1 Mei 2011

~Bab 6~

KHAIRUL melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Johan. Sejak semalam dia rasa tidak sedap hati kerana merasakan yang dia telah menyinggung perasaan sahabatnya itu di atas sikapnya yang tiba-tiba naik angin. Dia rasa dia perlu minta maaf!
 “Jo, Sorry la. Semalam aku emo sikit la.” pujuk Khairul nada sesal. Dia telah duduk di kerusi berhadapan dengan teman baiknya itu. Johan kelihatan sedang menyemak fail. Tanpa memandang lagak Khairul. Gaya sibuk. Sengaja. “Jo, sorry..” mohon Khairul lagi apabila pasti Johan tidak membalas katanya. Menyebut kata ‘sorry’ mendatar habis!
            Johan berhenti dari terus berlagak sibuk. Dia pandang tajam Khairul seketika. “Aku tau la kau tu tengah emo. Tapi apa salahnya kalau kau cerita kat aku pasal mamat Gema Holding tu.” Johan akhirnya bersuara. Nada geram.
            “Aku nak cerita la ni.. tapi kau tak marah aku kan pasal hal semalam tu? Kan kan?” pujuk Khairul lagi sambil tersenyum mengusik. Lagak seorang perempuan pun ada.
            “Ya la ya la. Aku maafkan kau. Lagi pun kau tu kawan aku, tersinggung tu tak ada la.. tapi geram macam rasa nak belasah kau hidup-hidup tu ada la sikit.” gurau Johan buat Khairul tertawa geli hati pula. “Cerita la. Kenapa dia datang?” tanya Johan kembali serius. Ingin benar tahu dari semalam lagi.
            “Mamat tu datang sini sebab nak aku sign satu surat perjanjian.” Khairul memulakan cerita. Sesekali tunduk kepala. Tidak tahu bagaimana ingin dimulakan. Namun lambat laun dia pasti Johan akan ketahuinya juga.
            “Surat perjanjian? Perjanjian apa?” tanya Johan. Mula kelihatan garis-garis aneh di dahinya.
            “Projek Mega Tiga.” balas Khairul lambat.
            “Projek Syarikat Delima tu?” teka Johan dengan pantas.
            Khairul mengangguk berkata benar. “Yup. Dia nak Suria Trading tarik diri dari melabur dalam projek tu.”
            “Wait the second. Kau sign?” tanya Johan sebelum Khairul meneruskan kata-katanya lagi. Khairul hanya mengangguk perlahan. Lambat. Tanpa suara. “Eh Faiz!. Kau dah gila ke apa, hah?! Itu projek besar tu. Kenapa kau sign?” tempelak Johan sambil bangun berdiri. Nada benar-benar terkejut.
            “Aku terpaksa bro..” jawab Khairul perlahan. Dia pula bangun dan menuju ke tingkap jendela bilik itu. Dia melepaskan keluhan kecil. Tanpa memandang wajah yang lagak sedang marah di belakangnya itu.
            “Terpaksa? Kenapa pulak?” tanya Johan lagi. Semakin aneh.
            “Aku tak ada pilihan lain, Jo. Riana.. Riana jadi taruhan dia.” balas Khairul tanpa memandang Johan. Nada tersekat-sekat. Terselit nada hiba.
            “What? Riana?” tersentak Johan bila nama itu disebut jelas.
            Khairul mengangguk lagi dan menjelaskan dengan lebih lanjut pertemuannya dengan Hairie kepada Johan. Ternyata Johan terkejut besar kerana dia tidak menyangka semua itu boleh berlaku dalam masa yang singkat. Cukup singkat!

~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~

HAIRIE memandu masuk kereta Honda Stream miliknya ke dalam halaman rumah setelah pintu pagar automatiknya dibuka. Dia terpandang sebuah kereta Toyota Vios yang berada di situ. Otaknya ligat memikirkan si pemilik kereta tersebut. “Ermm.. member mama agaknya.” teka hati Hairie sendiri. Berlalu ingin masuk ke dalam rumah dengan membawa briefcase hitamnya. Hairie menolak daun pintu rumahnya perlahan.
            “Hai sayang..” Sapa suara lembut seorang wanita mengejutkannya yang baru sahaja selesai melangkah kaki ke dalam rumah. Kedua-dua mata terbeliak besar. “Melissa? Is that you?” Pantas bibir Hairie menyoal wanita yang sedang berdiri di hadapan sofa ruang tamunya itu. Sedang tersenyum manja. Wanita itu kelihatan begitu cantik dan anggun dengan skirt labuh serta cekak rambut berwarna putih di atas kepala.
            Melissa tanpa kata segera berlari anak menghampiri Hairie lalu memeluk leher lelaki yang dirindui dan dicintainya itu. Dia memberikan ciuman mesra di pipi kanan lelaki itu. Tanpa rasa segan. “Yes.  It’s me... I miss you so much honey.” ucap Melissa tersenyum ceria. Sekian lama wajah Hairie tidak ditemuinya. Hampir dua tahun lebih.
            “Ya me too. Bila you balik Malaysia, sayang? Err.. bila you sampai ni?” tanya Hairie tergagap-gagap. Masih lagak terkesima memandang wanita itu. Kaki mula melangkah memimpin tangan Melissa ke sofa kembali. Melabuhkan pinggul masing-masing di situ. Mereka berdua saling berpandangan.
            “Ada la around ten minutes ago. Saja nak surprise you. Dah lama I tak jumpa you sayang. Rindu sangat I kat you. I baru saja balik dari UK semalam. And guess what? My parent want me to handle their company now.” jawab Melissa panjang lebar. Sesekali rambutnya yang lurus dan panjang melepasi bahunya itu dibelai-belai manja. Melepaskan rindu setelah sekian lama tidak bersua muka dengan kekasih hati.
            Hairie tersenyum suka. “Oh I see.. I pun rindu sangat-sangat pada you, sayang.” balas Hairie bernada manja. Membalas senyuman Melissa. Senyuman wanita yang manja itu pasti menawan hati sang pemuda yang memandang.
            “Jom sayang. Malam ni kita keluar dinner, ya?” ajak Melissa sambil membelai pula lembut pipi Hairie. Buat terasa hangat di dada Hairie memandang wanita yang juga sekian lama dirinduinya itu.
            “Okay. Tonight I pick up you, ya my sweetheart?” Hairie turut sama berbuat demikian. Membelai balas lembut pipi Melissa.
            “Ehem.. Ehem..” Suara Datin Azura yang berdehem sindir mengejutkan dua insan yang sedang melepaskan rindu masing-masing di situ. Dulang yang berisi dua gelas air jus oren ditatang di tangannya dibawa cermat keluar dari ruangan dapur sebentar tadi. Dia dari dahulu lagi memang tidak suka dengan pilihan hati anak bongsunya itu. Dianggap tidak berjenis. Walau cantik pada rupa tapi budi bahasa entah hilang ke mana. “Jemput minum Melissa.” pinta Datin Azura tersenyum sinis ke arah Melissa sambil tangan menghidangkan kedua-dua gelas tersebut di atas meja tamu.
            “Thank you aunty..” Melissa turut tersenyum sinis. Tahu benar dengan sikap Datin Azura itu.
            “Hairie, kamu pun minum la jugak. Nanti jangan lupa naik atas mandi, ya? Mama dah siapkan makanan di dapur tu.” pesan Datin Azura kepada Hairie yang lagak hanya tersenyum manis memandangnya.
            “Baik ma.” angguk faham Hairie membalas pandangan ibunya itu. Dia dan Melissa memandang wanita tua itu meninggalkan ruang dapur dengan riak wajah yang berbeza.
            “You, mama you tu kenapa? Macam tak suka aje I datang rumah you ni.” adu Melissa setelah memandang wajah Hairie yang hanya diam memerhati. Bibir dicebik lagak geram.
            “Melissa, you jangan ambil hati, okey? Mama I tu okey, cuma mood dia hari ini lain sikit kut.” pujuk Hairie sambil membelai rambut Melissa manja. Dia sendiri perasan dengan perubahan riak wajah ibunya itu apabila memandang kekasih hatinya namun dia sengaja tidak ambil kisah.
            “Oh.. ” Melissa mula tersenyum semula. Kembali merenung ke dalam mata kekasihnya itu. Melepaskan rindu lagi sekali.

