1 Mei 2011

~Bab 8~

          “WHAT?! Kau.. kau dah jatuh cinta kat dia? Oh my God.. I cannot believe this, bro. Biar betul kau ni, Hairie? This is not funny okay!” Megat terkejut besar. Kepala digeleng beberapa kali. Wajahnya pula kelihatan seakan baru lepas terserempak dengan hantu pocong di dalam bilik itu.
           “Aku sendiri pun tak percaya, Megat. Tapi aku tak boleh tipu perasaan aku sendiri. Aku memang cintakan dia, aku macam nak dia selalu ada dengan aku.” jelas Hairie serius sambil merenung jauh ke langit nan biru menerusi tingkap kaca jendelanya. Kelihatan awam mula bergabung. Mendung. Mungkin hujan cuaca petang ini. Semalaman dia memikirkan soal itu. Dia sendiri tidak percaya namun itulah hakikatnya bahawa dia sudah jatuh cinta sekali lagi.
            “Biar betul kau ni, Hairie. Err..kau kena lupakan dia. Ya. Kau mesti kena lupakan dia. Kau kan ada Melissa. Melissa bro, cantik lagi dari Riana tu. Apa yang Riana ada semua Melissa ada, dan aku rasa Melissa prefect!”
            Hairie menggeleng kepala perlahan. “No. No Megat..” kata Hairie pandang Megat tajam. Kepala mula diangguk pula. “Ya. Memang Melissa perfect dari segala-galanya. Tapi dia bukan Riana.” balas Hairie bernada sayu.
            “But how Melissa bro? She is your girlfriend right?” tanya Megat pantas. Cuba menyangkal perasaan Hairie itu lagi. Tidak mahu kawannya itu tampak curang.
            “Melissa? Pergi jahanam la minah tu. Aku dah tawar hati dengan dia. Dia curang belakang aku Megat, dia tipu aku hidup-hidup selama ni dengan semua janji-janji palsu dia tu. Sebelum ni, dia tak pernah layan aku macam mana Riana layan aku. Aku bila dengan Riana, aku rasa happy sangat kau tau? Bukan macam aku dengan Melissa. Totallly different!” jelas Hairie lagi. Terselit nada kesal dengan perbuatan curang Melissa itu. Dia benar-benar mahu Megat mengetahui isi hatinya kini.
            “Habis, macam mana dengan Projek Mega Tiga tu? Kau kan ada perjanjian dengan Encik  Khairul Faiz.” Megat cuba mengingatkan Hairie tentang projek yang menjadi punca utama segala rancangan mereka berdua itu.
            Hairie berfikir sejenak. Ya. Memang banyak yang telah dilakukannya semata-mata untuk mendapatkan apa yang dihayatinya. Sehinggakan dia sanggup melukakan hati orang. “Aku dah fikir tentang tu. Aku dah buat keputusan. Aku nak batalkan surat perjanjian bodoh tu.” balas Hairie serius. Nada seakan menjerit geram.
            “What? Hairie, kau tahu kan? Susah payah kita buat rancangan supaya Suria Trading tarik diri. Sekarang ni, senang-senang aje kita nak lepaskan projek tu. Bro, tinggal berapa minggu je lagi mereka nak announce result projek tu, dan aku pasti syarikat kita bakal dapat projek tu.” tambah Megat lagi cuba memujuk kawannya itu agar tidak berubah fikiran. Jika tidak musnahlah segala yang dirancang mereka hampir berbulan-bulan itu.
            “Aku dah tak kisah lagi pasal projek tu, Megat. Sekarang, aku mesti jumpa Faiz dan batalkan perjanjian tu.. and I mean that!” kata Hairie bangun dari terus duduk. Keputusan yang dibuat dengan nada serius di bibir Hairie adalah muktamad. Hairie menarik kot hitam yang disangkut di kerusinya. Terus melangkah keluar meninggalkan Megat yang tiba-tiba diam seribu bahasa kerana dia hanya menurut kata dan segalanya di tangan Hairie. Megat terpaksa akur.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“KAU biar betul, Faiz?” tanya Johan memandang Khairul. Seakan tidak percaya mendengar kata-kata lelaki itu. Kelihatan mereka berdua melangkah keluar dari lif untuk menuju ke bilik pejabat masing-masing. Selesai daripada keluar bersarapan tengah hari bersama.
            Khairul tersenyum seketika melihat reaksi Johan itu. “Eh! betul la. Kau ingat aku main-main ke? Kalau kau tak percaya, kau boleh contact Datuk Jamal ahli lembaga syarikat ni. Tanya dia betul tak apa yang aku cakap tadi tu.” angguk Khairul serius.
            Johan segera menganggukkan kepala. “Okey. Kalau macam ini, bakal naik pangkat lagi la aku nanti.” Johan membalas dengan nada gembira.
            “InsyaAllah, kalau dah rezeki kau..” balas Khairul buat Johan tertawa kecil sambil melangkah seiringan.
            “Encik Faiz..” panggil Suzy segera berdiri seakan menanti ketibaan Khairul sejak dari tadi. Dia tersenyum sopan seperti biasa.
            Khairul memberhentikan langkah di hadapan meja kerja Suzy. Segera memandang setiausahanya itu. “Ya Suzy?” balas Khairul ingin tahu. Johan yang berada di sebelahnya hanya tersenyum manja.
            “Encik Hairie Azmin dari Syarikat Gema Holding sedang tunggu di bilik Encik Faiz sekarang.” kata Suzy lancar.
            Khairul terkaku seketika. Fikiran jadi tidak tenang. “Ermm.. terima kasih Suzy.” ucap Khairul tersenyum faham. “Kenapa dia datang lagi?” Pertanyaan itu pantas terpancul dalam kotak fikiran Khairul.
            “Faiz..” panggil Johan sambil menahan lengan Khairul sebelum lelaki itu meneruskan langkah kakinya. Suzy hanya lagak memerhati aneh kelakuan dua sahabat di hadapannya itu. “Aku tak tahu apa mamat tu nak lagi, tapi aku nak kau jangan sign apa-apa surat lagi dengan dia, okey? Please..” bisik Johan serius. Bunyi nadanya pula seakan merayu.
