1 Mei 2011

~Bab 7~

SYIDA, meeting saya hari ini pukul berapa?” tanya Hairie setelah merapati meja setiausahanya itu. Itulah perkara yang selalu ditanya pada setiap pagi sebelum melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya.
            Syida dengan pantas membelek buku jadual majikannya itu. “Pukul 11.00 pagi Encik Hairie, dengan Syarikat Maya Lestari Holding.” kata Kak Syida dengan jelas. Mata sesekali memandang ke arah buku jadual di tangannya itu.
            “Okey. Terima kasih.” angguk Hairie faham dan mula melangkah. Hairie terpandang Riana yang sedang tersenyum memandangnya dari sudut meja kerja wanita itu. Dia hanya tersenyum kelat membalas pandangan wanita itu seketika dan terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Langkahnya mula perlahan apabila terpandang sebuah kotak yang berbalut kemas di atas mejanya. Sekeping sampul berwarna ungu yang ada di atas kotak tersebut ditariknya pantas. Membuka sampul tersebut dan mengeluar sekeping kad yang memperlihatkan tulisan tangan Riana. Bibirnya mula membaca baris ayat yang tertulis.
            Selamat hari jadi awak. Semoga awak sentiasa bahagia dan ceria selalu. Saya sayang awak.
Kekasihmu,
Riana Akma

            Hairie hanya memerhati kotak hadiah yang berada di atas mejanya itu. Lama. Hadiah yang diberikan oleh seorang wanita. Sekaligus menjadi orang pertama yang memberi ucapan sempena ulang tahun kelahirannya pada hari ini. Hampir terlupa dia, hari ini merupakan hari kelahirannya yang ke-29 tahun. Dia lantas duduk dan mula membuka kotak tersebut. Kelihatan patung Bear sebesar kamus berada di dalam kotak itu lalu dipegangnya. Tertulis di tengah badan ‘Bear’ tersebut perkataan ‘I Love You So Much’. Tidak pernah pula sebelum ini dia menerima hadiah serupa ini daripada sesiapa termasuk Melissa sejak tamat zaman persekolahannya. Ini merupakan kali pertama. Tanpa dia sedar, bibirnya mengukir satu senyuman yang menyentuh hati kecilnya.
            “Isy.. apa la kau ni Hairie! Buat apa kau nak terima hadiah daripada perempuan tu?! Dia siapa pada kau?!” Seakan bisikan syaitan kedengaran kuat di gegendang telinganya.
            Hairie mula merasa benci melihat ‘Bear’ tersebut lalu pantas dibuang ke dalam tong sampah yang berdekatan dengan mejanya. Puas hatinya. Ingatannya kembali kepada Melissa, satu-satunya wanita yang dicintai. Dia segera mencapai telefon pintar di poket seluar dan mendail nombor wanita itu. Melepaskan rindu yang kian membara di hati. “Hello sayang..”
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
MALAM ini Hairie ingin membuat satu kejutan kepada Melissa. Dia membuat keputusan untuk membeli kek dan menyambut hari jadinya bersama-sama Melissa di kondominium kekasihnya itu sendiri. Dia tidak kisah jika wanita itu tidak ingat akan tarikh lahirnya atau tidak memberi hadiah kepadanya kerana hatinya hanya inginkan wanita itu berada di sisinya selalu. Lebih-lebih lagi di hari ulang tahun kelahirannya ini. Pasti cukup bermakna!
            Pintu kondominium yang beralamat seperti yang diberitahu oleh kekasihnya itu ditemui. Menurut Melissa, kondominium tersebut merupakan kondominium yang dihadiahkan khas oleh ayahnya selepas pulang ke tanah air baru-baru ini. Sempena tamat pengajiannya di sana.
            ‘Tuk! Tuk!’ Hairie mengetuk pintu kandominium tersebut beberapa kali. Menanti insan yang bertakhta di hati menjelmakan diri. Sejambak bunga mawar putih kesukaan Melissa dan sebungkus plastik yang terkandung kotak kek Secret Recipe dipegang erat di kedua-dua belah tangan Hairie. Namun kelibat insan yang dinantinya tidak muncul-muncul.
            Pintu terkuak sedikit. Yang muncul bukan Melissa tetapi seorang lelaki berkulit hitam manis yang hanya berseluar jeans tanpa memakai baju. Terserlah tubuh sasanya. “Ya. Cari siapa?” Lelaki itu bertanya kepada Hairie. Garis-garis aneh jelas kelihatan di dahinya.
