa risau.
Riana menarik nafas perlahan. Dia membuka laci meja soleknya dan serahkan sampul yang terkandung gambar yang diberi oleh wanita yang ditemui sebentar tadi kepada Khairul.
Khairul segera mengambil dan melihat isi kandungannya. Tidak sabar-sabar. Gambar-gambar dia bersama dengan Wina jelas di anak matanya. Dibelek satu persatu. Lagak terkejut besar! “Apa ni? Mana sayang dapat semua gambar-gambar ni? Siapa yang bagi?” Khairul terbeliak biji mata. Ingin benar-benar tahu!
“Tadi petang sayang dah dengar penjelasan daripada dia. Sekarang sayang nak dengar dari mulut abang sendiri. Jelaskan apa yang dah terjadi sebenarnya? Siapa dia? Dan kenapa gambar abang boleh ada dengan dia.” kata Riana bertubi-tubi. Inginkan perjelasan dari mulut Khairul. Dia tidak mahu bertindak terburu-buru berprasangka buruk seperti suaminya itu dahulu. Pernah salah faham dengan hubungannya bersama Hairie. Dia tidak mahu soal sekecil itu menjadi semakin parah kerana sesungguhnya dia tidak sanggup kehilangan lelaki itu kerana di hatinya telah lama tertulis nama Khairul Faiz, suaminya. Dia tak sanggup!
Khairul tanpa banyak bicara segera menerangkan dari hari pertama dia mengenali wanita yang bernama ‘Shima Mokhtar’ itu sehingga ke hari terakhir di bertemu dengan wanita itu kepada Riana. Tidak rahsia lagi. Dia ingin benar-benar Riana percayakan dia. Tidak mahu Riana terus tertanya dan membuat andaian dengan jawapan sendiri.
“Terima kasih. Terima kasih abang.” ucap Riana tersenyum tenang. Segala persoalan di mindanya kini terjawab. Jauh di sudut hati dia terasa lega. Lega yang amat!
Khairul memegang tangan Riana erat. Mata merenung anak mata isterinya itu.  “Sayang, sayang percayakan abang, kan?” tanya Khairul ingin benar tahu. Kerana jawapan itu sahajalah yang akan buat dia bertambah lega.
Riana mengangguk kepala pantas. “Ya. Sayang percayakan abang. Sayang akan tetap percayakan abang selagi abang percayakan sayang.” luah Riana ikhlas. Bibir kembali tersenyum manis. Sesungguhnya dia percaya!
Khairul segera memeluk Riana erat. Cukup dengan jawapan itu sahaja buat dia percaya yang Riana akan sentiasa kekal menjadi miliknya. Milik dia seorang!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
 “AKU nak kau tolong aku siasat siapa sebenarnya Cik Shima Mokhtar ni.” pinta Khairul memandang Johan yang sedang duduk di hadapannya. Dia dan Johan sejak dari tadi membincangkan soal wanita yang bernama ‘Shima Mokhtar’. Khairul tekad ingin menyiasat siapa sebenarnya wanita itu dan untuk tujuan apa wanita itu bertindak berjumpa dengan Riana. Malah merayu Riana untuk meninggalkan dirinya. Gambar-gambar yang diambil sebagai bukti juga agak mencurigakan. Seakan ada rancangan yang terselindung di sebalik pengetahuannya.
Johan mengangguk mengerti. Khairul telah menjelaskan segala-galanya kepadanya. Gambar di tangan dibeleknya satu-persatu. Sekali lagi. Betul sangkaannya tempoh hari, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan wanita daripada negara Singapura itu.
Pintu dibuka tanpa diketuk. Wajah Faizul terpancul dari muka pintu. “Faiz, abang nak..” Faizul lagak terkejut melihat dua lelaki sedang berbincang di situ. Lagak tidak sedar. Khairul dan Johan hanya kalih pandang memerhati. Turut sedikit terkejut dengan kehadiran tiba-tiba Faizul itu. “Sorry, abang tak tahu pulak yang Faiz ada discussion dengan Jo sekarang ni.” sambung Faizul bernada maaf. Tangan masih memegang tombol pintu.