~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~

“HAIRIE..” panggil Datin Azura apabila Hairie masuk semula ke dalam rumah setelah menemani Melissa sehingga ke dalam kereta untuk berangkat pulang. Hampir setengah jam mereka berdua melepaskan rindu yang lagak tidak sudah.
           “Ya ma?” Hairie membalas dengan tersenyum suka. Jelas terpancar kegembiraan di wajahnya. Mana tidaknya, wanita yang sentiasa berada di hati hampir mencecah ke lima tahun itu memunculkan diri pada hari ini. Segala rindu di hati untuk hampir dua tahun terubat jua.
            “Melissa dah balik ke?” Datin Azura menyoal Hairie walaupun dia tahu jawapannya.
            “Dah mama. Kenapa ma?” Hairie membuang tali lehernya. Lagak kepenatan. Kaki mula melangkah ke birai anak tangga.
            “Hairie dengan Melissa tu serius ke?”
Soalan Datin Azura buat Hairie memandang ibunya itu dengan tanda tanya di kepala. Bibir pula lagak senget sebelah. “Kenapa mama tanya Hairie macam tu? Mama tengok Hairie dengan Melissa tak serius ke?” tanya Hairie ingin tahu. Soalan itu dirasakan cukup kelakar jika ditanya waktu ini.
            Datin Azura terdiam seketika. “Tak adalah. Mama bukan apa, mama rasa macam Melissa tu..” Datin Azura mula memberi pendapatnya tetapi pantas sahaja dicelah Hairie yang mula memegang kedua-dua bahunya lembut.
            “Ma, listen here. Hairie sayang dan cintakan Melissa. Mama tahu kan dari dulu lagi Hairie sayangkan dia. Kalau Hairie tak serius dengan dia. Dah lama Hairie cari orang lain dan bawa jumpa mama, kan?” balas Hairie bersungguh-sungguh. Dia mengangkat tangan dari terus memegang bahu ibunya itu. “Hairie tahu mama tak sukakan dia.” sambung kata Hairie dengan nada sedikit rasa terkilan di penghujung kata.
            “Bukan macam tu, Hairie. Mama bukan nak halang hubungan Hairie dengan Melissa, tapi mama nak Hairie buat keputusan dengan betul. Mama takut Hairie akan terluka nanti.” pesan Datin Azura seolah-olah dia menyembunyikan sesuatu. Sesuatu tentang diri Melissa yang mungkin buat anaknya terluka.
            Hairie pandang Datin Azura penuh. “Ma, kenapa pulak Hairie nak terluka? Hairie kan cintakan Melissa dan Hairie tahu, Melissa pun cintakan Hairie. Dah lama dah kami berdua bercinta mama. Sebelum dia belajar di UK lagi. Jadi soal terluka tu tak akan pernah wujud di antara kami, ma. Percayalah. Lagi pun Melissa tu kan anak Datuk Manaf, rakan kongsi papa, kan?” Panjang lebar Hairie mengutarakan pandangannya bagi menjawab kata-kata Datin Azura itu. Seakan tidak berasas untuk diterima pakai.
            Datin Azura melepaskan keluhannya seketika. Kepala digeleng sebentar. “Ya la. Mama cuma nak yang terbaik aje untuk Hairie.” Datin Azura tersenyum tawar memandang Hairie. Lagak malas membalas lagi. Tidak mahu anaknya itu nanti menyalah anggap kata-kata nasihatnya tadi.
            “Thanks ma sebab faham Hairie. Ermm.. Kak Rin dah balik ke?” Hairie cuba ubah topik. Ingin tahu mengenai kakaknya, Hairin Azmina pula. Wanita yang berumur tua tiga tahun daripadanya itu lebih senang disapa sebagai ‘Kak Rin’. Sentiasa sibuk menguruskan kedai kasut wanita yang dibangunkan selama hampir tujuh tahun itu. Bahkan di dalam keluarga, hanya wanita itu sahaja yang tidak berminat langsung untuk menguruskan Syarikat Gema Holding. Dia lebih senang hidup berdikari.
            “Belum lagi. Macam biasa la, dia kerja overtime hari ini.” jawab Datin Azura biasa.
            Hairie mengangguk mengerti. “Okey la. Mama, malam ni Hairie dinner kat luar tau.. err.. dengan Melissa.” kata Hairie teragak-agak memberitahu soal wanita itu. Takut Datin Azura bakal terasa hati lagi.
            “Ya. Mama dah dengar tadi. Pergi la naik atas mandi.” balas Datin Azura buat Hairie tersenyum sendiri.
Datin Azura hanya memerhati lagak anak bongsunya itu menaiki tangga rumah ke tingkat atas. Sedikit terasa terkilan kerana dirinya tidak cukup kuat untuk menceritakan hal sebenar mengenai Melissa. Risau jika dia tersalah kata. Mungkin bakal tertimbulnya peperangan di antara anak-beranak kelak.