            “Oh.. Maaf encik, saya salah kondo.” balas Hairie tersenyum malu. Tidak sangka dia boleh tersalah kondominium. Mula berniat untuk melangkah pergi untuk membuat satu panggilan.
            “Honey, who’s that?”
Langkah Hairie terhenti tatkala terdengar jeritan kecil suara lembut seorang wanita di dalam kondominium itu. Suara itu pernah didengarnya sebelum ini, bukan hanya ‘pernah’ tetapi mungkin ‘selalu’! “Tak mungkin..” detus hati Hairie pantas.
“Entah la sayang, orang salah kondo.” balas lelaki yang masih berdiri terpacak memandang Hairie di sebalik pagar yang masih tertutup itu. Dia kalih pandang ke tepi. Tersenyum manja.
            “Orang salah kondo? Mana dia sayang?” Melissa tersenyum menghampiri lelaki itu. Memaut manja lengannya lalu mengintai di sebalik pagar pintu. “Hairie?” Melissa terkejut apabila terpandang Hairie sedang merenungnya tajam dan dengan pantas, lengannya diturunkan daripada terus memaut erat lelaki yang bersamanya ketika itu.
            “Melissa?” Kejutan Hairie lebih mendalam daripada kejutan yang diterima Melissa. Hatinya mula retak. Bukan seribu tetapi sejuta!
            “Siapa ni sayang?” tanya lelaki di sebelah Melissa. Mula bertambah aneh melihat lagak mereka berdua seakan mengenali antara satu sama lain. Malah masing-masing menyebut nama empunya diri.
            “Hairie, dengar dulu cakap I..” Melissa segera menolak pintu pagarnya yang tidak berkunci dan mendapatkan Hairie selepas melihat lelaki itu seakan ingin melangkah pergi. Dia cuba memegang lengan Hairie namun pantas ditepis kasar.
Hairie merenung tajam Melissa. “Nak dengar apa lagi, hah Melissa? Nak jelaskan yang lelaki tu abang you, tak pun adik you? Oh.. ini tandanya you cintakan I selama ni? Tak sangka I Melissa, tak sangka I. Ini balasan cinta you pada I selama bertahun-tahun ni!” pekik Hairie dengan nada kasar sambil melempar bunga dan kotak kek yang dipegang ke muka lantai. Dia seolah-olah merasakan dirinya dipandang hina oleh wanita yang dikasihi dan dicintainya sejak sekian lama itu. Niat ingin membuat kejutan akhirnya diri sendiri yang menerima kejutan sebegitu rupa. Sungguh tidak sangka!
            Melissa jadi serba salah.  “Hairie, maafkan I sayang. I.. I..” Melissa masih mahu berkata-kata namun tidak diendahkan lagi oleh Hairie yang kini hatinya telah terguris bak dihiris sembilu. Seakan kata ‘Tiada Maaf Bagimu’ terungkap di hatinya untuk wanita bernama ‘Melissa’ itu.
            “Sayang, siapa lelaki ni? Siapa dia? Tell me now!” Lelaki tadi mendapatkan Melissa pula dan mendesak wanita itu untuk menjawab soalannya secepat mungkin. Bernada makin keras kerana soalan pertamanya masih tidak berbalas. Masih bertanda soal.
            Hairie pantas meninggalkan mereka berdua yang lagak sedang mula bertengkar sesama sendiri. Tiada sebab lagi dia perlu berdiri atau menjejakkan kaki di situ. Wanita yang selama ini dicurahkan segala rasa sayang dan kasih telah hilang di hatinya. Tiada secebis! Yang tinggal hanya perasaan benci dan kesal di atas perlakuan curang wanita itu.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“SAYANG, I janji dengan you. I will love you for the rest of my life.” luah Melissa merenung Hairie manja. Bibir mungilnya mengukir senyuman indah.
            Hairie membalas renungan manja Melissa. Anak matanya yang comel mengisi pandangan matanya. “Betul?”
            “Betul la sayang. Tak kan I nak tipu you pulak.” balas Melissa. Mengusap lembut dagu Hairie.
            “Kalau you tipu I?” tanya Hairie sekadar ingin mengusik.
            “Kalau I tipu you? Ermm.. you boleh belah hati I ni. Hanya nama you saja sayang.” Melissa memegang tangan Hairie lalu diletakkan di dadanya. Lagak berkata benar.
            “I trust you.” Hairie berkata pasti. Sesungguhnya dia percaya wanita di sebelahnya itu adalah cinta sejatinya.
“Terima kasih sayang. I harap kita sama-sama dapat kotakan janji cinta kita ni, ya sayang? Promise?”