It’s okay Abang Faizul. Masuklah.” pinta Khairul tersenyum faham. Faizul yang lagak terpinga-pinga melangkah ke meja Khairul setelah pintu ditutup. Johan pula lagak memerhati sahaja. “Abang Faizul nak apa tadi?” tanya Khairul ingin tahu. Cuba bernada biasa.
“Err.. abang nak fail Projek Purnama Sakti yang Faiz cakap tu.” Faizul menjawab dengan nada tersekat-sekat.
“Oh ya.. fail projek tu Faiz dah serahkan pada Jeffry tadi. Dia belum bagi ke?” tanya Khairul cuba untuk mengukir senyum pula.
“Oh ya ke? Tak tahu pulak abang. Dia lupa bagi kut.” Faizul membalas lagak serius. Mata terpandang pula lagak Johan dan Khairul. Seakan sedang dilanda resah. “Err.. kenapa ni? Korang dua nampak semacam aje. Is that anything wrong?”
Khairul menarik nafas panjang. Dipandangnya ke arah gambar yang diletakkan di atas meja itu pula. Tidak tahu bagaimana ingin dimulakan semula kisah misteri yang cuba hadir di dalam rumah tangganya itu.
Faizul lagak memandang ke arah pandangan Khairul itu. “Gambar apa ni, Faiz?” soal Faizul lagak sedikit terkejut. Membelek-belek gambar yang diambil dari atas meja. Satu persatu. Lagak ingin benar tahu.
“Ada orang cuba nak rosakkan hubungan Riana dengan Faiz.” ujar Johan pantas. Menjawab bagi pihak Khairul. Tahu sahabatnya itu sedang ditimpa rasa resah ketika ini.
“Apa?! Siapa dia, Faiz?” tanya Faizul lagi. Lagak benar-benar terkejut. Memerhati pula wajah Khairul.
Khairul menggeleng perlahan. “Faiz tak tahu.” jawab Khairul memang tidak pasti. Tidak mahu menuduh sebarangan.
It’s okay Faiz, Biar abang yang siasat benda ni. Ini benda serius. Tak boleh buat main. Ini mesti ada orang yang nak main kotor dengan company kita ni.” luah Faizul lagak geram. “Err.. Faiz pernah cerita pada abang soal Hairie dulu, kan?” Faizul mula menimbulkan cerita baru di sebalik kesunyian yang tercipta sebentar di antara mereka bertiga itu.
“Hairie?” ulang tanya Khairul tidak pasti kenapa nama lelaki itu disebut pula. Agak lama juga dia tidak mendengar nama itu sejak prasangka buruknya terhadap Riana dahulu.
“Ya. Dulu masa perjanjian Projek Mega Tiga tu. Kan dia pernah minta company kita tarik diri?” Faizul cuba membuat andaian. Dia tahu di sebalik perjanjian itu. Khairul telah menceritakan segala-gala kepadanya berkenaan dengan hal itu.
Yes bro. Mamat Gema Holding tu!” sampuk Johan lagak seakan mengeyakan tekaan Faizul itu. Buat Khairul kalih pandang pada Johan pula.
Khairul berfikir sejenak. Tahu apa yang Faizul dan Johan sedang maksudkan itu. Khairul lagak melepaskan keluhannya seketika. Dia memandang Faizul. “Tak apalah. Biar Faiz aje yang jumpa dengan dia nanti. Selagi Riana percayakan Faiz. Itu dah cukup.”
            “Baguslah kalau macam tu.” angguk Faizul tersenyum kelat. Ternyata perangkap yang dipasang untuk Riana hilang kepercayaan dan tinggalkan Khairul tidak menjadi lagi. Dia perlu melakukan sesuatu. Mungkin lebih dahsyat daripada ini agar Riana berpisah dengan Khairul. Secepat mungkin!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
PESANAN air minuman Khairul dan Hairie diletakkan di atas meja. Ini pertemuan pertama antara mereka berdua setelah Khairul mendirikan rumah tangga bersama Riana.
