19 November 2011

~Di Sebalik Tabir~

  Hai.. Masih ingat ima lagi???..Huhu..pada siapa yg ingat, terima kasih ima ucapkan ya!.. So, setelah hampir setahun ima menyepikan diri drpd dunia novel, kini ima kembali semula dgn kemunculan novel kedua terbaru ciptaan ima sendiri iaitu ‘Penantian Cinta’. (*_*)

1.  Berkenaan dgn tajuk novel ‘Penantian  Cinta’ ni, ima cipta sendiri (Tak la susah sesusah masa ima cari tajuk first novel ima dulu tu. Hu2). Anyway, novel ni adalah berlatarbelakangkan cerita watak seorang wanita yang tanpa sedar dicintai oleh seorang lelaki  dan begitu juga dgn konflik dlm satu perhubungan. Oleh itu wujudlah ‘Penantian  Cinta’, ‘Menanti cinta yang tertulis untuk saya, awak, dia dan kita’ huhu.. Lagu tema yg ima pilih utk novel ni ialah lagu dari band Indonesia iaitu Padi dgn tajuk lagunya ‘Menanti Sebuah Jawaban’ sebab lirik dalam lagu ni macam ada kena mengena je dgn jalan cerita novel ni.. Korang rasa camne?. (^^)

2.   ima mula wat novel ‘Penantian  Cinta’ ni pada akhir bulan tahun lepas (2010) iaitu bulan 12 dan alhamdulilah dgn berkat doa dan usaha ima sendiri (selalu dok perah otak mencari idea). ima berjaya menulis novel ni dalam masa 3 bulan je. Tetapi buat sementara ni ima ada la juga edit2 sikit pada part mana yang patut untuk kuatkan lagi jalan cerita dan watak2 yang ada dalam novel ni. (^^)

3.   Nama watak di dalam novel ‘Penantian  Cinta’ ima ini terus terang ima katakan tidak ada kena mengena langsung dgn sesiapa yg hidup ataupun yg telah tiada. (Ceh2.. mcm cerita dlm tv pulak kan?. He2). Novel ini juga 100% ima menggunakan buah fikiran ima sendiri dalam mencari nama watak yg sesuai dgn setiap karakter yg dimainkan. (^^)

4.    Orang pertama yg baca ‘Penantian Cinta’ ima ni ialah member form 6 ima sendiri iaitu Azuria (dia ni bukan kaki blog mcm ima ni ya..hihi). Dan skrg ima masih menyebarkan novel ni pada member2 ima yg lain yg ada minat untuk baca novel. Alhamdulilah, ima dapat feedback yg baik drpd diorg semua. Terima kasih ya! (pada member2 ima yg sudi baca tu).

5.  Macam biasa. Harapan ima agar pihak yg telah menerima kiriman karya ima ini dapat menerbitkannya seperti novel2 yg terdapat di pasaran sekarang ni. ima pasti ‘Penantian  Cinta’ bakal meninggalkan kesan yg hebat kepada setiap pembaca termasuk korang! (sambil tangan menuding ke arah korang dgn YAKIN!) (^^)

Permintaan ikhlas drpd ima..

     Semoga korang semua yg lawat blog ima ni sudi baca novel ‘Penantian Cinta’ ni dan jangan lupa komen sekali ya. (ima terima dgn hati terbuka segala komen korang tu ya. Tidak kisah la baik ataupun buruk.) Ok.. ima kena beredar dulu sebab masa terlalu mencemburui kita semua. (Masa jeles gila skrg ni.. hihi). Macam biasa, terima la serangkap pantun ima tujukan special utk korang semua sebelum ima undurkan diri ni ya. Jadi akhir kata, Kalau ima ada tersalah kata ke sepanjang ima berada di dalam blog ni, harap dimaafkan ye.. INGAT!!!.. yg buruk semuanya datang dari KITA.. and yg baik tu hanya datang dari ALLAH S.W.T.

    One more thing before I forget, ima perlukan FEEDBACK dari korang semua tentang blog ni jugak k! juz letak kat dalam chat box di sebelah kanan ni je -->, nanti ima akan balas k! InsyaAllah, kalau ada masa lagi kita pasti akan bertemu lagi, mungkin pada novel ketiga ima. Doa2kan ya! Bye2.. Assalamualaikum...



Berjalan-jalan singgah di Taman Mini,
Ingin mencari bunga selasih,
Pada yang sudi membaca novel ini,
ima ucapkan jutaan TERIMA KASIH..

Nukilan : Ima Fatima

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~