            “Ya. I promise. I love you so much sayang.” ucap Hairie mengucup tangan Melissa beberapa kali. Anak matanya masih setia menatap wajah yang memberi cahaya kepada hatinya.
            “Me too..” balas Melissa tersenyum ceria. Menyandar di bahu Hairie kembali.
            ‘Baby,baby,baby oh.. Like baby,baby,baby no. Like baby,baby,baby oh.. I thought you’d always be mine...Mine..’ Deringan telefon pintar di poket Hairie daripada dendangan penyanyi muda daripada negara Amerika Syarikat, Justin Bieber itu menyedarkan lamunannya terhadap wanita yang telah memungkiri segala janji yang diungkapkan itu. Tertera nama ‘Mama’ pada kaca skrin. “Hello ma.” Hairie menjawab. Menegakkan badannya dari berbaring di atas sofa di bilik pejabatnya itu. Cuba menunjuk lagak suara biasa.
            “Hairie, Hairie kat mana ni, sayang? Dah pukul satu pagi dah ni, kenapa tak balik-balik lagi ni, hmm?” tanya Datin Azura dengan nada risau. Kebiasaannya, anak lelakinya itu akan pulang ke rumah sebelum jarum jam menegak ke nombor 12 malam kecuali jika lewat pasti dia adalah orang pertama yang diberitahu terlebih dahulu.
            “Mama, malam ini Hairie tak balik rumah, ya? Hairie tidur rumah Megat. Mama jangan risau, okey?” kata Hairie bernada perlahan. Tidak mahu ibunya risau.
            “Hmm.. baiklah. Tapi make sure esok pagi Hairie balik rumah, okey sayang?”
            “Okey ma.” balas Hairie malas berbicara lama.
            “Hairie, happy birthday sayang..” ucap Datin Azura. Suara terselit nada ceria. Niat di hati ingin menyambut hari kelahiran anaknya itu dengan satu kek buatannya bersama Kak Rin petang tadi tidak menjadi. Terpaksa diganti ke hari esok Nampak gayanya.
            “Thanks ma for the wish. Bye ma. Jangan risau ya? I love you.” ucap Hairie cuba untuk senyum. Ucapan kedua yang diterimanya untuk hari ini.
            “Okay. Bye sayang. I love you too.”
            Talian dimatikan. Hairie kembali membaringkan dirinya di atas sofa di dalam bilik pejabatnya. Dia tidak ingin pulang ke rumah dengan wajah seperti ini sekarang kerana dia tidak mahu menimbulkan kerisauan di hati keluarganya. Terutamanya Datin Azura, insan yang paling dia sayang lebih dari nyawanya sendiri itu. Dia tidak mahu sesiapa pun melihat dia sedang berdukacita ketika ini. Biarlah malam ini menjadi malam terakhir di antara kisah dia dan Melissa. Mujur tiada kerja lebih masa pada malam ini. Jika tidak, entah bagaimana mahu dijelaskannya pada Riana dengan wajahnya sebegitu rupa.
            Hairie terpandang akan Bear, hadiah daripada Riana yang telah dibuangnya pada pagi tadi. Masih kekal di dalam tong sampah yang terletak di penjuru mejanya. Mungkin Kak Piah, tukang sapu syarikat tidak masuk ke biliknya hari ini. Fikirnya pantas. Dia segera bangun dan merapati tong sampahnya itu. Mengangkat Bear tersebut kembali dan direnungnya lama.
            ‘Kenapa kau tak menghargainya? Kenapa kau kecewakan orang yang ingat hari jadi kau? Kau kejam Hairie! Kau kejam!’ Hairie seakan terdengar bisikan halus dari lubuk hatinya di atas perbuatannya terhadap insan yang sentiasa mengambil berat pada dirinya itu.
            “Riana..” Sedar atau tidak, bibir Hairie telah menyebut nama wanita itu disusuli dengan keluhan kecil yang terpaksa dilepaskannya. Dia melangkah kembali ke sofa semula sambil membawa bersama-sama Bear itu. Dia berbaring sambil memejamkan mata. Berharap dia dapat melupakan segala kenangan pahit yang terpaksa ditelannya hari ini. Selepas beberapa minit berlalu, dia terlelap di atas sofa dan Bear tersebut masih kekal berada di dalam genggaman tangannya. Dipeluk kemas, seolah-olah kelihatan seperti anak kecil yang sedang nyenyak tidur memeluk bantal busuk mereka.  