            Khairul hanya memandang Johan. Dia menepis perlahan tangan lelaki itu dan meneruskan langkahnya masuk ke dalam bilik. Johan hanya melepaskan keluhannya. Johan mati kata.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
PINTU dibuka. Kelihatan Hairie sedang duduk di atas sofa sambil membelek-belek majalah tahunan syarikat yang terletak di atas meja tamu. “Selamat datang Encik Hairie Azmin.” sapa Khairul tanda hormat memandang lelaki itu. Bibir cuba untuk senyum. Sehabis boleh!
            Hairie pandang Khairul pantas. “Oh. Ya terima kasih..” balas Hairie segera berdiri. Kali ini dia menguntumkan senyuman ikhlas kepada Khairul.
            Khairul merapati sofa. “Silakan duduk.” pinta Khairul meminta Hairie kembali melabuhkan pinggulnya di sofa itu. Dia turut duduk di sofa itu. Berhadapan dengan Hairie.
            “Ya. Terima kasih.” angguk Hairie duduk kembali.
            Khairul dihimpit rasa hairan dengan kelakuan Hairie yang hanya menuruti kata-katanya dan lelaki itu kelihatan sopan. Tidak seperti kali pertama dia menjejakkan kaki di bilik itu dulu. “Boleh saya tahu tujuan apa Encik Hairie datang ke mari?” soal Khairul tanpa membuang masa lagi. Tidak mahu dari terus berteka-teki sendiri.
            “Ermm.. macam ini la, Faiz. Biarlah aku berterus terang dengan kau. Pertama sekali, aku nak minta maaf dengan kau sebab aku pernah berkasar dengan kau dulu. Aku harap, kau dapat maafkan aku.” balas Hairie terselit nada kesal di dalam kata-katanya. Wajahnya pula tampak benar-benar ikhlas dengan kata-katanya itu.
            “Jadi untuk tujuan apa kau ke mari?” soal Khairul lagi menginginkan lelaki di hadapannya itu menerangkan dengan lebih jelas lagi. Sesungguhnya dia tidak faham!
            Hairie tanpa banyak bicara segera meluahkan segala yang telah terbuku di dalam hatinya untuk beberapa hari ini. Hatinya kini telah diberikan sepenuhnya untuk wanita bernama ‘Riana Akma’. Wanita yang sebelum ini hanya dijadikan sebagai umpan dalam rancangan jahatnya. Kata-katanya kini hanya bersifat ikhlas, jujur dan tulus. Tiada bohong, tiada tipu dan sesungguhnya juga tiada dusta. “Aku harap kau dapat terima semua ini dengan hati terbuka. Aku memang tak boleh lepaskan dia. Baru aku tahu Faiz, aku sangat perlukan dia.”
Kata-kata luahan terakhir Hairie membuatkan bibir Khairul terukir satu senyuman. Senyuman lega. “Kau jangan risau, Hairie. Riana memang tercipta untuk kau. Dia milik kau, sekarang dan selama-lamanya.” balas Khairul berkata ikhlas. Dia tahu lelaki yang berada di hadapannya kini adalah seorang lelaki yang jujur dan sangat layak untuk bahagiakan hidup Riana. Wanita yang hanya akan kekal menjadi kekasih gelapnya sahaja itu.
            Hairie yang mendengar kata-kata itu jadi tersenyum gembira. Hairie segera bangun merapati Khairul yang masih terduduk itu. “Terima kasih Faiz. Terima kasih sangat-sangat. Aku janji aku akan jaga Riana dengan baik dan aku akan sentiasa sayang dia, aku janji.” kata Hairie sambil beberapa kali berjabat tangan dengan Khairul. Jika lelaki itu mahu dia melutut sekalipun, dia tetap sanggup selagi Riana kekal menjadi miliknya.
            Khairul hanya mengangguk dan tersenyum manis memandang Hairie. Kata-katanya sebentar tadi benar-benar belaka. Dia sanggup melepaskan Riana. Dia ikhlas!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“RIANA, ini saya ada hadiah untuk awak.” kata Hairie lembut sambil menghulurkan sebuah kotak empat segi kecil yang berwarna biru tua kepada Riana. Mereka berdua sedang duduk berhadapan  antara satu sama lain di sebuah kafe di dalam hotel yang cukup terkenal di situ.
            “Hadiah untuk saya? Apa ni?” tanya Riana sambil membelek-belek kotak tersebut. Lagak tertanya-tanya sendiri.
            “Buka la.” pinta Hairie yang masih kekal dengan senyuman ikhlasnya.
            Riana tanpa bicara segera membuka kotak hadiah yang diberikan Hairie itu perlahan-lahan. Bibirnya terukir satu senyuman manis tatkala terpandang seutas rantai silver berloketkan huruf H dan R. Sungguh cantik! “Cantiknya awak.” luah Riana terpesona memegang rantai itu seketika.
            “H for my name and R for your name. Saya hadiahkan pada awak, tanda cinta saya pada awak. Saya harap awak suka.” tambah Hairie dengan senyum mesra di bibir.
            “Saya suka awak. Terima kasih.” balas Riana meletakkan rantai itu ke tempat asalnya semula dan menutup kotak tersebut. Dia segera memandang Hairie. Tersenyum ceria kerana inilah pertama kali dia menerima hadiah daripada lelaki yang dicintainya itu. Sesungguhnya perasaan itu tersangatlah teruja.
            “Riana..” panggil Hairie lembut. Tangan mula menarik tangan Riana yang diletakkan di atas meja.
            “Huh?” balas Riana sedikit terkejut bila tangannya disentuh sebegitu. Dia cuba menarik kembali tangannya. Lagak tidak selesa diperlakukan begitu secara tiba-tiba.
