2 Mei 2011

~Bab 41~

Bab 41
Dua Tahun Kemudian...
        Pipi Riana terasa dikucup lembut oleh insan yang berada di sebelahnya. Dia pantas membuka mata.Kelihatan Khairul sedang tersenyum manja merenungnya.Mereka berdua sedang selesa berbaring di atas katil.
Good morning sayang...”ucap Khairul lembut.Bibirnya mengukir senyum.
Good morning.. Hye. Dekat sayang je? Dekat baby kita ni. Tak nak wish? em.?” balas Riana sambil tangannya mengusap lembut perutnya yang telah membuncit besar.Bulan ini sudah masuk bulan ke sembilan tetapi hari bersalinnya masih dalam perhitungan.
“Opp. Terlupa pula abang..”balas Khairul lalu bingkas bangun dan duduk bersila di atas katil memerhati perut Riana manja.
        Khairul mengusap-gusap perlahan perut yang menempatkan tubuh bakal anak sulungnya itu. Riana pula hanya memandangnya dalam keadaan berbaring.Merelakan diperlakukan sedemikian sambil bibir terukir satu senyuman indah.
Good morning Ku Rizal. Sayang papa jangan nakal-nakal k....” kata Khairul menimbulkan pertanyaan di minda Riana.
“Ku Rizal?”
“Hem. K for Khairul and  R for Riana. So this it!.. Ku Rizal...” balasnya sekilas memandang isterinya itu.
“Pandai abang pilih...”balas Riana yang turut suka akan nama itu. Dia pernah memberitahu suaminya. Jika mereka dikurniakan anak lelaki, Khairul yang akan memberi nama dan begitu juga jika sebaliknya. Mungkin rezeki mereka lebih baik selepas melalui pemeriksaan jantina anaknya itu dan mendapati mereka bakal menimbang cahaya mata lelaki.
“Abang...”panggil Riana lembut.Wajah Khairul masih di matanya.Tidak sesekali dikalih ke arah lain.
“Em.?”balas Khairul bersahaja kerana dia masih memandang perut Riana. Berangan mendodoikan bayi yang bakal dilahirkan itu kelak.
“Sayang sayang abang sangat sangat....”
        Khairul pantas memaling manja ke arah Riana dan merapatkan dirinya dengan isterinya itu.Pipi wanita itu diusapnya lembut.
“Abang pun sayang sayang sangat-sangat..emm..Macam ni malas la abang nak pergi kerja. Nak tidur balik la. Nak jaga sayang...”balas Khairul manja sambil berbaring di sebelah Riana semula.
“Ha jangan nak gada-gada. Tak malu dekat baby ni ke?... em?”
Yes madam!....”
Khairul segera bangun dan kembali duduk semula.
“Anak papa. Papa pergi kerja dulu ya? Jaga mama elok-elok tau!. Jangan tendang dia tau...!”pesan Khairul.Dia segera turun dari katil lalu menarik kain tualanya dan bergegas masuk ke dalam bilik air.
        Riana hanya tersenyum geleng melihat gelagat suaminya itu lalu dia bangun perlahan-lahan dan mula mengemas keadaan katilnya yang kelihatan sedikit berserabut tetapi dia masih setia duduk di atas katil.
        Sejak mengandung, badannya semakin lemah untuk melangkah. Melangkah pun hanya setapak demi setapak.Takut sesuatu terjadi pada kandungan sulungnya dan dia sentiasa mengingati pesanan suaminya agar berhati-hati sepanjang masa walau di mana jua dia berada.
.......................................................................................................
        Khairul keluar dari bilik air dengan hanya berkain tuala  dari paras pusat hingga ke lutut setelah hampir sepuluh minit dia berada di situ.
“Sayang. Apa ni.? Jangan la buat ni. Nanti Kak Min masuk, dia kemas la...”kata Khairul dengan nada risau lalu mendapatkan isterinya yang masih berada di katil tetapi dalam keadaan duduk bersandar sambil menepuk bantal.
         Kak Min merupakan orang gaji yang diupah oleh ibu bapa Khairul selepas doktor mengesahkan Riana mengandung. Kak Min juga bertanggungjawab menjaga Riana selepas Khairul pergi dan sebelum dia pulang dari tempat kerja.
“Abang. Sayang tahu la. Ala sikit je ni...”degil Riana masih ada.
“Ha jangan nak gada-gada. Ikut cakap abang. Duduk sini diam-diam...” balas Khairul yang membuat mimikan suara seperti isterinya itu.Dia menjauhi isterinya seakan ingin keluar bilik.
“Eh. Abang nak pergi mana pula tu?”tanya Riana aneh.
“Nak panggil Kak Min. Suruh tengokkan sayang abang yang degil ni..”balasnya sekilas memandang Riana.Dia mula memulas tombol pintu biliknya.
“Eh. kalau ya pun pergi la pakai baju tu dulu. Tak malu dengan Kak Min ke..?”
“Owh. Alamak lupa pula abang..”
        Khairul baru sedar yang dia masih berkain tuala.Lantas tersenyum malu sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Riana hanya geleng kepala. Tersenyum lucu memandang gelagat suaminya itu.Semakin hari semakin menjadi sikap kelakar suaminya.Mungkin inilah dikatakan debaran seorang bapa yang sedang menantikan cahaya mata mereka.Lebih-lebih lagi cahaya mata pertama.