~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~

“SAYANG, you know what? Dah dua tahun lebih I kat sana, tapi you tak pernah pun nak call or send email kat I. Dulu masa first and second year tu ada la jugak you hantar tapi lepas tu senyap saja. Entah-entah,  I sorang aje yang ingatkan you. You entah ingat ke tak kat I ni, kan?” Bicara Melissa panjang lebar sementara dia dan Hairie menanti makanan yang dipesan dihidangkan di atas meja. Nada seakan merajuk minta dipujuk.
Hairie hanya tersenyum sendiri. Dia sedar apa yang dibicarakan oleh Melissa itu separuhnya adalah benar. “Melissa, I selalu ingat kat you la sayang. Tengok sekarang ni, I masih di sisi you, kan? Cuma itu la, I busy sikit sekarang. You tahu kan I dah start kena handle company papa I tu sepenuhya sekarang.. and I pun tak nak ganggu your studies..” balas Hairie jujur sambil memegang tangan wanita itu yang diletakkan di atas meja. Demi wanita itu, dia sanggup lakukan apa sahaja. Sungguh!
            “Ya la tu..” Melissa memuncungkan bibirnya panjang. Tangannya hanya dibiar terus diusap lembut oleh Hairie.
            “Anyway, macam mana business papa you sekarang? I dengar papa you ada buat pelaburan dengan syarikat hartanah pulak. Betul ke?”
Soalan Hairie buat Melissa angkat kening. Pantas tangannya ditarik dari terus dibelai Hairie. Muka pula jadi makin masam. Masam lagak sedang merasa buah limau nipis! “You! I ajak you keluar dinner dengan I malam ni bukan nak discuss pasal business okay? You ni, asyik fikir soal business business aje.. langsung tak ambil tahu tentang I. Tak pernah nak jaga hati I ni tau! Tak suka la macam ni.” tempelak Melissa seakan memberontak tetapi masih mengawal ton suaranya agar tidak keterlaluan. Pasti malu jika orang di sekeliling memandang aneh.
            “Ya la ya la. Sorry.. Okey I janji. I tak kan tanya pasal tu lagi, okey? Sayang, you selalu di mata I. Trust me.” Hairie cuba lagi memujuk sambil tangan diangkat lagak sedang bersumpah. Mata pula dijeling manja ke arah Melissa. Terkebil-kebil. Buat Melissa tertawa kecil.
            “Okey! Kalau macam tu, esok you kena janji dengan I. Teman I shopping, okay? No accused!” kata Melissa serius. Menghirup air minumannya seketika.
            “Shooping?” Hairie mula kerut dahi. Tahu benar hobi gila wanita di hadapannya itu.
            Melissa mengangguk tersenyum suka. “Yes shooping. Dah lama I tak shooping, rasa rindu pulak. I kat sana just study aje sayang tau tak? Tak ada masa langsung nak shooping. So esok I singgah office you, kita keluar shooping time you lunch, okey?” tambah Melissa panjang lebar lagi.
            “Err.. office I? Tak payah la sayang, biar I aje la yang pergi ambil you okay? Nanti apa pulak pekerja-pekerja I cakap. Tak manis la.” cadang Hairie pantas. Tidak mahu rancangannya tergendala.
            “Oh.. so sweet sayang. Okey kalau macam tu, macam biasa I tunggu you pick up I, okay?” kata Melissa lagak terharu lagi.
            Hairie mengangguk faham. “Okey. I love you..” luah Hairie tersenyum memandang wanita yang dikasihinya itu.
            “Me too..” balas Melissa tersenyum indah.
            Mereka berdua bagaikan pinang dibelah dua, mesra bersama-sama melayan asmara cinta masing-masing. Perbualan di antara mereka diteruskan tanpa erti penat atau jemu. Sesekali tangan disentuh dan mata pula menjeling nakal.

~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~

MEGAT melangkah masuk ke dalam bilik Hairie setelah lagak lelaki itu mengizinkannya. Dia memerhatikan tingkah laku anak majikannya itu. Dia hanya menanti Hairie mematikan panggilan telefon pintar yang masih lekat di telinga.
“Me too. Okay okay. Any color you like to wear dear. Ya I tak kisah. Serius. I ikut aje. Ya.. betul I tak kisah la sayang. Okey. Kita jumpa nanti, ya? You just wait for me, okay? Okay bye. Love you too. Muah.”        
            “Siapa tu?” tanya Megat pantas setelah Hairie menamatkan perbualannya. Lagak ingin tahu kerana sebelum dia melangkah masuk ke situ kelihatan Riana sedang sibuk menyiapkan tugas. Tidak mungkin wanita itu sedang berada di dalam talian ketika ini.
            “Melissa.” balas Hairie sepatah kata. Tersenyum suka sambil menutup segala failnya yang kelihatan berselerak di atas mejanya itu.
            Megat kaget. “Melissa? Dia dah balik? Bila?” tanya Megat bertubi-tubi. Sedikit terkejut mendengar nama itu disebut.
            Hairie bangun melangkah ke penghujung sudut mejanya. Menarik kot hitam yang disangkut kemas. “Ya. Baru dua hari lepas. Okey la. Aku nak keluar lunch dulu dengan dia.” Hairie membalas dengan nada ceria sambil memakai kot hitam itu ke badannya.
            “Habis, meeting kita dengan Syarikat Pelangi petang ni, apa cerita?” tanya Megat sebelum Hairie melangkah ke muka pintu. Fail di tangannya diangkat sebentar.
            Hairie sekilas memandang Megat. “Sorry la bro, I think I cannot make it la. Macam biasa. Apa-apa hal kau call aku, okey? Aku gerak dulu.”
            Megat hanya memandang Hairie keluar meninggalkan bilik itu dengan lagak senang hati. Otaknya kini ligat berfikir. Memikirkan suatu kemungkinan.