Hairie terkejut seketika dengan reaksi balas Riana itu. “Oh.. sorry..” balas Hairie bernada maaf. Terlupa yang wanita di hadapannya itu adalah berbeza daripada wanita-wanita sebelum ini yang dikenalinya.
Riana mengangguk kepala sekali. Dia kembali tersenyum. Tersenyum ceria merenung anak mata coklat lelaki di hadapannya itu. Sungguh comel!
            “Saya cintakan awak, Riana. Saya harap sangat hubungan kita ini akan kekal selama- lamanya.” luah Hairie serius. Walaupun perkataan itu pernah diluahnya sebelum ini tetapi tidak sama seperti hari ini kerana kini apa yang keluar dari bibirnya untuk wanita itu adalah ikhlas dari dasar hatinya. Bukan lagi lakonan atau sandiwara.
            “Ya. Saya pun cintakan awak.. Err.. Hairie, awak okey ke?” tanya Riana seakan aneh dengan sikap Hairie baru-baru ini. Lagak sedikit berbeza.
            “Saya? Saya okey aje. Kenapa? Nampak saya tak okey ke?” tanya Hairie sambil membetulkan rambutnya yang kelihatan terpacak sedikit itu. Sama macam Shukri Yahaya, pelakon drama TV3 itu.
            “Tak ada. Saja tanya.” geleng Riana tersenyum lucu dengan gelagat mencuit hati kekasih hatinya itu. Terasa kelakar.
            Hairie tersenyum manis. “Saya ingat nak kenalkan awak pada family saya.” sambung kata Hairie lagi. Menyebut pula soal keluarganya.
            Riana telah air liur.  Kaget sedikit dengan kata-kata lelaki itu. “Err.. bila?”
“Esok, kalau boleh.” jawab Hairie pantas.
            “Esok? Ermm.. awak tak rasa macam terlalu awal ke?” tanya Riana lagi. Tidak sangka bakal sampai ke tahap itu perhubungan mereka yang terjalin hampir dua bulan ini.
            “Tak.” geleng Hairie ringkas. Bibir masih tersenyum ceria.
            Riana berfikir seketika. “Err.. awak.. nanti dulu la, ya? Saya macam tak bersedia lagi la.” balas Riana. Nada tersekat-sekat.
            Hairie jadi tersenyum kelakar melihat reaksi Riana itu. “It’s okay.. Saya just nak awak tahu yang saya rasa happy sangat. Tak sabar nak kenalkan awak dengan family saya.”
            “Hmm.. okey la kalau macam tu. Saya ikut aje.” angguk Riana mengerti sambil meneruskan santapannya bersama Hairie itu. Memang agak lama juga dia teringin berkenalan dengan keluarga lelaki yang dicintainya itu.
            Hairie tersenyum bahagia lagi. Kalaulah dari awal lagi dia sedar kejujuran cinta Riana terhadap dirinya. Pasti kini dia makin bertambah bahagia.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“ENCIK Hairie, ini fail yang Encik Hairie minta semalam. Fail yang lagi satu tu nanti malam saya siapkan, ya? Ermm.. Encik Hairie ada fail yang perlu saya siapkan lagi ke?” tanya Riana tersenyum manis melaksanakan tugas-tugasnya seperti biasa. Hairie hanya memandang raut wajah Riana. Entah kenapa sebelum ini dia tidak perasan ada sinar cahaya dari wajah tersebut. Boleh melalaikan hati insan yang bernama lelaki sepertinya. “Encik Hairie?” Riana melambai-lambai jarinya di depan wajah Hairie bila pasti pertanyaannya tidak berjawab.
            Hairie tersedar. Pandang Riana dengan lagak terpinga-pinga. “Ya saya?”
            “Ada tak?” ulang tanya Riana mula kerut dahi. Masih menanti dengan tangan yang dihulur.
            “Err.. tak ada.” geleng Hairie pantas. Tersenyum suka pula.
            “Okey la. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu, ya?” Riana menggeleng sebentar dengan telatah teman lelakinya itu. Kaki mula ingin melangkah keluar semula.
            “Riana..” panggil Hairie buat Riana tidak jadi menapak keluar. Riana kembali memandang ke arahnya. “Lepas ni tak perlu la awak panggil saya Encik Hairie lagi, ya? Just call me, Hairie.” pinta Hairie terus tersenyum gembira.
            Riana berfikir seketika. “Tapi awak kan yang cakap kalau di office tak boleh panggil...”
            “Riana, anggap aje la saya dah ubah fikiran saya. Anyway, awak tak perlulah kerja overtime lagi lepas ni sebab semua kerja lebihan di syarikat ni dah settled. Awak boleh balik macam biasa, ya?” Kata-kata Riana sebentar tadi pantas sahaja dicelah Hairie yang lagak benar dengan kata-katanya itu.
            “Hmm. okey. Kalau macam tu, saya keluar dulu ya encik.. Oh sorry.. Hairie.” pinta Riana hampir tersasul. Tersenyum kaget. Dia mula melangkah keluar.
            “Okey.” angguk Hairie faham. Tergelak kecil melihat gelagat wanita itu.
            Riana aneh dengan sikap Hairie sebentar tadi itu. Tidak langsung sama dengan lelaki yang dikenalinya dulu. Seakan sudah berubah. Malah begitu ketara. “Kenapa dengan dia, ya? Mimpi ke dia semalam?” Riana berfikiran aneh selepas melangkah keluar dari bilik Hairie itu. Namun jauh di sudut hatinya menjerit gembira dengan perubahan teman lelakinya itu. Lagak doanya selama ini dimakbulkan.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“MAMA, ini Riana Akma.. teman wanita Hairie.” kata Hairie sambil memandang wajah ibu kesayangannya iaitu Datin Azura yang kelihatan gembira memandang Riana. Pertemuan mereka sekeluarga telah ditentukan Hairie yang teringin benar memperkenalkan Riana kepada ahli keluarganya.
            “Apa khabar datin? Datin sihat?” salam Riana sopan sambil mencium tangan wanita yang bakal bergelar ibu mertuanya suatu hari nanti.