        Khairul segera merapati almari dan mengambil baju kerjanya yang tergantung di situ lalu memakainya.Sesekali dia tersenyum memandang wajah isterinya.Teringat dia akan rancangan penuh berinfomasi ‘Semanis Kurma’ yang dipengacarakan oleh dua orang pakar motivasi terkenal yang juga merupakan sepasang suami isteri.Mereka berdua akan menonton rancangan yang bersiaran langsung setiap malam hari Jumaat di tv9 itu bersama-sama.Menurut pasangan tersebut, jika seseorang isteri atau suami itu sering memandang wajah pasangan mereka, nescaya Allah menjanjikan pahala yang besar di syurga yang kekal kelak.
        Riana hanya tersenyum memandang suaminya.Sedar atau tidak,dia turut teringat akan rancangan tersebut.Gerak hati mereka berdua sungguh kuat.Mana tidaknya,pernah kandungannya masuk bulan ke tujuh, dia mengidam makan buah pelam masak.Hari itu juga Khairul membawa pulang sebungkus buah pelam masak. Katanya dia turut merasa akan hal yang sama.
.......................................................................................................
Perut Riana seakan mula merasa meragam.
“Abanggg....”panggil Riana perlahan sambil memegang perutnya dengan wajah yang masam.
“Em...”balas Khairul yang kini berada di hadapan meja solek. Sedang menyikat rambutnya rapi setelah mencalitkan sedikit gel Brycream pada bahagian itu.
“Sayang rasa tak sedap badan la...”
“Em. Kenapa pula ni.?”tanya Khairul aneh lalu merapati isterinya segera.Dia risau.
“Rasa macam baby kita ni. Tendang la...”
“Ku Rizal. Berapa kali papa nak cakap? Jaga mama, bukan tendang mama...”kata Khairul sambil menunding jari ke arah perut Riana.Dia masih berlagak lucu seperti itu.
“Ish abang ni. Sayang serius la..”tampar lembut Riana pada lengan lelaki itu.
“Aduh bang!!!”
        Riana tiba-tiba mengerang kesakitan.Dirasakan masanya telah tiba.
“Sayang? Sayang ok tak ni?”tanya Khairul mula cemas sambil memegang kedua-dua belah lengan isterinya itu.
“Tak! Sayang tak ok. Cepat la abang.! Bawa sayang pergi hospital. Baby kita nak keluar dah ni..”geleng Riana pantas sambil memaut lengan suaminya erat.
“Owh. Ok ok..Jom!. Kita pergi hospital...”
        Khairul segera memikul Riana.Sempat dia bergerak ke arah meja solek dan mengambil pantas kunci keretanya.Dia membawa Riana turun. Perlahan-lahan dia mengira anak tangga bersama isterinya itu.Takut tersalah langkah,boleh meragut tiga nyawa sekaligus.
“Ibu..! Abah..!.”jerit Khairul sambil memandang sekeliling mencari kelibat kedua-dua orang tuanya.
“Eh. Faiz. Riana kenapa ni?”tanya Puan Sri Julia cemas yang muncul dari arah dapur bersama suaminya.Turut ikut serta Jasmin dengan apron yang dipakainya.
“Ibu. Cepat buka pintu. Riana nak bersalin dah. Kita kena hantar dia pergi hospital sekarang. Cepat bu..”pinta Khairul makin cemas.
“Ah!.. Ok ok...”
Puan Sri Julia menurut tanpa membantah.
        Pintu rumah segera dibuka dan mereka berlima lantas menuju ke arah kereta Khairul.
“Min. Awak jaga rumah ya...”pinta Puan Sri Julia sempat kalih pandang pada pembantu rumahnya sambil memasuki tempat duduk belakang kereta.
“Baik Puan.”angguk Jasmin faham.Hanya memerhati gelagat cemas keluarga majikannya itu.
“Nanti. Biar abah yang drive. Faiz jaga Riana kat belakang ya.. ”pinta Tan Sri Kamil menahan Khairul yang kelihatan ingin masuk ke tempat duduk pemandu selepas selesai membaringkan Riana di tempat duduk belakang.Dia merampas kunci kereta yang dipegang anaknya itu.
“Hem. Yela. ”angguk Khairul pantas bersetuju.Memang itulah sepatutnya. Dia cemas, takut nanti tidak dapat memandu keretanya dengan baik.Dia segera masuk ke tempat duduk belakang. Puan Sri Julia pula keluar ke tempat duduk hadapan setelah melihat Khairul memasuki tempat itu.
        Khairul meribakan kepala Riana di atas kedua-dua pahanya. Memandang wanita yang masih mengerang kesakitan itu. Kereta bertolak keluar dari rumah menuju ke hospital yang berdekatan.
“Sayang. Tahan ya. Sikit je lagi kita nak sampai hospital tu ya?” kata Khairul menenangkan isterinya.Ditatap tajam wajah tersebut.Tangannya mengenggam erat sebelah tangan Riana.
 “Sakit bang....”jerit Riana sambil mengerang kesakitan yang dirasainya itu sambil sebelah tangan lagi meramas-ramas perutnya.Kelihatan air mata wanita itu mengalir perlahan.
“Ya. Ya abang tahu..”angguknya faham. Jika diberi peluang, pasti sakit itu ingin dirasainya bukan isterinya.Sungguh..!
        Riana dimasukkan ke dalam wad bersalin.Khairul perlu berada di sisi isterinya itu.Inilah kali pertama dia menanti dengan penuh debaran sebagai seorang ayah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~