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“KAK Syida, Encik Hairie mana? Tak masuk office lagi ke?” tanya Riana kepada Kak Syida yang sedang menggunakan mesin pencetak. Mencetak helaian kertas kerjanya. Sengaja Riana bertanyakan akan hal itu kerana tahu Hairie jarang masuk lewat ke syarikat kecuali jika ada mesyuarat penting di luar.
“Hmm. Tak masuk lagi. Riana nak tahu tak sebab apa?” tanya Kak Syida tiba-tiba.
“Sebab apa?” tanya Riana pantas. Memang ingin benar tahu.
Kak Syida pandang ke kiri dan kanannya. Lagak sedang berjaga-jaga. “Sebab semalam Encik Hairie tidur kat dalam bilik dia tu. Pagi tadi baru dia balik rumah. Itu yang sampai sekarang tak masuk-masuk lagi ni.” bisik Kak Syida lagak orang tengah bergosip. Panjang lebar pula katanya.
“Isy.. betul ke Kak Syida ni?” tanya Riana inginkan kepastian. Seakan tidak percaya dengan cerita itu.
“Ya Allah. Betul la, akak sendiri yang kejutkan dia. Ingat orang jahat mana la tadi masuk bilik dia tu. Rupa-rupanya dia. Muka dia nampak masam aje, rambut dengan kusut masai.. dah macam orang putus cinta aje akak tengok dia. Akak tak berani la tanya dia, takut nanti tak pasal-pasal akak kena marah pulak.” panjang lebar Kak Syida bercerita lagi. Tangan ligat menekan butang ‘Print’ pada mesin pencetak.
Riana berfikir sejenak. “Riana rasa mungkin masalah family dia kut.” ujar Riana cuba meneka. Jika masalah cinta, pastilah dirinya dikait sekali.
Kak Syida mengangguk kepala sekali. “Hmm. Mungkin la kut. Okey la. Kak sambung buat kerja, ya? Nanti dia masuk pulak.” balas Kak Syida segera menyusun kertas yang dicetaknya dan kembali ke meja kerja.
            Riana seperti biasa setelah siap menyemak dokumen, dia akan menghantarnya ke bilik Hairie. Dia terpandang Bear, hadiah yang diberikannya kepada lelaki yang telah mendapat tempat di hatinya kini. Kemas diletakkan di atas penjuru meja. Hatinya menjerit riang. Dia seolah-olah ingin meloncat girang ketika ini kerana dia dapat merasakan bahawa Hairie suka akan hadiah pemberiannya itu. Ditambah pula Bear tersebut diletak dekat dengan bingkai gambar lelaki itu. Riana tersenyum ceria. Mungkin sampai ke telinga. Aduh!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“EZA, lambat lagi ke dia nak sampai ni? Dah la dia tak order makan lagi ni. Aku tak boleh lama ni sebab nak balik office lepas ni. Dah la aku kerja overtime hari ini.” ngomel Riana panjang lebar sambil mengerling  jam tangannya. Tak senang duduk. Mereka berdua telah lama berada di situ. Menanti teman lelaki istimewa yang dikatakan oleh Eza itu.
            “Sekejap la Riana, nanti dia sampai la tu. Sabar la. Maybe traffic jam kut.” balas Eza sedikit risau. Mata masih meliar mencari kelibat seseorang. Telefon bimbit di tangan sesekali ditekan.
            “Hmm.. ya la. Tapi kalau lagi 15 minit dia tak datang jugak, kita makan dulu, ya Cikgu Eza?” kata Riana lagak serius. Takut dia ketinggalan sarapan tengah harinya gara-gara menunggu lelaki pujaan hati sahabatnya itu nanti.
Eza mengangguk faham. Kembali melihat ke arah telefon bimbitnya.
            “Hye girls. Sorry I’m late.” sapa seorang lelaki merapati meja mereka berdua. Agak kelihatan tampan dan bergaya. Ditambah pula dengan cermin mata hitam yang dipakainya.
            “Hai sayang. Datang pun you.” Eza segera bangun tersenyum memaut lengan lelaki itu yang berdiri di sebelahnya. “Riana, kenalkan.. inilah Faizul, boyfriend aku.” kata Eza memperkenalkan lelaki itu kepada Riana yang masih duduk memerhati.
            “Hai..” sapa Riana sebagai salam perkenalan pertama.
            “Hai.. So you la Riana Akma yang Eza suka cerita tu?” kata Faizul sambil duduk bersama Eza.
            “Hmm. Ya la kut.” angguk Riana sambil anak matanya sempat menjegil ke arah Eza yang hanya buat-buat tak perasan lagaknya itu.
