2 Mei 2011

~Bab 25~

SETAHUN KEMUDIAN..

PIPI Riana terasa dikucup lembut oleh insan yang sedang berbaring di sebelahnya. Dia pantas buka mata. Terkebil-kebil. Kelihatan Khairul yang sedang tersenyum manja merenungnya. Mereka berdua sedang selesa berbaring di atas katil.
            “Good morning sayang..” ucap Khairul lembut. Bibirnya mengukir senyum. Tangan pula mengusap lembut rambut Riana yang mengurai di atas bantal.
            Riana tersenyum mesra memandang anak mata Khairul. “Good morning.. Hai, dekat sayang aje ke? Dekat baby kita ni, tak nak wish? Hmm?” balas Riana sambil tangan mengusap lembut perutnya yang telah membunting besar. Bulan ini sudah masuk bulan ke sembilan tetapi hari bersalinnya masih di dalam perhitungan. Mungkin kurang dari seminggu lagi.
            “Oppss.. terlupa pulak abang.” Khairul bingkas bangun dan duduk bersila di atas katil. Memerhati perut Riana manja. Dia mula mengusap-gusap perlahan perut yang menempatkan tubuh bakal anak sulungnya itu. Riana pula hanya memandangnya dalam keadaan masih berbaring. Merelakan diri diperlakukan sedemikian sambil bibir terukir satu senyuman indah. “Good morning Khairul Rizal, anak papa jangan nakal-nakal dalam ni, okey?” kata-kata Khairul menimbulkan pertanyaan di minda Riana.
            “Khairul Rizal?” Riana mengulang kata Khairul dengan wajah aneh.
            Khairul tersenyum angguk. “Hmm.. K untuk Khairul dan R untuk Riana. So this is.. our Khairul Rizal.” Balas Khairul lagak suka sekilas memandang Riana sambil tangan mengusap lembut perut isterinya itu.
            “Pandai abang pilih nama.” balas Riana yang turut menyukai nama itu walaupun itu adalah kali pertama mendengar Khairul menyebutnya. Riana pernah memberitahu suaminya itu. Jika mereka dikurniakan anak lelaki, Khairul yang akan memberi nama dan begitu juga jika sebaliknya. Mungkin rezeki mereka lebih baik selepas melalui pemeriksaan jantina anaknya itu dan mengesahkan mereka bakal menimbang cahaya mata lelaki. “Aduh abang!” jerit kecil Riana lagak tahan sakit tiba-tiba. Tangan dibawa ke perut pantas. Buat Khairul yang sedang tersenyum suka jadi mengelabah seketika. Risau sudah!
“Kenapa ni, sayang? Sayang okey tak ni?” tanya Khairul terketar-ketar. Tidak tahu apa yang perlu dia lakukan ketika dan saat ini. Dia jadi buntu.
“Sayang rasa..” Riana meluah lagak lambat-lambat. Kedua-dua tangan mengusap perutnya.
“Rasa? Saya rasa apa? hah sayang? Cepat cakap kat bang sayang rasa apa ni?” Bertalu-talu Khairul menyoal lagak membaling batu. Risau sangat. Lengan tangan pula lagak bersedia untuk memikul Riana turun dari katil itu bila-bila masa sahaja.
“Emm.. sayang rasa macam Khairul Rizal kita ni suka la dengan nama dia.” Riana menjawab laju tanpa ada nada suara mengerang sakit lagak tadi lagi.
“Apa?” Khairul kerut dahi. Terkejut melihat Riana yang sedang berlagak tersengih pula. Dia jadi keliru. Crisis situation maybe?
Riana mencubit lembut pipi Khairul. “Abang ni.. Sayang okey la. Saja nak usik-usik abang sayang yang comel ni.” kata Riana tersenyum mesra. Tertawa geli hati dengan telatah kelam kabut Khairul itu tadi.
“Sayang, apa ni? Risau dah abang tadi tau!” marah Khairul lagak geram. Muka terus ditarik masam.
“Ya ke risau?” soal Riana buat Khairul tarik muka lagi. Lagak geram benar dipermainkannya sebentar tadi. Sangkaannya Riana mungkin telah capai tahap matang untuk bersalin meleset sama sekali. “Okay okay.. sorry.. Sayang tak buat lagi dah, okey? Sayang janji!” kata Riana sempat mengangkat tapak tangannya lagak seperti mengangkat sumpah. Buat marah Khairul reda kembali. Khairul kembali memandangnya dengan mesra. “Abang..” panggil Riana lembut. Bernada manja. Wajah Khairul masih di matanya. Tidak sesekali dikalih ke arah lain.