~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~

“KAU tak keluar dengan Riana ke, Hairie?” tanya Megat ketika mereka makan tengah hari bersama di kafeteria yang berdekatan dengan syarikat. Baru kini dia mempunyai kesempatan untuk keluar makan tengah hari dengan lelaki itu setelah hampir seminggu dia berusaha ke arah itu. Megat dapat membuat penilaian sendiri terhadap sikap Hairie sejak kebelakangan ini. Hairie kini semakin jauh dari rancangan asalnya sejak kemunculan wanita bernama Melissa yang sedia maklum merupakan kekasih hati Hairie sejak dari awal perkenalan mereka berdua lagi. Malah setia mencintai wanita itu sehingga ke hari ini.
            “Tak pun. Malas la.” balas Hairie bersahaja sambil bermain-main straw di dalam gelas minumannya. Lagak bosan berbicara soal wanita itu. Nasi goreng yang dipesannya telah habis masuk ke dalam perut. Yang ada hanya tinggal gelas yang berisi air di atas meja. Tunggu masa untuk dihirup habis.
            “Hairie, aku rasa ada lebih baiknya kau keluar makan dengan Riana la. Tak pun ajak dia tengok wayang ke..” cadang Megat serius. Tiada nada berjenaka.
            “Isy.. tak nak la aku dengan minah tu. Boring gila, bro. Tak macam Melissa.” Pantas Hairie menyangkal cadangan Megat itu. Mula membuat perbandingan di antara dua wanita itu.
Megat sedikit terkejut dengan reaksi Hairie itu. Dia pandang penuh Hairie. “Tapi kau kena ingat Hairie, kita ada rancangan yang belum selesai. Lupakan Melissa buat sementara waktu ni. Aku takut nanti bukan kau yang lepaskan Riana, tapi Riana yang lepaskan kau dulu. Ingat Hairie.. tak bermakna Suria Trading dah tarik diri, dia orang tak boleh masuk balik. Bila-bila aje Syarikat Delima boleh terima balik syarikat dia orang untuk Projek Mega Tiga tu. Dua bulan bro, anything can happen.” pesan Megat panjang lebar. Ingin Hairie fokus kembali kepada rancangannya. Tidak mahu tersasar jauh.
            Hairie hanya mendengar. Keluhan kecil dilepaskannya perlahan. “Anything can happen?” Fikir Hairie menyingkap di sebalik ayat yang dilontar Megat itu. Ya. Macam-macam yang boleh berlaku jika dia terlepas pandang. Mindanya kembali kepada wanita yang terpaksa diakui sebagai kekasih hatinya itu, Riana Akma. Timbul rasa benci di hati kerana baginya disebabkan wanita itulah dia terpaksa melupakan segala rancangan yang telah diatur untuk diluangkan bersama wanita yang benar-benar dicintainya iaitu Melissa!

~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~

 “RIANA, dua tiga hari ini syarikat kita banyak terima projek-projek baru. Saya dah buat perbincangan dengan pihak ahli lembaga syarikat baru-baru ni, dan mereka nak salah seorang staf kita handle satu projek dalam tempoh sebulan ini. Saya rasa awak staf yang paling sesuai. Jadi saya nak awak kerja overtime untuk handle projek ni. Mungkin dua hari dalam seminggu. Awak ada apa-apa masalah ke?” tanya Hairie memandang Riana sambil menyemak failnya. Sengaja.
            “Err.. baik Encik Hairie. Saya tak ada apa-apa masalah berkenaan dengan hal tu. Lagi pun saya dah biasa kerja overtime before ni dengan Dewi dan Borhan.” ujar Riana mengangguk faham. Dia tahu dia perlu sentiasa bersedia dalam memegang tanggungjawab yang lebih sebagai seorang pekerja di syarikat itu walaupun jawatannya tidaklah setinggi mana.
            Kepala Hairie diangguk sekali. “Okey. Bagus la kalau macam tu. Isnin minggu depan awak akan start kerja overtime tu bersama dengan mereka lagi ya. Nanti saya minta Syida serahkan fail-fail projek tu pada awak, ya?”
            “Baik Encik Hairie. Ermm.. kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu, ya Encik Hairie?” Riana tersenyum faham. Mula bangun dari terus duduk.
            “Riana, malam ni awak free tak?” tanya Hairie pantas. Buat Riana kembali memandang ke arahnya.  Menanti dia meneruskan bicara. “Kita keluar tengok wayang nak?” sambung Hairie tersenyum kelat. Wajah lagak menanti wanita di hadapannya itu menganggukkan kepala sahaja.
            Riana berfikir sejenak. “Ermm.. malam ni? Err..okey. Saya free.” angguk Riana tanpa berfikir lama. Agak lama juga mereka berdua tidak keluar bersama. Terasa sedikit janggal bila diajak begitu.
            Hairie tersenyum lagak suka. “Okey. Malam ni saya ambil awak macam biasa, ya?”
            “Okey. Saya keluar dulu.” balas Riana segera melangkah keluar dari bilik Hairie. Dia kembali duduk di kerusi kerjanya. “Ee.. kenapa aku cakap okey tadi? Khairul macam mana? Kan aku dah janji.” Riana bertanya pantas di hati. Seakan ingin mengetuk kepalanya di atas meja itu. Dia telah pun berjanji dengan Khairul ingin keluar makan malam bersama dengan Rizman malam ini. Malah janji itu dibuat sejak dari minggu lepas lagi selepas Khairul menelefonnya untuk ajak berjumpa kerana terlalu sibuk dengan soal kerja sejak kebelakangan ini.
            Riana tiada pilihan lain. Tangan segera mencapai telefon bimbit yang diletakkan di dalam laci meja. Jari pantas menaip.
‘Awk, mlm ni dinner kita dgn Riz terpaksa cancel ok sbb Hairie ajak saya keluar mkn pulak. Maybe next time ok. Sooo.. sorry.(>_<)’ < Riana >
Mesej ditaip dan dihantar ke nombor Khairul. Riana berfikir sebentar. Lagak menunggu mesej dibalas.
‘Tik! Tik!’
‘It’s ok. Sy faham. Next time ada lagi kan?(^^)’< Khairul >
Riana mengukir senyum di bibir. Senang hati dengan lagak Khairul yang cukup memahaminya itu. Jari kembali menaip.
‘InsyaAllah..(^_^)’ < Riana >
            Khairul termenung sendiri. Hilang mood kerjanya waktu ini. Niat ingin menemui Riana tidak kesampaian. Dia sentiasa perlu bersedia untuk hal sebegini kerana itu jalan yang dipilih untuk terus bersama Riana. Memastikan janji yang diungkap ditunai. Dia telah buat keputusan. Selepas tamatnya tempoh surat perjanjian itu kelak, dia akan meluahkan segala rasa hatinya kepada Riana, dan pada saat itu dia sendiri yang akan menjadi pengubat luka di hati Riana akibat daripada kehilangan cinta yang palsu itu. Khairul tekad!