            Datin Azura mengangguk suka. “Sihat Alhamdulilah.. panggil aunty sudah la Riana. Ermm.. jemput la duduk, Riana. Riana tunggu sekejap, ya? Aunty nak ke dapur, ambilkan air dulu.” kata Datin Azura tersenyum mesra. Gembila bila mendengar khabar berita bahawa anaknya itu telah putus hubungan bersama dengan Melissa dan kini sedang bertemu pula dengan kekasih hati yang baru.
            “Ya. Terima kasih aunty.” angguk Riana faham sambil memandang ibu kekasihnya itu berlalu ke ruang dapur.
            Hairie yang memerhati sejak dari tadi pandang Riana. “Riana, awak duduk kejap, ya? Saya nak naik atas dulu, nak tukar baju ni.”
Sekali lagi Riana mengangguk faham setelah mengalihkan pandangannya kepada Hairie. Dia ditinggalkan keseorangan di ruang tamu rumah dua tingkat itu. Riana memandang ruangan sekelilingnya. Cantik hiasan dekorasi di setiap ruang itu. Matanya terpandang beberapa bingkai gambar yang kemas tergantung di dinding-dinding rumah dan ada yang juga terdapat di atas meja peti televisyen. Dia terpandang salah satu bingkai gambar yang tekanya paling besar daripada bingkai-bingkai gambar yang lain di situ. Kelihatan di dalam bingkai gambar tersebut sebuah sofa yang diduduki oleh Datin Azura dan Datuk Haikal. Kedua-dua belah mereka diapit mesra oleh Hairie dan seorang wanita yang kelihatan tua sedikit daripada kekasihnya itu.
            “Assalamualaikum.” ucap seorang wanita mengejutkan Riana yang sedang asyik merenung lama ke arah gambar-gambar tersebut.
            Riana kalih pandang belakang. “Waalaikumusalam.” balas Riana setelah menatap penuh wanita yang berdiri di belakangnya itu. Wanita itu turut berada dalam gambar tersebut membuatkan Riana tertanya-tanya mungkin dia adalah kakak Hairie.
            “Awak ni?” tanya wanita yang berambut lurus melepasi paras bahu dan terselit pin rambut berwarna merah di atas kepala. Wajah hairan jelas terpancar di wajahnya.
            “Saya Riana..” balas Riana tersenyum angguk.
Datin Azura yang sedang masuk ke ruang tamu memerhati gelagat dua wanita di hadapannya itu. “Ya Rin. Itu Riana, girlfriend adik.” sampuk Datin Azura tersenyum ceria pandang ke arah anak sulungnya itu.
           Kak Rin mula mengangguk mengerti. “Oh I see.. Hai. Saya Hairin Azmina, kakak Hairie. Panggil Kak Rin aje, ya?” angguk Kak Rin tersenyum faham sekilas memandang ibunya. Tangan dihulur sebagai salam perkenalan pertama mereka berdua.
Riana menyambut salam Kak Rin. Ceria melihat kehadirannya di situ seakan diterima di dalam keluarga Hairie. “Apa khabar Kak Rin?”
            “Baik. Ermm.. ma, Rin naik atas dulu, ya? Nak mandi.” kata Kak Rin memandang pula Datin Azura yang sedang menghidangkan gelas minuman yang dibawanya dari ruang dapur sebentar tadi.
            Datin Azura pandang Kak Rin seketika. “Ya la.. Tapi lepas mandi tu, cepat turun tau? Boleh kita makan malam sekali dengan Riana ni. Mama dah siap hidang kat meja makan tu.” pesan Datin Azura sekilas memandang Riana.
            “Ermm.. Okey la. Kak Rin naik atas dulu, ya Riana? Nanti boleh kita makan malam sama-sama. ” kata Kak Rin buat Riana hanya mengangguk tersenyum. Kak Rin mengira anak tangga. Kepalanya ligat berfikir tentang wanita yang baru ditemuinya itu. Dia berlalu ke bilik Hairie dahulu apabila kelihatan pintu bilik adiknya itu terbuka luas. Kelihatan Hairie sedang menyikat rapi rambut sambil memandang ke arah cermin meja solek. “Pewittt.. wanginya adik Kak Rin ni. Awek baru nampak.” usik Kak Rin sambil bersandar belakang badan di muka pintu bilik Hairie. Tangan menyilang. Tersenyum sebentar melihat gelagat adiknya itu.
            Hairie kelihatan lagak terkejut seketika ditegur begitu. “Isy.. Kak Rin ni, buat adik terkejut aje la. Err.. Kak Rin dah jumpa Riana?” tanya Hairie sekilas memandang kakaknya itu. Dia masih menyikat rapi rambutnya. Lagak tersenyum suka.
            “Dah. Bertudung nampak. Melissa adik yang sweet sweet tu, apa cerita? Korang berdua dah break ke?” tanya Kak Rin lagi. Tahu benar hubungan Hairie dengan Melissa. Jauh disudut hatinya lega wanita yang sangat dicintai adiknya dulu itu tidak lagi bergelar kekasih adiknya kerana dia sendiri tidak menyukai perangai wanita itu yang dirasakan tidak layak berdampingan dengan adiknya yang jenis setia itu.
Hairie melepaskan keluhan kecilnya tatkala perihal bekas teman wanita itu disebut. Sikat yang dipegang diletak kembali ke atas meja solek. Dia melangkah ke muka pintu. “Malas la cerita pasal perempuan tu Kak Rin, buat sakit hati aje. Okey la Kak Rin. Adik turun dulu, ya?” kata Hairie lagak tidak mahu menceritakan perihal diri Melissa lagi. Baginya antara dia dan Melissa telah tamat.