            “Hmm?” Khairul bersahaja membalas kerana dia masih memandang perut Riana. Berangan-angan mendodoikan bayi yang bakal dilahirkan ke dunia itu kelak. Risau jika terjadi apa-apa dengan anak itu. Pasti dirundung rasa sesal tak sudah.
            “I love you..” luah Riana tersenyum manja. Hati sentiasa berbunga bila memandang wajah lelaki yang bertakhta di dalam hatinya itu. Lelaki yang mungkin telah ditetapkan jodohnya sejak azali lagi.
            Khairul pantas memaling manja ke arah Riana dan merapatkan dirinya dengan isterinya itu. Pipi wanita itu diusapnya lembut. “I love you too.. Ermm.. macam ni malas la abang nak pergi kerja. Nak tidur balik la. Nak jaga sayang.” Khairul membalas manja sambil berbaring di sebelah Riana semula. Mata pula cuba dipejam rapat.
            “Isy.. jangan nak gada-gada, okey? Tak malu dekat baby kita ni ke? Hmm?” tegur Riana menepuk perlahan dada bidang Khairul yang tidak berbaju itu. Dia mula bangun dari terus berbaring.
Khairul kembali membuka mata. “Tak.” geleng Khairul pantas. Gelak sakan!
            “Abang ni kan..” balas Riana lagak geram lagi. Muka ditarik kembali.
          “Yes my love..” Khairul segera bangun dan kembali duduk semula. “Anak papa, papa nak pergi kerja dulu, ya? Jaga mama elok-elok tau? Jangan tendang dia tau?!” pesan Khairul sambil mengusap-gusap perut Riana.
            “Dah la tu. Pergi mandi..” Riana menundukkan kepala ke arah perut buntingnya pula. “Khairul Rizal, papa busuk, kan?” bisik Riana sambil memicit hidungnya sendiri.
            Khairul tersenyum tawa dengan lagak gurau senda isterinya itu. Sempat menarik hidung mancung Riana itu. Lagak geram. Dia segera turun dari katil lalu menarik kain tualanya yang disangkutkan di sebelah pintu bilik air. Bergegas masuk ke situ.
            Riana hanya tersenyum geleng melihat gelagat suaminya itu. Hampir dua tahun dia bergelar isteri kepada pemilik nama Khairul Faiz. Dia bahagia. Perut buntingnya diusap perlahan lagi. Rasa tidak sabar untuk melahirkan Khairul Rizal ke muka dunia. Untuk bersama-sama melengkapi hidup dia bersama Khairul. Pasti indah!
Riana membetulkan kedudukannya seketika. Tangan mula mengemas keadaan katilnya yang kelihatan sedikit berserabut itu tetapi dia masih setia duduk di atas katil. Sejak mengandung, badannya semakin lemah untuk melangkah. Melangkah pun hanya setapak demi setapak. Takut sesuatu terjadi pada kandungan sulungnya dan dia sentiasa mengingati pesanan Khairul agar berhati-hati sepanjang masa walau di mana jua dia berada.
            Khairul keluar dari bilik air dengan hanya berkain tuala dari paras pusat hingga ke lutut setelah hampir sepuluh minit dia berada di situ. Terpandang Riana yang masih berada di atas katil tetapi dalam keadaan duduk bersandar sambil menepuk bantal perlahan. “Sayang.. Isy.. buat apa ni? Janganlah buat benda ni semua. Nanti Kak Min masuk, dia kemas la.” kata Khairul dengan nada risau lalu mendapatkan isterinya itu. Bantal yang dipegang Riana pantas diambilnya. Mata menjegil geram.
             Jasmin atau lebih mesra disapa dengan nama ‘Kak Min’ merupakan orang gaji yang diupah khas oleh Khairul selepas doktor mengesahkan Riana mengandung. Kak Min juga bertanggungjawab menjaga Riana selepas Khairul pergi dan sebelum dia pulang dari tempat kerja.
            “Abang, sayang tahu la.. Ala sikit aje ni.” degil Riana masih ada. Ingin menarik semula bantal yang diambil Khairul itu. Tidak berjaya!