            “Sayang, kenapa you lambat ni, hmm?” Eza bernada manja setelah lelaki itu membuka cermin mata hitamnya dan diletakkan di atas meja. Riana yang memerhati tersenyum geleng melihat aksi manja kawan baiknya itu. Jarang wanita itu bersikap begitu.
            “Sorry la sayang, I ada hal sikit la tadi. Sorry okay?” ucap Faizul tersenyum manis.
            “It’s okay. Ermm.. sayang, you tau tak? Dalam banyak-banyak kawan, Riana ni la best friend I yang I paling sayang tau. Dari Form Three lagi kami kawan.” kata Eza tersenyum mesra memandang kekasihnya itu. Mula ingin membuka cerita.
            Faizul hanya mengangguk faham sambil memandang Riana.
Riana pula tersenyum malu. Tahu benar perangai Eza yang suka bercerita itu. “Nak puji aku pun lain kali la bila aku tak ada dengan korang. Kau ni Eza..” detus Riana di dalam hati. Jeling makin tajam ke arah Eza.
            Mereka bertiga meneruskan perbualan sehingga makanan yang dipesan terhidang di atas meja. Riana lagak menyenangi tingkah laku Faizul yang berada di sebelah Eza itu. Membuat andaian bahawa lelaki itu sangat sesuai dan sepadan untuk dijadikan teman hidup Eza kelak. Ternyata berbeza daripada teman lelaki Eza sebelum ini. Yang hanya tahu mempermainkan perasaan dan cinta yang tulus diberikan oleh Eza.
“Sayang, see muka you dah berpeluh dah..” kata Faizul menarik tisu yang terletak di atas meja dan diserahkan ke tangan Eza.
Eza lagak terkejut seketika. Pantas mengambil tisu yang dihulurkan itu. “Ya ke? Mana mana? Sini ke?” tanya Eza terpinga-pinga. Menayangkan wajahnya ke arah Faizul.
“Ya.. sini sayang..” Faizul menunding ke arah dahi Eza. Memang kelihatan ada basah sedikit di bahagian itu. Eza segera lap di bahagian itu dengan pantas. Tersenyum lagak malu seketika.
Riana hanya memerhati. Lagak ambil berat benar lelaki itu terhadap Eza. Terasa cemburu pun ada!
            “Guys sorry.. I have to go to ladies for awile okay?” kata Eza sambil memandang Faizul dan Riana. Tangan masih ligat mengelap wajahnya.
            “Ok.” Faizul tersenyum mengangguk faham. Riana turut sama mengangguk. Mereka berdua memerhati Eza melangkah ke bilik air yang berdekatan. “So Riana, you kerja apa ya?” Faizul memulakan bicara. Bibir tersenyum mesra memandang Riana yang masih menikmati hidangan makanan tengah harinya.
            Riana kaget seketika bila mula disoal. “Err.. saya kerja sebagai staf biasa aje di sebuah syarikat pembinaan bangunan.” balas Riana tersenyum mesra. Mulut masih ligat mengunyah makanannya. Lagak sedang mengejar masa.
            Faizul mengangguk kepala lagak faham. “Oh I see.. Ermm..  still single ke?” tanya Faizul lagi. Nada ingin tahu.
            “Ya. Excuse me?” tanya Riana sekali lagi. Kaget. Takut dia tersalah dengar walaupun suara lelaki itu dirasakan cukup jelas di cuping telinganya.
            Faizul tersenyum seketika. “Tak. I tanya, you ni still single ke?” ulang tanya Faizul dengan lagak selambanya.
            Wajah Riana berubah bentuk. “No. I dah ada someone. Ya someone.” balas Riana pantas. Kepala sempat diangguk sekali. Dia jadi aneh. Seakan ada terselit makna di sebalik soalan teman lelaki Eza itu.
            “Oh.. Okey. Ermm.. tak ada rancangan nak buat spare part ke?” tanya Faizul lagi seolah-olah cuba bermain kata pula. Nada berbisik manja.
            “Excuse me again. Apa maksud you ni? I tak faham la..” Riana mula rasa panas di hati. Makanannya ditinggalkan sebentar. Mata memandang tepat ke arah lelaki yang mula dirasakan bersikap biadap itu. Faham benar dengan penggunaan kata seerti bagi kata‘spare part’ itu. Yang merujuk kepada ‘simpanan lebihan’ atau lebih mudah faham, ‘skandal simpanan’
            “Tak ada la. Kalau you sudi, I boleh jadi spare part you. Ala.. pandai-pandai la kita cover line dengan Eza nanti.” kata Faizul sambil tangannya lagak ingin menyentuh tangan Riana yang diletakkan di atas meja. Berdiri tegak bulu roma wanita itu bila diperlakukan sedemikian.