            Kak Rin mengangguk faham. “Hmm. Okey la. Kak Rin masuk bilik dulu, nanti Kak Rin turun. Kak Rin nak mandi kejap, okey?” balas Kak Rin sambil memerhati Hairie yang sedang menuruni anak tangga. Tersenyum geleng melihat gelagat adiknya itu. Dia segera berlalu masuk ke bilik tidurnya. Menyegarkan diri.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“KELUARGA Riana kerja apa, ya?” tanya Datin Azura memandang Riana mesra. Suka benar hatinya bila melihat bakal menantu yang dibawa pulang oleh Hairie itu. Lebih-lebih lagi melihat Riana yang bertudung ayu. Buat hatinya rasa sejuk dan tenang.
            “Mak dengan ayah Riana dah lama meninggal aunty.” balas Riana lambat selepas menghirup air minumannya sedikit. Terselit nada hiba.
            “Oh ya ke? Maafkan aunty, ya Riana? Aunty tak tahu.” geleng Datin Azura. Terselit nada serba salah pula menyebut soal itu.
            Riana segera menggelengkan kepalanya. “Tak apa aunty. Riana okey aje. Ermm.. sekarang Riana tinggal dengan adik Riana, Rizman nama dia.” balas Riana tersenyum pandang ke arah ibu Hairie di hadapannya itu.
            “Oh.. Dia sekarang kerja ke?”
            “Tak. Dia masih belajar di Tingkatan Lima. Tak lama lagi dia bakal ambil SPM.” jawab Riana bernada sopan.
            “Mama..” panggil Hairie sambil menghampiri kedua-dua insan yang disayanginya itu. Membuatkan perbualan di antara Riana dan Datin Azura tadi itu terhenti seketika.
          Datin Azura memberi perhatian kepada Hairie pula. Tersenyum dia sebentar. “Hairie, mari duduk sini sayang.” pinta Datin Azura lembut membuatkan lelaki itu duduk di sebelahnya.
            Hairie segera melabuhkan pinggulnya duduk di sebelah Datin Azura. “Mama bual apa dengan Riana ni?” tanya Hairie tersenyum sekilas memandang Riana yang hanya memerhatikan gelagat dia dan ibunya itu sahaja.
            “Tak ada apa. Bual-bual kosong aje. Minum la air ini dulu. Haa.. Riana, minum la air tu.. Sejuk pulak nanti.” pinta Datin Azura sekilas memandang Hairie dan Riana sambil mengangkat gelasnya dari atas meja lalu dihirup perlahan.
            Hairie dan Riana mengangguk faham sambil menghirup air minuman masing-masing. Mereka bertiga berbual-bual kosong sehingga Kak Rin turun ke tingkat bawah. Mereka mula makan malam bersama-sama. Sesekali gelak tawa anak-beranak itu kedengaran memecahkan kesunyian malam di dalam rumah dua tingkat itu.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“BETUL ke Riana cintakan adik Kak Rin?” Terpancul pertanyaan itu dari mulut Kak Rin. Melangkah menghampiri Riana yang sedang asyik memerhati kolam renang yang berada di luar rumah Hairie itu. Sementara menunggu teman lelakinya itu ke bilik air sebentar.
            Riana pandang Kak Rin aneh. “Eh! Kak Rin? Err.. kenapa Kak Rin tanya Riana macam tu?” tanya Riana lagak tidak faham kenapa dia disoal dengan soalan sebegitu.
            “Kenapa tak jawab soalan Kak Rin?” Kak Rin bertanya lagi. Nada makin serius buat Riana jadi serba salah. Mula fikir yang bukan-bukan. “Riana, Kak Rin gurau aje la. Sebenarnya Kak Rin suka tengok Riana dengan Hairie. Korang dua memang sepadan sangat.” kata Kak Rin yang tiba-tiba tertawa kecil kerana lagaknya sebentar tadi menjadi. Sengaja ingin mengusik wanita kesayangan adiknya itu.
Riana mula tarik muka. Lagak masam seketika. “Isy Kak Rin ni, buat Riana rasa lain la tadi.”
            “Kenapa? Mula la fikir yang bukan-bukan tadi tu, kan? Ermm.. hah! tak jawab lagi soalan Kak Rin tu, cinta tak kat adik Kak Rin yang sorang tu?” tanya Kak Rin masih menanti jawapan pada soalannya lagi.
            “Ya Kak Rin, Riana cintakan dia. Dia buat Riana rasa gembira. Riana betul-betul sayangkan dia, Kak Rin.” angguk Riana ikhlas dari cinta hatinya yang suci. Sesungguhnya Allah sahaja Maha Mengetahui akan perasaan yang ada di hatinya itu.
            “Dan saya pun betul-betul sayangkan awak.” sampuk Hairie yang muncul melangkah tiba-tiba ke arah mereka berdua. Bibir tersenyum manis memandang Riana. Terdengar perbualan dua wanita di hadapannya itu ketika dia ingin melangkah keluar rumah sebentar tadi.
            “Ala.. so sweet adik Kak Rin ni. Jelaousnya.. ” puji Kak Rin tersenyum senang hati buat Hairie jadi malu. Riana pula yang memandang turut sama rasa malu. “Okey la. Korang dua bual-bual la dulu ya, jangan balik lagi tau? Kak Rin nak panggilkan mama kejap.”
            Riana mengangguk faham dan memerhati Kak Rin melangkah masuk ke dalam rumah. Hairie pula hanya setia memandang Riana dengan mata tidak berkebil sedikit pun. “Kenapa awak tengok saya macam tu?” tanya Riana aneh setelah kalih pandang semula melihat lelaki itu. Wajah pula terasa panas. Rasa nak rentung pun ada!
            “Saya sayang awak.” luah Hairie sambil memegang tangan Riana.
Riana hanya tersenyum manis. “Awak, terima kasih ya jemput saya datang makan malam kat rumah awak malam ni. Saya senang sangat dengan mama dan kakak awak tu, mereka baik sangat.” kata Riana ikhlas. Terasa seakan baru sahaja selesai bersama dengan keluarganya sendiri.
            “Sama-sama kasih.” balas Hairie tersenyum memandang Riana. Tangan masih lagi setia memegang tangan Riana. Lagak sukar untuk dilepaskan.