            “Isy.. jangan nak gada-gada, okey? Ikut cakap abang. Duduk sini diam-diam.” balas Khairul masih tegas. Sempat membuat mimikan suara seperti isterinya itu. Dia segera menjauhi Riana seakan ingin keluar pula dari bilik itu.
            “Eh! abang nak pergi mana pulak tu?” tanya Riana aneh. Memerhati gelagat suaminya itu. Tidak dapat menduga tindakan spontan lelaki itu.
            “Nak panggil Kak Min la, nak minta tolong tengokkan sayang abang yang degil sangat ni.” balas Khairul sekilas memandang Riana. Dia mula memulas tombol pintu bilik tidurnya.
            “Eh! kalau ya pun.. pergi la pakai baju tu dulu, tak malu dengan Kak Min ke?” sindir Riana. Jari telunjuk sempat dihayun perlahan menunjuk ke arah badan Khairul yang masih tidak berbaju itu.
            Khairul kaget sebentar. Dia memandang keadaan dirinya. “Oh alamak! lupa pulak abang.” kata Khairul baru sedar yang dia masih berkain tuala. Bibir tersenyum malu sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Melangkah kembali merapati almari pakaiannya.
Riana hanya geleng kepala. Tersenyum lucu memandang gelagat Khairul itu. Semakin hari semakin menjadi sikap kelakar suaminya itu. Mungkin inilah yang dikatakan debaran seorang bapa yang sedang menanti kemunculan cahaya mata mereka. Lebih-lebih lagi cahaya mata pertama.
            Khairul segera membuka almari dan mengambil baju kerjanya yang tergantung di situ. Baju itu dipakainya. Sesekali dia tersenyum memandang wajah Riana. Teringat dia akan rancangan penuh berinformasi ‘Semanis Kurma’ yang dipengacarakan oleh dua orang pakar motivasi terkenal yang juga merupakan sepasang suami isteri. Mereka berdua akan menonton rancangan yang bersiaran langsung setiap malam hari Jumaat di TV9 itu bersama-sama. Menurut pasangan tersebut, jika seseorang isteri atau suami itu sering memandang wajah pasangan mereka, nescaya Allah S.W.T menjanjikan pahala yang besar di syurga yang kekal kelak.
            Riana hanya tersenyum memandang Khairul lagi. Tanpa sedar, dia turut teringat akan rancangan tersebut. Gerak hati mereka berdua sungguh kuat. Mana tidaknya, pernah kandungannya masuk bulan ke tujuh, dia mengidam makan buah pelam masak. Hari itu juga Khairul membawa pulang sebungkus buah pelam masak, katanya dia turut merasa akan hal yang sama.
Perut bunting Riana seakan mula terasa meragam. Pantas kedua-dua tangannya dibawa ke perut. Mengusap perlahan. “Abang..” panggil Riana perlahan dengan wajah yang masam. Terasa tidak selesa.
            “Hmm..?” balas Khairul yang kini berada di hadapan meja solek. Nada berlagu. Sedang menyikat rapi rambutnya setelah mencalitkan sedikit gel berjenama Brycream pada bahagian itu.
            Riana mula telan air liur. “Sayang rasa tak sedap badan la..” balas Riana lambat. Terasa sakit seolah-olah perutnya dicucuk-cucuk.
            Khairul pandang Riana penuh. “Ermm.. kenapa pulak ni?” tanya Khairul tersenyum sendiri. Teka dia mungkin bakal diusik untuk kali kedua. Khairul merapati tubuh Riana segera. Duduk di sebelah isterinya itu dengan rasa suka.
            “Rasa macam baby kita ni.. tendang la, bang.” luah Riana masih mengusap perut. Air liur yang ditelan terasa tawar pula. Rasa mula tidak sedap badan. Sekilas pandang Khairul yang masih lagak tersenyum suka itu.
            “Khairul Rizal, kan papa dah pesan dah tadi. Jaga mama, bukan tendang mama.” kata Khairul sambil menunding jari ke arah perut Riana. Dia masih berlagak lucu seperti itu.
            “Isy abang ni kan.. Sayang serius la..” Riana menampar lembut pada lengan lelaki itu. Nada geram sungguh. “Aduh! Abang..!” Riana tiba-tiba mengerang kesakitan. Dirasakan tempoh matangnya telah tiba. Kali ini benar-benar!