Riana dengan segera menjauhkan tangannya. Dia semakin tajam memandang Faizul.  “Tolong jaga kelakuan awak ni, ya? Please.. don’t make me tell her.” bisik Riana dengan nada keras. Sekeras yang boleh.
            Faizul mula berlagak biasa bila terdengar ugutan Riana itu. Menyandar tubuhnya kembali ke badan kerusi. Dia tersenyum sinis memandang Riana. “Actually.. I suka perempuan macam you ni. A little bit naughty.” balas Faizul sempat mengenyitkan sebelah matanya ke arah Riana. Masih berlagak manja tidak kena orang dan tempat.
            “What? Naughty? Aku ke dia ni yang naughty? Oh please la!.” jerit Riana geram di dalam hati. Bibir diketap rapat. Menyesal memuji-muji perwatakkan lelaki itu sebentar tadi. Rasa macam nak terkeluar habis makanan yang ditelannya sebentar tadi. Mujur tempat itu tempat awam. Jika tidak, sudah lama lelaki yang berada di hadapannya itu disimbah air tembikainya yang hanya tinggal separuh sahaja lagi di dalam gelas.
            “Hai. Sorry sorry I’m late.” Eza muncul sambil duduk semula di kerusinya. Tangan yang tersisip tisu yang dipegang, di bawa ke muka lagi. Masih mengelap mukanya yang lagak sudah bersih dari peluh seketika tadi.
            “It’s okay sayang. Memang betul la kata you, Riana ni pemalu orangnya. I tanya sepatah, dia just jawab sepatah aje.” Faizul mula berlagak selamba berbual dengan Eza di sebelahnya itu. Seolah-olah perkara jijik yang dilakukannya sebentar tadi tidak pernah berlaku.
            “Kan, percaya pun you..” balas Eza tertawa kecil sambil menghirup air minumannya. Kalih pandang ke arah Riana sebentar.
“Menyampah aku!” Hati Riana mengetus geram sekali lagi. Dia terus makan makanannya walaupun selera makannya telah lama hilang gara-gara perbuatan tidak senonoh Faizul sebentar tadi itu. Membiarkan lelaki hipokrit itu berbual-bual mesra bersama kawannya.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“ISY.. nak tanya ke, tak nak tanya ni?” keluh Riana di hati. Dia jadi serba salah. Sesekali kalih pandang ke arah Eza yang masih fokus pada pemanduannya. Sesekali bibir mengulang kata seiring rentak lagu yang dipasang di radio.  “Eza..” panggil Riana perlahan. Nada teragak-agak. Kedua-dua tangannya pula mengusik antara satu sama lain. Lagak tidak senang duduk.
            “Huh?” Eza sekilas pandang Riana. Menanti wanita itu berkata sesuatu. Tangannya masih setia pada stereng kereta Perodua Viva miliknya. Sesekali matanya memandang cermin pandang belakang dan cermin sisi kereta. Berhati-hati memandu keretanya di atas jalan.
            “Kau kenal mana mamat tu?” tanya Riana lancar namun anak matanya masih memandang ke hadapan. Takut wanita di sebelahnya itu bersangka buruk.
            Eza terpinga seketika. Kalih pandang sekejap ke arah Riana. “Mamat mana? Faizul?”
            “Ya la. Siapa lagi..” balas Riana lagak malas mendengar nama itu disebut lagi. Rasa jijik kut!
            “Aik! Lain macam aje bunyi. Tertawan ke?” balas Eza tersenyum sekadar mengusik.
            “Excuse me. I’m not interested okay, not my taste la.Riana mencebirkan bibirnya sambil tangan diangkat dengan gaya bersilang. Pantas menafikan kata-kata sahabatnya itu.
            Eza tertawa kecil dengan reaksi balas Riana itu. “Ala.. kau ni, Riana. Rileks la. Aku lawak aje la. Yang kau serius sangat ni, kenapa? Aku kenal dia kat tempat kerja member kita, Fika. Time tu dia datang beli barang, dia datang dekat aku and dia cakap dia berkenan sangat dengan aku. Lepas tu dia minta nombor phone aku. Aku kasi la. Dia handsome kan Riana?” kata Eza panjang berjelar. Bernada riang dengan setiap kata-katanya itu.