“Macam mana keadaan Riana sekarang?” soal Hairie sekadar ingin tahu. Memulakan bicaranya dengan Khairul setelah lama mereka berdua mendiamkan diri. Tidak sangka dia akan bertemu lagi dengan lelaki itu. Lelaki yang suatu ketika dahulu dijadikan sebagai tempat untuk menjalankan misi jahatnya sahaja.
“Dia sihat. Alhamdulilah..” jawab Khairul bernada biasa. Sedikit rasa cemburu mula timbul di dalam hati semula. Entah mengapa.
Hairie mengangguk lagak faham. “Baguslah. Ermm.. so kenapa kau nak jumpa aku ni? Ada apa-apa masalah ke?” tanya Hairie kembali kepada tujuan utama mereka bertemu kembali.
Khairul mendengus kecil. Dia perlu berani. “Hairie, firstly aku nak minta maaf. Aku just nak beritahu kau yang baru-baru ini, ada seorang perempuan cuba nak pisahkan aku dengan Riana. Kami pun baru aje kenal dia. Jadi..”
“Jadi kau nak tuduh aku?” sambung Hairie lagak mengerti. Walaupun cerita keseluruhannya tidak didengar habis.
Kepala Khairul segera digeleng. “Bukan macam itu, Hairie. Aku cuma nak tanya sama ada kau kenal dia atau tak? Nama dia Shima Mokhtar. Anak pemilik Syarikat Maju Jaya daripada Singapura.” kata Khairul kerana sudah agak lelaki itu akan bersikap begitu.
Hairie berfikir sejenak. “Aku tak kenal.” geleng Hairie memang tidak mengetahui tentang kewujudan syarikat itu. Malah nama wanita yang disebut itu juga tidak pernah didengarinya sebelum ini. Itu adalah kali pertama.
“Ya. Terima kasih.” angguk Khairul sedikit menarik nafas lega. Ternyata Hairie bukan orangnya.
“Faiz, bohonglah kalau aku cakap aku dah lupakan Riana seratus peratus. Ya. Walaupun hanya tiga bulan aje kami dua kenal. Cukup untuk aku kenal hati budi dia. Dia pun dah pulangkan rantai yang aku pernah bagi dulu, walaupun aku dah anggap dia kawan aku aje sekarang ni. Jadi tak ada gunanya untuk aku buat itu semua sebab aku tahu cinta Riana hanya pada kau, dan bukan untuk aku lagi.” Hairie menambah lagak pasti rumah tangga lelaki di hadapannya itu sedang dilanda musibah. Tetapi untuk bergelar ‘penghancur rumah tangga orang’ memang tidak sama sekali. Dia sudah redha sepenuhnya!
“Baguslah macam itu. Aku minta maaf. Sebenarnya aku memang tak syak apa-apa pun terhadap kau, sebab tu aku datang jumpa kau ni. Jangan risau, aku masih percayakan kau. Aku jugak akan doakan kau bahagia nanti, ya? Terima kasih.” luah Khairul segala rasa di hati. Memang dia tidak ada prasangka buruk terhadap lelaki itu lagi. Sedikit pun!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“YOU must off your phone for this time being. I tak nak you angkat phone call daripada sesiapa pun. Kalau susah-susah sangat, better tukar terus phone number you tu. Nampaknya I terpaksa guna plan I sendiri selepas ni.” arah Faizul panjang lebar sambil duduk memandang ke arah tengah kelab. Mengadakan perjumpaan mengejut dengan Wina.
“Kenapa? Plan kita tu tak menjadi ke, sayang?” tanya Wina ingin tahu. Sedikit terkejut dengan arahan yang diterima itu walaupun bayaran penuh telah diterimanya.
Plan kita tak cukup kuat untuk mengugat kepercayaan Riana pada Faiz. It’s okay my dear. Ini Khairul Faizul Datuk Kamil la. I masih ada cara lain untuk buat Riana tinggalkan Faiz. Mungkin buat selama-lamanya.” balas Faizul bernada geram. Bibir tersenyum sinis.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
 “ABANG dah siasat. Rupanya pemilik Syarikat Maju Jaya, Tan Sri Mokhtar Baharom tak ada anak perempuan tapi hanya ada seorang anak.. anak lelaki.” kata Faizul memulakan bicaranya setelah dia mengadakan perjumpaan itu dengan tiba-tiba di bilik pejabat Khairul. Menyebut kata ‘anak lelaki’ itu dengan keras.