            Khairul yang memerhati lagak terpinga-pinga. “Sayang? Sayang kenapa ni? Jangan la main-main dengan abang lagi. Sayang okey tak ni?” tanya Khairul mula cemas sambil memegang kedua-dua belah lengan isterinya itu. Dia jadi panik. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan saat ini.
            Riana pantas menggeleng kepala. “Tak! Sayang tak okey! Ambilkan tudung sayang atas tu. Cepat.. cepat!” Riana menjerit sambil menunding jari ke arah meja soleknya. Khairul yang masih terpinga-pinga segera menarik tudung sarung di atas meja itu. Anak kunci keretanya juga sempat ditarik sekali. Tudung diberikan pantas kepada Riana. Sempat membantu isterinya itu memakai tudung di kepala. “Bawa sayang pergi hospital sekarang jugak. Baby kita nak keluar dah ni. Betul-betul nak keluar dah ni..” Riana memaut lengan Khairul erat. Nafas ditarik dan dilepas beberapa kali. Lagak tercungap-cunggap macam baru lepas lari pun ada!
“Apa? Betul ken i sayang?” tanya Khairul lagi seakan tidak percaya.       
“Betul la abang.. Baby kita Khairul Rizal dah nak keluar dah ni.. Cepat” kata Riana seolah-olah menjerit geram. Geram disoal begitu lagi.
“Okey okey. Jom jom. Kita pergi hospital sekarang jugak, ya sayang?” Khairul segera memikul Riana. Dia membawa Riana turun ke tingkat bawah. Perlahan-lahan dia mengira anak tangga bersama isterinya itu. Takut tersalah langkah, boleh meragut tiga nyawa sekaligus. “Ibu! Ibu!” jerit Khairul beberapa kali setelah tapak kakinya menapak di ruang tamu. Kepala memandang sekeliling mencari kelibat ibunya itu.
            “Eh! Faiz, kenapa dengan Riana ni?” tanya Datin Julia cemas yang muncul dari arah dapur bersama Kak Min dengan apron yang dipakainya.
          “Ibu, cepat buka pintu. Riana nak bersalin dah. Kita kena hantar dia pergi hospital sekarang jugak. Cepat, bu!” pinta Khairul makin cemas. Riana yang di atas pikulannya masih mengerang sakit. Makin kuat.
            “Huh?! Okey! okey!” Datin Julia menurut saja. Pintu rumah segera dibuka luas dan mereka berempat lantas menuju ke arah kereta Khairul.
Kelihatan Pak Samad sedang mengelap pintu kereta. “Eh! kenapa ni, Faiz?” tanya Pak Samad lagak panik. Sedikit terkejut dengan jeritan anak majikannya itu.
“Pak Samad, cepat buka pintu kereta Faiz. Riana nak bersalin dah.” pinta Khairul bernada gemuruh. Riana masih ada dipikulannya. Masih mengerang kesakitan.
Pak Samad segera mengangguk faham sambil membukakan pintu belakang kereta Khairul itu.
            “Min, awak jaga rumah ya.” pesan Datin Julia sempat kalih pandang pada Kak Min yang kelihatan panik juga itu. Kakinya lantas melangkah masuk ke tempat duduk hadapan kereta.
            “Baik puan.” angguk Kak Min faham. Hanya memerhati gelagat cemas keluarga majikannya itu. Kelam kabut dibuatnya.
            Pak Samad merampas kunci kereta yang dipegang oleh Khairul. “Nanti, biar Pak Samad yang drive. Faiz jaga Riana kat belakang aje, ya?” pinta Pak Samad menahan Khairul yang kelihatan ingin masuk ke tempat duduk pemandu selepas selesai membaringkan Riana di tempat duduk belakang.
Khairul yang lagak gemuruh segera mengangguk kepala. Memang itulah sepatutnya. Dia cemas, takut nanti tidak dapat memandu keretanya dengan baik. Dia segera masuk ke tempat duduk belakang. Meribakan kepala Riana ke atas kedua-dua pahanya.
“Lekas Pak Samad! Bawa kami semua ke hospital, ya?” pinta Datin Julia nada risau. Setia memerhati keadaan anak menantunya itu.
“Baik datin.” angguk Pak Samad faham segera menghidupkan enjin kereta itu.