            “Ermm.. not bad la...” balas Riana tersenyum hampeh. “Muka aje handsome tapi perangai Nauzubilllah..” hati Riana bertambah geram lagi. Tidak suka dengan kelakuan tidak senonoh Faizul sebentar tadi. Namun niatnya untuk memberitahu kelakuan Faizul itu terpaksa dilupakan bila melihat Eza sudah mula mengilai lelaki itu. Riana jadi tidak berani.
            “Eh! Kau ni nak terus balik company kau ke ni? Tak nak singgah mana-mana dah?” tanya Eza ingin tahu. Perjalanannya menuju ke syarikat tempat kerja Riana untuk menghantar kawannya itu sambung bekerja semula.
            “Tak nak la. Nanti lewat pulak. Aku kerja overtime hari ini tau..” geleng Riana sambil mencebirkan bibirnya. Nada minta dikasihani.
            “Okey. Hmm.. pandai Hairie buat kau kerja overtime ya sekarang?” kata Eza nada mula ingin sambung mengusik lagi.
            “Haa.. mula la nak fikir benda yang bukan-bukan tu, kan?” balas Riana tarik muka lagi.
            “So sweet. Ada bau la..” Eza tersenyum lagi. Wajah berubah bentuk pula. Laga terhidu sesuatu.
            “Bau?” tanya Riana kembali aneh. Lagak menghidu juga. Tetapi tiada bau yang tertangkap di hidung mancungnya. “Bau apa?”
            “Bau nasi minyak la.” balas Eza menjerit kecil. Lagak menyindir.
            “Ee.. kau ni kan, Eza.. Malas la nak layan kau lagi.” Riana tarik muka seratus peratus. Segera membuang pandang ke luar tingkap. Geram disindir lagak begitu.
Eza tergelak kecil. Dia meneruskan pemanduannya dan menghantar Riana kembali ke Syarikat Gema Holding. Hari ini Riana tidak membawa kereta kerana keretanya dihantar ke bengkel untuk diselenggara selama lebih kurang tiga hari. Selama hari itu juga dia akan menaiki teksi atau bas ke tempat kerja. Jika bernasib baik, mungkin akan dihantar pulang oleh Khairul.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“Melissa?” “Siapa ni sayang?”      
“Hairie, dengar dulu cakap I..”
 “Nak dengar apa lagi, hah Melissa? Nak jelaskan yang lelaki tu abang you, tak pun adik you? Oh.. ini tandanya you cintakan I selama ni? Tak sangka I Melissa, tak sangka I. Ini balasan cinta you pada I selama bertahun-tahun ni!”
             “Hairie, maafkan I sayang. I.. I..”
‘Tuk! Tuk!’ Lamunan Hairie terhenti apabila ketukan pintu kedengaran di cuping telinganya. Menyedarkan dia dari kejadian beberapa hari lalu yang membuat hatinya retak ketika ini.
            “Masuk.” arahnya yang kembali lagak tenang di atas sofa. Nafas ditarik dalam-dalam.
            Riana memunculkan diri di dalam bilik itu. Mata yang sedia melihat ke arah meja kerja lelaki kesayangannya it uterus berpaling ke arah kelibat Hairie di ruangan sofa. “Err.. Encik Hairie.. Ini fail yang Encik Hairie nak tadi tu..” kata Riana sambil mengangkat fail di tangannya.
Hairie lagak tidak beberapa sihat. Sebelah tangannya memicit-micit dahi. “Hmm.. letak aje kat atas meja saya tu..” Hairie menunding ke arah mejanya. Wajah Riana tidak dipandang.
          Riana melakukan apa yang diminta. Dia kembali merapati ruangan sofa lelaki itu. “Err.. Encik Hairie okey ke?” tanya Riana apabila melihat Hairie seakan kelihatan tidak bermaya. Malah dua tiga hari ini, dia perasan ada suatu perubahan yang ketara dari riak wajah lelaki yang ada di hadapannya itu. Ingin bertanya puncanya tetapi dia sendiri tidak berani bersuara pula.
            “Ermm.. tak ada apa-apa. Saya cuma pening sikit je ni, nanti makan ubat okey la kepala ni.” balas Hairie masih memicit-micit dahinya.
            “Err.. Encik Hairie nak saya belikan ubat Panadol? Saya boleh tolong belikan.” tanya Riana ingin pula cuba membantu.
            “Tak payah. Awak pergilah buat kerja awak tu. Nanti saya balik rumah saya makan la, ada banyak ubat Panadol kat rumah saya, okey?” jawab Hairie sedikit kasar bunyinya. Buat Riana tersentak seketika. Hairie mula mengubah kedudukan posisi duduknya. Dia berbaring pula di situ. Mengunjur kaki lurus. Fikirannya kusut dan minda pula masih terbayangkan kejutan yang diterimanya beberapa hari yang lalu walaupun dia cuba sedaya upaya untuk melupakannya. Kepalanya pening!