Khairul dan Johan memerhati. Sempat memandang antara satu sama lain. Lagak terkejut mendengar berita itu. “Anak lelaki?” tanya Khairul aneh.
Faizul menggangguk pantas. “Ya. Dan anak dia tu bernama Wahid Mokhtar, bukan Shima Mokhtar yang macam Faiz cakap pada abang tu.” Faizul mengeluarkan sekeping gambar dari sampul di tangannya. Gambar tersebut diletakkan di atas meja. Berdekatan dengan Khairul. “Ini gambar dia.. Faiz, tengok la.”
Khairul yang lagak tidak sabar itu segera melihat ke arah gambar itu. Gambar seorang lelaki yang berpakaian kot hitam sedang berjalan masuk ke dalam syarikat yang terpampang nama ‘Maju Jaya Company’.
“Jadi kenapa dia nak berurus niaga dengan syarikat kita?” sampuk Johan. Ingin benar tahu. Tidak mahu meneka sendiri.
“Entahlah. Itu abang tak pasti. Abang rasa dia mungkin hanya menggunakan status anak syarikat itu untuk kaburkan rancangan jahat dia terhadap syarikat kita ini.” jawab Faizul buat Khairul mengangguk lagak setuju dengan andaian yang dikemukakan oleh abangnya itu. Lagak masuk akal juga. “Tapi Faiz, abang rasa lebih baik kita batalkan saja siasatan ni. Tak ada gunanya kita nak terus-terusan siasat siapa dia, sedangkan Faiz sendiri yang cakap, Riana percayakan Faiz, kan? Jadi buat apa kita nak risau lagi?” sambung Faizul lagak memberi cadangan supaya siasatan itu diberhentikan.
“Tapi Abang Faizul, kita perlu tahu jugak siapa dalangnya. Aku pasti Faiz, mesti ada dalang di sebalik rancangan jahat ni.” kata Johan lagak tidak setuju. Pandang pula ke arah Khairul yang masih mendengar perbicaraan itu.
Khairul mengangguk kepala. Berfikir sejenak. “Hmm.. betul apa kata Abang Faizul tu, Jo. Aku pun rasa lebih baik kita batalkan aje siasatan ni. Lagi pun kita tak sign apa-apa kontrak lagi dengan dia. Jadi tak ada gunanya kita nak siasat dia lagi. Macam yang aku cakap hari itu. Riana percayakan aku. Itu dah cukup untuk aku, Jo.” Akhirnya Khairul bersuara dan memutuskan keputusannya. Kepercayaan Riana Akma terhadapnya cukup untuk buat dia rasa tenang setenang-tenangnya.
“Ermm.. kalau macam tu cakap kau.. okey la. Aku ikut aje.” angguk Johan seakan mengerti. Terpaksa akur.
Siasatan diberhentikan. Faizul tersenyum sinis. Akhirnya adiknya itu mengikut cadangannya. Johan sempat pandang Faizul yang kelihatan aneh. Seakan ada sesuatu yang tidak kena dengan lelaki yang bernama Khairul Faizul itu sejak kebelakangan ini. Dia mula rasa sangsi.

4 ulasan:

  1. so overallnya this story is not bad.menarik......next time tmbh lg novel2 bg bnyk ea.tahniah anda ade chance utk jd penulis novel terbaik.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama~ terima kasih di atas pujian awak itu..Hope awak sudi baca nOvel sy yg lain k. (^^)

    BalasPadam
  3. Jalan cerita novel ni sangat menarik dan bagus.. Untuk novel awak seterusnya, wujudkan plot klimaks yang lebih mencabar dan ending yg berlainan dengan novel2 di pasaran..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Siti_Nor diatas kOmen tu ye..InsyaAllah..I will (^^)y

      Padam

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~