            Khairul memandang Riana yang masih mengerang kesakitan itu. Kereta bertolak keluar dari rumah menuju ke hospital yang berdekatan. “Sayang, tahan ya. Sikit aje lagi kita nak sampai hospital tu, ya?” Khairul menenangkan isterinya. Ditatap sayu wajah tersebut. Tangannya mengenggam erat tangan Riana.
            “Sakit abang!” jerit Riana sambil mengerang kesakitan yang dirasainya itu. Air mata pula tidak henti-henti mengalir. Inilah kali pertama sakit yang agak kuat dirasainya itu. Rasa sakit bagai nak mati pun ada!
            Khairul mengangguk faham. “Ya. Ya abang tahu..” kata Khairul sambil membelai lembut rambut Riana. Jika diberi peluang, biar sakit itu dia yang rasa bukan isterinya. Sungguh!
            Setelah hampir sepuluh minit, mereka berempat tiba di hospital yang di tempat khas atas nama Riana sejak sebulan yang lalu. Riana dimasukkan ke dalam wad bersalin. Khairul berada di sisi isterinya itu dari awal. Inilah kali pertama dia menanti dengan penuh debaran sebagai seorang ayah. Ayah kepada cahaya mata yang pertama. Sangat teruja dan gementar sungguh!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“Uuuweeeekkkkkkk.. uuuweeeeeekkkkkkkk..” Kedengaran jeritan kuat bayi selepas hampir dua puluh minit doktor pakar sakit puan dan jururawat membantu Riana melahirkan anak sulungnya itu. Termasuk Khairul yang masih setia di sisi. Melihat detik bersejarah itu disamping Riana yang lagak bergadai nyawa.
            “Abang, anak kita..” kata Riana lemah. Wajahnya penuh dengan peluh yang menitik. Air mata gembira menitis. Tangannya masih mengenggam erat tangan Khairul. Mata memandang ke arah doktor wanita yang sedang mendukung bayi lelaki mereka berdua itu.
            “Ya. Anak kita sayang, anak kita. Alhamdulilah..” Khairul mengangguk syukur sambil mengucup lembut tangan Riana beberapa kali. Turut sama memandang ke arah bayi lelaki yang sedang dibalut dengan kain putih oleh jururawat yang membantu isterinya sebentar tadi itu.
            Riana telah selamat melahirkan anak lelaki seberat 2.5 kilogram. Dia dan bayinya dibawa pula ke bilik rawatan ibu bersalin untuk dibersihkan darah dan menerima rawatan selanjutnya. Sementara Khairul, mengambil kesempatan itu untuk memberitahu berita gembira tersebut kepada Datin Julia dan Pak Samad yang sedang sabar menanti di luar wad itu. Menanti dengan hati yang cemas dan teruja pada masa yang sama.
            “Faiz, macam mana Riana? Dia dah selamat bersalin ke?” tanya Datin Julia. Lagak tidak sabar lagi. Hampir satu jam dia bersama Pak Samad sedang menanti di luar wad. Menanti berita kelahiran cucu sulungnya itu.
            Khairul mengangguk pantas. “Alhamdulilah ibu. Riana selamat. Sekarang dia ada kat dalam bilik rawatan.” jawab Khairul dengan tersenyum gembira.
            “Alhamdulilah.. Err.. cucu ibu?” sambung tanya Datin Julia lagi. Ingin tahu juga keadaan cucu sulungnya itu.
            “Alhamdulilah.. Cucu ibu pun selamat.” balas Khairul teruja. Bibir tersenyum suka lagi.
            Datin Julia tersenyum gembira. Kedua-dua tangan diangkat menyapu mukanya. “Syukur alhamdulilah.. Bila ibu boleh masuk tengok ni?” tanya Datin Julia. Lagak tidak sabar lagi ingin melihat pula.
            “Kejap lagi ibu. Dia orang bersihkan darah kejap. Nanti doktor panggil. Err.. kejap ibu, ya? Faiz nak buat phone call sekejap.” kata Khairul sambil mengeluarkan telefon pintar dari kocek seluar.
            Datin Julia mengangguk faham. “Ya la. Jangan lupa call Rizman sekali. Suruh dia balik jenguk Riana kalau dia free, ya?” pesan Datin Julia tersenyum suka lagi. Teringat sebentar akan adik kandungnya Riana itu.