~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~

MAKAN malam di antara Riana dan Hairie berjalan seperti biasa. Tiada banyak bezanya. Cuma kali ini di kafe pilihan Riana. 
“Kenapa?” tanya Hairie lagak aneh dengan Riana yang sejak dari tadi lagi. Namun dia malas ambil kisah kerana dia mahu lekas menghabiskan harinya dengan wanita itu. Segera boleh!
            “Tak ada apa-apa.” geleng Riana tersenyum kelat. Disangkakan malam ini mungkin berbeza daripada makan malam mereka sebelum ini ternyata meleset sembilan puluh sembilan peratus. Terasa menyesal pula membatalkan perjumpaan makan malam antara dia dan Khairul itu. Pasti sedikit meriah, ditambah pula Rizman yang bakal ikut serta. Riana kembali menjamah makanannya bersama Hairie sehingga tidak sedar masa pantas berlalu.
Hairie meneruskan pemanduannya. Baru sahaja selesai menjalankan aktiviti yang dirancangkan seketika tadi. Dia kalih pandang sekejap ke arah Riana. Risau juga jika wanita di sebelahnya itu terasa diri tidak melayan. Sedangkan yang memulakan kata cinta adalah dari pihaknya. “Awak nak singgah mana-mana ke lepas ni?” tanya Hairie sekadar ingin berbicara kosong sahaja.
            Riana kalih pandang Hairie. Akal pula berfikir. “Oh.. terlupa pulak saya. Riz ada pesan suruh belikan Char Koe Teaw untuk dia tadi.” kata Riana teringkat pesanan Rizman sebelum dia keluar rumah tadi. Mujur Hairie ingatkannya.
            “Oh..” angguk Hairie acuh tak acuh. Malas berbicara panjang.
Hairie memberhentikan keretanya berdekatan dengan sebuah gerai di kaki jalan raya seperti yang diarahkan oleh Riana. Terpampang satu papan tanda bertulis ‘Gerai Pak Mat’.
            “Awak, Char Koew Teaw kat Gerai Pak Mat tu best tau rasa dia. Awak nak try tak?” tanya Riana lagak teruja. Jari sempat ditunding ke arah gerai yang berada beberapa jarak meter sahaja dari tapak kereta Hairie berhenti.
            Hairie hanya memandang ke arah itu seketika. Kalih pandang semula ke arah Riana. “It’s okay. Saya tak makan.” geleng Hairie tersenyum kelat. Memang dia tak makan makanan yang asalnya daripada negara Thailand itu. Walaupun dia pernah cuba tetapi tekaknya tidak dapat menerima makanan seperti itu.
            “Oh.. ruginya awak tak makan. Okey. Tak apalah. Awak tunggu sini kejap, ya? Saya pergi beli.” balas Riana segera keluar dari perut kereta dan melangkah ke arah gerai itu. Kelihatan agak ramai juga pelanggan yang menyinggah makan di situ. Ada yang datang dengan menunggang motosikal dan ada juga yang datang berjalan kaki menyeberangi jalan raya yang agak sibuk sedikit itu.
            Hairie hanya memandang gelagat Riana yang sedang memesan di meja kaunter itu. Ternyata wanita itu berbeza dari wanita yang dikenalinya sebelum ini. Mungkin kerana wanita itu membawa imej bertudung ataupun kerana status wanita itu yang berbeza dengan status anak daripada kalangan yang berpangkat datuk. Jauh di sudut hatinya timbul satu perasaan yang aneh. Namun sukar digambarkan tentang itu. Hampir 10 minit Hairie menanti di dalam kereta dengan iringan muzik di corong radio. Dia hanya bermain-main dengan aplikasi telefon pintarnya. Lagak bosan menanti.
Sebungkus beg plastik dihulur dari tangan kanan Riana ke arah Hairie setelah dia kembali masuk ke dalam perut kereta lelaki itu. “Ini.”
            Hairie kerut dahi memandang ke arah beg plastik itu seketika. “Apa ni?” soal Hairie setelah suara muzik yang dipasang diputar ke nada perlahan.
            “Char Koew Teaw. Untuk awak, saya belanja.” ujar Riana tersenyum manis.
            “Err.. tadi kan saya dah kata yang saya tak makan..” kata Hairie cuba mengingati katanya sebentar tadi. Ya! Memang benar dia ada kata yang dia tidak makan.
“Tak apalah. Awak try la dulu. Saya yakin awak pasti suka. Sebab kawan saya before ni pun dia tak makan tau, tapi lepas try Char Koew Teaw Pak Mat tu, terus jadi favourite dia sampai sekarang.” jelas Riana bersungguh-sungguh. Nada pasti dengan andaiannya itu.
Tangan Hairie segera mengambil beg plastik yang sejak dari tadi ditunding ke arahnya itu. “Ya la. Terima kasih.” Hairie mengucap kata dengan keluhan paksa. Seakan mengalah dengan wanita di sebelahnya itu. Beg plastik itu digantung ke punat kekunci pintu keretanya.
“Sama-sama.” senyum Riana gembira. Lega kerana Hairie menerima pemberiannya dengan baik. Dia segera memakai tali pinggang keledarnya.
Hairie geleng kepala melihat telatah Riana itu. Memang ternyata berbeza. Dia meneruskan pemanduan untuk menghantar pulang wanita itu ke rumah. Secepat mungkin!