            Riana jadi makin risau. Hanya memerhati tingkah laku Hairie itu.  “Err.. Encik Hairie ada minyak kapak?” tanya Riana lagi masih tidak berpuas hati. Ingin benar membantu teman lelakinya itu.
            “Huh?” Hairie kurang bermaya. Tangannya masih memicit-micit dahi. Dia seakan tidak dapat membalas pertanyaan Riana itu.
            “Kejap ya. Saya ambilkan.” Riana segera melangkah keluar sebentar mengambil sesuatu dari tas tangannya dan masuk kembali mendapatkan Hairie yang masih kekal duduk di atas sofa. “Ini, Encik Hairie sapu la sikit kat dahi Encik Hairie tu. InsyaAllah.. nanti legalah sikit pening tu.” kata Riana sambil menyerahkan botol sekecil jari kelekingnya kepada Hairie.
           Hairie hanya mengikut kata wanita yang sedang berdiri memandangnya itu. Seakan malas membalas kata lagi.
            “Nanti kalau Encik Hairie masih rasa pening or rasa tak sedap badan ke.. Beritahu saya, ya? Saya boleh tolong hantar pergi hospital.. klinik ke?” kata Riana sambil menutup semula botol minyak cap kapak itu. Sementara Hairie menyandarkan badannya di sisi sofa. Sempat menarik nafas sedikit lega. “Ermm.. Encik Hairie rehatlah dulu. Jangan fikir sangat pasal kerja. Nanti kalau Encik Hairie nak apa-apa, Encik Hairie panggil saya aje, okey? Saya ada kat tempat saya, saya keluar dulu, ya?” pesan Riana sebelum meninggalkan Hairie merehatkan diri di situ.
            Hairie mula merasa satu perasaan yang aneh menyelubungi jiwa sanubarinya. Perasaan yang pernah hadir sewaktu kali pertama dia bersama Melissa. Namun kali ini berbeza sedikit, mungkin lebih hebat daripada Melissa.
Alamak! lupa aku nak ucap terima kasih kat dia tadi. Isy..” detus hati kecil Hairie bila teringat akan bantuan ikhlas Riana sebentar tadi. Dia mula memejamkan matanya. Dia terlelap di atas sofa itu. Hanyut dengan dibuai keasyikkan mimpi.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
HAIRIE terjaga dari tidurnya. Dia sedar dia masih berada di dalam bilik pejabatnya dan masih setia berbaring di atas sofa. Pening di kepalanya kini beransur pulih. Mungkin dek penangan minyak angin cap kapak yang digunakan. Jam dinding ditenungnya lama. Pukul 9.15 malam. Sepatutnya waktu ini, dia sedang bersuka ria dengan Melissa di kelab malam atau tidak pun sedang makan malam bersama sekiranya kejadian tempoh hari tidak dilihatnya. Dia lantas bangun bersedia ingin meninggalkan bilik pejabatnya. Ingin segera pulang ke rumah yang seharian tidak dijejakinya. Belum sempat pintu bilik pejabatnya ditarik sepenuhnya, anak matanya terpandang Riana yang sedang asyik menyemak fail-fail yang sengaja diberikannya beberapa hari yang lalu. Dia merenung lama ke arah wajah wanita yang diakui sebagai kekasihnya di atas sekeping kertas sahaja itu.
            “Kalau awak sedih awak boleh tengok bulan.”
“Tengok bulan?”
“Hmm. Bulan tu boleh buat kita tenang..”
“Hairie, saya nak ucapkan terima kasih. Terima kasih sebab awak sudi mencintai saya. Saya sayangkan awak. Saya janji saya akan setia pada awak selagi awak cintakan saya dengan sepenuh hati awak. Saya janji.”
‘Dup! Dap! Dup! Dap!’
Tiba-tiba jantung Hairie berdegup pantas. Seakan mula timbul satu perasaan di hati kecilnya. Degupan yang dirasa semakin kencang. Ditutup semula pintu biliknya itu dan pantas menyandarkan diri di sebalik pintu itu. “Tak mungkin.. Tak mungkin.!” geleng Hairie berbisik cemas beberapa kali. Mata terbeliak besar. Anak mata kelihatan tidak terarah. Nafas pula dilepas kuat. Seakan tidak percaya dengan apa yang mula muncul di benak fikirannya kini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~