            “Tapi itu la.. tak dapat saya nak kenal dengan papa awak, kan?” kata Riana terselit nada sedikit kecewa kerana ketua keluarga bagi Hairie dan juga pernah merangkap majiikannya dahulu tidak dapat bersua muka hari ini.
            Hairie berfikir sejenak. “Oh ya.. awak tentu tahu kan yang papa saya still ada meeting di Armsterdam. InsyaAllah.. next week dia akan balik Malaysia, saya bawa awak jumpa dengan dia pulak, okey?” kata Hairie faham dengan kata-kata Riana yang ingin benar bertemu dengan ayahnya. Namun, ayahnya itu masih mempunyai urusan perniagaan dengan syarikat kerjasamanya di luar negara selama hampir dua minggu.
            Riana hanya tersenyum mesra memandang Hairie. Lega benar hatinya bila percintaan mereka berdua tiadanya insan penghalang.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“BOLEH I jumpa dengan Encik Hairie Azmin Datuk Haikal?” tanya Melissa dengan lagaknya memandang Kak Syida yang sedang asyik menyiapkan tugasan di atas meja kerja. Cermin mata hitam yang dipakainya dibuang seketika. Memperlihatkan bulu mata palsu yang dipakainya. Melentik habis!
            Kak Syida pandang Melissa dengan lagak aneh seketika. “Err.. Encik Hairie Azmin tiada dalam bilik pejabat sekarang cik. Dia sedang attend meeting penting di luar. Maaf, cik ni?” sopan Kak Syida membalas. Bibir tersenyum manis menyambut tetamu yang lagak sombong di hadapannya itu.
            “Melissa, Cik Melissa..” balas Melissa bersahaja sambil memerhati sekeliling ruangan itu. “Ermm.. kalau  macam  tu, tak apalah. I tunggu dia kat dalam bilik dia aje la ya?” tambah kata Melissa seakan ingin melangkah merapati pintu bilik Hairie pula.
Kak Syida segera bangun menghalang Melissa daripada terus melangkah ke hadapan pintu bilik majikannya itu. “Maaf Cik Melissa, tiada sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam bilik Encik Hairie jika tidak buat appointment dengan dia terlebih dahulu. Kalau Cik Melissa masih nak jumpa dengan Encik Hairie, Cik Melissa boleh tunggu di bilik tetamu.” pantas Kak Syida berkata. Suara masih bernada sopan. Arahan Hairie sentiasa diingatinya.
            “Oh erk? Maaf ya, I ni bakal isteri dia, so appointment appointment ni tak perlu la, okey?” balas Melissa dengan wajah selamba sambil meneruskan langkah kakinya memasuki bilik Hairie. Meninggalkan Kak Syida yang hanya tercengang melihat kelakuan tidak sopan wanita itu. Dia terpaksa mengalah!
               ~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“KAK Syida, boleh tolong buat double check kejap tak dengan invoice ni? Riana nak hantar dah.” pinta Riana setelah melangkah menghampiri meja Kak Syida. Tangan mengangkat fail yang dipegangnya ke arah wanita itu yang sedang duduk masam mencuka.
       Kak Syida mengeluh kecil. Tangan dihulur ke arah Riana. “Ya la. bak sini.” Kak Syida mengambil fail tersebut.
            Riana tersenyum sebentar melihat gelagat tarik muka Kak Syida. Jarang melihat wanita itu lagak begitu. “Kak Syida kenapa ni? Nampak macam bad mood aje.”
            “Tu..” balas Kak Syida sambil memuncungkan mulutnya ke arah bilik Hairie. Tangannya pantas membelek sehelai demi sehelai kertas yang terkandung di dalam fail yang diserahkan oleh Riana itu.
            Riana pandang sebentar ke arah muncungan mulut Kak Syida tadi. “Apa?” tanya Riana tidak faham akan maksud wanita itu. Tiada apa-apa yang mencurigakan.
            “Ada seorang perempuan cari Encik Hairie kat dalam tu. Dah la tak buat appointment, lepas tu ikut suka hati dia aje masuk nak tunggu kat dalam bilik Encik Hairie tu. Menyampah gila.” kata Kak Syida lagak geram masih ada.
            “Oh ya ke? Kawan Encik Hairie kut.” balas Riana cuba meneka. Kepala sempat diangguk.
            “Entah la. Dia siap cakap lagi, dia tu bakal isteri Encik Hairie. So dia rasa dia tak perlu la nak buat appointment appointment ni. Ee.. sombong semacam aje akak tengok dia, Riana. Naik meluat akak tau tadi.” luah Kak Syida geram lagi. Buat Riana terdiam seketika.
            “Bakal isteri?” Fikir minda Riana pantas. “Siapa nama dia, Kak Syida?” tanya Riana mula rasa ingin tahu.
            “Melissa. Cik Melissa.” balas Kak Syida seakan membuat mimikan muka lagak wanita yang dijumpainya itu.
            “Melissa?” ulang kata Riana. Memang tidak kenal!
            Kak Syida mengangguk kepala sekali lagak mengeyakan apa yang dikata. “Hmm.. Okey. Akak dah check. Semuanya okey. Riana dah boleh hantar. Nanti Riana boleh la tengok muka perempuan sombong tu.” angguk Kak Syida sambil menyerahkan kembali fail tersebut kepada Riana. Muka masamnya ditarik sekali lagi.
            “Okay. Thanks Kak Syida.” angguk Riana tersenyum dan melangkah masuk ke dalam bilik Hairie dengan membawa fail tersebut. Hati rasa tidak sabar juga untuk melihat wanita yang dimaksudkan Kak Syida itu. “Cantiknya!” detus pantas hati Riana bila terpandang seorang wanita yang sedang duduk membelek-belek majalah yang berada di ruang tamu. Terserlah kecantikkan wanita itu. Persis seorang model. Riana segera melangkah ke meja Hairie dan meletakkan fail yang dipegangnya ke atas meja Hairie.