~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~

KERETA yang dipandu Hairie berhenti di hadapan pintu pagar rumah Riana. Malam semakin larut. Keadaan jalan di kawasan perumahan itu juga semakin lapang daripada kereta yang memarking di luar rumah.
“Okey awak. Terima kasih sebab sudi ajak saya keluar makan malam ni, ya?” ucap Riana tersenyum memandang Hairie yang berada di sebelahnya itu. Hari demi hari rasa cintanya untuk lelaki itu seakan bertambah mekar walaupun sudah jarang dia mendengar lelaki itu mengucap kata-kata cinta untuk dirinya lagi.
Hairie membalas lagak bersahaja. Tangan masih melekat di stereng kereta. Tidak sabar menurunkan brek tangan dan kaki pula tidak sabar menekan pedal minyak. Paling penting, tidak sabar untuk memandu pergi dari situ. Semuanya lagak tidak sabar!
“Wah.. cantiknya bulan malam ni. Awak tengok tu, cantik kan?” kata Riana tiba-tiba sambil menunding jarinya ke arah langit yang gelap itu. Lagak meminta Hairie untuk turut sama melihat ke arah itu. Hairie tanpa banyak bicara segera memandang ke arah itu. Kelihatan bulan penuh yang sedang menyinar di malam waktu itu. Memang cantik! “Kalau awak sedih awak boleh tengok bulan.” tambah Riana buat Hairie kalih pandang semula ke arahnya.
“Tengok bulan?” Hairie cuba mengulang kata. Lagak tidak faham.
Riana menganggukkan kepala sekali. “Hmm.. bulan tu boleh buat kita tenang tau.” balas Riana tersenyum indah ke arah bulan itu semula. Buat Hairie berfikir sejenak. Riana memandang Hairie dengan tenang. “Hairie, saya nak ucapkan terima kasih. Terima kasih sebab awak sudi mencintai saya. Saya sayangkan awak. Saya janji saya akan setia pada awak selagi awak cintakan saya dengan sepenuh hati awak. Saya janji.” luah Riana tersenyum manis. Hairie pula memandang wanita itu aneh. Perasaan sebentar tadi muncul kembali. Tanpa diduga.
Riana melangkah keluar dari perut kereta dan memandang ke arah cermin tingkap pintu Hairie yang sedia terbuka itu. Dia berdiri sebentar di situ. “Okey la. Awak balik tu hati-hati, ya? Char Koew Teaw tu jangan lupa try tau?” pesan Riana melambai tangan. Sempat menunding jari ke arah beg plastik yang masih tergantung kemas di punat pintu kereta Hairie itu.
Hairie mengangguk mengerti dan meneruskan pemanduannya. Memang dia ada rasakan sesuatu yang aneh sebentar tadi tapi dia tidak mengerti apakah maksud di sebalik perasaannya itu. Perasaan yang buat jantungnya sesak seketika.

~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~

“MAMA..” panggil Hairie lagak terkejut melihat Datin Azura berada di ruangan dapur. Sedang duduk menghirup satu mug kopi panas bersendirian di meja makan. Jarang dia melihat wanita itu di situ di larut malam hari.
“Hairie, pergi mana tadi?” soal Datin Azura lagak ingin tahu. Sejak kebelakangan ini dia perasan anak keduanya itu sudah mula pulang lewat ke rumah. Tidak seperti kebiasaannya. Dia pula mendegilkan diri untuk menanti kepulangan anaknya itu walaupun ditegah selalu oleh Datuk Haikal yang masih berada di luar negara.
“Hairie keluar jumpa kawan kejap ma tadi.” jawab Hairie tersenyum manis. Berhati-hati dengan setiap katanya.
“Oh. Err.. apa tu?” tunding Datin Azura ke arah beg plastik yang dipegang Hairie itu. Bungkusan yang seakan disorok daripada pandangan matanya.
Hairie tersenyum seketika. Mengangkat beg plastik yang dipegangnya itu tinggi. “Err.. ini Char Koew Teaw ma.” jawab Hairie lambat. Tergagap-gagap sedikit sebutannya. Niat di hati sebentar tadi ingin membuang beg plastik makanan itu tidak kesampaian nampaknya.
Datin Azura mula kerut dahi. “Sejak bila Hairie makan Char Koew Teaw ni? Mama tak tahu pun.” soal Datin Azura ingin tahu. Dia amat kenal makanan kegemaran anak lelakinya itu dan dia amat pasti makanan itu tidak langsung masuk ke dalam senarai makanan pilihannya.
“Err.. tadi kawan Hairie belanja. Kalau mama nak, mama ambik la. Hairie memang tak makan pun.” kata Hairie pantas menghulurkan kepada ibunya itu. Strategi membuang makanan sebentar tadi itu diganti pula dengan strategi memberi kepada orang lain.
“Hairie, dah kawan belanja kan? Try la makan dulu. Mana tahu sedap ke..” Datin Azura tersenyum manis. Ingin anaknya itu mempunyai perasaan menghargai hasil pemberian orang. Walaupun pemberian itu kecil nilainya.
“Hmm.. ya la ma.” Hairie mengangguk perlahan. Lagak menurut kata. Tidak mahu membantah cakap ibunya itu.
Datin Azura mula menguap kecil. Mata terasa kuyup seketika. “Okey la. Mama naik atas tidur dulu, ya? Dah mula rasa mengantuk ni.” balas Datin Azura mula berdiri tegak.
“Okey ma. Goodnight.” ucap Hairie menutup bicara.
Okay.. goodnight sayang.” Datin Azura melangkah keluar dari ruang dapur dengan senyum di bibir melihat gelagat anak lelaki tunggalnya itu. Kadang kala mencuit hati kecilnya.
Hairie duduk di kerusi meja makan. Beg plastik itu diletak ke atas meja. Dia membuka bungkusan di dalam beg plastik itu perlahan-lahan. Kelihatan Koew Teaw yang basah. Dia tarik sebatang garfu di atas meja lalu mengarfu masuk Char Koew Teaw itu ke mulut. Mula mengunyah perlahan. Makin lama makin laju dia mengunyah. Tersenyum dia di situ. Tenyata memang benar kata Riana. Memang sedap!