            Khairul mengangguk faham. Tersenyum teruja. Tidak sabar menunggu panggilan doktor. Dia segera menelefon Rizman, Johan dan keluarga saudara Riana, Pak Su Sufian untuk memaklumkan berita gembira ini. Mereka yang mendengar berita itu kedengaran teruja sungguh. Tidak sabar menatap wajah anak sulungnya itu.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“SAYANG, tengok ni.. Khairul Rizal.” kata Khairul yang sedang duduk mendodoikan bayinya di sisi Riana yang masih lemah berbaring di atas katil. Khairul duduk di sisi isterinya selepas selesai melaungkan azan dekat dengan telinga bayi putera sulungnya itu.
            Riana pula hanya memerhati lega. Tersenyum gembira memandang kedua-duanya. Tanpa kata.
            “Khairul Rizal?”
Semua yang berdiri di dalam bilik itu bersuara serentak. Nada sahaja berlainan rentak. Mereka terleka memerhati lagak kedua-dua pasangan suami isteri itu. Mata tepat memandang Khairul. Semuanya terdiri daripada Datin Julia, Pak Samad, Johan dengan isterinya yang baru dikahwini dua bulan lepas, Nia. dan juga Rizman yang bergegas pulang dari kolej tempat belajarnya setelah menerima khabar berita yang menggembirakan itu. Fariha masih di sekolah manakala Pak Su Sufian dan bersama isteri dan anak-anaknya di dalam perjalanan ke situ.
Jelas anggota keluarga yang tidak akan hadir di situ adalah Faizul. Ya Khairul Faizul! Abang kandung Khairul Faiz dan abang ipar Riana Akma. Lelaki yang masih hilang tanpa khabar berita sejak kejadian setahun yang lalu berlaku. Datin Julia pernah mencari anak sulungnya itu tetapi masih tidak dapat dikesan dan dijumpai. Mungkin dia malu untuk kembali ke pangkuan keluarga atas perbuatan keji yang ingin dilakukannya itu ataupun takut.. Takut dengan tindak balas Khairul kelak.
Bagi Khairul, lelaki itu boleh dimaafkan jika dia betul-betul insaf. Bukan hanya pura-pura insaf. Bagi Riana pula, dia tahu segala yang terjadi hanya dugaan daripada-Nya untuk dia lebih menghargai harga dirinya yang cukup berharga.
            “Hmm..” Khairul mengangguk sekilas memandang keluarganya yang seakan tidak sabar menanti dia membalas kata. Khairul pandang ke arah anaknya semula. Diusap pipi bayi kecil itu lembut. “K untuk Khairul dan R untuk Riana. Khairul Rizal.” sambung Khairul tersenyum manis. Sekilas memandang raut wajah Riana.
            Riana yang hanya memerhati turut tersenyum manis dengan kata-kata suaminya itu. Cukup indah terasa bila mendengar nama itu disebut. Berharap selepas ini dia mampu untuk mendidik dan menaburkan rasa cinta dan kasih terhadap anaknya itu dengan rasa bahagia mereka berdua.
            “Oh..” anggukan faham serentak daripada mereka yang mendengar. Senyuman terukir di setiap bibir mereka yang memerhati. Lagak mereka turut menyukai nama tersebut.
            “Sayang..” panggil Khairul lembut buat Riana segera mengalihkan pandangannya kepada suaminya itu. Tersenyum manja.
            “Hmm?”
            “Abang nak anak perempuan pulak la lepas ni.” pinta Khairul bersuara nakal. Merenung ke dalam anak mata isterinya itu.
            “Ee.. gatal!” cubit Riana geram pada lengan Khairul. Buat suaminya itu tersenyum tawa.
            Semua di dalam wad tertawa lucu dengan gelagat mencuit hati Khairul dan Riana itu. Riana hanya tersipu malu. Dia tidak sangka suaranya boleh memecahkan gegendang telinga setiap orang yang masih berdiri mengelilingi katilnya itu. Syukur kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Riana bahagia di samping Khairul dan anak sulungnya, Khairul Rizal. Kisah penantian cinta bersama suaminya itu akhirnya terungkai indah. Seindah penantian cinta Adam dan Hawa. Alhamdulilah...