Perbuatan Riana sebentar tadi itu telah menjadi perhatian Melissa tanpa Riana sedar. “Ermm.. excuse me miss.” panggil Melissa apabila melihat Riana seakan ingin meninggalkan bilik itu pula.
            “Yes?” Riana kalih pandang pada wanita yang diceritakan oleh Kak Syida sebentar tadi itu. Sedikit terkejut bila dirinya dipanggil.
            “Boleh tolong buatkan I secawan teh ‘o’ panas tak? Tekak I ni rasa haus la.” pinta Melissa sambil tangan dibawa ke leher. Mengusap perlahan. Berlagak dahaga.
            Riana mengangguk lagak faham. “Hmm.. baik.”
            “Oh ya. Lagi satu, make sure gula tu letak dua sudu saja, okey?” arah Melissa dengan lagaknya sambil terus membelek-belek majalah di tangannya itu.
            Riana berfikir sejenak. Kepala diangguk sekali lagi. Lambat. “Err.. baik cik..”
“Melissa, Cik Melissa..” Melissa pantas memintas. Lagak ingin Riana juga tahu namanya.
            “Baik Cik Melissa.” Riana terpaksa ulang kata sekali lagi. Lagak tercengang seketika melihat gelagat wanita itu. Memang buat orang naik meluat!
            Melissa pandang Riana aneh seketika. “Ermm.. so? What are you waiting for? Pergi la buat air I tu cepat. Tak pasal-pasal nanti I mati haus kat sini pulak.” arah Melissa kasar sambil meneruskan bacaannya membuatkan Riana jadi keget lagi. Riana segera keluar berlalu ke pantri.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“ENCIK Hairie..” panggil Kak Syida ke arah Hairie yang sedang melangkah bersama dengan Megat. Wajahnya yang tenang kembali kaget.
            Hairie kalih pandang Kak Syida.  Perbualannya bersama Megat terhenti .“Ya Syida?”
            “Ada seorang perempuan sedang tunggu Encik Hairie dalam bilik Encik Hairie sekarang ini.” kata Kak Syida bernada perlahan. Terselit rasa takut.
            Hairie seakan mengerti. Kepala diangguk. “Oh. Ermm.. dia ada buat appointment dengan saya ke before ni?” tanya Hairie sekadar ingin tahu.
            Kak Syida mula telan air liur. Rasa gementarnya muncul kembali. “Err.. tak ada Encik Hairie.” geleng Kak Syida takut-takut. Sudah agak soalan itu yang bakal terpancul dari mulut majikannya.
            Hairie seakan terkejut seketika bila diberitahu begitu. Dia pandang Kak Syida penuh. “Syida, kan saya dah beritahu awak sebelum ni. Sesiapa pun tidak dibenarkan tunggu dalam bilik saya, kalau tak buat appointment dengan saya terlebih dahulu. Awak tahu, kan?” kata Hairie mengulang kembali pesanan yang pernah diberitahu kepada setiausahanya itu dahulu.
            “Ya saya tahu Encik Hairie. Saya dah beritahu dia tapi dia tetap nak tunggu kat dalam bilik Encik Hairie tu jugak.” balas Kak Syida ingin menegakkan kebenaran di sebelah pihaknya juga.
            Hairie mendengus kecil. “Tak apalah. Saya masuk dalam dulu.” Hairie kalih pandang pula pada Megat yang sedang diam memerhati perbualan mereka berdua itu. “Ermm.. Megat, nanti pasal meeting tadi, kita discuss lain kali, okey? Make sure beritahu Ramesh, Priya dengan Cindy sekali pasal benda ni, ya?”
            “Baik Encik Hairie. Nanti saya inform pada dia orang.” angguk Megat faham. Mereka berdua segera berpecah ke bilik masing-masing.
            “Isy.. tak pasal-pasal aku pulak ya kena. Bencinya!” jerit kecil Kak Syida lepas geram selepas melihat bayangan Hairie dan Megat hilang. Dia duduk semula lalu menyambung kerjanya. Wajahnya makin bertambah masam mencuka.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“MELISSA?!” Terpancul nama itu di bibir Hairie setelah selesai menolak pintu biliknya. Wajah tenangnya pantas berubah menjadi marah. Sangkaan wanita tersebut mungkin pelanggan lama syarikatnya ternyata salah sama sekali.
            “Hai sayang.” balas Melissa tersenyum manja sambil bangun menghampiri Hairie.
            Hairie geram melihat wajah selamba Melissa. Seolah-olah perkara yang pernah dilakukan wanita itu sehinggakan melukakan hatinya tidak pernah berlaku. “Apa you buat kat sini?”
            “Saja.. I datang ni sebab I miss you so much sayang.” jawab Melissa dengan manjanya.
            “Stop it!” kata Hairie tidak tahan mendengar nada wanita di hadapannya itu. Seakan jijik.
            Melissa tersenyum sebentar. Lagak suka pula. “Guess what? tak lama lagi I bakal kerja kat sini tau, sayang?”
            Hairie tercengang. “What?”
            ‘Tuk! Tuk!’
            Ketukan pintu menghentikan perbualan rancak di antara Hairie dan Melissa itu. Kelihatan Riana melangkah masuk sambil menatang dulang yang berisi dua cawan teh ‘o’ panas. Dia melangkah ke ruangan sofa lalu menghidangkan air itu di atas meja tamu. Hairie yang kaget seketika hanya memerhati gelagat Riana aneh. “Jemput minum Cik Melissa, Encik Hairie.” pinta Riana sopan sekilas memandang kedua-dua insan di hadapannya. Dia telah selesai menghidang.
Melissa yang aneh melihat reaksi Hairie yang memandang Riana. Di hati ada rasa lain.
            “Rian...” Hairie seakan ingin berkata sesuatu tetapi pantas dicelah Riana.