~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~

SETIAP hari Isnin dan Selasa, Riana akan pulang lewat ke rumah iaitu pada pukul 10.30 malam. Penambahan masa selama dua jam setengah daripada masa asal kerjanya. Hairie pula, pada waktu Riana berkerja lebih masa itulah, dia akan keluar berseronok bersama Melissa, meluangkan masa berdua bersama wanita pujaan hatinya itu.
            Hairie hanya tersenyum sinis melihat Riana sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan olehnya itu. Masa itu perlu digunakan sebaik-baiknya bersama Melissa. Dia melakukan semua ini bersebab dan sebabnya untuk mengelakkan Riana terserempak dengannya bersama Melissa di mana-mana sahaja mereka pergi. Jika tidak, pasti rosaklah segala rancangan yang disusun rapi olehnya itu.

~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~

CAHAYA lampu berkerdipan di seluruh ruang kelab malam itu. Lagu berentak rancak berkumandang kuat. Ramai pasangan yang datang sudah mula bergerak ke tengah kawasan kelab. Menari dengan penuh menggoda bersama pasangan masing-masing. Dengan gerak tari yang berbeza. Pinggul pula digelek mengikut rentak lagu. 
You, jom menari?” ajak Melissa sambil menarik-narik tangan Hairie yang hanya melihat ke kawasan menari. Tidak berminat untuk ke arah itu pada malam ini.
            “Tak nak la. I penat la sayang.” geleng Hairie tanda tidak mahu. Penat terasa di badan masih ada. Mungkin kerana petang tadi dia turun ke tapak pembinaan. Melihat proses projek yang sedang diuruskannya ketika ini.
            “Ala.. jom la sayang. Teman I menari..” Melissa tidak mudah mengalah. Masih mengajak. Nada menjadi lebih manja sambil mengusap lembut pula rambut Hairie. Tangan sempat menarik-narik lengan lelaki itu. Hairie masih menggelengkan kepalanya. Minuman di meja dihirupnya. Memang dia terlalu penat. “Okay fine. I go.” bentak Melissa yang malas melayan kerenah buah hatinya itu. Dia terus meninggalkan Hairie keseorangan di situ. Tidak ingin lagi memujuk.
            Muzik bertukar rentak. Berkumandang semakin kuat. Tarian masing-masing dipertonjolkan di tengah-tengah ruang kelab malam yang agak terkenal itu. Melissa menari lagak menggoda. Badan rampingnya digelek lembut sambil tangan menghuyun-hayang. Rata-rata lelaki yang melihat ke arahnya pasti tertawan dan mula merapati dirinya untuk turut sama menari seiring. Melissa menbiarkan dirinya diperlakukan sebegitu malah dia seronok berlagak begitu. Terasa diri begitu terkenal dan popular.
            Hairie yang dari tadi melihat kelakuan gedik Melissa itu jadi geram. Apatah lagi bila melihat Melissa menari dikelilingi lelaki-lelaki di situ. Sifat marahnya membuak-buak. Seakan kesabarannya mula dicabar bila Melissa melayan pula salah seorang lelaki yang merapati dirinya itu. Hairie pantas bangun menghampiri Melissa. “Melissa jom kita balik. Kita pergi tempat lain.” Hairie meragut tangan kiri Melissa yang lagak sudah mabuk dengan tariannya. Dia sempat menjeling tajam ke arah lelaki-lelaki yang mengelilingi wanita itu.
            “Ala.. sayang.. kita datang sini nak enjoy, kan? Kejap lagi kita balik la, ya?” pinta Melissa lagak menolak lembut badan Hairie yang berada di hadapannya itu dengan tangan kanan. Bibir tersenyum manja.
            “I said now!” kata Hairie keras. Buat lelaki yang berada di sekeliling Melissa tadi mula memandang takut dan menjauhkan diri.
            Melissa lagak terkaku sebentar. Mata menjegil tajam. Tanda tidak puas hati. Terpaksa menuruti langkah lelaki itu akhirnya. Hairie membawa Melissa keluar dari kelab malam itu walaupun lagak Melissa tidak ingin pulang lagi ketika ini.
“Sayang, you ni kenapa hah?” tanya Melissa geram dengan kelakuan mendadak lelaki tu. Dia mencuba melepaskan tangan kirinya dari terus digenggam erat tangan Hairie. Dia berjaya!
Hairie mendengus kasar. “You tu.. Mamat-mamat tadi tu lain macam aje I tengok.” balas Hairie lagak geram.
            “Ala.. dengan dia orang pun you nak jealous ke? Please la you..” keluh Melissa tidak puas hati dengan alasan yang diberi. Seakan tidak berasas. Kedua-dua lengan mula disilang ke dada. Kalih pandang ke arah lain.
            Hairie pandang  Melissa manja.“Melissa, you know right? I love you so much and I don’t want someone else touch you than I.” pujuk Hairie mula bernada manis. Tidak mahu wanita itu terus-terusan merajuk dan menuduhnya cemburu tidak berasas.
Hati Melissa jadi lembut kembali mendengar kata-kata Hairie itu. Kalih pandang Hairie semula. “Ya. me too.. I love you so much honey.” balas Melissa lagak senyum manis semula. Dia juga sedar tindakannya sebentar tadi agak keterlaluan di mata lelaki itu.
Hairie tersenyum lega. Pujukannya diterima baik. Risau juga jika wanita itu terus bersikap begitu tadi. Pasti jiwanya tidak tenang.
Okay stop! Kita lupakan semua tadi tu. Apa kata kita pergi shooping?!” Melissa menjerit lagak teruja tiba-tiba. Menyebut ‘shooping’ dengan nada suara mendatar panjang. Macam ada muzik.
            “No. Again..?” Hairie pula mendatar suara menyebut ‘Again’ itu. Kening pula diangkat tinggi. Buat Melissa kembali tarik muka. Kembali memuncungkan mulut. “Ya la ya la. Jom la.” balas Hairie tertawa kecil dengan gelagat teman wanitanya itu. Sungguh comel!
“Sayang you.” Satu kucupan bibir Melissa hinggap ke pipi Hairie buat hatinya tertawan lagi dengan wanita itu. Hairie tersenyum manja.
Mereka berdua singgah ke pasar raya besar. Butik-butik yang menjadi pilihan dan kesukaan Melissa disinggah habis. Hairie hanya lagak menemani wanita itu melepaskan hobinya yang dia tahu benar itu. Turut sama menjadi lagak umpama troli mengangkut barang yang ingin dibeli ke hulur dan ke hilir. Sesekali menggeleng suka melihat gelagat teman wanitanya itu.
Kereta yang dipandu Hairie berhenti di persimpangan jalan.
“Kenapa you berhenti sini?” Melissa menyoal Hairie lagak aneh. Dikalih ke kiri dan ke kanan jalan. Dia di dalam perjalanan dihantar pulang ke rumah.
“Sayang, you tunggu sini dulu, ya? I nak beli Char Koew Teaw kejap?” jawab Hairie tersenyum manis memandang Melissa. Tali pinggang keledar yang mengikatnya dibuang pantas.
Char Koew Teaw? You sini tempat kotor la. You tak risau ke kalau nanti perut you tu sakit?” kata Melissa lagak jijik memandang gerai yang berdekatan itu. Gerai yang agak terbuka dan terletak pula di kaki-kaki jalan raya membuat matanya sakit seketika. Seumur hidupnya tidak pernah makan atau beli makanan di kawasan seperti itu kerana hidupnya dilimpahi dengan harta benda, dan tambahan pula dia merupakan anak tunggal. Segala kemahuannya pasti dituruti oleh ibu bapa tercinta.
Hairie tersenyum sebentar melihat telatah Melissa itu. “I dah biasa makan kat sini. I think you should try sayang.” Hairie cuba menyangkal kata-kata Melissa itu. Mungkin itu jugalah pandangan pertamanya semasa mula-mula melihat gerai itu dahulu. Tapi kini dia sudah mula mengerti mengapa pelanggan tidak putus-putus menyinggah beli dan makan di situ.
Whatever la. You pergi la beli cepat. I tunggu sini aje, okey?” Melissa membalas sambil membuka beg tangannya dan mengeluarkan sebuah compact powder. Menata rias wajahnya. Sekali lagi.
“Okey la.” Hairie lagak mengalah. Sempat tersenyum geleng melihat telatah wanita itu lagi. Dia segera keluar dari perut kereta dan menapak kaki ke gerai itu.
Melissa hanya memandang gelagat Hairie itu. Lagak kehairanan dengan teman lelakinya itu sejak kebelakangan ini. Malah menunjukkan sedikit perubahan jika nak dibandingkan dengan setahun yang lalu. Jauh di sudut fikirannya, memikirkan perkara yang mungkin buat lelaki itu berubah sebegitu rupa.