~TamaT~

13 ulasan:

  1. akhirnya dapat jugak abis bace cerita ni....taniah ye mgg kerana wat crite yg menarik..

    BalasPadam
  2. Terima kasih ya pada yg memberi kOmen ni. Walaupun mgg x tahu nama awak tapi mgg hOpe awk suka baca novel Penantian Cinta mgg ni ya. N terima kasih sekali lagi kerana sudi baca ~_~

    BalasPadam
  3. best gk even bru baca sikit..ad msa lgi try abeskn story niehh..gud luck

    BalasPadam
  4. Terima kasih utk Tanpa Nama yg ke2..hehe ~_~

    BalasPadam
  5. teruskan menulis...
    perbaiki lagi dari segi bahasa...
    :):)

    BalasPadam
  6. Owh..ok2...Hope Tanpa Nama ke3 ni enjOy baca ni ye...hehe ~_~

    BalasPadam
  7. akhir nye hbis gak sye bace,best.ade sambungan lg ke mane la nk tau kot2 diorg dah maafkn faizul ke

    BalasPadam
  8. tahniah!!!sebuah karya yg terbaik.teruskan berkarya.Terima kasih krn sudi menghabiskan novel awak dan xpyh ternanti2 novel yg entah bila akan diterbitkan....~erica71~

    BalasPadam
  9. Tanpa nama ke4~...terima kasih kerana sudi baca sampai abis ek!..em...soal sambung stOry tu..tak terpk plak.. hehe.. Erica~ thankz2 a lot coz sudi masuk ima punye blOg ni semata2 nak baca nOvel ni k..(sory abOut penulisan2u tu..Post dah lama tp diOwg lambat publish..huhu apa2 pun thnkz k ~_~

    BalasPadam
  10. bila ada cerita baru kak

    BalasPadam
  11. Adik ni mesti dah abis baca kan..hehe.. Terima kasih kerana sudi baca nOvel kak ima ni ye..em..adik dah tgk dlm blog utama akak? kat situ ada nOvel2 yg akak wat..try la baca n kOmen ye.. . ~_~.

    BalasPadam
  12. best sangat novel ni.. teruskan lagi untuk berkarya ye.. jangan putus asa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi baca nOvel ima ni sampai abis ye...I appreciated that Y(^^)Y

      Padam

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~