            “Saya keluar dulu Encik Hairie, jemput la minum air tu.” pinta Riana sambil menunduk memandang Hairie hormat dan melangkah keluar kembali dari bilik itu. Pintu ditarik dan tutup semula. Fikiran Riana tidak tenang. Siapa wanita yang bernama Melissa di dalam hidup Hairie itu menjadi tanda soal dalam mindanya kini. Lebih-lebih lagi apabila dia terdengar perkataan ‘sayang’ terucap jelas dari mulut wanita itu sebelum dia mengetuk pintu sebentar tadi. Panas sungguh rasa hatinya sekarang ini!
 “Apa ni?” tanya Hairie tajam memalingkan pula pandangannya ke arah Melissa yang sedang duduk kembali menghirup air minuman di atas meja tamu itu dengan lagak tenang.
            Melissa hairan seketika sambil meletakkan cawan yang dipegangnya ke tempat asal semula. “Apa ni? Apa ni apa?”
            “Melissa, you jangan nak berlagak bos kat dalam syarikat ni, okey? Ini syarikat I, and you boleh berambus sekarang.” tempelak Hairie makin geram.
            Melissa seakan tersentak seketika dengan kata-kata kasar Hairie itu. Dia segera bangun menghampiri lelaki itu semula setelah mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya yang berada di atas sofa. “You, sabar la dulu. Actually I nak minta maaf pasal hari tu.. Ya memang lelaki tu kekasih I but we are over now. I baru saja kawan dengan dia. I bosan sebab you selalu dengan kerja you saja. I nak kita macam dulu, okey sayang? Serius I dah berubah. Please.. trust me honey.” kata Melissa manja sambil tangannya sengaja cuba untuk membetulkan tali leher Hairie walaupun tiada cacat kemasnya.
            Hairie segera menepis tangan Melissa. “Dah dah! You jangan nak bersandiwara kat sini lagi. Now with my order, get out from here! I don’t want to see your face anymore.” tempelak Hairie lagi sambil menuding jari telunjuknya ke arah pintu bilik. Seakan meluat memandang Melissa lagi. Inikan pula mendengar wanita itu berkata-kata.
Melissa melepaskan keluhannya seketika.  “Okey ni.” Sampul surat berwarna putih yang diambil Melissa sebentar tadi itu dihulur ke arah Hairie.  Lagak geram.
            Hairie jadi hairan. “Apa ni?” tanya Hairie hairan sambil anak matanya memandang ke arah sampul surat yang masih berada di tangan Melissa itu.
            “Sayang, you baca la dulu. Jangan la marah-marah macam ni, hmm?”
            “Siapa yang bagi surat ni, haa?” Hairie masih bertanya. Tangannya pantas mengambil dan meneliti lama sampul surat tersebut. Malah ada cop rasmi daripada syarikat itu sendiri.
            Melissa tersenyum manja sebentar. “Siapa lagi? Papa kesayangan you la sayang, Datuk Haikal Naseer. Dia nak I kerja kat sini sampai hari perkahwinan kita nanti. Best kan sayang?” balas Melissa sambil berlalu ke tingkap jendela bilik itu. Masih tersenyum manja memandang Hairie.
            Hairie terdiam. Dia segera membuka sampul itu lalu meneliti setiap baris ayat dalam surat rasmi tersebut. Memang benar apa yang dikata. Wajahnya merah menahan geram. Dia segera menghampiri mejanya. Mengangkat telefon dan jarinya pantas mendail. Matanya sesekali merenung tajam wanita yang muncul semula dalam hidupnya itu. Melissa pula hanya tersenyum suka. Niat ingin mendapatkan semula lelaki yang berada di belakangnya itu bakal tercapai.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“BOLEH saya tahu siapa Melissa?” tanya Riana. Lama dia merenung Hairie yang kelihatan tenang menghirup air minumannya. Kehadiran wanita yang agak cantik rupa paras di Syarikat Gema Holding pada petang tadi buat fikirannya menjadi tidak tentu. Berserabut habis!
            “Melissa? Dia.. dia bekas kekasih saya.” lambat Hairie membalas. Sudah dapat meneka soalan itu bakal terpancul dari mulut Riana. Dia tahu dia tidak dapat menipu perihal tentang diri Melissa kerana lambat-laun wanita yang dicintainya itu pasti akan dapat tahu juga.
            “Oh.. patut la..” Riana mengangguk perlahan. Lagak sudah pasti dengan jawapan itu.
            Hairie jadi aneh dengan balasan kata Riana yang terselit sedikit keluhan kecil itu. “Patut la? Patut la apa?” tanya Hairie ingin tahu.
            Riana segera menggeleng kepala. Bibir tersenyum sebentar. “Tak ada. Patut la saya tengok awak dengan dia macam pernah kenal sebelum ni.” kata Riana cuba berselindung di sebalik rasanya sebenar sambil kembali menjamah makanannya.
            “Tapi Riana, saya dah tak ada apa-apa hubungan dengan dia lagi sekarang. Kami berdua sekarang just anak rakan kongsi aje. Papa dia dengan papa saya kawan baik.” jelas Hairie satu persatu agar Riana tidak jadi salah sangka.
            Riana menganggukkan kepalanya beberapa kali. Lagak mula mengerti perihal wanita bernama Melissa itu. “Oh.. Err.. kenapa dia datang tadi?” tanya Riana sekadar ingin tahu.
            Hairie melepaskan keluhannya seketika. “Dia bakal kerja di syarikat kita. Papa saya yang hired dia.”
            “Oh I see..” angguk Riana lambat. Lagak seakan mula mengerti sepenuhnya.
            “Riana, look here. Melissa kisah lama saya. Ya. Saya pernah sayangkan dia dan saya pernah cintakan dia. Tapi itu dulu dan sekarang cinta saya hanya pada awak. Hanya awak, Riana.. hanya awak.” luah Hairie ikhlas. Inginkan wanita di hadapannya itu percaya pada setiap kata-katanya kini.

            Riana hanya mengukir senyuman di bibir. Mengangguk mengerti memandang Hairie yang dicintai separuh mati itu walaupun rasa munsykil dan syak wasangka masih tersisa nun jauh di hati. Tidak dapat disapu habis!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~