~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~

HAIRIE masih keluar bersama Riana tetapi hanya sekadar keluar makan malam sahaja. Ini kerana, dia tidak mahu menimbulkan syak wasangka di hati Riana. Kini, Hairie bertambah sibuk kerana terpaksa melayan dua wanita semata-mata untuk memastikan rancangannya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah yang timbul.
            “Awak, boleh tak nanti awak singgah shooping mall kejap? Ada barang sikit la yang saya nak kena beli.” tanya Riana sambil memandang Hairie yang sedang tekun memandu di tempat duduk di sebelahnya. Mereka baru sahaja selesai pulang dari makan tengah hari bersama. Hairie mengajak Riana menaiki keretanya sementara kereta Riana ditinggalkan di perkarangan syarikat. Jika terserempak dengan pekerja di situ, pasti alasan membincangkan soal projek tambahan digunakan.
            “Okey.” Hairie mengangguk tersenyum kelat. Di dalam pemanduannya, Hairie meneka sendiri. Pasti wanita di sebelahnya itu mahu dia turut sama mengikutinya ke dalam tempat tersebut dan seterusnya dia perlu membayar segala macam barang yang dibeli dan juga mungkin menjadi lagak troli yang dibawa ke hulur dan ke hilir. “Perempuan...” detus hati Hairie sambil menggeleng kepalanya perlahan namun perbuatan itu tidak disedari Riana kerana sedang asyik merenung ke luar tingkap. Hairie memarking keretanya di tempat letak kereta yang telah dikhaskan di situ.
            “Awak, awak balik office dululah. Kesian pulak awak kena ikut saya ni..” pinta Riana setelah melangkahkan kaki keluar dari perut kereta Hairie. Mematikan kaki lelaki itu yang turut bersedia untuk melangkah keluar.
            Sangkaan Hairie sebentar tadi kesemuanya musnah, rupanya perangai wanita yang bersamanya sekarang tidak seperti perangai wanita-wanita yang sebelum ini pernah dikenali dan berdampingan dengannya termasuklah Melissa. Jauh sekali bezanya! “Err.. awak nak balik dengan apa nanti?” Hairie sengaja bertanyakan soalan itu. Tidak mahu dia tampak terlalu suka menerima kata-kata wanita itu sebentar tadi.
Riana tertawa kecil mendengar soalan itu. “Ala.. apa susah? Teksi kan banyak, nanti saya naik teksi la. Tak pun naik bas. Awak balik dulu la, ya?”
            Hairie berlagak berfikir sejenak. Kepala mula diangguk lambat. “Hmm.. okey la. Jaga diri baik-baik, okey?” pesan Hairie. Kata itu hanya di mulut, tidak langsung lahir dari hatinya.
            “Okay thanks. Bye..” Riana tersenyum mengangguk dan melambai seketika setelah menutup pintu kereta.
Hairie memecut keretanya keluar dari situ. Riana hanya memerhati dengan senyuman manisnya. Dia segera masuk ke dalam pusat membeli-belah itu dan memulakan pencariannya untuk mencari hadiah sempena ulang tahun kelahiran Hairie pada esok hari. Mujur dia terpandang kalendar yang terletak di atas meja lelaki itu ketika dia meletakkan fail kerjanya semalam. Tercatit di situ nota yang ditulis ’Hari Jadi Aku’ iaitu merujuk kepada Hairie.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~